Presentation1.pptx@dr fadhil

November 8, 2017 | Author: Siti Hajar Sudirman | Category: Presentations & Public Speaking
Report this link


Description

1. Penderaan warga emas boleh ditakrifkan sebagai perlakuan tidak wajar yang dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti : Penderaan Fizikal Penderaan Sosial Penderaan Psikologikal/Emosi Penderaan Seksual Kewangan 2.  Tindakan yang menyebabkan kesakitan & kecederaan kepada warga tua seperti memukul, menolak, menyekat serta mengurung warga tua dengan cara yang tidak sepatutnya @ kejam. 3.  Tindakan yang boleh menyebabkan gangguan emosi & kesusahan kepada warga tua seperti ancaman & kata-kata yang boleh mengaibkan serta melukakan hati.  Ia termasuk tindakan yang menyebabkan warga tua tersebut takut dicederakan, tidak diberi perhatian, diganggu & diasingkan daripada rakan lain serta ahli keluarga,. Harta & barang-barang peribadi, termasuk haiwan peliharaan dimusnahkan. 4.  Berlaku dalam situasi dimana warga tua tidak diberikan keperluan asas mereka seperti makanan, minuman, pakaian, penjagaan fizikal, perubatan & sokongan dari segi kewangan.  Boleh berlaku secara sengaja atau tidak. 5.  Berlaku apabila seseorang warga tua dipaksa untuk melakukan hubungan seks.  Ini termasuk tindakan yang dilakukan terhadap warga tua yang tidak boleh memberikan persetujuan kepada perlakuan seks tersebut. 6.  Berlaku apabila pendera menyalahgunakan dana atau sumber kewangan warga tua untuk kepentingan peribadi. Pendera mungkin cuba untuk mempengaruhi warga tua supaya mengubah perbuatan/pelaksanaan wasiat, menghalang warga tua tersebut mengakses kepada dana peribadi mereka atau melibatkan warga tua dalam komplot kewangan. 7.  Berlaku apabila anggota keluarga/anak-anak sengaja menempatkan warga tua dalam situasi dimana warga tua itu perlu menguruskan sendiri keperluannya walaupun ia diluar keupayaan atau kemampuannya. 8. Warga Emas Masalah dalam berkomunikasi Gangguan daya ingatan Cacat Anggota @ Tidak dapat bergerak Rasa curiga @ Enggan dibantu Pendera Kurang pengetahuan @ kemahiran dalam menjaga warga emas Tiada pilihan lain(terpaksa menjaga) Bebanan Kewangan Pengalaman masa lampau(Pernah didera) 9.  Mengeksplorasi setiap permasalahan yang dihadapi oleh klien (warga tua) dan mengenalpasti faktor serta kesan daripada permasalahan tersebut.  Setiap faktor mempunyai ‘kebarangkalian’ untuk menjadi faktor yang dominan.  Pembentukan hubungan rapo amat penting pada tahap ini dan pekerja sosial perlu mahir dalam berkomunkasi serta mempunyai kemahiran memimpin yang mantap.  Dalam konteks latihan, pekerja sosial lazimnya akan cuba untuk meletakkan klien(warga tua) selesa dengan cara : 1. Memberi peluang untuk setiap ahli mengenali antara satu sama lain(melalui aktiviti-aktiviti suai kenal) 2. Membiarkan klien tahu apa yang boleh mereka harapkan daripada proses pembentukan kumpulan(matlamat & objektif) 3. Menjelaskan bagaimana mereka(klien) diharapkan untuk bekerja bersama(peraturan asas) 10.  Berkemungkinan terdapat klien(warga tua) yang tidak bersetuju atau setuju mengenai sesuatu perkara termasuk bagaimana mereka ingin bekerja dalam kumpulan.  Terdapat perbezaan pendapat atau pandangan antara ahli dalam kumpulan yang dibentuk.  Kemahiran kepimpinan, gaya kerja dan pendekatan yang akan digunakan oleh pekerja sosial perlu sistematik untuk memastikan kedinamikan kumpulan yang dikendalikan.  Klien(warga tua) sudah mengenali antara satu sama lain & mampu mengutarakan pelbagai bentuk pendapat mahupun pandangan yang berbeza-beza bergantung kepada situasi permasalahan yang dihadapi atau dialami.  Memandangkan klien sudah mulai berasa lebih yakin & berani, mereka mampu untuk berhujah & berkemungkinan akan mencabar pekerja sosial atau cuba untuk menarik perhatian. Klien juga turut berkebolehan untuk mencabar peraturan yang ditetapkan oleh pekerja sosial. 11.  Setiap ahli dalam kumpulan merasakan bahawa diri mereka adalah sebahagian daripada kelompok kerja.  Pekerja sosial dan ahli dalam kelompok kerja berusaha untuk mencapai keselarasan & menghindari apa jua bentuk konflik yang boleh mengganggu keharmonian kumpulan yang dibentuk.  Pada peringkat ini, pemimpin iaitu pekerja sosial harus memainkan peranan penting dalam usaha untuk mendorong setiap ahli dalam kumpulan agar lebih bertanggungjawab & tidak hanya bergantung kepada pekerja sosial sahaja. Setiap ahli perlu bekerjasama untuk memecahkan masalah & menetapkan tujuan. 12.  Peringkat paling penting dan utama dalam proses kerja kumpulan dan memerlukan pemahaman yang benar-benar jelas mengenai apa-apa yang telah direncanakan dalam usaha menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.  Peringkat dimana setiap ahli dalam kumpulan perlu mempunyai kata sepakat atau kesepakatan secara bersama dalam usaha ke arah penetapan matlamat yang sama.  Bukan suatu perkara yang mudah untuk mencapai kesepakatan mahupun mendapatkan persetujuan secara bersama dalam sesebuah kumpulan & ia mengambil masa yang agak lama memandangkan setiap ahli mempunyai persepsi atau represi yang berbeza-beza.  Setiap ahli mempunyai represi yang dirujuk melalui pengalaman masa lalu, pengetahuan masa lalu & sebagainya.  Pekerja sosial perlu memberi ruang & peluang kepada setiap ahli untuk berbincang antara ahli dalam usaha untuk mencapai persetujuan secara bersama.  Pengetahuan yang tinggi bukanlah suatu jaminan untuk sesebuah kumpulan dengan mudah untuk mencapai kesepakatan, kerana setiap ahli dalam kumpulan datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza-beza baik dari segi sosioekonomi, pendidikan & sebagainya. 13.  Setiap ahli dalam kumpulan sudah cukup jelas dengan tugas serta peranan yang perlu dimainkan dalam usaha untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.  Status ahli kumpulan stabil dan setiap ahli dalam kumpulan boleh saling menerima tanggungjawab serta peranan masing- masing.  Pada peringkat ini, setiap ahli(klien) akan lebih mementingkan kepentingan kelompok atau kumpulan berbanding kepentingan peribadi. 14.  Segala apa yang telah dilakukan belum dikira berjaya sekiranya permasalahan yang dihadapi masih lagi tidak dapat menemui jalan keluar.  Pembentukan kerja kumpulan dalam kerja sosial ini bukan hanya akan memberikan suatu pengalaman pembelajaran kepada setiap ahli(klien), tetapi ia juga turut dapat dijadikan sebagai suatu pengalaman sosial. 15. Penderaan terhadap warga tua ini adalah tindakan yang sangat memalukan apatahlagi ia berlaku di negara yang begitu menghormati & menyanjung tinggi ahli masyarakat yang lebih tua. Si anak yang ditatang bagai minyak yang penuh semasa kecil bertukar menjadi si tanggang moden yang sanggup memukul & mengabaikan tangan lembut yang membelainya ketika bayi & tangan sasa yang membanting tulang menyaranya hingga berjaya menjadi seperti mereka yang hari ini.


Comments

Copyright © 2024 UPDOCS Inc.