5. KEWANGAN: ANALISIS PENYATA KEWANGAN PENGENALAN Penyata Kewangan merupakan satu struktur kewangan yang mengandungi Kunci Kira- kira, Penyata Pendapatan, Penyata Pergerakan di dalam Ekuiti, Penyata Aliran Tunai dan Polisi Perakaunan dan Nota Penjelasan yang berfungsi untuk mempersembahkan kedudukan kewangan sesebuah entiti perniagaan. Maklumat yang sering dilihat dalam penyata kewangan ialah Aset, Liabiliti, Ekuiti, Untung dan Rugi dan Aliran Tunai. Analisis nisbah yang boleh digunakan dalam mengukur prestasi ialah nisbah-nisbah keberuntungan (profitability ratios), nisbah-nisbah kecekapan (efficiency ratios), dan nisbah-nisbah kecairan (liquidity ratios). Analisis penyata kewangan digunakan sebagai kawalan kewangan iaitu dengan menggunakan penyata-penyata kewangan untuk memantau prestasi sesebuah syarikat. Instrumen bagi kawalan kewangan adalah adalah mengggunakan nisbah kewangan untuk menilai dan mengawal prestasi sesebuah syarikat. Bagi membincang nisbah-nisbah kewangan, contoh pengiraan dibuat berdasarkan Jadual 5.1 dan Jadual 5.2. Kepentingan analisis kewangan 1. menilai semula keputusan dan strategi perniagaan yang telah dibuat 2. memberi panduan kepada keputusan dan strategi tahun yang akan datang 3. memberi gambaran prestasi kewangan kepada pihak luar (pelabur/kreditor) 4. mengetahui sama ada syarikat menguntungkan atau tidak 5. menentukan kemampuan syarikat membayar balik pinjaman OBJEKTIF Di akhir pembelajaran pelajar dapat 1. membuat analisis dari aspek nisbah kecairan, pengurusan aset, laveraj, keberuntungan, nilai pasaran, analisis arah aliran dan membuat analisis Du Pont. 2. membincangkan batasan dan kelemahan analisis nisbah. ANALISIS PENYATA KEWANGAN Nisbah Laveraj Nisbah Keberuntungan Nisbah nilai pasaran Analisis Keratan Rentas Batasan dan Kelemahan Analisis Nisbah Nisbah Kecairan Analisis Du Pont Nisbah Pengurusan Aset Nisbah Keberuntungan Analisis Arah Aliran Jadual 5.1 Contoh Penyata Kunci Kira-kira Kunci Kira-kira Syarikat Nanimaju Bhd Pada 31 Disember 2005 2004 (RM) 2005 (RM) ASET Aset Semasa 22,000 26,000 Tunai 60,000 66,000 Sekuriti boleh pasar 295,000 240,000 Akaun belum terima 265,000 200,000 Inventori Jumlah Aset Semasa 642,000 532,000 Aset Tetap Bangunan dan Peralatan 1,050,000 980,000 Tolak: Susut Nilai 337,000 327,000 Jumlah Aset Tetap 713,000 653,000 JUMLAH ASET 1,355,000 1,185,000 LIABILITI SEMASA DAN EKUITI PEMILIK Liabiliti Semasa Nota Belum Bayar 150,000 120,000 Overdraft 50,000 50,000 Belanja Terakru 125,000 95,000 Jumlah Liabiliti Semasa 325,000 265,000 Hutang Jangka Panjang 380,000 330,000 Jumlah Liabiliti 705,000 595,000 Ekuiti Pemegang Saham Saham Biasa RM2.00 par 50,000 setahun 100,000 100,000 Lebihan Dibayar 290,000 290,000 Pendapatan Tertahan 260,000 200,000 Jumlah Ekuiti Pemegang Saham 650,000 590,000 JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI 1,355,000 1,185,000 Jadual 5.2 Contoh Penyata Untung Rugi Penyata Untung Rugi Syarikat Nanimaju Bhd Pada 31 Disember 2005 2004 (RM) 2005 (RM) Jualan 1,506,000 1,434,000 Tolak: Kos Barang Dijual 1,020,000 1,000,000 Untung Kasar 486,000 434,000 Tolak: Belanja Operasi 140,000 140,000 Belanja Pemasaran 60,000 60,000 Susut Nilai 10,000 10,000 Jumlah Belanja Operasi 210,000 210,000 Pendapatan Sebelum Faedah dan Cukai 276,000 224,000 Tolak: Belanja Faedah 26,000 24,000 Pendapatan Sebelum Cukai 250,000 200,000 Tolak: Cukai 40% 100,000 80,000 Untung Bersih 150,000 120,000 Perolehan Per Saham (EPS) (untung bersih/ jumlah saham) RM3.00 RM2.40 5.1. Nisbah Kecairan Nisbah kecairan mengukur keupayaan syarikat iaitu menjelaskan ‘liabiliti semasa’ apabila dituntut. Nisbah ini terdiri daripada nisbah semasa dan nisbah cepat. Jika syarikat tidak mempunyai wang mudah tunai yang mencukupi, syarikat mungkin tidak dapat membayar semua hutang mengikut masa yang ditentukan. 5.1.1. Nisbah semasa mengukur sejauh mana syarikat mampu membayar hutang- hutang jangka pendek sekiranya ‘aset-aset semasa’ ditunaikan. Nisbah semasa menunjukkan hubungan antara aset semasa dengan liabilit semasa. Nisbah Semasa = Aset Semasa Liabilit Semasa Nisbah yang baik adalah lebih daripada 1.0 kali kerana ia menunjukkan syarikat mempunyai kecairan aset yang mencukupi bagi menghadapi masalah liabiliti jangka pendek. Contoh: Tahun 2004: Aset Semasa(RM642,000)/ Liabiliti Semasa (RM325,000) = 1.98:1 Tahun 2005: Aset Semasa (RM532,00)/ Liabiliti Semasa (RM265,000) = 2.00:1 Tahun 2004, syarikat mempunyai nilai jumlah aset semasa sebanyak RM1.98 bagi setiap RM1.00 liabiliti semasa. Terdapat sedikit penurunan tetapi kedudukan kewangan syarikat masih kukuh. Pada tahun 2005, syarikat mempunyai nilai jumlah aset semasa sebanyak RM2.00 bagi setiap RM1.00 liabiliti semasa iaitu jumlah aset semasa dua kali lebih besar daripada liabilit semasa. Walau bagaimapun, kedudukan kewangan haruslah seimbang sekurang- kurangnya 2:1 bagi memastikan syarikat melabur dengan cekap. 5.1.2. Nisbah cepat mengukur kemampuan syarikat membayar hutang jangka pendek dengan cepat. Nisbah ini menunjukkan hubungan antara tunai, sekuriti boleh pasar (saham) dan boleh terima (penghutang) bersih dengan liabiliti semasa. Nisbah Cepat = Aset semasa – Inventori Labiliti Semasa Atau = Tunai + Sekuriti Boleh Pasar + Belum Terima (Bersih) Liabiliti Semasa Contoh: Nisbah cepat 1.37: 1 lebih baik daripada 1.00: 1 Contoh pengiraan: Tahun 2005: Aset Semasa (RM532,000) – Inventori (RM200,000) = 1.25:1 Liabiliti Semasa (RM265,000) Tahun 2004: Aset Semasa (RM642,000) – Inventori (RM265,000) = 1.16:1 Liabiliti Semasa (RM325,000) Dalam mengira nisbah cepat, inventori perlu ditolak sebab inventori tidak mudah ditunai. Oleh itu, selepas ditolak jumlah inventori didapati pada tahun 2005, nisbah cepat adalah sebanyak 1.25. Ini bermaksud, syarikat masih lagi mempunyai aset semasa yang cukup untuk membayar setiap RM1.00 liabilitinya. Pada tahun 2004, nisbah cepat adalah 1.16 dan menunjukkan bahawa modal kerja syarikat masih lagi kukuh. Jika nisbah kurang daripada 1:1, syarikat perlulah bergantung kepada nilai inventori dan jualan untuk membayar hutang bagi jangka pendek. Jika nisbah cepat lebih besar daripada 1:1, tahap kedudukan kewangan dianggap kukuh. 5.2. Nisbah Pengurusan Aset Nisbah pengurusan aset adalah terdiri daripada pusing ganti aset tetap, pusing ganti jumlah aset, pusing ganti inventori dan mengira tempoh pungutan purata. 5.2.1. Pusing ganti aset tetap mengukur kecekapan syarikat dalam menggunakan aset tetap syarikat untuk menjanakan jualan. Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan Aset tetap bersih Contoh pengiraan: Tahun 2004: RM1,506,000/RM713,000 = 2.11kali Tahun 2005: RM1,434,000/RM653,000 = 2.20 kali Oleh kerana pusing ganti aset tetap pada tahun 2005 lebih tinggi daripada tahun 2004, ini menunjukkan syarikat berjaya membuat jualan yang tinggi berbanding aset tetap yang ada dalam tahun 2005. Jika nisbah pusing ganti aset tetap adalah rendah, ini menunjukkan bahawa syarikat telah membuat banyak pelaburan untuk aset tetap berbanding jumlah jualan. 5.2.2. Pusing ganti jumlah aset adalah untuk mengukur kecekapan syarikat atau perniagaan menggunakan aset untuk menjana jualan. Syarikta biasanya akan menggunakan aset dengan cekap dan berkesan untuk meningkatkan hasil jualan. Jika nisbah pusing ganti jumlah aset adalah tinggi, bermakna syarikat telah dapat meningkatkan jualan berbanding pelaburan. Jika nisbah pusing ganti aset rendah, ini menujukkan syarikat ada membuat banyak pelaburan aset berbanding jumlah jualan syarikat. Oleh itu jualan hendaklah ditingkatkan dan mengurangkan aset yang dirasakan tidak produktif. Pusing ganti aset = Jualan bersih atau Jualan Aset purata Jumlah Aset Contoh pengiraan: Tahun 2004: RM1,506,000/RM1,355,000 =1.11:1 atau 1.11 kali Tahun 2005: 1,434,000/ RM 1,185,000 = 1.21:1 atau 1.21 kali Pada tahun 2004, pusing ganti aset adalah 1.11 kali bagi setiap ringgit yang dilaburkan dalam aset perniagaan, manakala pada tahun 2005 pusing ganti aset telah meningkat kepada 1.21 kali. Ini menunjukkan syarikat berjaya menghasilkan sebanyak RM1.21 pada tahun 2005. 5.2.3. Pusing ganti inventori mengukur kecairan inventori sesebuah syarikat. Ia membayangkan kadar pergerakan inventori syarikat. Jika tinggi inventori diganti semula dengan cepat dan menunjukkan jualan yang baik. Pusing ganti Inventori = Kos Barang Dijual atau Kos Jualan Inventori Inventori Contoh pengiraan: Tahun 2004: RM1,020,000/RM265,000 = 3.85 kali setahun Tahun 2005: RM1,000,000/200,000 = 5.00 kali setahun Pada tahun 2004, nisbah pusing ganti inventori lebih lewat iaitu 3.85 kali dalam setahun. Maknanya barang dalam stor akan diganti setiap 3.1 bulan (3.85 kali /12 bulan = 3.1 bulan) Pada tahun 2005, nisbah pusing ganti inventori adalah dijalankan sebanyak 5 kali. Ini bermakna syarikat menggantikan stoknya setiap 2.4 bulan (5 kali/12 bulan = 2.4 bulan). Oleh itu, jika syarikat mempunyai barangan yang cepat terjual, stok hendaklah kecil supaya syarikat tidak menanggung kos inventori yang tinggi. Namun begitu, nisbah ini tidak dapat memberi gambaran bagi jualan yang baik terhadap barangan yang bermusim. 5.2.4. Tempoh pungutan purata (Nisbah Purata Masa Kutipan) Nisbah ini adalah bertujuan memaklumkan kepada peniaga bilangan hari bagi syarikat mengutip semua akaun belum terima ataupun penghutangnya. Lebih cepat kutipan dijalankan adalah lebih baik. Jika peniaga lewat mengutip hutangnya akan memyebabkan modal syarikat terikat dalam bentuk hutang yang belum dkutip. Oleh itu prestasi kutipan hutang boleh dilihat dengan menggunakan nisbah ourata masa kutipan ini. Tempoh pungutan purata = Akaun Penghutang Jualan Kredit Sehari Atau Nisbah Purata Masa Kutipan = Akaun Belum Terima Jualan Sehari Contoh pengiraan: Tahun 2004: RM295,000 = 70.5 hari RM1,506,000/360 hari Tahun 2005: RM240,000 = 60.25 hari RM1.434,000/360 hari Pada tahun 2004, syarikat menerima bayaran tunai dalam masa lebih kurang 70 hari. Pada tahun 2005 pula, syarikat menerima bayaran tunai dalam masa lebih kurang 60 hari. Ini menunjukkan pada tahun 2004, terdapat kelewatan mengutip hutang berbanding pada tahun 2005.Berdasarkan nisbah ini syarikat perlu sentiasa memastikan bayaran hutang diterima lebih cepat untuk mengelakkan risiko kekurangan modal pusingan dalam syarikat. 5.3. Nisbah Laveraj Nisbah leveraj adalah menggambarkan jumlah pembiayaan yang dibuat oleh pemilik syarikat dan jumlah pembiayaan oleh kreditor. Dengan kata lain, ia menunjukkan penggunaan pinjaman yang digunakan bagi membiayai perniagaan dan kemampuan syarikat melunaskan hutangnya. Terdiri daripada nisbah hutang, nisbah hutang kepada ekuiti dan nisbah perlindungan faedah. 5.3.1. Nisbah hutang mengukur kemampuan syarikat membayar hutang kepada kreditor. Nisbah ini adalah pecahan daripada jumlah aset yang dibiayai oleh kreditor untuk menjana keuntungan. Nisbah Hutang = Jumlah Hutang Jumlah Aset Contoh pengiraan: Tahun 2005: Jumlah Hutang (RM595,000)/ Jumlah Aset (1,185,000) = 0.502:1 = 50% Tahun 2004: Jumlah Hutang (RM705,000)/ Jumlah Aset (1,355,000) = 0.52:1 = 52% 5.3.2. Nisbah hutang-ekuiti Nisbah hutang-ekuiti atau nisbah leveraj menunjukkan perkaitan di antara modal yang dipinjam dengan modal yang dimiliki. Nisbah ini dikira dengan menggunakan persamaan berikut: Nisbah hutang-ekuiti = Jumlah Liabiliti/Nilai bersih Semakin kecil nilai nisbah hutang-ekuiti berserti semakin kukuh kedudukan kewangan syarikat, kerana semakin besar jumlah ekuiti berbanding dengan jumlah liabiliti. Sekiranya nisbah hutang-ekuiti bersamaan satu, bererti pemilik perniagaan menyumbangkan 50% daripada modal perniagaan, manakala 50% lagi dipinjam. Nisbah Hutang kepada ekuiti = Jumlah Hutang Jumlah Ekuiti Pemilik Contoh pengiraan: Tahun 2004: Jumlah Hutang (RM705,000) Jumlah Ekuiti Pemilik(RM650.000) = 1.08:1 Tahun 2005: Jumlah Hutang (RM595,000) Jumlah Ekuiti Pemilik (RM590,000) = 1.01:1 5.3.3. Nisbah perlindungan faedah Nisbah ini juga dipanggil nisbah masa pulangan faedah yang digunakan untuk mengukur keupayaan syarikat membayar faedah daripada pendapatan. Nisbah dapat memberi gambaran dalam menentukan pendapatan daripada perniagaan untuk digunakan dalam membayar faedah hutang syarikat. Pendapatan Sebelum Cukai + Belanja Faedah Belanja faedah Oleh keranan nisbah perlindungan faedah dapat mengukur keupayaan sesebuah syarikat dalam pembayaran faedah ke atas hutang jadi, lebih tinggi nisbah perlindungan faedah, maka lebih tinggi perlindungannya. Contoh pengiraan: Tahun 2004: RM276,000/RM26,000 = 10.6:1 (10.6 kali) Tahun 2005: RM224,000/ RM24,000 = 9.3:1 (9.3 kali) Pada tahun 2004, syarikat mempunyai nisbah 9.3:1 iaitu keuntungan syarikat melebihi sebanyak RM9.30 bagi setiap RM1.00 belanja faedah. Ini bermakna nisbah perlindungan faedah syarikat adalah bertambah sebanyak 9.3 kali. Pada tahun2005, syarikat mempunyai nisbah 10.6:1 iaitu keuntungan syarikat melebihi sebanyak RM10.6 bagi setiap RM1.00 belanja faedah. Ini bermakna nisbah perlindungan faedah syarikat adalah bertambah sebanyak 10.6 kali. Jika nisbah adalah negatif, bermakna syarikat tidak berupaya membayar faedah ke atas hutangnya. Jika nisbah kurang daripada 1.0 kali, bermakna syarikat hanya mampu membayar sebahagian daripada faedah ke atas hutangnya. Jika nisbah adalah 1.0 kali, menunjukkan syarikat mampu membayar kesemua faedah ke atas pinjamannya. Tetapi dalam situasi ini syarikat tidak mempunyai rizab untk membuat pelaburan yang akan datang atau diagihkan kepada pelaburnya. 5.4. Nisbah Keberuntungan Adalah untuk mengukur hasil atau keupayaan operasi sebuah perniagaan bagi suatu tempoh tertentu. 5.4.1. Nisbah margin untung bersih mengukur peratusan setiap ringgit hasil bersih daripada jualan bersih bagi suatu tempoh tertentu. Margin untung bersih= Unting bersih x 100% Jualan bersih Contoh: margin untung 13% = bagi setiap RM1.00 jualan, syarikat berjaya memperoleh untung bersih sebanyak 13 sen pada tempoh berkenaan. Contoh pengiraan: Tahun 2004: RM 150,000/ RM1,506,000 x 100% = 3.32% Tahun 2005: RM 120,000/ RM1,434,000 x 100% = 8.37% Pada tahun 2004, syarikat telah membuat keuntungan bersih sebanyak 3.32%. Ini bermakna, syarikat telah membuat keuntungan bersih sebanyak 3.32% bagi setiap RM1.00 jualannya. Pada tahun 2005, syarikat telah meningkatkan keuntungan bersih kepada 8.37%, bermakna bagi setiap RM1.00 jualan syarikat telah dapat meningkatkan keuntungan bersih sebanyak 8.37% lebih baik daripada tahun 2004. Walau bagaimanapun, margin keuntungan tidak menggambarkan keuntungan syarikat secara keseluruhan kerana syarikat masih perlu mengambil kira nilai aset syarikat, nisbah inventori dan akaun belum terima. 5.4.2. Nisbah pulangan atas aset (ROA) mengukur pulangan yang diperolehi oleh syarikat bagi setiap ringgit aset yang dimiliki oleh syarikat. Jika aset bertambah, saiz syarikat juga bertambah tetapi untung tidak semestinya bertambah. Jika untung bertambah, tetapi saiz syarikat tidak bertambah, menggambarkan pulangan ats jumlah aset adalah berkurang. Nisbah pulangan atas aset = Untung Bersih – Dividen Saham Terutama Jumlah Aset Atau Nisbah pulangan atas aset = Untung Bersih Jumlah Aset Contoh: untung bersih RM3,500, Jumlah aset RM27,100. Pulangan atas aset = 3500/27100 = 0.13 Bermakna, bagi setiap RM1.00 aset, syarikat berupaya mendapat pulangan sebanyak 13 sen. Contoh pengiraan: Tahun 2004: RM150,000/ RM1,355,000 = 11.1% Tahun 2005: RM 120,000/ RM1,185,000 = 10.1% Pada tahun 2004, kadar pulangan adalah 11.1%. Ini menunjukkan syarikat mendapat pulangan 11.1 sen bagi setiap ringgit pelaburan atas asetnya. Pada tahun 2005, kadar pulangan adalah 10.1%. Ini menunjukkan syarikat mendapat pulangan 10.1% bagi setiap ringgit pelaburan iaitu menurun berbanding pada tahun 2004. Peratusan ini menggambarkan kecekapan syarikat dalam penggunaan aset pada tahun 2005 adalah rendah dan pelaburan yang dibuat terhadap aset semakin kurang cekap. Oleh itu , syarikat perlu meningkatkan keuntungan pada masa akan datang bagi mendapat pulangan yang tinggi. 5.4.3. Nisbah pulangan ekuiti mengukur pulangan yang diperolehi oleh pemilik atau pemegang saham bagi setiap ringit yang dimilikinya dalam syarikat. Dengan kata lain, nisbah ini mengukur kecekapan syarikat dalam menggunakan wang pelaburan yang dibuat oleh pemegang sahamnya. Nisbah pulangan ekuiti = Untung Bersih – Dividen Saham Terutama Jumlah Ekuiti Atau Nisbah pulangan ekuiti = Untung bersih Ekuiti Biasa Contoh: untung bersih RM3500, jumlah ekuiti = RM13000 Pulangan ekuiti : 3500/1300 = 0.27 Bermakna, bagi setiap Rm1.00 ekuiti, syarikat berupaya memperolehi pulangan sebanyak 27 sen. Conto h pengiraan: Tahun 2004: RM150,000/ RM650,000 = 23.1% Tahun 2005: RM120,000/ RM590,000 = 20.3% Pada tahun 2004, pulangan adalah sebanyak 23.1% bagi setiap RM1.00 pelaburan. Pada tahun 2005, syarikat mendapat pulangan sebanyak 20.3% bagi setiap RM1.00 pelaburan. Dalam keadaan ini pihak pelabur mungkin tidak akan berpuas hati terhadap pulangan atas ekuiti yang menurun berbanding pada tahun 2004. Berdasarkan prestasi ini pihak pelabur akan menilai kembali pulangan atas ekuiti dan akan membuat keputusan sama ada untuk membuat pelaburan lagi atau sebaliknya. 5.5. Nisbah Nilai Pasaran 5.5.1. Nisbah harga perolehan menunjukkan amaun ringgit yang sanggup dibayar oleh pelabur untuk setiap ringgit keuntungan yang dijanakan oleh syarikat. Lebih tinggi nisbah ini, lebih menarik saham biasa pada pandangan pelabur. Sebelum mengira nisbah harga perolehan, syarikat perlu mengira perolehan bagi setiap unit sahamnya. Perolehan sesaham adalah untuk mengukur amaun pendapatan bersih yang diperoleh syarikat bagi setiap saham biasa yang diterbitkan iaitu: Perolehan sesaham = Untung bersih Jumlah saham biasa diterbitkan Contoh pengiraan: Tahun 2004: RM150,000 50,000 unit = RM3.00 seunit Tahun 2005: RM120,000 50,000 seunit = RM2.40 seunit Setelah mengira perolehan sesaham, syarikat akan dapat mengira nisbah harga perolehan iaitu: Nisbah harga perolehan = Harga Pasaran Saham Biasa Perolehan Sesaham Contoh pengiraan: Andaikan harga pasaran saham biasa bagi tahun 2004 dan tahun 2005 masing- masing adalah RM14.00 dan RM8.00 Oleh itu nisbah harga perolehan adalah: Tahun 2004: RM14.00/ RM3.00 = 4.67 kali Tahun 2005: RM8.00/ RM2.40 = 3.33 kali Pada tahun 2004, setiap saham biasa syarikat telah dijual dengan harga 4.67 kali daripada jumlah perolehan bagi setiap saham biasa. Manakala pada tahun 2005, setiap saham biasa telah dijual dengan harga 3.33 kali daripada jumah perolehan bagi setiap saham biasa. Didapati bahawa, nisbah harga perolehan pada tahun 2005 kurang daripada tahun 2004. Oleh kerana nisbah harga perolehan mengukur harga pasaran setiap saham biasa berbanding dengan perolehan sesaham syarikat, maka ini dapat membantu pelabur membuat penilaian terhadap perolehan syarikat pada tahun-tahun akan datang. 5.5.2. Nisbah pasaran kepada buku menggambarkan persepsi pelabur terhadap saham syarikat. Nisbah yang tinggi menunjukkan pelabur sanggup membayar lebih bagi setiap ringgit nilai buku saham tersebut. Nilai buku merupakan jumlah ekuiti pemilik yang tercatat dalam kunci kira-kira. Nilai buku sesaham dikira dengan membahagikan jumlah ekuiti pemilik dengan bilangan saham. Nilai buku sesaham = Jumlah ekuiti pemilik Bilangan saham (unit) Nisbah pasaran kepada buku = Harga Saham Nilai Buku Sesaham Contoh pengiraan berdasarkan jadual 5.1 dan 5.2 : Nilai buku sesaham Tahun 2004: RM650,000/ 50,000 unit = RM13.00 Tahun 2005: RM 590,000/50,000 unit = RM11.80 Nisbah pasaran kepada buku Jika harga pasaran saham seunit adalah RM2.00 pada tahun 2004 dan 2005: Tahun 2004: RM2.00/ RM13.00 = 0.15 atau 15% Tahun 2005: RM2.00/ RM11.80 = 0.17atau 17% 5.6. Analisis Arah Aliran Usahawan boleh mengenal pasti prestasi syarikat naik atau turun dengan membuat rekod kewangan untuk beberapa tahun. Analisis ini apabila digabungkan akan dapat digunakan untuk membuat perbandingan dengan syarikat dalam industri yang sama. 5.7. Analisis Keratan Rentas Analisis ke atas nisbah kewangan sesebuah syarikat dengan nisbah yang sama dengan syarikat lain dalam industri yang sama. contohnya: atas nisbah hutang beberpa syarikat dalam telekomunikasi. Iaitu dengan mengambil nisbah hutang beberapa syarikat dan membuat perbandingan. Ini dilakukan oleh penalisis untuk mencari status kewangan syarikat yang sihat di mana dapat membantu pelabur membuat keputusan dalam membuat pelaburan dalam syarikat. Penggunaan rangka kerja DuPont: aplikasi Model ini boleh digunakan oleh jabatan pembelian atau jualan untuk menilai atau memperlihatkan sebab jumlah pulangan atas aset diperolehi. Bandingkan dengan syarikat lain atau pesaing. Menganalisis perubahan atas masa. Mengajar usahawan kefahaman mudah bagaimana mereka boleh mendapat impak hasil. Menunjukkan impak profesional fungsi pembelian. Langkah-langkah kaedah DuPont :Proses 1. Kira urusniaga berdasarkan maklumat di jabatan kewangan. 2. Kira guna spreadsheet/ excel 3. Buat kesimpulan. 4. Jika kesimpulan tidak munasabah/ tidak realisitik, semak urusniaga/pengiraan Kekuatan model Du Pont Model: kebaikan Mudah: alat yang baik untuk mengajar usahawan secara pemahaman yang asas tentang bagaimana mereka boleh mendapat impak atas keputusan. Mudah dihungkaitkan dengan skim pampasan. Boleh digunakan untuk menyakinkan pengurusan bahawa langkah-langkah tertentu perlu diambil untuk membuat pembelian atau jualan secara profesional. Ia merujuk kepada organisasi sendiri dan bukan semata-mata melihat organisasi lain dari segi mencapai keuntungan dengan cara meningkatkan pulangan dan kekuatan pengurusan 5.8. Batasan dan kelemahan analisis nisbah Berasaskan nombor perakaunan dan secara asasnya tidak boleh dipercayai. Tidak termasuk kos modal. Garbage in, garbage out. Kaedah Du Pont adalah mudah digunakan iaitu sebagai alat yang baik untuk mengajar usahawan secara pemahaman yang asas tentang cara mereka boleh mendapat impak atas keputusan. Kaedah ini juga mudah dihubungkaitkan dengan skim pampasan dan boleh digunakan untuk menyakinkan pengurusan. Dengan cara ini langkah-langkah tertentu boleh diambil untuk membuat pembelian atau jualan secara profesional. Analisis nisbah dapat merujuk kepada organisasi sendiri dan bukan semata-mata melihat organisasi lain dari segi mencapai keuntungan dengan cara meningkatkan pulangan dan kekuatan pengurusan. Batasan penggunaan analisis nisbah ini adalah ia dianalisis berasaskan nombor perakaunan dan secara asasnya tidak boleh dipercayai. Analisis tidak termasuk kos modal (garbage in, garbage out). Sekiranya kaedah DuPont digunakan untuk membuat analisis nisbah syarat yanga perlu dipatuhi adalah nombor perakaunan mestilah boleh dipercayai. Gambarajah Model DuPont (sumber: http://www.12manage.com) Gambarajah Model Analisis Kewangan DuPont – Pengiraan Berasaskan Pasaran (sumber: http://www.centrec.com/resources/DuPont/DuPontB.JPG) Ujian 1 Kunci Kira-kira Syarikat Juwara Bhd Pada 31 Disember 2012 2011 (RM) 20012 (RM) ASET Aset Semasa Tunai 44,000 56,000 Sekuriti boleh pasar 60,000 66,000 Akaun belum terima 215,000 270,000 Inventori 165,000 180,000 Jumlah Aset Semasa 484,000 572,000 Aset Tetap Bangunan dan Peralatan 1,050,000 980,000 Tolak: Susut Nilai 337,000 327,000 Jumlah Aset Tetap 713,000 653,000 JUMLAH ASET 1,197,000 1,225,000 LIABILITI SEMASA DAN EKUITI PEMILIK Liabiliti Semasa Nota Belum Bayar 175,000 140,000 Overdraft 50,000 50,000 Belanja Terakru 127,000 105,000 Jumlah Liabiliti Semasa 352,000 295,000 Hutang Jangka Panjang 350,000 310,000 Jumlah Liabiliti 702,000 605,000 Ekuiti Pemegang Saham Saham Biasa RM3.00 par 50,000 setahun 150,000 150,000 Lebihan Dibayar 290,000 290,000 Pendapatan Tertahan 260,000 200,000 Jumlah Ekuiti Pemegang Saham 700,000 640,000 JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI 1,402,000 1,245,000 Penyata Untung Rugi Syarikat Juwara Bhd Pada 31 Disember 2012 2011 (RM) 2012 (RM) Jualan 1,565,000 1,730,000 Tolak: Kos Barang Dijual 1,050,000 1,020,000 Untung Kasar 515,000 710,000 Tolak: Belanja Operasi 140,000 140,000 Belanja Pemasaran 60,000 60,,000 Susut Nilai 10,000 10000 Jumlah Belanja Operasi 210,000 210,000 Pendapatan Sebelum Faedah dan Cukai 305,000 500,000 Tolak: Belanja Faedah 28,000 25,000 Pendapatan Sebelum Cukai 277,000 475,000 Tolak: Cukai 30% 83,100 142,500 Untung Bersih 193,900 332,500 Perolehan Per Saham (EPS) (untung bersih/ jumlah saham) RM3.88 RM6.65 Dikehendaki: Kira nisbah berikut bagi tahun 2012. a.Nisbah semasa b. Nisbah cepat c. Pusing ganti inventori d. Nisbah margin untung bersih e. Nisbah Pusing ganti aset tetap f. Nisbah hutang atas aset g. Nisbah harga perolehan Ujian 2 Berikut adalah hasil analisis terhadap data kewangan Syarikat Majujaya Bhd. bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. 2011 2012 Nisbah semasa 3.4:1 2.4:1 Nisbah cepat 0.9:1 1.6:1 Pusing ganti inventori 2.5 kali 2.0 kali Pendapatan bersih Naik 35% Turun 5% Perolehan sesaham RM4.20 RM3.10 Dikehendaki: 1. a. Sediakan satu senarai yang mengandungi ulasan atau komen ringkas tentang bagaimana setiap nisbah tersebut dapat membuktikan keupayaan syarikat untuk menjelaskan hutang dan menjalankan perniagaan secara berterusan. b. Anda juga perlu menyatakan kesan dan batasan setiap item nisbah tersebut secara berasingan. c. Buat rumusan atau kesimpilan mengenai keupayaan keseluruhan syarikat untuk menjelaskan hutang dan menjalankan perniagaan secara berterusan. 2. Nyatakan batasan-batasan analisis nisbah yang telah dibuat terhadap penyata kewangan Syarikat Majujaya Bhd. Rujukan Abu Bakar Hamid. 2006. Keusahawanan dan pengurusan perniagaan kecil, Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok. Aini Hayati et al. 2009. Teks Pra-U STPM Matrikulasi Pengajian Perniagaan 1, Pearson- Longman Malaysia Sdn. Bhd., Petaling Jaya. Wan Madznah Wan Ibrahim. 2007. Prinsip perakaunan, Oxford Fajar Sdn Bhd, Shah Alam.