TEKS UCAPAN MOHD MUIZZUDDIN MOHD YATIM WAKIL KELAS 3PPISMP RBT2 UNTUK MAJLIS MERAIKAN PERSARAAN PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK TARIKH : 21 FEBRUARI 2008 MASA : 9.30 PAGI TEMPAT : DEWAN BESAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK CHERAS, KUALA LUMPUR. BISMILLAHI RAHMANIR RAHIM ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM KEKELUARGAAN. YANG BERUSAHA PENGERUSI MAJLIS YANG BERBAHAGIA PUAN HJH ZAKIAH BINTI IDRIS MANTAN PENGARAH YANG BERUSAHA CIK HJH ROSENAH BINTI MOHD NOR TIMBALAN PENGARAH YANG BERUSAHA TUAN HAJI MUAZ BIN MOHAMAD KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR KETUA-KETUA JABATAN PARA PENSYARAH SETERUSNYA RAKAN-RAKAN GURU PELATIH TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN, BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILLAHI KERANA D ENGAN RAHMAT DAN KURNIANYA KITA DAPAT BERSAMA DAN BERHIMPUN DI PAGI YANG MULIA INI BAGI MERAIKAN PERSARAAN PUAN PENGARAH KITA BAGI TAHUN 2010. DI KESEMPATAN INI JUGA SAYA INGIN MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR DAN KELIHATANNYA BEGITU CERIA PADA PAGI INI. TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN, SEMPENA MAJLIS PERSARAAN INI, SAYA WAKIL KELAS 3PPISMP RBT2 MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH DI ATAS SEGALA JASA DAN SUMBANGAN PUAN SEPANJANG PUAN BERKHIDMAT DI IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIKINI. SAYA PERCAYA SEGALA PENGALAMAN SUKA DUKA DAN PENGETAHUAN YANG DIPEROLEHI MENJADI MEMORI DAN PANDUAN DALAM MENJALANI KE HIDUPAN PUAN DI MASA HADAPAN. SEGALA SUMBANGAN DAN PENGORBANA N PUAN DALAM MEMBANGUNKAN INSTITUSI INI AKAN SENANTIASA DIKENANG. TENTUNYA TANPA SUMBANGAN PUAN, MAKA TIADALAH INSTITUSI SEPERTI YANG TUAN-TUAN DAN PUANPUAN LIHAT PADA HARI INI. MENYENTUH MENGENAI ALAM PESARAAN, SAYA PASTI PUAN TELAHPUN MEMPUNYAI PERANCANGAN DAN ME MPERSIAPKAN DIRI DALAM MENJALANI ALAM YANG BARU INI. SEBENARNYA, INILAH MASANYA, PUAN MELAKSANAKAN APA JUA KEINGINAN DAN IMPIAN YANG MASIH BELUM TERLAKSANA ATAU YANG MASIH BELUM SEMPAT UNTUK DILAKSANAKAN. DENGAN SEGALA PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN YANG DIPEROLEHI, SAYA PERCAYA PUAN AKAN DAPAT MENJALANI KEHIDUPAN BARU INI DENGAN JAYANYA YANG TENTUNYA DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA DIRI PUAN. TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN, SATU ISU YANG TIDAK AKAN SAYA LUPAKAN APABILA MEMPERKATAKAN TENTANG PESARAANTENTUNYA MENGENAI PENJAGAAN KESIHATAN. PADA USIA BEGINI, FAKTOR KESIHATAN INIAMATLAH PENTING. SAYA PERCAYA, PUAN JUGA INGIN SENTIASABERGERAK AKTIF DAN SIHAT. JADI, APA KATA, PUAN LUANGKAN SEDIKIT MASA UNTUK PENJAGAAN KESIHATAN BUKAN SAHAJA KESIHATAN FIZIKAL, MALAH KESIHATAN MENTAL. SATU LAGI FAKTOR PENTING ADALAH AMALAN PEMAKANAN YANG SEIMBANG DAN BERZAT. DI USIAUSIA BEGINI, PEMAKANAN YANG BERKUALITI DAN M ENYIHATKAN ADALAH AMAT PENTING. INI BUKANLAH BERMAKNA PUAN TERLALU CEREWET TENTANG SOAL PEMAKANAN TETAPI SEBAGAI SATU LANGKAH UNTUK MEMAKSIMUMKAN TAHAP KESIHATAN YANG BAIK DAN DAPAT MENGELAKKAN DIRI PUAN DARI SEBARANG SERANGAN PENYAKIT. SEPERTI YANG PUAN SEDIA MAKLUM, MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI. TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN, BERINTERAKSILAH SECARA POSITIF DAN ERATKAN LAGI HUBUNGAN SILATURRAHIM DENGANKELUARGA, RAKAN-RAKAN, JIRAN TETANGGA SERTA MASYARAKAT SEKELILING. INILAH MASA DAN KETIKANYA, PUAN MEMANFAATKAN SEPENUHNYA MASA YANG TERLUANG INI DENGAN PELBAGAI AKTIVITI KEMASYARAKATAN. SESUNGGUHNYA SAYA PERCAYA DENGAN AKTIVITI-AKTIVITI SEPERTI INI, HUBUNGAN YANG ERAT AKAN TERUS TERJALIN DI ANTARA SATU SAMA LAIN. TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN, SYABAS DIUCAPKAN KEPADA PUAN DIATAS KOMITMEN YANG BEGITUPADU DEMI MEMASTIKAN SEMUA PROGRAM DAN AK TIVITI INSTITUSI DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA. SEMOGA USAHA DAN SEMANGAT INI AKAN BERTERUSAN PADA MASA-MASA HADAPAN. SAYA MENYERU KEPADA PIHAK PUAN, PARA PENSYARAH SEKALIAN DAN SETERUSNYA KEPADA SELURUH WARGA KERJA IPG KPT AGAR TERUS MEMPERTINGKATKAN PRESTASI DAN TERUS MEMBERI SUMBANGAN YANG LEBIH BAIK. LAKSANAKAN APA JUA TUGAS YANG PERLU DILAKUKAN DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB, AMANAH, JUJUR, CEKAP DAN ADIL. BELAJARLAH DARI KESILAPAN LALU UNTUK TERUS MENCAPAI KEJAYAAN TIDAK KIRA SAMA ADA KITA TELAH BERSARA ATAU MASIH LAGI BERKHIDMAT. PESARA-PESARA YANG DIRAIKAN, DI KESEMPATAN INI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA DALAM APA JUA BIDANG YANG PUAN CEBURI. ANGGAPLAH PERJALANAN YANG PUAN SEDANG LALUI INI ADALAH SATU CABARAN BARU DAN DIHARAP PUAN AKAN TERUS CEMERLANG. CURAHKANLAH BAK TI PUAN DEMI KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN NEGARA. SAYA MENDOAKAN AGAR PUAN SENTIASA SIHAT SEJAHTERA. SAYA JUGA BERHARAP AGAR HUBUNGAN SILATURRAHIM PUAN DENGAN ANGGOTA IPG KPT YANG MASIH BERKHIDMAT AKAN TERUS TERJALIN ERAT. SESUNGGUHNYA JASA DAN BUDI YANG DITABUR OLEH PUAN TIDAK DAPAT DIBALAS DAN TENTUNYA AKAN SENTIASA DIKENANG SAMPAI BILA-BILA. BAK KATA PEPATAH, HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH, BUDI YANG BAIK DIKENANG JUA. SEBELUM MENGAKHIRI UCAPAN INI, SEDIKIT PESANA N UNTUK PIHAK PUANDAN SETERUSNYA KEPADA SELURUH WARGA KERJA IPG KPT, TENTUNYA SEMUA SUDAH MAKLUM, SERUAN BULAN RAMADHAN TELAH PUN KITA DENGARI. OLEH ITU, SAYA MENYERU AGAR TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN DAPAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB MASING-MASING DALAM MENUNAIKAN IBADAH BERPUASA DAN MENUNAIKAN ZAKAT. ELAKKANLAH DIRI DARI AKTIVITI-AKTIVITI YANG TIDAK SIHAT. SESUNGGUHNYA, PILIHAN TERLETAK DI TANGAN SENDIRI, TEPUK DADA TANYALAH SELERA. SEKIAN. TERIMA KASIH WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.