1. TARI TOPENG MAK YONG MAK YONG adalah teater tradisional di Kepulauan Riau yang di angkat menjadi sebuah tarian yang menceritakan kenakalan AWANG ( Prajurit ). AWANG diperintahkan oleh CIK WANG ( sang raja ) untuk berlatih, tetapi AWANG malah mengganggu INANG ( dayang - dayang ). Hingga akhirnya AWANG ketahuan oleh CIK WANG mengganggu para INANG sehingga AWANG dimarahi oleh CIK WANG Latar Belakang Sejarah : Mak Yong merupakan taridra Melayu yang unik dan halus sifatnya. Ia merupakan kombinasi dari unsur-unsur tarian, muzik, drama dan komedi yang dipentaskan. Terdapat 12 cerita pokok Mak Yong yang utama antaranya termasuklah Dewa Muda, Raja Tangkai Hati, Raja Bijak Laksana, Gading Betimang, Raja Muda Lakleng dan Raja Besar Ho Gading. Taridra trdisional Melayu ini dipersembahkan oleh watak-watak seperti Pak Yong, Pak Yong Muda, Mak Yong, Puteri Mak Yong, Peran dan watak Dayang-Dayang. Keunikan Teater Mak Yong telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity yang merupakan pengikhtirafan tertinggi warisan dunia bagi seni budaya. Persediaan Persembahan Para penari dan pelakon biasanya menghias diri sendiri. Watak utama Pak Yong mengenakan kostium khas dengan memakai mahkota kain baldu, sampin la dada, pending dan tersisip sebilah keris di pinggang. Peran, watak kelakar akan mengenakan pakaian aneka warna dan fesyen mengundang ketawa penonton. Bangsal atau panggung dibina beratap tanpa dinding agar dapat ditonton dari semua penjuru. Orkestranya disusun dengan pemain rebab di sebelah Timur berhampiran tiang seri bangsal bagi membolehkan pelakon menghadap ke arahnya sewaktu tarian pembukaan Menghadap Rebab. Pemuzik lain boleh duduk sebaris dengan perebab, mengikut kesesuaian. Peralatan orkestra yang lain termasuklah sepasang gong (tetawak), geduk, gendang, canang, kesi dan serunai. Seikat rotan bera perlu untuk seorang pelakon Pak Yong, Mak Yong, menteri atau raja tertentu. Golok-golok dibuat daripada papan dibelah dua bahagian tengah atau mata (untuk menguatkan bunyi jika memukul) sebagai kegunaan peran sepanjang penampilannya. Persembahan Mak Yong Persembahan dibuat secara gerak tari berkeliling. Dimulakan dengan acara Buka Panggung dikuti dengan bertabuh, Menghadap Rebab, Sedayung Pak Yong, Sedayung Mak Yong, Ziarah Bilik Pengasuh (Sedayung Panggil Awang), Berkhabar, Ello atau Wok dan seterusnya sebarang lagu atau tari mengikut cerita yang dipentaskan. Persembahan di tamatkan dengan Tutup Panggung. Terdapat tidak kurang daripada 50 buah lagu Mak Yong. Namun mereka yang mengetahui dan boleh menyanyikannya semakin berkurangan. 2. JENIS-JENIS TARI MAK YONG Terdapat 7 jenis persembahan Makyong yang pernah wujud. Setiap jenis persembahan Makyong mempunyai sedikit perbezaan yang membezakan di antara satu dengan yang lain. Jenis-jenis Makyong tersebut ialah:• Makyong Patani - ditemui di Pattani, Yala dan Narathiwat, tiga buah wilayah di selatan Thailand yang dahulunya merupakan wilayah Kesultanan Melayu Patani. • Makyong Kelantan - ditemui di negeri Kelantan dan daerah Besut, Terengganu, Malaysia. Makyong Kedah - ditemui di negeri Kedah, Malaysia. • • Makyong Laut - ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan wilayah Satun (Thailand). Makyong Riau - ditemui di Wilayah Riau, Indonesia. Makyong Medan - ditemui di Medan, wilayah Sumatera Utara, Indonesia. Makyong Kalimantan - ditemui di Kalimantan, Indonesia. • • • Cerita-cerita Mak Yong Terdapat tidak kurang daripada 30 buah cerita Mak Yong namun, hanya 12 cerita yang sering dipentaskan. Cerita berkenaan termasuklah; Dewa Muda, Bongsu Sakti, Gading Bertimang, Raja Tangkai Hati, Dewa Pecil, Raja Muda Lakleng, Raja Besar Ho Gading, Anak Raja Panah Dewa Indera - Indera Dewa, Raja Muda Laksana, Bedara Muda dan Endeng Tajeli (Anak Raja Gondang, Batak Raja Gondang, Bongsu Sakti) Pengajaran / Unsur-unsur Moral Cerita-cerita Mak Yong sarat dengan pengajaran atau unsur-unsur moralnya. Adab berhadapan dengan raja harus dijaga walaupun ada kalanya mereka boleh dibawa bergurau. Begitu juga bagi pihak raja, tanamkan rasa belas kasihan kepada rakyat walaupun ada kalanya mereka dungu. Kerja raja (kerajaan) hendaklah diutamakan (dijunjung) dahulu daripada urusan sendiri (dikelek) sesuai dengan etika perkhidmatan penjawat awam. Keseluruhan cerita bertemakan buat baik dibalas baik, buat jahat lambat laun mendapat bala atau musibah. PERGERAKAN ASAS BAGI TARIAN MAKYUNG Satu unsur penting dalam makyung selain daripada muzik dan dialog ialah tarian yang digunakan dalam keseluruhan persembahan. Tarian makyung juga sama seperti tarian melayu yang lain iaitu menegaskan kepada pergerakan tangan. Posisi tangan ini apabila dicantumkan dengan pergerakan badan, kepala dan kaki membentuk tarian makyung seperti berikut : 1. Duduk atas tumit, tangan sembah guru 2. Tangan susun sirih 3. Tangan gajah lambung belalai 4. Tangan burung terbang 5. Tangan ular sawa mengorak lingkaran 6. Tangan seludang menolak mayang 7. Tangan sulur memain angi 8. Tangan liuk kiri longlai ke kanan 9. Berdiri tapak tiga mengadap timur jaga 10. Tangan sirih layer 11. Kirat penghabisan 12. Langkah turun dari kayangan 13. Langkah naik ke kayangan 14. Pak Yung berjalan Cerita-cerita dalam makyung menjalani beberapa tahap perkembangan. Ia bermula dengan cerita asas iaitu Dewa Muda, yang menceritakan tentang asal usul makyung. Berdasarkan cerita ini, ia berkembang menjadi tujuh dan kemudian dua belas cerita. Dua belas cerita yang dianggap lengkap, asli dan cukup nilai seninya adalah : 1. Dewa Muda 2. Dewa Pencil 3. Dewa Sakti 4. Dewa Indera, Indera Dewa 5. Dewa Panah 6. Endeng Tejali i) Anak Raja Gondang ii) Batak Raja Gondang iii) Bongsu Sakti 7. Gading Bertimang 8. Raja Tangkai Hati 9. Raja Muda Lakleng 10. Raja Muda Lembek 11. Raja Besar Dalam Negeri Ho Gading 12. Bentara Muda Lagu-lagu dalam persembahan makyung adalah seperti berikut : 1. Bertabuh 2. Mengadap Rebab 3. Raja atau Pakyung keluar dan berdialog dengan makyung 4. Pakyung Muda atau Puteri makyung akan menyanyi Dondang Lanjut 5. Dialog Pakyung memanggil Pengasuh 6. Nyanyian Pakyung Tua – Sedayong Pakyung 7. Dialog 8. Nyanyian Kisah Barat oleh Pakyung Muda 9. Dialog 10. Nyanyian Peran – Barat Cepat 11. Dialog antara Pakyung dan Peran 12. Nyanyian oleh Pakyung – Lagu Berkbabar 13. Dialog 14. Nyanyian Peran – Lagu Saudara 15. Dialog 16. Lagu Barat Cepat 17. Dialog Peran I dan Peran II< 18. Lagu Tok Wak 19. Dialog Pakyung 20. Lagu Ela oleh Pakyung membawa cerita yang akan dipersembahkan