INSTITUT PENDIDIKAN GURU M ALAYSIA, KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, KM 7.75, JALAN KLUANG , 83000 BATU PAHAT, JOHOR. Tel. : 07-4323271 Fax: 07-4343687 Yang Berbahagia Dato’ Ngah Bin Senik, Ketua Pentadbir, Parlimen Malaysia, Pejabat Ketua Pentadbir, Tingkat 16, Bangunan Menara , 50680 Kuala Lumpur. Tarikh:19 Januari 2012. Melalui dan salinan: Mohd Tasim bin Abdul Rahim , Ketua Jabatan Kajian Sosial, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, 83000, Batu Pahat, Johor. Yang Berbahagia Dato’, Lawatan ke Persidangan di Parlimen Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan ingin memaklu mkan bahawa kami ingin mengadakan lawatan ke persidangan di parlimen dan memohon kebenaran kelulusan daripada pihak Yang Berbahagia Dato’. 2. Sehubungan dengan itu, berikut merupakan butir –butir lawatan: Tarikh Masa Bilangan peserta Pensyarah pengiring :26 Mac 2012 (Isnin) :Sidang 1 (10.00 pagi – 1.00 tengahari) :40 orang : 2 orang 3. Untuk pengetahuan pihak Yang Berbahagia Dato’, a ntara objektif lawatan kami ke persidangan di parlimen ini ialah: 1) Memberi kesedaran kepada pelajar –pelajar tentang kepentingan ilmu pengetahuan dan peranan mereka sebagai anggota masyarakat. 2) Mendedahkan kepada para pelajar tentang fungsi Dewan Rakyat dan Dewan Negara. 3) Peluang untuk pelajar melihat proses penggubalan undang –undang. 4) Mendedahkan kepada pelajar suasana perbahasan ala Parlimen yang diharapkan mendorong mereka untuk berfikir secara kritis dan profesional. 5) Mendalami dengan lebih dekat peranan Parlimen Malaysia dan meningkatkan lagi rasa cinta akan negara. 4. Oleh hal yang demikian, menjadi harapan kami agar lawatan ini dapat dijalankan dengan lancar sepertimana yang telah dicadangkan oleh pihak kami. 5. Atas jasa baik dan kerjasama segera Yang Berbahagia Dato’ mempertimbang permohonan ini amatlah dihargai dan di dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, untuk perhatian dan makluman Yang Berbahagia Dato’. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (DAYANG NURFARAHAIN FAEEZA BT HASSIM) Setiausaha Lawatan, Opsyen Matematik 2 Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Tun Hussein Onn. Untuk rujukan: 013-XXXXXX Disahkan, Disemak, (MOHD TASIM BIN ABDUL RAHIM) Ketua Jabatan Kajian Sosial, IPG Kampus Tun Hussein Onn. (PUAN NORAINI BINTI SALIM) Pensyarah Pend. Sivik dan Kewarganegaraan, IPG Kampus Tun Hussein Onn.