TUGASAN ________________________________________________________________________________ HBEF 3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SEMESTER SEPTEMBER 2015 ________________________________________________________________________________ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu. 3. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MS-Word melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda tidak dibenarkan untuk menukar teks/frasa tugasan tersebut kepada format grafik seperti .jpeg / .gif / print screen / dan lain-lain format berkaitan. 4. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 5. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda. 6. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan secara online. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri. 7. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. Fail tugasan yang dihantar mestilah dalam format MS-WORD (filename.doc). Sila pastikan fail adalah VERSI TERKINI yang BETUL. Fail yang tersalah hantar hendaklah dihantar semula secara on-line sebelum tamat tempoh penghantaran. 8. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 2hb â 15hb November 2015. Serahan selepas 15hb November 2015 TIDAK akan diterima. 9. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri. 10. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrarâs Announcement di myVLE). 11. Anda perlu memastikan RESIT yang dikeluarkan bagi penghantaran tugasan disimpan sebagai bukti penghantaran. Kegagalan mengemukakan resit dalam sebarang isu yang timbul berkaitan penghantaran tugasan akan mengakibatkan tugasan dianggap TIDAK dihantar. PENILAIAN Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan. Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula. PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: Bil. Kadar Pertindihan Potongan Markah 1. 0 â 30 0 2. 30.01 â 50 5 3. 50.01 â 70 10 4. 70.01 - 100 100 SOALAN TUGASAN Berasaskan kepada satu contoh Jadual Penentuan Ujian (JPU) bagi subjek yang anda sedang mengajar di sekolah pada masa ini, anda dikehendaki menyediakan 15 soalan beraneka pilihan. Semua soalan yang sudah siap kemudiannya hendaklah ditadbirkan kepada murid-murid anda di dalam kelas yang anda sedang mengajar sekarang. Sebaik sahaja selesai melaksanakan ujian tersebut, pelajar dikehendaki menjawab persoalan berikut: 1. Nyatakan lima prinsip yang digunakan dalam penyediaan atau pembinaan Soalan Beraneka Pilihan. (10%) 2. Bincangkan lima kelebihan dan lima kelemahan item berbentuk Soalan Beraneka Pilihan. (10%) 3. Bagi setiap soalan, kirakan indeks kesukaran item bagi setiap item soalan (boleh dipersembahkan dalam bentuk jadual). (5%) 4. Berasaskan kepada indeks kesukaran item yang diperoleh, berikan rumusan anda terhadap set ujian objektif yang telah anda sediakan itu. (10%) 5. Tuliskan satu refleksi anda terhadap tugasan ini (satu muka surat sahaja). (5%) Laporan yang lengkap hendaklah disertakan bersama dengan lampiran-lampiran berikut: a. Satu contoh JPU subjek yang diajar yang telah dijadikan rujukan bagi penyediaan item ujian. b. Satu set soalan ujian yang mengandungi 15 soalan beraneka pilihan. c. Nama murid-murid yang mengambil ujian berserta markah yang diperoleh dalam ujian berkenaan. d. Lampiran-lampiran lain yang perlu. [Jumlah : 40 markah] 2 3
Comments
Report "Soalan Assgmnt Penilaian n Pengukuran Sept 2015"