Seteguh Karang Sinopsis: Hidup di dunia ini penuh dengan dugaan dan cabaran. Banyak perkara yang tidak diduga berlaku bagaikan dalam mimpi. Ajal, maut, rezeki dan jodoh adalah takdir yang sudah ditetapkan oleh Ilahi. Justeru itu, manusia hrus besabar dalam menghadapi segala dugaan. Seteguh Karang membawakan kita kisah tragik sebuah keluarga yang selama ini hidup bahagia dan sentosa. Kematian dalam keluarga telah menghancurkan impian tiga orang anak gadis yang telah ditinggalkan ibu bapa mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Anis, Maysarah dan Anita terpaksa berhadapan dengan seribu satu masalah yang tidak terduga. Kuatkah hati mereka dalam menempuh badai kehidupan? Peristiwa ini telah diungkapkan oleh penulisnya dalam novel ini dengan olahan yang menarik dan meyakinkan. Komen: Buku ini pernah jadi manifestasi peribadi achik awal remaja dulu. Banyak titik persamaan yang achik jumpa, buat achik selalu belek buku ini sampai kusam. Bukan novel remaja biasa seperti yang selalu disumbatkan kepada kita, penuh bunga. Dari isu rendah diri, berdikari, percaya manusia sekeliling dan faham adat budaya. Buku ini pakej lengkap untuk ingatkan kita akan hidup memang selalu bersama ujian. Terpulang pada kita mahu hadapinya bagaimana. Seteguh Karang ialah sebuah novel remaja yang telah dikarangkan oleh Tuan Faridah Syed Abdullah.[1] Novel ini berceritakan tentang kehidupan Awanis, seorang remaja perempuan yang telah kehilangan kedua ibu bapa dan cuma mempunyai seorang Pak Cik dan dua orang adik beradiknya yang lain; Maisara (Kak Mai) dan Anita. Novel ini telah disertakan di dalam Komsas untuk SPM bagi negeri Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak.[2] Ia juga telah diadaptasikan ke sebuah drama TV dengan tajuk yang sama pada tahun 2005. Watak dan perwatakan Watak Perwatakan Seorang remaja perempuan yang berkulit sawo matang, seorang yang tabah. Awanis merupakan seorang pelajar di ITM Cawangan Perlis mengikuti kursus Diploma Pengurusan Ladang. Awanis Maysarah/Kak Seorang yang pendiam, berkulit cerah. Kakak kepada Awanis dan Anita. May Seorang yang berkulit cerah dan merupakan seorang pelajar sekolah menengah. Anita adalah adik angkat kepada Maysarah dan Awanis. Anita Seteguh Karang’: Novel yang saya kaji ialah ‘Seteguh Karang’, karya Tuan Faridah Syed Abdullah. Saya amat tertarik mengikuti konflik yang dihadapi oleh tiga orang gadis adik-beradik dalam novel ini. Yang tua, Maysarah. mengalami konflik dalam jiwa kerana tidak dapat menerima hakikat kematian kedua-dua ibu bapanya dalam kemalangan. Dia juga diseksa rasa bersalah kerana yakin bahawa dialah yang menyebabkan mereka terbunuh. Dia menyalahkan dirinya kerana degil dan sombong sehingga mengecewakan ibu bapa yang sangat menyayanginya serta memanjakannya; dia percaya nahas itu berlaku kerana ibu bapanya dalam keadaan sedih dan hampa. Rasa kehilangan dan bersalah ini telah menenggelamkan sifat Maysarah yang riang lagi penyayang dalam konflik dalaman tersebut. Maysarah telah menjadi murung, hidup dalam dunianya sendiri, dan menyebabkan adik-adiknya juga turut muram. Walaupun saya mengerti mengapa Maysarah berkelakuan demikian, namun saya insaf bahawa sikapnya yang seolah-olah menolak takdir itu salah serta tidak bertimbang rasa. Sikap itu juga mencetuskan konflik dengan adiknya Anita. Maysarah mendedahkan rahsia bahawa Anita sebenarnya adik angkat kepada dia dan Awanis, bukan adik kandung, lalu menghalau Anita keluar dari rumah. Kemudiannya sikap tidak menerima takdir itu mendorong Maysarah menelan pil tidur berlebihan; mujurlah dia sempat diselamatkan. Saspens di bahagian ini membuat saya mengikuti cerita dengan asyik. Konflik jiwa yang dihadapi oleh Anita sungguh hebat, tambahan pula setelah dapat mencari ibu bapa kandungnya tetapi ditolak kerana dipercayai membawa nasib malang kepada mereka. Namun demikian, konflik dalaman dan luaran telah menguatkan serta mematangkan peribadi Anita: dia membuat keputusan hidup berdikari. Hal ini mengajar saya bahawa konflik boleh membawa kesan yang baik. Sikap Anita yang tetap menyayangi dan memaafkan kakaknya Maysarah sungguh mengagumkan serta mengharukan saya. Awanis juga semakin gigih, matang dan penyayang setelah menghadapi konflik batin akibat kehilangan ibu bapa serta kerunsingan tentang kakak dan adiknya. Di samping itu Awanis menerima perlakuan yang mencabar kesabaran dan keyakinan dirinya daripada Encik Johari, seorang pegawai di tempat gadis itu mejalani kursus praktikal pengurusan ladang. Masalah di rumah Kak Nor tempat dia menumpang serta usikan Kak Maznah dan Kak Sofia menambahkan kerisauannya. Tragedi kematian Budi, pekerja Indonesia yang dianggap seperti adiknya, sungguh memilukan hati Awanis. Kejayaan Awanis menangani segala dugaan dan konflik ini memberi inspirasi kepada saya dalam menghadapi hidup.