Proposal Dah Siap!!!

April 28, 2018 | Author: Anonymous | Category: Documents
Report this link


Description

1.0 Pendahuluan Kajian ini akan dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengecam nombor 1 hingga 10 khususnya bagi murid bermasalah pembelajaran Autisme dan Hiperaktif menggunakan kaedah pengajaran “One to one teaching” melalui permainan kibod. Penggunaan kibod ini melibatkan pengujian kemahiran murid mengecam nombor yang ditunjukkan dan menekan not yang tertampal nombor yang ditunjukkan oleh guru. 1.1 Pengenalan Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, semua kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna mengikut keupayaan masing-masing (Abd Rahim Bin Talib, 2006). Oleh itu, Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Jamila K.A Mohamed (2005), menyatakan bahawa Pendidikan Khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang berkeperluan khas tetapi juga perlu diketahui oleh semua lapisan masyarakat terutama sekali guru di sekolah. Menurut Hallahan & Kauffman (2005), Pendidikan Khas adalah satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Di Malaysia, pendidikan Khas merupakan perkhidmatan yang diberikan kepada kanak-kanak kurang upaya yang dikendalikan oleh dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jamila K.A Mohamed (2006) menyatakan bahawa Pendidikan Khas merupakan pengajaran yang mengisi intipati pendidikan murid berkeperluan khas. Beliau akan membuat kenyataan bahawa sistem pendidikan untuk murid berkeperluan khas dirancang secara tersendiri. Sistem ini dilaksanakan secara sistematik bagi memastikan keberkesanannya untuk membimbing murid berkeperluan khas meningkatkan potensi diri senormal mungkin dalam usaha mencapai kejayaan hidup tanpa kebergantungan kepada masyarakat sekeliling. Hallahan dan Kauffman (2005) mendefinisikan Pendidikan Khas sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Friend (2005) pula mendefinisikan Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, rumah, hospital atau institusi lain. Oleh itu, pendidikan khas merupakan pengajaran yang diwujudkan dan dilaksanakan untuk memenuhi keperluan murid berkeperluan khas dan pembelajaran yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan khas ini terbahagi kepada beberapa cabang pendidikan seperti masalah pendengaran, masalah penglihatan dan masalah pembelajaran. Menurut Individual With Disabilities Education Act ( IDEA, 1997 ), Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi yang melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa samada pertuturan atau penulisan dimana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi. Kajian ini memberi penekanan kepada murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendefinisikan murid yang mengalami Masalah Pembelajaran sebagai murid yang mempunyai masalah kognitif yang dianggap boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. 1.2 Refleksi Pengalaman Yang Lalu Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang lalu iaitu semasa praktikum fasa I dan fasa II, pengkaji mendapati bahawa pelaksanaan pengajaran bagi mata pelajaran Matematik di dua buah Program Pendidikan Khas Integrasi di Perak akan berjalan dengan baik. Murid-murid masalah pembelajaran telah diajar dengan pelbagai pengetahuan dan juga kemahiran berhubung dengan mata pelajaran ini. Menerusi pemerhatian yang dilakukan, pengkaji mendapati bahawa guru-guru bersifat lebih proaktif untuk membantu mendidik murid-murid masalah pembelajaran dalam mengingat nombor walaupun terdapat pelbagai masalah. Kekangan yang dihadapi oleh guru ialah tiada buku teks yang boleh dijadikan rujukan untuk mengajar murid-murid tersebut bagi tahun 1 untuk guru. Hal ini kerana, buku yang disediakan sekadar mencukupi bagi murid-murid. Malah, guru bagi mata pelajaran Matematik perlu mencari bahan dan maklumat daripada internet. Guru juga perlu merendahkan tahap dalam pengajaran mengikut tahap penguasaan murid dalam kelas. Berdasarkan daripada pengalaman lalu,pengkaji juga mendapati bahawa terdapat banyak kelemahan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru. Antaranya ialah guru masih menggunakan teknik lama seperti hafalan untuk mengajar murid mengingat nombor mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSR) Masalah Pembelajaran tahun 1. Berdasarkan pemerhatian pengkaji mendapati bahawa murid-murid tersebut hanya dapat mengingati nombor yang diajar pada minggu pertama sahaja. Murid-murid tersebut juga tidak faham maksud bagi nombor yang akan dihafalnya. Hal ini menunjukkan bahawa nombor yang telah diajar perlu diterangkan menggunakan visual yang jelas dan harus diulang jika guru mendapati murid lemah untuk menghafal perkataan tersebut. Pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan secara lisan, cuma mampu menarik minat pada tempoh yang amat singkat. Selepas itu, murid-murid akan mula berbual-bual, mengganggu rakan, bermain dan tidak fokus kepada pengajaran yang disampaikan oleh guru. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berjalan dengan lancar dan objektif pembelajaran yang ditetapkan juga tidak tercapai. Dengan itu, kawalan kelas turut tidak dapat dikawal. Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar (1996), seorang guru yang baik seharusnya tidak menghadapi kesulitan dalam memotivasikan murid-muridnya dan mengawal kelasnya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Ia boleh dilakukan melalui pendekatan-pendekatan yang positif seperti menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik dalam pengajaran bahasa. Namun, hasil pemerhatian yang dilakukan menunjukkan murid bukan sahaja tidak fokus semasa proses pengajaran dan pembelajaran tetapi juga lemah dalam kemahiran mengecam nombor. Perkara ini mungkin disebabkan oleh guru yang masih menggunakan kaedah-kaedah lama semasa proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Contohnya, guru hanya memberikan lembaran kerja dan meminta murid untuk menghafal nombor tersebut. Perkara ini menyebabkan murid bosan dan menimbulkan tingkah laku yang negatif dalam kalangan murid. Contohnya, semasa guru memberikan lembaran kerja, terdapat murid yang tidak mahu membuat latihan yang diberikan, tidak dapat menyiapkannya pada waktu yang diberikan, selain ada yang bermain dan ada yang menunjukkan sikap acuh tak acuh dengan guru. Murid juga menunjukkan sikap ego kepada guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji juga mendapati bahawa kebanyakan murid masalah pembelajaran amat memerlukan gambaran awal untuk memahami sesuatu perkataan yang dipelajarinya. Contohnya, sekiranya guru ingin mengajar mengenai nombor 1 hingga 5 dan hanya menggunakan kaedah lisan dalam pengajarannya akan menyebabkan murid-murid kurang memahami perkara yang berkaitan dengan maksud nombor yang akan disampaikan oleh guru. Namun, dari pengalaman pengkaji yang lepas, penggunaan bahan “Hands-on” sangat berkesan dan membantu murid dalam mengingat dan memahami nombor yang diajar. Buktinya, murid-murid akan lebih berminat sekiranya murid dapat melaksanakan sesuatu aktiviti fizikal berkaitan nombor. Sebagai contohnya,aktiviti membentuk nombor daripada doh dapat meningkatkan minat murid untuk turut serta dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sepanjang praktikum yang telah dijalankan, penggunaan atau strategi pembelajaran secara “Hands-On” telah banyak membantu murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang ingin disampaikan dengan berkesan. Oleh itu, pengkaji akan menggunakan kibod yang menggunakan teknik “Hands-On” bagi membantu meningkatkan kemahiran mengecam nombor kepada murid masalah pembelajaran. Abdullah (2003) turut mengatakan bahawa aktiviti “Hands-On” dapat meningkatkan ingatan murid. Kejayaan aktiviti pula adalah bergantung terhadap kefahaman bahasanya kerana melalui bahasa, kanak-kanak dapat mengingat, menyimpan dan memindahkan maklumat. Daya ingatan dapat ditingkatkan dengan latihan yang kerap melalui aktiviti yang melibatkan “Hands-On”. Bagi menimbulkan perasaan semangat untuk belajar dalam kalangan murid, saya akan menggunakan kibod sebagai penguji kepada murid. Kaedah ini merupakan sebuah kaedah yang diolah daripada Teori Pelaziman Operan Skinner. Skinner (1958) mempercayai bahawa sesuatu tingkah laku itu dipengaruhi oleh faktor peneguhan sama ada ganjaran atau dendaan.Murid menganggap kibod sebagai suatu bahan mainan yang mengeluarkan muzik. Ini merupakan satu kelebihan dimana guru dapat mempergunakan minat murid terhadap kibod untuk menarik perhatian murid ke arah proses pengajaran dan pembelajaran. 2.0 Fokus Kajian Kajian ini memberi fokus kepada kemahiran mengecam nombor 1 hingga 10 terutamanya kepada murid masalah pembelajaran (Autistik) bagi tahun 1. Kajian ini adalah bagi murid tahap satu menguasai kemahiran mengecam nombor dengan betul sebelum menguasai kemahiran Matematik yang lain seperti mengenal nombor dan menyebut nombor. Oleh itu, pengkaji akan menggunakan pengajaran berbantukan kibod bagi membantu subjek kajian dalam meningkatkan kemahiran mengecam nombor. 2.1 Isu kajian Kajian ini adalah berfokuskan kepada kemahiran mengecam nombor 1 hingga 10. Kajian ini dijalankan seakan pengkaji mengenal pasti murid bermasalah pembelajaran (Autistik) yang mengalami masalah mengecam nombor yang wujud sewaktu mata pelajaran Matematik dan sukar untuk mengingati nombor yang akan diajar. Responden yang terlibat dalam kajian ini memerlukan aktiviti yang menarik untuk membantunya mengecam nombor. Oleh yang demikian, saya akan menggunakan kibod untuk membantu responden dalam kemahiran mengecam nombor dalam mata pelajaran Matematik. Kibod yang digunakan oleh pengkaji mempunyai gambar nombor yang dibuat daripada kertas pasir bertujuan supaya murid dapat mengenal, menyentuh, membeza dan mengecam nombor dengan baik. Pensel yang diberikan merupakan ganjaran kepada murid. Ganjaran ini akan diberikan sekiranya murid dapat mengeja dengan betul. Ganjaran yang diberikan adalah bertujuan untuk meningkatkan minat murid untuk belajar dan meningkatkan kemahiran murid dalam kemahiran mengeja perkataan. Gabungan kibod dan peneguhan positif membantu murid untuk meningkat kemahiran mengecam nombor bagi pengajaran Matematik. Kaedah ini juga bertujuan meningkat minat murid untuk belajar, mengenal dan mengecam nombor. Pengkaji juga akan menggunakan pengajaran berbentuk permainan iaitu boneka. Proses pengajaran dan pembelajaran melalui permainan akan menjadikan murid lebih berminat, selesa dan gembira untuk belajar. 2.1.1 Tinjauan awal Kajian ini akan menggunakan empat kaedah bagi mengumpul data untuk mengetahui kelemahan murid. Kaedah yang digunakan ialah pemerhatian, menjalankan ujian diagnostik, temu bual dan analisis dokumen. i) Pemerhatian Menurut Merriam (2002), pemerhatian adalah cara terbaik untuk mengumpul data asal yang hendak dikaji. Pemerhatian melibatkan proses yang berlaku secara langsung. Kaedah ini membolehkan pengumpulan data secara berkesan. Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud (2011), menyatakan pengkaji berupaya memberi dan memperoleh penerangan deskriptif terhadap setiap tingkah laku yang diperhatikan. Pemerhatian yang dilakukan ialah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan melalui subjek Matematik untuk melihat tahap kelemahan murid semasa aktiviti mengenal nombor dilaksanakan. Pengkaji akan menyediakan borang senarai semak bagi mengesan tahap kelemahan murid dalam aktiviti mengenal nombor. Dalam kaedah ini, pengkaji menggunakan pemerhatian bagi menilai dua aspek semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Bahagian pertama adalah berkaitan dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan iaitu berkaitan dengan nombor yang diajar. Manakala, bahagian kedua pula pengkaji memerhati tingkah laku subjek kajian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. ii) Temu Bual Pengkaji juga akan menggunakan kaedah temu bual untuk menjalankan penyelidikan tindakan ini. Chua (2006) menyatakan bahawa aspek-aspek penting dalam penyediaan item temu bual ialah pengkaji perlu menentukan jenis temu bual dalam kajian yang dijalankan sama ada temu bual berstruktur, temu bual semi berstruktur atau temu bual tidak berstruktur. Pengkaji juga perlu merancang terlebih dahulu temu bual yang dijalankan. Malah, soalan yang dibuat perlu dirancang menggunakan stail, kandungan, susunan soalan dan ciri-ciri soalan yang digunakan semasa temu bual juga mestilah sesuai dengan kajian yang ingin dijalankan. Aras bahasa semasa temu bual dijalankan mestilah sesuai dan tempoh sesi haruslah dititikberatkan oleh pengkaji semasa sesi temu bual dijalankan agar semua perancangan yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar. Temu bual dijalankan kepada guru mata pelajaran yang mengajar Matematik dan Pembantu Pengurusan murid bagi kelas subjek kajian. Kaedah temu bual yang digunakan oleh pengkaji ialah berbentuk temu bual separa berstruktur yang dijalankan kepada guru. Manakala, temu bual tidak berstruktur kepada Pembantu Pengurusan Murid. Sebelum melaksanakan sesi temu bual, pengkaji akan menyediakan beberapa soalan terlebih dahulu. Soalan temu bual yang akan dijalankan adalah seperti jadual 1. Jadual 1 Soalan semasa tinjauan awal temu bual kepada guru yang dijalankan. · Bagaimana perkembangan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung? · Bagaimanakah pencapaian murid dalam kemahiran mengenal nombor? · Bagaimanakah tingkah laku murid semasa guru menyebut nombor? Setiap temu bual yang dilaksanakan akan direkodkan dengan menggunakan alat perakam audio supaya tidak ada maklumat yang tertinggal. Temu bual akan ditafsirkan oleh pengkaji selepas temu bual dibuat. Hasil analisis data temu bual dipersembahkan dalam bentuk yang bertulis. Data temu bual akan ditranskripkan dan diletakkan dalam lampiran. Temu bual tidak berstruktur pula akan dijalankan kepada Pembantu Pengurusan Murid. Soalan-soalan yang akan ditanya adalah seperti berikut. Jadual 2 Soalan Temu bual bersama Pembantu Pengurusan Murid · Adakah murid lemah dalam kemahiran pranombor seperti menyebut dan mengenal pasti saiz serta bentuk? · Adakah murid menunjukkan tingkah laku negatif semasa berada di kelas Matematik? · Adakah murid menunjukkan kelemahan yang ketara dalam kemahiran mengenal nombor? iii) Ujian diagnostik Ujian diagnostik merupakan satu instrumen yang digunakan untuk mengukur daerah kelemahan murid secara terperinci. Melalui ujian ini, guru dapat mengenal pasti masalah sebenar murid di peringkat awal. Menurut Zulkifley Hamid (2006), ujian diagnostik merupakan satu alat pengukuran yang membolehkan guru pendidikan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid. Ciri-ciri ujian diagnostik termasuklah ujian tidak memberikan skor atau gred kepada murid. Disebabkan ujian ini untuk memperbaiki kelemahan tertentu, maka ujian ini dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Maklumat daripada ujian ini diterjemahkan dalam bentuk profil individu berasaskan skor tentang aspek-aspek pembelajaran. Profil yang dibuat dapat memperlihatkan kepada guru tentang aspek-aspek yang belum dikuasai sepenuhnya oleh murid-murid. Contoh ujian diagnostik ialah seperti ujian menilai kebolehan murid mengenal pasti nombor. Ujian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan murid dan ini memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan langkah pemulihan kepada murid-murid berkenaan. Ujian ini boleh dilakukan secara formal iaitu melibatkan pensel dan kertas, malah ujian ini juga boleh dijalankan secara soal jawab, inventori, pemerhatian dan tugasan dari semasa ke semasa. Ujian diagnostik yang akan dilaksanakan dalam kajian ini adalah berkenaan dengan pengajaran nombor 1 hingga 10. Ujian diagnostik yang dilakukan mempunyai 3 bahagian. Bahagian pertama memerlukan subjek kajian memadankan nombor dengan pasangannya yang betul. Murid perlu melekatkan nombor yang betul bersebelahan pasangannya yang betul. Contohnya,nombor 5 perlu dilekatkan bersebelahan nombor 5. Bahagian kedua pula, memerlukan murid untuk menekan not muzik kibod yang tertera nombor yang betul berdasarkan nombor yang ditunjukkan oleh guru. Bahagian ketiga, murid perlu mewarnakan nombor berdasarkan nombor yang dilekatkan oleh guru di atas papan putih. Setiap bahagian mengandungi 10 item soalan yang memerlukan subjek kajian mengeja dengan betul. iv) Analisis Dokumen Analisis dokumen akan dilakukan bagi mengumpul data mengenai kelemahan murid dalam aktiviti mengecam nombor. Pengkaji menyemak buku kerja murid bagi mengesan kelemahan murid dalam kemahiran mengecam nombor. 2.1.2 Analisis Tinjauan Awal Tinjauan awal yang akan dilakukan terhadap subjek kajian untuk mengetahui tahap kelemahan murid dalam kemahiran mengeja ialah : i) Pemerhatian Pengkaji akan menganalisis dua bahagian bagi mengumpul data melalui pemerhatian. Bahagian A yang dijalankan untuk memerhati subjek kajian dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala, bahagian B pula adalah untuk memerhati tingkah laku subjek kajian berdasarkan pemerhatian daripada beberapa kriteria berpandukan senarai semak yang akan disediakan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, tingkah laku yang diperhatikan akan menunjukkan samada subjek kajian menghadapi masalah yang ketara dalam kemahiran mengecam nombor ataupun tidak. ii) Temu bual Pengkaji akan menemu bual guru Matematik dan Pembantu Pengurusan Murid. Soalan yang ditanya melibatkan penguasaan murid terhadap kemahiran pranombor seperti perbezaan saiz, bentuk, warna dan nombor. Soalan yang ditanya juga melibatkan tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan oleh guru terbabit. Menurut Noraini Binti Ombi (2009), kaedah temu bual boleh digunakan untuk memperoleh maklumat berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan dan kehendak mengikut keperluan persoalan kajian. Temu bual yang dijalankan bersama guru mata pelajaran Matematik ialah temu bual separa berstruktur. Merriem (1998), penggunaan temu bual separa berstruktur bersifat fleksibel dan keadaan ini membolehkan responden menghuraikan perkara yang ditanya oleh pengkaji. Bagi soalan pertama yang akan dikemukakan oleh pengkaji, guru akan memberikan kesimpulan awal dengan menyatakan samada subjek kajian lemah dalam aktiviti membaca dan mengeja perkataan ataupun tidak. Hal ini kerana kelemahan yang paling ketara juga dapat dilihat semasa aktiviti matematik dilaksanakan. Tingkah laku murid semasa aktiviti mengecam nombor dijalankan menunjukkan subjek kajian tidak berminat dengan aktiviti yang dijalankan.. Seterusnya, temu bual secara tidak berstruktur yang akan dijalankan kepada Pembantu Pengurusan Murid bagi mengetahui tahap kelemahan murid. Temu bual bersama Pembantu Pengurusan Murid (PPM) akan menunjukkan samada subjek kajian sangat lemah dalam kemahiran mengecam nombor. Hal ini kerana PPM sentiasa melihat proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti mengecam nombor, mereka lebih mengetahui tingkah laku subjek kajian dengan lebih terperinci. iii) Ujian diagnostik Berdasarkan ujian yang akan dijalankan, pengkaji boleh mengetahui samada murid menunjukkan prestasi yang lemah dalam menjawab soalan. Pengkaji akan mengkaji 3 bahagian dalam ujian diagnostik yang melibatkan kemahiran padanan nombor dengan nombor. Hasil analisis keputusan ujian akan menunjukkan samada subjek kajian lemah dalam kemahiran mengeja perkataan. Selain itu, melalui pemerhatian yang akan dijalankan semasa ujian, akan memberi sedikit maklumat mengenai tingkah laku murid. iv) Analisis dokumen Pengkaji akan menganalisis data hasil daripada lembaran kerja yang akan diberikan kepada subjek kajian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik. Hasil keputusan lembaran kerja akan membuktikan samada subjek kajian mempunyai masalah untuk mengingat nombor . 3.0 OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN 3.1 Objektif umum Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengecam nombor khususnya bagi murid bermasalah pembelajaran tahun 1 menggunakan kibod. Penggunaan kibod ini melibatkan kombinasi antara gambar dan muzik yang bersesuaian untuk meningkatkan kemahiran mengecam nombor. Peneguhan positif berbentuk pensel dan pensel warna diberikan bagi menarik perhatian murid dan mengekalkan fokus murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. 3.2 Objektif khusus i) Murid bermasalah pembelajaran tahun 1 dapat memadankan nombor dengan pasangan nombor yang betul. ii) Murid bermasalah pembelajaran tahun 1 dapat menekan not muzik pada kibod yang tertera nombor yang betul berdasarkan nombor yang ditunjukkan oleh guru. iii) Murid bermasalah pembelajaran tahun 1 dapat mewarna nombor yang betul berdasarkan nombor yang ditunjukkan oleh guru. 3.3 Persoalan kajian i) Adakah murid bermasalah pembelajaran tahun 1 dapat memadankan nombor dengan pasangan nombor yang betul? iv) Adakah murid bermasalah pembelajaran tahun 1 dapat menekan not muzik pada kibod yang tertera nombor yang betul berdasarkan nombor yang ditunjukkan oleh guru? v) Adakah murid bermasalah pembelajaran tahun 1 dapat mewarna nombor yang betul berdasarkan nombor yang ditunjukkan oleh guru? 4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran terdiri daripada seorang murid lelaki. Sasaran tersebut diambil seakan dikenal pasti lemah dalam kemahiran mengecam nombor selepas analisis tinjauan awal dilakukan. Subjek kajian tersebut berbangsa India dan mempunyai tahap autistik serta hiperaktif yang teruk. Berdasarkan Kad kesihatan subjek kajian,ia menunjukkan bahawa subjek kajian mengalami masalah pembelajaran autisme dan hiperaktif (ADHD). Oleh itu,subjek kajian sukar untuk mengikut arahan guru,menunjukkan tingkah laku agresif apabila dipaksa dan sering berkhayal. Pencapaian akademik subjek kajian pula dilihat sangat lemah terutamanya bagi mata pelajaran Matematik. Buktinya, pencapaian murid di dalam Peperiksaan Akhir Tahun (2014) bagi mata pelajaran Matematik ialah sebanyak 8%. Berdasarkan pencapaian ini menunjukkan bahawa murid berada pada tahap yang gagal.. 4.1.1 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian Dalam pemilihan fokus kajian, pengkaji akan mempertimbangkan beberapa kriteria yang melibatkan kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan, kawalan, kolaboratif dan kerelevanan kepada sekolah. Pengkaji telah memilih kemahiran mengecam nombor sebagai fokus kajian. Manakala, bahan intervensi yang digunakan ialah melibatkan kibod dan penggunaan peneguhan positif seperti pensel dan pensel warna. Kebolehtadbiran Pengkaji berpendapat bahawa aspek ejaan yang dialami oleh murid-murid dapat diatasi dengan menggunakan kibod semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Penggunaan kibod juga merupakan satu bentuk terapi muzik dan permainan yang sangat mudah dengan melibatkan aspek visual yang mampu membantu murid meningkatkan kemahiran mengecam nombor. Buktinya, murid hanya perlu menekan not dengan betul berdasarkan nombor yang ditunjukkan oleh guru. Penggunaan peneguhan positif bertujuan untuk meningkatkan minat dan membantu subjek kajian lebih fokus. Kajian ini akan dijalankan kerana pengkaji percaya kemahiran mengecam nombor murid-murid bermasalah pembelajaran dapat dipertingkatkan dengan intervensi tersebut. i) Kepentingan Penguasaan kemahiran mengecam nombor amat penting dalam membantu murid memahami sesuatu nombor.. Kemahiran mengecam nombor berkait rapat dengan kemahiran kognitif. Kajian Fitzgerald & Stanahan (2000), akan menunjukkan bahawa proses kognitif yang mendasari kedua-dua kemahiran membaca perkataan dan kemahiran mengecam nombor adalah hampir sama. Hal ini membuktikan bahawa penguasaan nombor yang baik dapat membantu murid-murid menimba ilmu dalam pelbagai bidang. Justeru itu, kemahiran ini sangat penting untuk dipertingkatkan. Oleh itu, pengkaji akan menggunakan kibod untuk meningkatkan penguasaan murid-murid masalah pembelajaran dalam aspek mengecam nombor 1 hingga 10. ii) Kebolehgunaan Penggunaan kibod digunakan sebagai bahan bantu mengajar utama bagi memudahkan subjek kajian lebih memahami dan dapat meningkatkan kemahiran mengecam nombor.. Kaedah ini sesuai digunakan pakai secara berkesan kepada semua murid masalah pembelajaran. Hal ini kerana, penggunaan gambar secara visual dan aktiviti “hands-on” dapat membantu murid-murid masalah pembelajaran mengingat nombor yang dipelajari. Pierangelo dan Guilani (2009), turut menyokong dengan menyatakan pandangan secara visual amat penting dalam perkembangan kognitif murid-murid. iii) Kawalan Kajian yang akan dilakukan oleh pengkaji adalah dalam skop yang kecil iaitu meningkatkan kemahiran mengecam nombor seorang murid bermasalah pembelajaran (autistik). Penggunaan kibod ini sangat mudah digunakan dan mempunyai pelbagai kelebihan terutamanya kepada guru. Bahan yang dipilih juga amat bersesuaian dengan tahap dan kebolehan subjek kajian. Selain itu, bahan tersebut juga tidak memerlukan masa yang lama untuk disiapkan. Bahan yang dipilih, tidak melibatkan kos yang terlalu tinggi dan mudah digunakan atau diaplikasikan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Subjek kajian juga lebih mudah mengingat nombor kerana penggunaan visual seperti gambar dan muzik yang pelbagai untuk setiap nombor memudahkan subjek kajian untuk memahami dan mengingat nombor. Penggunaan gambar dan muzik tersebut menarik minat dan sesuai dengan keperluan murid bermasalah pembelajaran. iv) Kolaboratif Semasa menjalankan kajian ini, aspek kolaboratif bersama warga sekolah akan sangat dititikberatkan oleh pengkaji. Pelbagai usaha kolaboratif akan diambil sebelum pengkaji menjalankan kajian. Antaranya ialah pengkaji akan meminta kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah bagi menjalankan kajian ini ke atas murid-murid bermasalah pembelajaran di sekolah tersebut. Pengkaji juga sentiasa berbincang dengan guru kelas, guru Matematik, Guru penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan guru-guru sekolah yang lain bagi mendapatkan maklumat mengenai subjek kajian dalam aspek tingkah laku, pencapaian akademik dan pencapaian dalam mata pelajaran Matematik. Pengkaji juga sentiasa berbincang dengan Pembantu Pengurusan Murid di kelas bagi melihat pencapaian murid dalam kemahiran mengecam nombor dan tingkah laku murid sebelum, semasa dan selepas intervensi dijalankan. v) Kerelevanan kepada sekolah Pengkaji merasakan bahawa penggunaan kibod dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah amat sesuai dan berkesan bagi meningkatkan kemahiran mengecam nombor murid. Kaedah ini amat relevan digunakan di sekolah. Penggunaan kibod boleh diletakkan di dalam setiap kelas, perpustakaan dan tempat-tempat yang disediakan ruang bacaan kerana ianya mudah alih dan tahan lasak. Guru boleh menggunakan kibod tersebut dalam langkah proses pengajaran dan pembelajaran bagi mempelbagaikan aktiviti pengajaran seperti aktiviti menyanyi. Kaedah ini dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik murid-murid dan meningkatkan tahap kecemerlangan sekolah khasnya bagi mata pelajaran Matematik. 5.0 TINDAKAN YANG AKAN DIJALANKAN Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu Analisis dokumen · Pemerhatian · Temu bual · Ujian diagnostik · Ujian Pra Fasa sebelum intervensi Mengenal pasti masalah Merancang intervensi Melaksanakan intervensi Pemerhatian Ujian pencapaian I Fasa semasa intervensi Membuat refleksi kitaran pertama (jika gagal) Modifikasi pengajaran (Kitaran kedua) Pemerhatian Ujian Pencapaian II Analisis Dokumen Fasa selepas intervensi Ujian Pos Dapatan kajian Menganalisis data Rajah 1. Proses fasa sebelum, semasa dan selepas intervensi. Model yang digunakan dalam kajian ini ialah model Stephen Kemmis. Stephen Kemmis dan Robin Mctaggart (1988) memperkenalkan pendekatan ini untuk menjalankan Penyelidikan Tindakan. Pendekatan yang diutarakan terdiri daripada empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi. REFLEKSI Refleksi samada subjek kajian masih lemah dan pencapaian kurang memuaskan dalam kemahiran mengecam, dan memerlukan kitaran kedua. MEMERHATI Pencapaian subjek kajian dalam kemahiran mengecam nombor semasa intervensi dijalankan. MERANCANG Mengecam nombor menggunakan kibod. Kitaran 1 BERTINDAK Intervensi dijalankan dengan menggunakan kibod bagi meningkatkan kemahiran mengecam nombor. 5.0 5.1.0 Perancangan Pengkaji akan melaksanakan intervensi bagi kitaran pertama dalam mata pelajaran Matematik dalam tempoh dua minggu dengan empat kali sesi pengajaran dan pembelajaran. Tempoh bagi setiap pengajaran dan pembelajaran ialah selama 60 minit. Pengkaji akan menjalankan pengajaran nombor 1 hingga 5 bagi minggu pertama dan nombor 6 hingga 10 bagi minggu kedua. Bagi kitaran pertama, pengkaji akan menggunakan kibod sebagai bahan bantu mengajar utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Cara penggunaan kibod ialah subjek kajian perlu mengecam dengan menekan not muzik yang tertera nombor berdasarkan nombor yang ditunjukkan oleh guru. Penggunaan kibod adalah berdasarkan penggunaan deria visual dan pengamatan bunyi yang dijangka membantu subjek kajian dalam meningkatkan kemahiran mengecam nombor. Menurut Gardner (1983), kecerdasan visual ruang yang ada pada manusia membolehkan manusia mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual, peka terhadap warna, garis, bentuk dan ruang. Oleh itu, pengkaji akan menggunakan gabungan visual, warna dan simbol dengan menggunakan nombor yang tertera pada not kibod bagi menarik perhatian serta meningkatkan ingatan mereka bagi meningkat kemahiran mengeja. Selain itu, peneguhan juga diberikan dalam kajian ini. Ee Ah Meng (2001), menyatakan bahawa peneguhan positif merupakan kaedah yang sesuai bagi mencapai sesuatu tingkah laku yang diingini. Peneguhan yang diberikan ialah berbentuk ganjaran iaitu pensel dan pensel warna. Pengkaji akan merancang terlebih dahulu pengajaran yang berasaskan visual. Pengkaji mengambil keputusan untuk menjalankan kajian dengan menggunakan kibod sebagai bahan utama semasa menjalankan intervensi. Kibod yang digunakan tersebut melibatkan penggunaan nombor dan elemen muzik. Kad nombor yang digunakan adalah bertujuan untuk murid mengecam nombor yang sama pada kibod tersebut. Bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, kaedah ganjaran akan digunakan iaitu dengan menggunakan pensel dan pensel warna. Skinner(1953) akan menyatakan bahawa peneguhan positif merupakan rangsangan yang penting dalam menambah tingkah laku yang positif dan gerak balas yang positif dalam kalangan subjek kajian. Peneguhan yang diberikan adalah bertujuan untuk menarik minat subjek kajian untuk belajar dan berusaha untuk mendapatkan pensel dan pensel warna berdasarkan pencapaian yang berjaya diperolehnya. 5.1.1 Tindakan Tindakan yang akan dijalankan oleh pengkaji ialah pengkaji mengambil masa selama 60 minit dengan empat kali sesi pengajaran bagi membantu subjek kajian menggunakan kibod dalam mengecam nombor. Sebelum menjalankan kajian, pengkaji akan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian supaya segala perancangan yang dirancang dapat berjalan dengan lancar menggunakan kaedah yang akan dikaji. Kamarudin Hj. Husin (1989) menjelaskan bahawa Rancangan Pengajaran Harian merupakan perancangan yang terdiri daripada langkah-langkah pengajaran yang bakal dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah. Abdul Rahim Talib (2011), turut menyokong penyediaan rancangan pengajaran harian (RPH) disediakan oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, RPH yang disediakan membantu guru untuk membuat jangkaan tentang masalah, kekuatan dan kelemahan dan membuat persediaan untuk mengatasi sekiranya terdapat masalah yang timbul. 5.1.2 Cara Pengumpulan Data/ penganalisisan Data 5.1.2.1 Ujian Bagi mendapatkan maklumat mengenai peningkatan pencapaian subjek kajian menggunakan intervensi yang dirancang oleh pengkaji, beberapa jenis ujian telah ditadbir oleh pengkaji bagi menilai hasil pencapaian murid dalam kemahiran mengecam nombor. Ujian yang dijalankan juga adalah bertujuan untuk menilai tahap keberkesanan bahan intervensi yang digunakan semasa intervensi dilakukan iaitu dengan menggunakan kibod. Sebelum menjalankan kajian ini, pengkaji akan mentadbir Ujian Pra bagi mengetahui kelemahan murid dalam kemahiran mengecam nombor. Seterusnya, pengkaji akan menjalankan intervensi bagi membantu subjek kajian bagi meningkat kemahiran mengecam nombor dengan menggunakan kibod. Namun, selepas hasil analisis dibuat, jika pencapaian subjek kajian masih tidak memuaskan, pengkaji akan menjalankan intervensi kedua dengan menggunakan kibod sebagai suatu bentuk latihan pengukuhan. Pengkaji akan menjalankan Ujian Pasca bagi menilai tahap pencapaian subjek kajian selepas intervensi kedua dijalankan. Soalan yang digunakan dalam ketiga-tiga ujian ini adalah sama. Perbezaan antara ujian-ujian ini ialah ujian pra merupakan ujian awal yang dilaksanakan sebelum melaksanakan tindakan intervensi. Pasukan Penyelidik (2013),menyatakan bahawa ujian pra merupakan ujian awal yang dilaksanakan sebelum intervensi bagi mengesan kekerapan kesalahan murid dengan lebih terperinci. Ujian pencapaian adalah untuk mengetahui keberkesanan intervensi yang telah dilakukan. Ujian ini digunakan untuk mengukur sejauh mana seseorang murid dapat menguasai kemahiran yang telah diajar. Manakala, ujian pasca yang dilaksanakan selepas selesai tindakan intervensi untuk melihat peningkatan pencapaian subjek kajian dalam kemahiran mengecam nombor. Ujian yang digunakan oleh pengkaji mengikut tema berdasarkan modul Kurikulum Sekolah Rendah (KSSR) Asas 3M Matematik Tahun 1. Dalam kajian ini, penyelidik telah membahagikan ujian kepada 3 bahagian iaitu bahagian A,B dan C. Bahagian A melibatkan aktiviti yang memerlukan murid untuk melekatkan nombor dengan padanan nombor yang betul. Manakala, bahagian B pula memerlukan murid untuk menekan not muzik yang tertera nombor berdasarkan kad nombor yang ditunjukkan oleh guru. Bahagian C melibatkan aktiviti dimana murid perlu mewarna nombor mengikut kad nombor yang telah ditampal oleh guru diatas papan putih. Melalui hasil ujian-ujian yang akan dilakukan, pengkaji akan membuat perbandingan antara ujian pra, ujian pencapaian 1 dan ujian pasca. Tujuan pengkaji membuat perbandingan adalah untuk mengetahui keberkesanan intervensi yang telah dilaksanakan terhadap subjek kajian dan dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh pengkaji iaitu meningkatkan kemahiran mengecam nombor 1 hingga 10 murid masalah pembelajaran tahun 1. 5.1.3.2 Pemerhatian Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah pemerhatian ke atas subjek kajian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pemerhatian yang akan dilaksanakan adalah untuk melihat tingkah laku subjek kajian semasa kajian dijalankan dan peningkatan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran mengecam nombor semasa intervensi dijalankan. Pengkaji akan menyediakan borang senarai semak semasa melaksanakan pemerhatian. Borang senarai semak yang akan disediakan terbahagi kepada dua bahagian dan bertujuan untuk menilai kelemahan murid semasa intervensi dijalankan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran dan aspek tingkah laku subjek kajian. Borang senarai semak bagi pemerhatian dalam aspek pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan dengan pengecaman nombor,mewarna nombor yang betul,menekan not muzik yang betul dan melekat nombor di dalam ruangan yang betul. Borang senarai semak bagi tingkah laku pula adalah melibatkan tingkah laku subjek kajian seperti menoleh kiri dan kanan, mengganggu rakan, tidak fokus dan memberi perhatian kepada guru semasa intervensi dijalankan. 5.2 Cara Menganalisis Data Melalui instrumen data tersebut menunjukkan bahawa pengkaji akan menggunakan dua instrumen pengumpulan data iaitu melalui ujian dan pemerhatian. Hasil data tersebut memerlukan pengkaji untuk menganalisis data tersebut. 5.2.0 5.2.1 Ujian Bagi menganalisis data melalui ujian-ujian yang akan dilaksanakan oleh pengkaji seperti ujian pra, ujian pencapaian 1dan ujian pasca, pengkaji akan membuat perbandingan di antara ujian-ujian tersebut bagi melihat peningkatan penguasaan murid dalam aspek ejaan. Data yang akan dikumpulkan oleh pengkaji berdasarkan ujian-ujian tersebut dianalisis berdasarkan aras pencapaian seperti jadual 1. Jadual 1. Aras pencapaian Skor (%) Aras pencapaian 76-100 Cemerlang 51-75 Sederhana 26-50 Lemah 0-25 Gagal (Rujukan: Pasukan Penyelidik, 2013) Oleh itu, setiap ujian yang akan dilaksanakan oleh pengkaji akan diberikan pemarkahan menggunakan peratusan dan menilai tahap pencapaian subjek kajian melalui aras pencapaian yang ditunjukkan dalam jadual 1. Selepas menganalisis data, pengkaji akan membuat perbandingan pencapaian subjek kajian dalam setiap ujian dalam bentuk graf bar. Melalui analisis ujian yang dibuat, pengkaji telah dapat menilai keberkesanan kaedah kibod dalam meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran mengecam nombor. Malah, melalui ujian pasca juga, pengkaji dapat menilai keberkesanan intervensi yang dilakukan berjaya atau belum berjaya berdasarkan peratusan dan aras pencapaian yang dinyatakan dalam jadual 1. 5.2.2 Pemerhatian Melalui senarai semak, pengkaji akan menganalisis data berdasarkan senarai semak yang akan dibuat. Pengkaji akan menggunakan jadual senarai semak tersebut setiap kali intervensi dilaksanakan. Hasil dapatkan pemerhatian tersebut, pengkaji akan membandingkan analisis. Pengkaji juga melibat sama ada penggunaan kibod dapat mengubah atau mengurangkan tingkah laku negatif subjek kajian dan menilai tahap keberkesanan intervensi yang dijalankan dalam meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran mengecam nombor. Jadual 2 Borang senarai semak bahagian A (pengajaran dan pembelajaran) Subjek kajian Mengecam nombor Memadankan Nombor Yang Betul Menekan Not Muzik Yang Betul Mewarna Nombor Yang Betul Murid Jadual 2.1 Borang senarai semak bahagian B (tingkah laku) Subjek kajian Toleh kiri kanan Mengganggu rakan Bermain sewaktu belajar Berbual dengan rakan berkhayal Murid 5.3 Perancangan Pelan Tindakan 5.3.1 Jadual Pelaksanaan Bil. Aktiviti Tarikh Pelaksanaan Catatan 1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 2 Menulis kertas cadangan kajian tindakan 3 Merancang tindakan 4 Melaksanakan tindakan sesi ( 1) 5 Melaksanakan tindakan sesi ( 2) 6 Melaksanakan tindakan sesi ( 3) 7 Melaksanakan tindakan sesi ( 4) 8 Membincangkan masalah yang timbul dalam kajian 9 Refleksi kajian 10 Menulis laporan kajian 5.3.2 Kos Kajian (Anggaran) Bil Jenis Bahan Kuantiti Harga Seunit (RM) 1 Kertas A4 1 rim RM 9.90 2 Katrij Pencetak 3 RM 15.00 3 Plastik “Laminate” 1 rim RM 25.00 4 Pensel 1 kotak RM 3.50 5 Pensel warna 4 kotak RM 4.00 6 Perkhidmatan fotostat 80 helai RM 0.05 7 Kertas pasir 5 helai RM O.50 Jumlah (RM) RM 105.90 6.0 Tinjauan Literatur Brown (1980) dalam Saayah Abu (2008), menyatakan kanak-kanak lahir di dunia ini ibarat sehelai kain putih tanpa ada apa-apa calitan. Persekitarannya yang akan membentuknya secara perlahan-lahan bagi membuat pengukuhan pada tingkah lakunya. Pengetahuan dan ketrampilan bahasanya akan diperoleh melalui pengalaman dan proses pembelajaran. Dengan demikian,bahasa yang didengari akan dipindahkan melalui pewarisan kebudayaan, sama seperti orang yang belajar memandu kenderaan. Zainora Binti Mohd (2005) melalui kajiannya mendapati pada awalnya ujian pra murid tidak dapat membaca dengan lancar namun setelah diberi peneguhan dan bimbingan mereka dapat membaca dengan lebih baik. Berdasarkan tindakan ini membuktikan bahawa murid yang lemah sekalipun jika dibimbing secara berterusan akan dapat mengubah tahap kemahiran membacanya. Didapati juga bahawa murid akan merasa seronok kerana guru memberikan tumpuan kepada mereka secara berterusan dan tidak mengabaikan mereka disamping bantuan dari rakan sebaya dan penggunaan IT serta kad dan sumber lain. Presley Peter (2012) dalam kajiannya yang bertajuk “TEKNIK NYANYIAN DALAM MENGENAL, MENULIS DAN MENGIRA NOMBOR ASAS 1-10” menyatakan bahawa penggunaan kaedah nyanyian terhadap kanak-kanak prasekolah dalam penguasaan nombor asas(1-10) merupakan salah satu kaedah pembelajaran dan pengajaran yang sangat efektif. Ini kerana kanak-kanak prasekolah berasa seronok belajar sambil bermain. Kaedah pembelajaran dan pengajaran ini berlaku dalam keadaan yang riang dan ceria serta kanak-kanak tidak terasa terancam semasa belajar. Menurut Teori Howard Gardner (1983), setiap murid mempunyai kecerdasan pelbagai dan cenderung kepada tujuh kecerdasan yang berbeza antaranya ialah logikal, ruang, linguistik dan sebagainya. Sekiranya murid diberikan peluang untuk belajar dengan kecerdasan yang mereka ada, tentu sekali pembelajaran menjadi semakin baik dan berkesan. “Matematik perlu diajar dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan medium supaya mudah difahami. Matematik juga perlu diintegrasikan dengan subjek-subjek lain seperti muzik, sains, dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Dengan ini, pengubahsuaian dan perubahan strategi pengajaran Matematik diperlukan untuk mengatasi kelemahan pelajar dalam penguasaan konsep dan kemahiran asas” (Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal dan Aziz Omar, 2006). 7.0 Bibliografi Abdul Rahim b Talib. (2006). HBSL 1103 Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn Bhd. Ahmad Nazir Muhammad Ali. ( 2006). Penyelidikan tentang pembelajaran visual dalam mempertingkatkan pemahaman murid. Kelantan Darul Naim Institut Pendidikan Guru Kota Bharu. Asmah Haji Omar. (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bee, H. (2000). The developing child. Boston: Allyn & Bacon. Charles, C.M.(2008). Building Classroom Dicipline, United States: Pearson Education Inc. Choong Lean Keow. (2011). Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia untuk Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur : U.G Press Sdn. Bhd. Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep & Amalan Dalam Pengajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia. Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Penyelidikan Buku 1. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia). Fauziah Md. Jaafar. (2008). Kepentingan Aktiviti Bermain Di Dalam Pendidikan Prasekolah. Bidang Pendidikan: Kolej Sastera dan Sains. Fitzgerald, J. dan Stanahan, T. (2000). Reading and writing relations and their development. Educational Psychologists, 35, 39–50. Friend, M. (2005). Special Education: Contemporary In An Age Of Challenge. Second Edition. Needham Heights: A Simon & Schuster Company. Frost, J. L., Bowers, L., & Wortham, S. (1990). The state of American playgrounds. Journal of Physical Education, Recreation, and Dance. Vol 61 (8), hlm.18-23. Gardner, H. (1994). Howard Gardner, multiple intelligences and education. Diperoleh pada 26 Februari 2015 di http:// www.infed.org/ thinkers/ gardner.htm. Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi. (2008). Perkembangan Kanak- kanak. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Hallahan, D. & Kauffman. (2005). Exceptional Children: Introduction to Special Education.Boston: Allyn and Bacon. Jabatan Pendidikan Khas. (2000). Perangkaan pelajar dan Sekolah Pendidikan Khas. Jamila K.A Mohamad. (2006). Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa. Selangor: PTS. Jamila K.A Mohamad. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa.Kuala Lumpur. PTS Publication &Distributions Sdn. Bhd. Kamarudin Hj Husin, Siti Hajar Hj Abd Aziz. (1996). Penguasaan Kemahiran Membaca, Kaedah dan Teknik Membaca. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin. (1989). Pedagogi 3. Kuala Lumpur: Longman Malaysia. Kauffman J.M. Dan Hallahan D. P. (2005). Special Education. New Jersey: Pearson Education, Inc. Merriam,S.B. (2002). Qualitative research in practice: Example for discussion and analysis. San Francisco: Jossey-Bass. Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad. (2010). Strategik Pengajaran Kanak-kanak Berkeperluan Khas.Pulau Pinang: Penerbit USM. Mok Soon Sang. (2009): Perkembangan Kanak-kanak. Selangor: Multimedia Sdn. Bhd. Morrison, G. S. (1995). Early childhood education today. New Jersey: Merrill Prentice Hall. Morrison, G. S. (1998). Early childhood education today. Upper Saddle River, NJ:Prentice Hall. Ngu Mee Kok. (2012). Meningkatkan Keberkesanan Kawalan Kelas Menggunakan Kaedah Ganjaran dan HUKUMAN Untuk Murid-murid Tahun 3. Tesis tidak diterbitkan. Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Nur Fatin Ali. (2012). Pendahuluan. Diperoleh pada 26 Februari 2015 di http://www.scribd.com/doc/ 87227167/1-0-pendahuluan. Pasukan Penyelidik. (2013). Penyelidikan Tindakan: Panduan Penulisan Laporan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd. Pierangelo, R. & Giuliani, G. (2009).  Assessment in special education: A practical approach (3rd edition).  Boston: Allyn and Bacon.  Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia. Rahil Mahyuddin. (2002). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Shah Alam: Karisma Publications. Santrock, J. W. (2004). Life span development. Ed. ke 9. Boston: McGraw Hill Skinner,B.F.(1958). Teaching Machines. New York: Appleton Century Crofts. Sluss, D. J. (2005). Supporting play: Birth through age eight. Canada: Thomsom Delmar Learning. Stone, E. (2007). The Effects of Token Economy System to Improve social and academic behavior with a primary aged child with disabilities. International Journal of Special Educatuon, 6(2), 15-23 Saayah Abu (2008). Menjadi Guru Tadika, Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd. Susano Limanto(2008). Peningkatan Minat Dan Kemampuan Anak Usia Pra Sekolah Untuk Belajar Membaca Dan Menulis Permulaan Menggunakan Komputer Aided Learning. Jurnal Manajemen Informatika, Vol 9 no. 2 Yahya Othman(2004). Mengajar Membaca. Kuala Lumpur :PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd. Zainora(2005).Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid Tahun 5 Melalui Latih Tubi Bacaan Menggunakan Kad Suku Kata. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. Institut Pendidikan Kampus Kota Bharu Antarabangsa Kuala Lumpur.44-49. Haylock, D. (2006). Mathematics Explained for Primary Teachers (3rd ed.) . London: SAGE Publications LTD Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal. (2006). Isu-isu Dalam Pendidikan Matematik. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Cheras, Kuala Lumpur. Sgroi, R.J & Sgroi L.S. (1993). Mathematics for Elementary School Teachers : Problem- Solving Investigations. Massachusetts : PWS-KENT Publihing Company 27


Comments

Copyright © 2024 UPDOCS Inc.