Projek Upm Baru 2 to Hard Bound
May 3, 2018 | Author: Anonymous |
Category:
Documents
Description
BAB 1 PENGENALAN Bab ini membincangkan latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, soalan kajian kepentingan kajian, skop dan limitasi kajian, definasi operasional bagi pengukuran variabel kajian dan rumusan. 1.2 Latar Belakang Kajian Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa mengalami perubahan selari dengan peredaran zaman dan tuntutan keperluan Negara (Ayob, 2004). Peranan sistem pendidikan penting dalam pembangunan negara pada abad ke-21. Kajian menjelang tahun 2020, Malaysia dijangka mencapai status Negara maju yg menumpu kepada pembangunan industri yang berteraskan teknologi maklumat. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha Negara, Kementerian Pelajaran telah mengorak langkah membuat anjakan paradigma kepada budaya berasaskan ilmu dan pemikiran di sekolah-sekolah. Dalam konteks ini tanggungjawab pemimpin sekolah dilihat amat relevan dengan kehendak, keperluan pendidikan semasa kerana sekolah yang cemerlang sudah pasti diterajui pemimpin yang berkualiti. Kajian ini masih relevan dalam pengurusan pendidikan yang mementingkan kualiti dan meletakkan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) sebagai cabaran untuk dicapai. Kualiti guru dan kepimpinan Guru Besar turut merupakan keutamaan kedua dalam rancangan Malaysia Ke-10 bagi tempoh 2011-2015. Guru-guru di sekolah perlu dikaji tahap komitmen mereka terhadap tugas dan pengaruh kepimpinan instruksional Guru Besar dan menentukan pencapaian dan kualiti dalam bidang akademik murid. Kecemerlangan dalam bidang pendidikan dan usaha untuk memartabatkan sistem pendidikan Negara bertaraf dunia adalah merupakan agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya dan juga kerajaan Malaysia amnya. Kementerian Pelajaran telah memberikan kepercayaan penuh kepada sekolah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Falsafah Pendidikan Kebangsaan,1999). Ibu bapa pula melihat sekolah sebagai sebuah institusi yang mampu mendidik, membimbing dan menyediakan anak-anak mereka untuk menghadapi perkembangan dunia yang semakin mencabar. Hasrat yang begitu tinggi daripada pelbagai pihak terhadap peranan yang dimainkan sekolah ini menuntut pemimpin dan guru-guru agar melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan penuh komitmen dan dedikasi. Memandangkan pentingnya faktor komitmen guru ke atas kecemerlangan sekolah dan peningkatan prestasi murid maka sewajarlah faktor ini diberi perhatian yang serius supaya ia terus kekal dalam diri guru. Tugas pendidik secara amnya adalah mendidik, iaitu berusaha mengembangkan seluruh potensi murid sama ada potensi psikomotor, kognif dan efektif. Bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru-guru perlu memberikan komitmen dalam menjalankan peranan sebagai individu yang tanggungjawab di sekolah . Persoalannya di sini ialah bagaimanakah cara membina dan mengekalkan komitmen dalam diri guru-guru di Sekolah Tamil? Penulisan berasaskan pandangan cendekiawan barat yang menyatakan bahawa kepimpinan Instruksional (Hallinger & Murphy, 1985; De Bevoise, 1984; Blasé, 2000; Quinn, 2002) mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kejayaan sesebuah sekolah. Kepimpinan instruksional dikatakan berfungsi sebagai kunci keberkesanan sesebuah sekolah (DeBevoise, 1984) dan pengetua yang mengamalkan gaya kepimpinan ini mampu menjadikan sekolah lebih berkesan (Halliger & Murphy, 1985) Kepimpinan ini juga dikatakan semakin penting sekarang berikutan meningkatnya tuntutan masyarakat ke atas sekolah sebagai sebuah organisasi pembelajaran (southworth, 2002). Malah, keterujaan untuk melonjakkan tahap pencapaian akademik di sekolah-sekolah dalam abad ini telah menjadi satu wabak yang menuntut Guru Besar untuk berfungsi secara langsung sebagai pemimpin instruksional (Leithwood, 2003, dipetik dalam Hallinger , 2005; Murphy, 2002.) Hakikat kepentingan kepimpinan instruksional Guru Besar telah diterima oleh Kementerian pendidikan Malaysia (1990) yang menggariskan lima peranan penting Guru Besar dalam seminar kebangsaan kepimpinan Instruksional ke-2 iaitu pengurusan merangkumi kefahaman tentang falsafah, matlamat pendidikan, penyediaan bahan kokurikulum, penyeliaan kokurikulum, pengesanan dan pengurusan maklumat, pengurusan budaya sekolah, pengurusan kakitangan, pengurusan kokurikulum dan hubungan masyarakat. Guru juga bertanggungjawab mengelola bilik darjah, bilik-bilik khas dan menjalankan tugasan berkenaan perkeranian seperti memasukkan data-data berkaitan pencapaian murid secara dalam talian /manual selaras dengan kemajuan teknologi terkini. Pada masa yang sama, guru-guru dikerah untuk memastikan prestasi akdemik pelajar berada di tahap optimum. Ini menjadikan segelintir guru berpendapat bahawa tugas-tugas mereka kini amat berat untuk dipikul. Menurut Salwa (1996) dalam kebanyakkan guru terutamanya di sekolah tugas-tugas bukan akademik lebih banyak daripada tugas-tugas akademik terutama sekali semasa cuti penggal atau semester sekolah. Dengan demikian, tugas dilaksanakan adalah pelbagai dan memerlukan komitmen yang tinggi agar tugas dapat dilaksanakan . Masyarakat meletakkan harapan yang tinggi kepada guru-guru sekolah dalam usaha melahirkan masyarakat yang berkualiti, berilmu, bermoral dan berkemahiran tinggi. Untuk merealisasikan semua matlamat tersebut disifatkan sebagai individu yang bertanggungjawab memimpin sekolah yang bertugas lebih teratur dan berkesan. Kepimpinan instruksional Guru Besar perlu menangani perkara yng berkaitan guru iaitu pemantauan, penilaian, perkembangan profesional dan latihan dalam perkhidmatan manakala dalam kurikulum, kepimpinan instruksional perlu memilih bahan dan pelbagai latihan dalam skop dan susun aturnya yang sesuai dengan murid. Berkaitan dengan murid-murid pula, kepimpinan instruksional perlu mengawasi dan memantau pembelajaran murid. Berdasarkan pernyataan di atas, kecemerlangan sesebuah negara banyak dipengaruhi oleh kepimpinan Guru Besar. Ini disebabkan Guru Besar dapat menggerakkan sekolah itu maju dalam bidang akademik atau menjadi mundur menjadi sekolah yang tidak berkesan. Guru Besar mesti memainkan peranan sebagai pemimpin instruksional dan memberi sepenuh tumpuan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Gaya kepimpinan ini boleh menimbulkan komitmen yang tinggi dalam kalangan guru. Oleh itu, fokus kajian ini cuba melihat kepimpinan instruksional guru besar terhadap komitmen pengajaran guru. 1.3 Pernyataan masalah. Peranan Guru besar dalam memajukan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah telah menjadi fokus utama kajian pendidikan (Hallinger, 2008). Kajian-kajian tersebut menurut beliau telah menghasilkan dapatan yang membuktikan bahawa pemimpin instruksional yang berkesan sangat diperlukan untuk kejayaaan sesebuah sekolah. Guru Besar harus bijak menyesuaikan kepimpinanannya yang membawa sekolah ke arah yang lebih berkesan dan cemerlang. Menurut Sergiovanni (1995) tugas menjadikan sekolah yang berkesan dapat dilaksanakan sekiranya dapat melaksanakan segala aktiviti pendidikan serta mengurus pelbagai bentuk sumber di bawah jagaannya. Sehubungan itu, Guru Besar disarankan supaya berperanan sebagai pemimpin pengajaran Ibrahim (2001) . Menurut Shah (2001), perasaan pengetua yang hanya menjalankan pentadbiran kini tidak lagi sesuai untuk mencapai matlamat pendidikan bagi memenuhi wawasan 2020 yang menuntut pelbagai perubahan dalam pendidikan. Dalam konteks ini, para sarjana pendidikan (Fullan 2001, Deal & Peterson 2000 , Abdul Shukor 2004) mendedahkan terdapat beberapa kelemahan dalam kepimpinan Guru Besar yang boleh mengalihkan pengurusan sekolah untuk berfungsi dengan lebih berkesan. Antara kelemahan utama ialah amalan kepimpinan Guru Besar yang sentiasa merujuk kepada model birokratik menyebabkan mereka kabur tentang peranan mereka sebagai pemimpin komitmen guru di sekolah. Apabila berbicara tentang pengaruh kepimpinan Guru Besar kepada komitmen guru pula (Hutching 2000) mendapat hampir 40 peratus guru kurang komited dan bermotivasi rendah malah menyalahkan kepimpinan sekolah dianggap lemah dan tidak berprihatin kepada guru sebagai punca utama masalah utama komitmen guru. Begitu juga hasil penemuan oleh National Foundation of British Education Research 2001 mendapati bahawa kualiti kepimpinan Guru Besar adalah faktor utama kepada penurunan tahap komitmen guru-guru. Hasil kajian tentang aras psikologi guru di Malaysia pula oleh Noran Fauziah dan Mahdzam (1993) menunjukkan bahawa semakin ramai guru mengalami impak psikologi yang mampu mengugat profesionalisme. Ramai guru tidak puas hati terhadap kepimpinan sekolah , tidak hadir ke sekolah, ponteng kelas, burn out yang dapat mencemarkan professional keguruan di Malaysia. (Zubaidah 1999). Adakah senario ini berpunca ini daripada kurangnya komitmen dan ketidakpercayaan guru terhadap kepimpinan sekolah yang didapati gagal menawan hati para guru. Ini perlu dikupas dengan mendalam supaya langkah positif dapat diambil dengan segera dalam mengenalpasti masalah itu. Oleh itu, situasi komitmen yang terdapat dalam sorotan kajian lepas menunjukkan guru-guru kurang komited dan bermotivasi rendah menjalankan tugas di sekolah. Maka satu kajian ke arah mengenalpasi pengaruh dan impak kepimpinan instruksional Guru Besar ke atas guru-guru perlu dijalankan untuk mendapat cabaran yang lebih mendalam. Perhubungan antara Guru Besar dan guru adalah gabungan yang mantap dalam menghasilkan pelajaran yang boleh menambahkan kecemerlangan sekolah. Kajian ini dilakukan bagi melihat sejauh mana hubungan kepimpinan Guru Besar yang diserlahkan melalui peranannya sebagai pemimpin dan hubungan komitmen guru dalam pelajaran di sekolah. 1.4 Objektif kajian Berdasarkan pada permasalahan yang dikemukakan di atas, kajian ini dijalankan untuk, 1. Mengenalpasti tahap kepimpinan instruksional Guru Besar di Sekolah Rendah Tamil di Daerah Petaling Perdana. 2. Mengkaji tahap komitmen Guru Sekolah Rendah Tamil di Daerah Petaling Perdana. 3. Mengkaji hubungan antara kepimpinan instruksional Guru Besar dengan komitmen guru. 1.5 Persoalan kajian Persoalan kajian yang perlu dijawab dalam kajian ini adalah :- 1. Apakah tahap kepimpinan instruksional Guru besar di Daerah Petaling Perdana? 2. Apakah tahap komitmen guru-guru Sekolah Tamil di Daerah Petaling Perdana. 3. Adakah terdapat perbezaan tahap komitmen guru-guru berdasarkan ciri-ciri demografi di Sekolah Tamil Daerah Petaling Perdana? 4. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan instruksional dengan komitmen guru-guru di Sekolah Tamil Petaling Perdana? 1.6 Kepentingan kajian Pendidikan di Malaysia adalah salah satu wadah yang ampuh bagi menjana pembentukan individu yang ampuh bagi menjana pembentukan individu yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara. Menyedari hal ini betapa pentingnya sistem pendidikam di Negara kita sering mengalami perubahan, inovasi dan reformasi. Perkara ini telah berlaku semenjak terzahirnya Penyata Razak 1976 sehingga wujudnya Akta pendidikan 1996. Antara Perubahan yang berlaku termasuklah terbentuknya Falsafah Pendidikan Negara (FPN) pada tahun 1984, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1986), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah 1988 hinggalah kepada yang kini Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011. Kejayaan sesuatu pendidikan dinilai melalui tahap pembelajaran dan perkembangan murid melalui sistem tersebut. Kementerian Pelajaran Malaysia bertekad untuk meningkatkan kualiti kemenjadian murid selaras dengan aspirasi untuk meletakkan dalam sistem pendidikan pada kelompok sepertiga teratas di dunia (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Kementerian ini telah menetapkan misi utamanya untuk mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia bagi merealisasikan potensi sepenuhnya setiap individu. Kepentingan keberkesanan pengurusan sekolah sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Faktor-faktor yang menyumbang ke arah sekolah berkesan adalah pelbagai dan kompleks untuk dicerakinkan bagi memudahkan pihak-pihak tertentu untuk merancang program-program ke arah mewujudkan sekolah berkesan (Sazali, 2004). Namun begitu kajian ini dapat memberi sedikit sumbangan kepada literatur sekolah berkesan dengan memberi fokus kepada faktor kepimpinan instruksional. Faktor ini dianggap penting dan boleh dianggap peramal yang kuat kepada meningkatkan komitmen guru seterusnya kejayaan akademik pelajar. Pemimpin instruksional harus menterjemahkan peranan utama seorang Guru Besar sebagai pemimpin kecemerlangan pembelajaran. Untuk itu, seorang Guru Besar bukan sekadar kukuh dan mantap dari segi idea yang konkrit malah kemahiran teknikalnya. Ia memerlukan satu tafsiran semula terhadap peranan Guru Besar iaitu berdasarkan kepimpinan instruksional yang mengetepikan hambatan-hambatan seperti struktur birokrasi, mencipta semula perhubungan yang lebih berkesan dan memperkembangkan satu kerangka perancangan yang strategik (sufaâ at, 2005). Findley (1992) menegaskan bahawa jika sesebuah sekolah itu dijuruskan sebagai komuniti pembelajaran yang berjaya disebabkab oleh kepimpinan Guru Besar. Oleh sebab itulah, kajian kepimpinan pengajaran ini menjadi penting. Permasalahan-permasalahan yang dinyatakan terdahulu dan kepentingan yang dinyatakan di atas maka kajian tentang kepimpinan instruksional didapati penting dikaji kerana beberapa sebab seperti berikut: 1. Maklumat mengenai kepimpinan pengajaran amat penting untuk membantu Guru besar, penolong kanan, guru Matapelajaran, ketua bidang, ketua panitia, guru-guru dan pentadbir pendidikan usaha membimbing, membantu dan mendorong guru-guru untuk meningkatkan komitmen mereka dalam pengajaran. 2. Membantu pemimpin sekolah dalam mempertingkatkan kualiti kepimpinan mereka dalam pengajaran. 3. Hasil kajian ini dapat menilai semula fungsi kepimpinan pengajaran guru besar yang dapat meningkatkan komitmen guru. 4. Memberi panduan kepada kepimpinan sekolah untuk mengatur strategi-strategi tertentu yang lebih berkesan dalam memahami keperluan dan kehendak guru-guru. 5. Kajian ini juga dapat menghasilkan maklumat kepada pegawai-pegawai di peringkat Kementerian, Jabatan, Pejabat Pelajaran Daerah dalam menentukan aspek-aspek kepimpinan pengajaran yang perlu diberi keutamaan apabila menyusun kursus-kursus dalam perkhidmatan atau program perkembangan professional untuk pemimpin pengajaran. 1.7 Skop Dan Limitasi Kajian Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap kepimpinan pengajaran Guru Besar sekolah rendah. maka dapatan daripada kajian ini tidak menggambarkan secara keseluruhan kepimpinan Guru Besar-Guru Besar di sekolah daerah lain atau negeri lain di Malaysia. Pengkaji hanya memilih satu dimensi kepimpinan pengajaran iaitu menilai kepimpinan pengajaran guru, menyelaras kokurikulum, memantau kemajuan akdemik pelajar. Responden kajian ini merupakan kajian jangka masa pendek iaitu kurang dari enam bulan. Memandangkan pengkaji menghadapi kekangan masa, tenaga dan sumber kewangan maka kajian ini hanya dapat dijalankan lima buah sekolah Tamil sekitar Petaling Perdana. Oleh disebabkan, kajian ini hanya menggunakan soal selidik, maka dapatan kajian ini bergantung sepenuhnya kepada tahap kefahaman, komitmen, keikhlasan dan kejujuran responden menjawab setiap item yang diberikan oleh responden. Definisi operasional Bahagian ini akan menerangkan secara terperinci definisi variabel bebas dan variabel bersandar. Pengkaji akan menghuraikan definisi oprasional kepimpinan instruksional dan komitmen guru terhadap pengajaran sekolah. Kepimpinan Instruksional Kepemimpinan merujuk kepada keupayaan, kebolehan dan kebijaksanaan seseorang untuk memerintah, mengarah, mendorong dan menpengaruhi subordinat atau orang bawahan untuk melaksanakan sesuatu tanggungjawab untuk mencapai matlamat organisasi (Norsilawati, 1998). Wan Mohd Zhid (1993) menyifatkan kepimpinan adalah pembolehubah yang sangat penting dalam organisasi iaitu akan menjadi satu longgokan manusia sahaja. Ini bertepatan dengan saranan yang dikemukakan oleh Anthony (2010) yang menyatakan bahawa Guru Besar sebagai pemimpin instruksional perlu melaksanakan usaha-usaha secara berterusan ke arah melahirkan guru-guru yang efektif. guru-guru perlu ditanamkan dengan nilai-nilai dan kepercayaan tentang tanggungjawab sebagai agen perubahan. Komitmen guru Komitmen membawa maksud positif, suatu perasaan positif terhadap pencapaian dan prestasi yang diingini oleh seseorang. Makin tinggi perasaan positif, makin kuat perasaan komitmenya. Sehubungan dengan itu, istilah komitmen yang digunakan dalam kajian ini didefinasikan sebagai pengorientasian individu untuk mengenal pasti dan melibatkan diri dengan menerima kepercayaan, nilai-nilai, matlamat sekolah dan kesediaan untuk memberikan usaha yang bersungguh terhadap kemajuan sekolah serta mempunyai keinginan yang kuat untuk terus berkhidmat di sekolah tersebut. Bab 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Bab ini menghuraikan sorotan literatur dan dapatan kajian lalu yang berkaitan dengan kepimpinan Guru Besar sebagai pemimpin instruksional dan pengaruhnya terhadap komitmen guru dalam pengajaran di sekolah. Perbincangan ini akan menjurus kepada konsep, model dan dapatan kajian lalu mengenai ciri-ciri kepimpinan instruksional Guru Besar dan komitmen guru mengikut dimensi. Berdasarkan sorotan literatur satu kerangka konseptual telah dikemukakan bagi kajian ini. Menerusi penjelasan dari pelbagai sumber dalam sorotan literatur ini, maka isi dapatan menerangkan dengan lebih jelas lagi berkaitan hubungan kepimpinan instruksional Guru Besar dengan komitmen guru-guru. 2.2 Konsep kepimpinan Dalam mencapai kecemerlangan pendidikan bertaraf global, pelbagai perubahan dalam bidang pendidikan telah berlaku di Malaysia. Menurut Boohene & Williams (2012), Chase (2009), Drzensky, Egold, & Dick (2012) dan Jainabee & Jamelaa (2011), perubahan adalah sesuatu yang semula jadi dan perubahan pendidikan akan berlaku apabila terjadinya perubahan yang pesat dari aspek ekonomi, sosial, politik, dan teknologi maklumat di dalam dunia. Sehubungan itu, bidang pendidikan perlu bersedia dengan cabaran untuk menyediakan generasi muda masa kini bagi menangani cabaran globalisasi terutamanya dalam persaingan mencari ilmu pengetahuan. Ini adalah kerana pendidikan adalah faktor utama yang menjadi asas bagi merealisasikan aspirasi negara (Pelan Strategik Interim, 2012).Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merancang dan melaksanakan pelbagai perubahan dan inovasi pendidikan di sekolah. Dalam usaha pihak KPM menambah baik sistem pendidikan negara, Pelan Strategik Interim 2011-2020 telah dilancarkan bagi melaksanakan beberapa transformasi pendidikan. Daripada 14 inisiatif strategik yang digariskan, sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu teras strategik ke arah penambahbaikan kaedah penilaian murid sedia ada. Pelaksanaan PBS ini menjadi salah satu agenda utama dalam perubahan pendidikan masa kini. Dan sebagai satu kesinambungan kepada proses perubahan dalam sistem PBS, menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM),telah digariskan beberapa transformasi termasuk yang berkaitan dengan sistem PBS (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013). Ini menunjukkan bahawa proses perubahan yang dijalankan di dalam sistem pendidikan di negara kita adalah berterusan dan ditambah baik dari masa ke semasa. Oleh itu, seluruh warga pemimpin sekolah perlulah melibatkan diri secara menyeluruh dalam memastikan perubahan pendidikan yang dilaksanakan mencapai matlamat dari segi pemikiran, sikap, nilai, dan amalan kerana perubahan ini memberikan impak kepada situasi pengajaran dan pembelajaran, situasi persekitaran bilik darjah selain peranan guru dan pelajar (Tan, 2010). Kamarudin (2009) telah mengkategorikan konsep kepimpinan kepada empat perkara iaitu kepimpinan yang mempunyai tugas, kepimpinan yang berpengaruh, kepimpinan yang berkesan dan kepimpinan yang positif. Menurut beliau, keempat-keempat kepemimpinan ini perlu ada dalam seseorang pemimpin. Di samping itu juga, peranan Guru besar sebagai pemimpin instruksional juga perlu berfokuskan perubahan dari segi minda dan sikap kerana perubahan yang bermula dari minda dan sikap memudahkan Guru Besar untuk mempengaruhi guru-guru dalam melaksanakan perubahan dan penambahbaikan dari segi aspek pengajaran dan pembelajaran. Ini bertepatan dengan saranan yang dikemukakan oleh Anthony (2010) yang menyatakan bahawa Guru Besar sebagai pemimpin instruksional perlu melaksanakan usaha-usaha secara berterusan ke arah melahirkan guru-guru yang efektif. Guru-guru perlu ditanamkan dengan nilai-nilai dan kepercayaan tentang tanggungjawab sebagai agen perubahan. Kesedaran guru-guru akan dapat membantu menyumbang ke arah inovasi dan secara tidak langsung guru-guru akan bertindak secara sukarela mencari idea baru dan pendekatan-pendekatan yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pemimpin instruksional juga perlu membantu guru-guru mengalihkan fokus mereka daripada apa yang diajar kepada kepada apa yang pelajar belajar (Lunenburg, 2010). Kepimpinan instruksional yang berfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran turut disokong oleh Ismail (2008) yang telah mengemukakan beberapa tingkah laku yang perlu diamalkan oleh Guru Besar iaitu; 1. Mempunyai pengetahuan berkaitan pengajaran dan pembelajaran 2. Menentukan matlamat yang jelas program pengajaran dan pembelajaran 3. Mempunyai jangkaan tinggi terhadap pencapaian pelajar. 4. Menetapkan jangkaan melalui semangat setiakawan dan memastikan kemajuan berterusan dicapai. 5. Menjadi teladan yang cemerlang dalam bidang pendidikan. 6. Berupaya menyelesaikan masalah secara bijak bagi mencapai matlamat sekolah. 7. Mengelakkan sebarang tekanan guru. 8. Melibatkan diri sepenuhnya dalam perkara yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran serta menurunkan kuasa kepada pentadbir menjalankan urusan lain di sekolah. Selain itu, Hussein (2012) menjelaskan bahawa Guru Besar yang berkesan bukan hanya berperanan sebagai pemimpin instruksional sepenuhnya namun mereka masih lagi terlibat dengan tugas pengurusan atau pentadbiran. Pendapat ini turut disokong oleh Jamilah & Yusof Boon (2010) menyatakan bahawa perubahan yang berlaku di era globalisasi kini, menuntut Guru Besar supaya tidak hanya berfokuskan kepada kepimpinan yang ideal dan mampu mengubah minda, sikap tingkah laku warga dalam sesebuah organisasi supaya mempunyai komitmen pada matlamat organisasi dan perjuangan pada tahap yang cemerlang. Mengikut Bennet (1995) kepimpinan memberikan arah kepada kerja orang lain, membantu mereka melihat apa yang ada dalam keadaan tertentu dan bagaimana ia harus dicapai. Dean (1985) menyatakan bahawa bagi kebanyakkan organisasi hari ini kepimpinan bukan lagi menjadi kepunyaan seseorang individu itu semata-mata dan dengan mengamalkan gaya autokratik, tetapi ia lebih kepada aktiviti memimpin secara berkumpulan. Kualiti-kualiti peribadi individu yang ada dalam pasukan tersebut adalah lengkap-melengkap antara satu sama lain dengan beberapa tanggungjawab didelegasikan atau dikongsi bersama. Corak kepimpinan ini masih menjadikan orang atasan sebagai ketua keseluruhan tetapi jikalau ketua melaksanakan kepimpinan ia akan disokong rakan-rakan yang lebih senior. Dengan ini, kepimpinan dapat mengurangkan beban tekanan ke atas individu dengan berkongsi tugas dan tanggungjawab dalam pentadbiran. Kesimpulannya fungsi pemimpin adalah mempengaruhi para pengikut untuk mencapai sesuatu matlamat. 2.3 Peranan dan Tugas Guru Besar. Kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah banyak dipengaruhi dan disebabkan oleh kepimpinan Guru Besar yang berkesan. Ini bermakna Guru Besar yang dapat menggerakkan sekolah itu maju ke hadapan untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kegiatan ko-kurikulum ke belakang sebagai sekolah yang tidak berkesan. âGuru Besar sekolah adalah orang yang paling penting dan berpengaruh di mana-mana sekolah.Kepimpinan beliau yang akan menentukan budaya sekolah, iklim pembelajaran, tahap profesionalisme dan semangat guru dan tahap kemenjadian pelajar. Jika sebuah sekolah yang berdaya maju, inovatif, pembelajaran berpusatkan murid, mempunyai reputasi kecemerlangan dalam pengajaran, prestasi pelajaran yang terbaik, ini menunjukkan kepimpinan pengetua sebagai kunci kepada kejayaan. (Sergiovanni, 1995:hal 83). Malah di dalam buku panduan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) oleh pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (2010), telah digariskan bahawa pengetua di sekolah Malaysia adalah sebagai pemimpin instruksional di mana pengetua akan menerajui pelaksanaan kurikulum dan menjalankan pencerapan terhadap guru serta menggunakan maklum balas pencerapan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.Mattar (2012) turut menyatakan pemimpin instruksional melibatkan guru-guru dalam perancangan dan persediaan bahan pengajaran, berbincang hal-hal berkaitan pengajaran, dan mengadakan lawatan ke kelas bagi tujuan penyeliaan Robiah (1989) telah menyatakan terdapat enam bidang tugas Guru Besar iaitu pertama, perhubungan sekolah dengan masyarakat; kedua, perkembangan kurikulum dan pengajaran; ketiga, pengurusan murid ; keempat, pengurusan kakitangan; kelima pengurusan kemudahan lain dan keenam pengurusan kewangan. Ahmad Tajuddin (2009) mengatakan tugas Guru Besar secara amnya boleh disenaraikan dalam empat bidang sahaja iaitu pertama, melaksanakan rancangan pendidikan yang ditetapkan oleh kementerian pelajaran, kedua, mengawas dan membimbing guru-guru di sekolah untuk menjamin pengajaran-pengajaran berjalan dengan baik; ketiga, mengawas dan menyelia disiplin, pembelajaran murid, kegiatan sukan, persatuan, kerja-kerja amal dan sebagainya dan keempat perhubungan yang baik dan berkesan dengan pihak luar. Oleh itu, peranan Guru besar menunjukkan bahawa tingkah laku Guru Besar adalah berkaitan dengan beberapa aspek, iaitu kedudukannya, tuntutan dan harapan terhadap kepimpinan, interaksi dengan staf dan orang lain dan juga hubungan Guru Besar dengan sifat-sifat organisasi sekolah. 2.4 Kepimpinan Instruksional Perubahan daripada Guru Besar sebagai pengurus perancangan kepada pemimpin instruksional bermula pada 1970-an dan diteruskan sehingga ke hari ini. Kepimpinan instruksional Guru Besar menghendaki mereka supaya menjadi pemimpin yang lebih aktif di kawasan sekolah yang mana mempunyai kesan terhadap pencapaian murid. Jika pengurus perancangan tertumpu kepada pelaksanaan perancangan, pemimpin instruksional pula lebih menumpu kepada bagaimana sesuatu organisasi itu dapat meningkatkan pencapaian yang lebih cemerlang. Pemimpin instruksional bertanggungjawab untuk mengambil tindakan dan berusaha untuk menyerlahkan lagi matlamat pencapaian akademik pelajar bagi seluruh organisasi, mengawal matlamat ini sepanjang tahun dan membentuk suasana yang positif. Konsep kepimpinan instruksional telah dikaji secara meluas dalam tahun 1980-an dan 1990-an (Hallinger & Taraseina, 2001). Kajian penyelidikan ini terhadap Guru Besar telah dilaksanakan oleh Hallinger (1992) telah melahirkan bagaimana peranan Guru Besar pada tahun 30 tahun yang lepas telah berubah dari pengurus perancangan pada era 1960-an hingga 1970-an, bertukar kepada pemimpin instruksional pada tahun 1980-an dan pemimpin tranformasi pada tahun 1990-an. Aliran pemikiran kepimpinan instruksional telah wujud 20 tahun yang lepas di bawah penyelidikan fakulti pentadbiran. Konsep kepimpinan pengajaran sering dikaji menggunakan soal selidik skala penarafan pengursan Instruksional Pengetua (Prinsipals Instructional Management rating scale)(PIMRS). Apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan instruksional sebagai meliputi semua tindakan diambil oleh Guru Besar bagi mempertingkatkan perkembangan pembelajaran murid-murid. Greenfield (1987) menyatakan kepimpinan instruksional ialah tindakan-tindakan yang diambil oleh Guru Besar dengan hasrat untuk mempertingkat keadaan pembelajaran di sekolahnya. Di Malaysia kepimpinan instruksional mula mendapat tempat dalam kalangan Guru Besar sekolah kerana amat signifikan dalam melahirkan sekolah berkesan (Sazali, Rusmini, Abang Hut & Zamri 2007). Pada abad ke-21 amalan kepimpinan instruksional relevan dan dapat menyumbang kepada kecemerlangan sekolah (Hallinger 2005; Jabatan Perdana Menteri 2010). Keberkesanan amalan kepimpinan instruksional turut dinyatakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (KPM 2007) dan Jabatan Perdana Menteri (2010). Era 1960-an hingga 1970 bertukar kepada pemimpin instruksional pada tahun 1980-an dan pemimpin tranformasi pada tahun 1990-an. Aliran pemikiran kepimpinan instruksional telah wujud 20 tahun yang lepas di bawah penyelidikan fakulti pentadbiran. Konsep kepimpinan pengajaran sering dikaji menggunakan soal selidik Skala Penarafan Pengurusan Instruksional Pengetua (Principals Intructionals Management rating scale ) (PIMRS). Apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan instruksional sebagai meliputi semua tindakan yang diambil oleh Guru Besar atau wakilnya bagi mempertingkatkan perkembangan pembelajaran murid-murid. Greenfield (1987) menyatakan kepemimpinan instruksional ialah tindakan-tindakan yang di ambil oleh Guru Besar dengan hasrat untuk mempertingkatkan keadaan pembelajaran di sekolahnya. Di Malaysia kepimpinan instruksional mula mendapat tempat dalam kalangan Guru Besar sekolah kerana amat signifikan dalam melahirkan sekolah berkesan (Sazali, Rusmini, Abang Hut & Zamri 2007). Pada abad ke-21, kepimpinan Instruksional masih relevan dan dapat menyumbang kepada kecemerlangan sekolah (Hallinger 2005 ; Jabatan Perdana Menteri 2010). Keberkesanan amalan kepimpinan instruksional turut dinyatakan dalam pelan Induk Pembangunan Pendidikan (KPM 2007) dan Jabatan Perdana Menteri (2010). Ubben dan Hughes (1992) dalam James Ang dan Bala Sandran (2009) mengatakan matlamat yang sering ditetapkan oleh pemimpin instruksional berkisar pada bidang pembangunan program, staf dan murid. Ini tidak bermakna pemimpin instruksional harus menetapkan matlamat pada setiap bidang di atas tetapi dilakukan berdasarkan keperluan sekolah. Biasanya penetapan sesuatu bidang dibuat selepas diadakan proses analisis persekitaran, timbulnya isu yang perlu diselesaikan atau terdapat keperluan penambahbaikan dalam bidang ini. Leithwood dan Montgomery (1982) dalam Hussein Mahmood (2008) berpendapat bahawa para Guru Besar yang berkesan menunjukkan tingkah laku mereka yang lebih menumpukan kepada matlamat sekolah. Mereka memilih dan menentukan matlamat sekolah berdasarkan input misalnya dokumen rasmi Kementerian Pendidikan. Mereka juga mengambil kira keperluan masyarakat sekeliling dan juga para pelajar berdasarkan tanggapan mereka bagi menentukan sekolah. Seterunya , Heck (2013) yang membuat kajian ke atas tingkah laku kepimpinan instruksional dalam kalangan pemimpin Sekolah Rendah dan Sekolah Menegah yang berkesan mengenalpasti lapan aktiviti yang sering dilakukan oleh pemimpin-pemimpin ini iaitu melakukan lawatan ke kelas-kelas, menggalakkan perbincangan mengenai isu-isu pengajaran dalam kalangan staf, meminimumkan sebarang gangguan ke atas pengajaran dalam kelas, memberi perhatian kepada keputusan-keputusan murid, menyertai perbincangan-perbincangan mengenai bagaimana pengajaran boleh mempengaruhi pencapaian murid, memastikan sistem pemantauan kemajuan murid berjalan secara sistematik, menyampaikan matlamat pengajaran kepada semua warga dan melindungi sekolah daripada tekanan luar. Kesibukkan tugas membatasi usaha Guru Besar untuk menyempurnakan peranan sebagai pemimpin instruksional terutamanya untuk memantau dan menyelia pengajaran guru. Sehubungan itu, Guru besar kerap kali meletakkan tanggungjawab menyelia dan memantau kepada Guru kanan dan ketua Bidang (Hallinger,2005). Namun begitu, tanggungjawab Guru Besar dalam bidang pemantauan dan penyeliaan amat penting untuk memastikan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid (Robinson,Lloyd, Rowe, 2009). Penyeliaan juga merupakan aspek terpenting untuk menilai kaedah guru bertepatan dengan kehendak kurikulum (James @ Balasandran 2009). Oleh itu, dari perbincangan di atas jelaslah bahawa peranan utama Guru Besar adalah sebagai pemimpin instruksional jika mahu melihat sekolah yang dipimpinnya menjadi sebuah sekolah berkesan. Ini diperjelaskan lagi berdasarkan Pekeliling Pentadbiran 3/36 (Pindaan 1982) yang menegaskan bahawa Guru Besar dikehendaki mengajar dalam bilik darjah sekurang-kurangnya lima waktu seminggu. Dalam menjalankan tugas mengajar ini, Guru Besar peka dengan perubahan-perubahan dalam kokurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran dan penggunaan alat bantu mengajar yang terkini seperti penggunaan komputer atau teknologi maklumat dan masalah- masalah yang dihadapi oleh guru-guru dan pelajar-pelajar dalam bilik darjah. Dari segi profesionalismnya pula, penglibatan Guru Besar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan mendorong dirinya untuk mengemaskinikan pengetahuan, menerokai bidang dan pengetahun baru selari dengan perkembangan semua. 2.4.1 Model kepimpinan Instruksional Guru Besar 2.4.1.1 Model Hallinger dan Murphy (1985) Kajian ini menggunakan model kepimpinan instruksional yang dihasilkan oleh Hallinger dan Murphy (1985) dengan mengemukakan peranan kepimpinan instruksional kepada tiga dimensi iaitu menjelaskan matlamat sekolah, menguruskan program pengajaran, membentuk iklim pembelajaran yang positif. Model yang digunakan oleh Hallinger & Murphy (1985) ini telah dapat digunakan bagi menjelaskan amalan instruksional di sekolah. Ini ditunjukkan melalui Jadual 2.4.1.1 tentang model kepimpinan instruksional. 2.4.1.1 Model Kepimpinan Instruksional Hallinger & Murphy (1985) Menjelaskan matlamat Sekolah Menguruskan program pengajaran Membentuk Iklim Pembelajarn sekolah yang positif · Membina matlamat · Menyebarkan matlamat · Menyelia dan menilai pengajaran · Menyelaras kokurikulum · Memantau kemajuan murid-murid · Mengawal masa/waktu pengajaran guru · Menggalakan perkembangan professional · Meengukuhkan usaha guru · Memastikan sentiasa berada di sekolah · Mewujudkan insentif untuk guru dan murid · Mewujudkan standard kecemerlangan Menjelaskan Matlamat Sekolah Mengikut Hallinger dan Murphy (1985), dimensi pertama iaitu dimensi penakrifan matlamat sekolah ialah merujuk kepada tindakan-tindakan Guru Besar mendefinisikan impian dan matlamat yang hendak dicapai. Mengikut Hallinger dan Murphy (1985) penakrifan ini penting supaya mudah dan berfokus. Jika sesebuah sekolah tidak mempunyai fokus yang jelas, kemungkinan sasarannya sukar dicapai kerana matlamat-matlamat pendidikan adalah banyak dan seringkali nampak kabur serta sukar diukur secara objektif (Weick, 1976) . Seterusnya, Hallinger dan Murphy (1985) menyebut bahawa sekolah-sekolah yang berjaya dalam pengajaran dan pembelajaran sering menetapkan satu matlamat khusus yang bersesuaian dengan kemampuan staf dan sumber-sumber yang boleh digembelengkan. Mengurus Program Pengajaran Berkaitan dengan pengurusan program pengajaran, Hallinger dan Murphy (1985) menyatakan bahawa beberapa tindakan yang mesti dilakukan oleh Guru Besar dalam dimensi pengurusan program pengajaran ialah pencerapan dan penilaian ke atas pengajaran guru dalam bilik darjah, membuat penyelarasan aktiviti kurikulum supaya tidak berlaku percanggahan dan membuat pengawasan ke atas kemajuan pelajar supaya kelemahan-kelemahan dapat dikesan dengan cepat. Hallinger dan Murphy (1985) juga menegaskan bahawa tugas utama yang patut dimainkan oleh Guru Besar ialah memastikan matlamat sekolah dipupuk ke dalam amalan bilik darjah. Seterusnya, Guru Besar hendaklah menyampaikan maklum balas yang konkrit berkaitan dengan amalan pengajaran dan pembelajaran tersebut yang bertujuan untuk mempertingkat lagi kemahiran guru dan murid. Selanjutnya, Hallinger dan Murphy (1985) menyatakan tugas yang sepatutnya dilakukan oleh Guru Besar ialah membuat penyelarasan kurikulum, supaya matlamat sekolah selari dengan perkara yang hendak diajar dan diuji serta dengan matlamat peringkat atasan. Penyelarasan kurikulum boleh dilakukan ini boleh dilakukan melalui perbincangan dengan guru-guru secara rasmi atau sebaliknya. Hallinger dan Murphy (1985) menyebut bahawa kejayaan sesebuah sekolah dalam bidang akademik adalah kerana terdapatnya penyelarasan kurikulum yang dilakukan oleh Guru Besar. Membentuk Iklim Pembelajarn Sekolah Yang positif Dimensi ketiga dalam kepimpinan pengajaran ialah membentuk iklim pembelajaran sekolah yang positif ialah membentuk iklim pembelajaran sekolah yang positif. Menurut Hallinger dan Murphy (1985) iklim sekolah bermaksud norma atau sikap guru serta murid yang boleh mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Howard (1987) melihat sebagai suasana yang menentukan pembelajaran. Ia merangkumi perasaan yang ada pada seseorang mengenai sekolah, iaitu sama ada sebuah sekolah merupakan satu tempat belajar yang berkesan dan sebaliknya. Iklim yang positif ialah iklim di mana guru-guru dan murid-murid ingin menggunakan sebanyak mungkin masa yang ada untuk pengajaran dan pembelajaran dan berasa seronok berada di situ. Dimensi ini mengandungi aktiviti-aktiviti yang berperanan secara tidak langsung memajukan sekolah. Tindakan-tindakan tidak langsung ini ialah seperti menyatakan harapan yang dicapai oleh muird-murid melalui pengumuman, polisi dan juga amalan. Guru besar juga boleh mempengaruhi murid-murid melalui sistem ganjaran di mana sistem ini boleh mempertingkatkan usaha ke arah pencapaian yang lebih tinggi. Namun begitu ada yang berpendapat bahawa walaupun peranan Guru besar sebagai pemimpin instrusional adalah penting tetapi dalam era penstrukturan semula sistem pendidikan sekarang ini, peranan mereka perlu diberi penelitian semula (Hallinger, 2003). Kedudukan mereka yang tersepit dalam hierarki pentadbiran antara stakeholder dan guru-guru serta beban tugas pengurusan dan pentadbiran yang perlu dipikul menyebabkan peranan mereka terbatas. Apatah lagi skop kurikulum masa kini kian mencabar dan pelbagai menuntut pengetahuan serta kemahiran yang tinggi daripada Guru besar sedangkan mereka tidak terlatih untuk bidang tersebut dan tidak mempunyai kepakaran dalam bidang ini berbanding guru-guru yang hendak diselia oleh mereka (Hallinger, 2003). Berdasarkan saranan (Hallinger, 2003) maka satu set model kepimpinan yang tidak terlalu meletakkan tanggungjawab memimpin pengajaran kepada guru Besar semata-mata harus difikirkan. Mengikut Marks dan Pinty (2003) guru-guru juga perlu diberi kuasa untuk memimpin pengajaran kepada Guru Besar semata-mata harus difikirkan. Kajian ini telah menggunakan model kepimpinan instruksional yang dikemukakan oleh Menurut Hallinger dan Murphy (1995) . Berdasarkan penjelasan yang dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji diatas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa perkara utama dalam kepimpinan instruksional ialah memastikan perlaksanaan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Penekanan kepada core bussiness ini dikatakan mampu menjadikan sekolah lebih cemerlang dalam pencapaian akademik. 2.5 Konsep Komitmen Guru Konsep Komitmen guru dalam kerjaya dan organisasi sering menjadi pendebatan hangat dan dikupas oleh pelbagai pihak. Beberapa model telah mengaitkan komitmen pekerja dengan ciri-ciri pemimpin yang berkarisma, autokriti birokritik dalam organisasi moden. Komitmen berkait rapat dengan perasaan emosi, idea, falsafah dan nilai yang dipegang atau diinternalisasikan oleh seseorang individu ketika menjalankan tugas (Mowday, Porter & Steers, 1982). Komitmen ditekankan sebagai satu unsur yang mempengaruhi kecemerlangan organisasi. Day (2007) menegaskan bahawa komitmen merupakan faktor utama dalam rutin tugasan guru. Komitmen boleh dikenalpasti , diukur dan dinilai pada diri seseorang itu berdasarkan perlakuan dan tindakannya mengurus tugas yang telah diamanahkan oleh organisasi. Chapman (1982, dalam Day , 2007) mentakrifkan komitmen sebagai darjah ikatan psikologi guru-guru dengan kerjaya mereka. Luthans (1995, dalam Setiadi , 2002 ) menegaskan bahawa komitmen organisasi merujuk kepada kesetiaan dan mengklasfikasikannya secara spesifik kepada tiga iaitu keinginan kuat seseorang untuk kekal menjadi anggota organisasi, keinginan untuk meningkatkan usahanya demi organisasi dan keyakinan serta penerimaan terhadap nilai-nilai dan tujuan organisasi. Menurut Devadoss 2013 penglibatan pekerja bukanla tinjauan tahunan tetapi maklum balas dan pengiktirafan secara kerap. Disamping itu dapat meningkatkan produktiviti penglibatan pekerja juga dapat mengurangkan kitar ganti pekerja serta dapat memperbaiki perkhidmatan terhadap organisasi. Menurut Robbins (2000), komitmen organisasi ditakrifkan sebagai subordinat sentiasa memelihara keanggotanya berasaskan visi dan misi organisasi itu. Yahya Don, Azizah Ismail dan Yaakob Daud (2007) pula menjelaskan bahawa komitmen dikaitkan dengan kecemerlangan organisasi dan komitmen juga dikaitkan dengan budaya sekolah dan pengurusan sekolah. Komitmen organisasi merujuk kepada tahap kesungguhan pekerja terhadap organisasi serta keinginan pekerja mengukuhkan keahlian dalam organisasi. Yahya Don, Azizah Ismail dan Yaakob Daud (2007) menambah bahawa pekerja merasakan organisasi yang dianggotainya adalah sebahagian daripada dirinya. Kejayaan dan kecemerlangan organisasi adalah kejayaan dan kecemerlangan bagi dirinya. 2.5.1 Model komitmen Organisasi 2.5.1.1 Model Komitmen Oâ Reilly Menurut OâReilly (dalam Mullins, 1993), komitmen pekerja terhadap organisasi sebagai satu ikatan psikologi di antara pekerja dan organisasi yang boleh diperlihatkan dalam tiga proses seperti berikut: a. Kerelaan (Compliance) Komitmen jenis ini ialah apabila seseorang pekerja itu dipengaruhi oleh kerelaan hatinya sendiri tanpa dipengaruhi faktor lain. b. Identifikasi (Identification) Komitmen ini ialah apabila seseorang itu rela dipengaruhi oleh orang lain untuk mewujudkan satu hubungan yang memuaskan dan individu itu berasa bangga kerana merupakan sebahagian daripada organisasi itu. c. Kedalaman (Internalisation) Komitmen ini ialah apabila individu mendapati bahawa nilai-nilai organisasi itu adalah berfaedah dan selaras dengan nilai-nilainya. Walaupun model ini dapat memberi kesedaran kepada penyelidik tentang pelbagai dimensi yang berada pada sifat komitmen terhadap organisasi, adalah sukar untuk membezakan di antara idenfikasi dan interaksi kerana kemungkinan kedua-dua unsur ini adalah bergantungan. Seseorang akan merasa bangga menjadi sebahagian daripada organisasi itu kerana kepercayaannya terhadap nilai-nilai organisasi berkenaan. 2.5.1.2 Model komitmen Martin & Nicholls Mengikut Martin & Nicholls (dalam Mullins, 1993), Komitmen ialah memberikan sepenuh perhatian semasa di tempat kerja. Bagi beliau, komitmen menggunakan masa dengan cara membina, memberikan perhatian kepada ketelitian, berusaha dengan gigih, boleh menerima perubahan, bekerjasama dengan orang lain, membangunkan diri dan sebagainya. Mereka telah membentuk satu model komitmen pekerja terhadap organisasi yang berdasarkan tiga asas, di mana setiap asas mengandungi tiga faktor seperti ditunjukkan dalam rajah 2.1. a.Perasaan pemilikan Perasaan yang dicipta oleh pihak pengurusan dengan memastikan bahawa pekerja mempunyai rasa kepunyaan melalui tiga faktor iaitu diberitahu, terlibat dan berkongsi kejayaan.\ b. Perasaan Keselesaan Perasaan yang dicapai melalui keperluan tahap tinggi melalui tiga faktor iaitu maruah, kepercayaan dan tanggungjawab ke atas keputusan. c. Keyakinan kepada pihak pengurusan Pekerja mesti menghormati dan yakin akan kepimpinan pengurus dan ini hanya akan dicapai melalui faktor kuasa, dedikasi dan ketrampilan. I II III I a. diberitahu b.terlibat c.kongsi kejayaan II a. maruah b.kepercayaan c.bertanggungjawab III a.k uasa b.dedikasi c.ketrampilan II Perasaan keselesaan I Perasaan pemilikan III Keyakinan kepada pihak pengurusan a a a b c b c b c Sumber : Disesuaikan daripada Mullins (1993) Rajah 2.1 : Model Komitmen Pekerja oleh Martin & Nicholls Shann (1998) menyatakan kepuasan kerja guru adalah sebagai kayu ukur kepada komitmen dan keinginan kekal seorang guru dalam profesion pengurusan yang menjadi penyumbang kepada keberkesanan sekolah. Beliau menegaskan bahawa komitmen adalah satu penghubung antara matlamat dengan misi personal, misi organisasi serta kepercayaan peribadi individu tentang misi, sikap dan kesetiaan terhadap organisasi serta hasil nilai yang hendak dicapai. Adalah menjadi tanggungjawab pentadbir sekolah untuk menjana, menstimulasi dan seterusnya menghidupkan nilai komitmen pada diri, subordinat dan warga sekolah keseluruhannya. Hal ini selari dengan pengertian komitmen guru bermaksud identifikasi, pembabitan dan kesetiaan guru kepada sekolah. Idenfikasi guru dengan sekolah bererti tahap ikatan serta sokongan kukuh guru menuju matlamat sekolah. Pembabitan pula bererti guru sanggup berusaha sedaya upaya memenuhi permintaan dan sanggup meluangkan lebih masa untuk terikat dengan aktiviti-aktiviti sekolah. Sementara kesetiaan bermaksud guru bersedia untuk terus kekal dengan sekolahnya. ______________________________________________________________________________ Berhubung rapat dengan penyelia kumpulan kerja _____________________________________________________________________________ Rendah Tinggi _____________________________________________________________________________ Berhubung rapat Rendah Tidak Komited Komited Setempat dengan pengurusan atasan dan organisasi Tinggi Komited secara Komited global ______________________________________________________________________________ Sumber: Disesuaikan daripada Becker & Billing (1993) Rajah 2.2 : Empat profil Komitmen yang Berbeza Berdasarkan Rajah 2.2, individu yang mempunyai komitmen rendah terhadap kumpulan kerja, penyelia, pengurusan atasan dan organisasi dikategorikan sebagai pekerja yang tidak komited. Kumpulan ini lebih cenderung untuk berhenti kerja dan tidak berminat untuk membantu pekerja lain. Individu yang menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap kumpulan kerja, penyelia serta pengurusan atasan dan organisasi dikategorikan sebagai pekerja yang komited. Seterusnya, individu yang menunjukkan komitmen yang rendah terhadap pengurusan atasan dan organisasi dikategorikan sebagai komited setempat. Sementara itu, individu yang menunjukkan tahap komitmen yang tinggi terhadap pengurusan atasan dan organisasi tetapi mempunyai tahap komitmen yang rendah terhadap kumpulan kerja dan penyelia, mereka dikategorikan sebagai komited secara global. 2.5.1.3 Model Komitmen Allen & Meyer (1997) Model yang diperkenalkan oleh Becker& Billing (1993) menjadi asas kepada pembentukan model komitmen yang diperkenalkan oleh Allen & Meyer (1997) iaitu mereka membahagikan kepada 3 dimensi tahap komitmen organisasi iaitu komitmen afektif, komitmen berterusan dan komitmen normatif seperti ditunjukkan:- Persepsi Penghargaan Diri Komitmen Afektif Persepsi kehilangan kos terlibat komitmen berlanjutan Polisi HRM P ersepsi obligasi moral Komitmen Normatif Sumber : Disesuaikan daripada Allen & Meyer (1997) Rajah 2.3 : Model Proses Komitmen Oleh Allen & Meyer Komitmen afektif merujuk kepada kesanggupan subordinat untuk membantu organisasi mencapai matlamat dan komitmen ini timbul kesan daripada ikatan emosi antara subordinat dengan organisasi. Selain itu, komitmen afektif juga bermaksud keinginan subordinat terus berada dalam organisasi kerana keinginan kuat melakukannya. Ini bererti, pekerja yang mempunyai komitmen afektif yang tinggi biasanya akan mengutamakan kepentingan organisasi lebih dari kepentingan peribadi dan tidak berminat meninggalkan organisasi sebagai balasan terhadap sokongan dan pengiktirafan yang diterima daripada organisasi berkenaan. Komitmen berterusan membawa pengertian subordinat berusaha untuk terus kekal dalam organisasi kerana memikirkan ganjaran yang diterima dan kos yang ditanggung apabila meninggalkan organisasi (Allen & Meyer , 1991 , dalam Ali Yusob Md Zain & Gill, 1999) . Menurut Becker (1960, dalam Yahya Don, Azizah Ismail & Yaakob Daud, 2007), komitmen yang berterusan ialah kecenderungan subordinat untuk kekal dalam organisasi kerana tidak mampu untuk keluar daripada organisasi. Mereka percaya apabila mereka keluar daripada organisasi, maka mereka akan kehilangan masa, usaha dan faedah serta tidak dapat menggantikannya. Komitmen normatif pula merujuk kepada perasaan tanggungjawab pihak subordinat berada dalam organisasi hasil pendedahan kepada maklumat organisasi. Allen & Meyer (1993, dalam Yahya Don, Azizah Ismail & Yaakob Daud , 2007) menyatakan komitmen normatif ialah obligasi untuk kekal dengan organisasi kerana merasakan mereka perlu berbuat demikian. Komitmen ini berkait rapat dengan kesetiaan seseorang pekerja terhadap organisasinya. Allen & Meyer (1997) menyatakan pekerja yang mempunyai tahap komitmen normatif yang tinggi akan berasa mereka perlu tinggal di dalam organisasi yang sedia ada dan tidak mahu berpindah ke organisasi lain. Oleh itu, model komitmen ini merujuk kepada sikap seseorang terhadap kerja dalam organisasinya yang dipamerkan melalui usaha dan tindakan melakukan kerjasa secara bersungguh-sungguh dan penuh iltizam untuk mencapai matlamat organisasi yang menjadi sebahagian dirinya. 2.5.1.4 Model Komitmen Mowday Komitmen ditakrifkan dengan pelbagai takrifan. Semakin luas bidang ini diterokai, semakin banyak takrifan yang diberikan oleh pengkaji-pengkaji berkenaan. Walaubagaimanapun, menurut Mowday et al (1982) mendefinisikan komitmen sebagai kesungguhan seseorang individu mengidenfikasikan dirinya dalam organisasi dan penglibatan yang tinggi dalam organisasi tersebut. Mowday et al (1982) merumuskan bahawa komitmen boleh dikategorikan dua kumpulan besar iaitu komitmen sikap dan komitmen tingkah laku. Komitmen sikap merujuk kepada proses psikologi yang mengikut individu kepada organisasi dan kepercayaan yang mendalam terhadap matlamat serta nilai organisasi tersebut. Komitmen tingkah laku pula meliputi proses bagaimana ketaatan dan kepercayaan itu dilahirkan dalam perlakuan sehariannya. Mowday et al (1982) seterusnya menyenaraikan tiga komponen penting yang mencirikan komitmen iaitu kepercayaan yang mendalam dan penerimaan matlamat serta nilai organisasi, kesediaan untuk berusaha lebih demi memajukan organisasi, dan keinginan yang tinggi untuk terus berkhidmat dalam organisasi tersebut. Justeru, dari pandangan Mowday et al (1982) komitmen bukan sahaja terbatas kepada kepercayaan dan perasaan tetapi tingkah laku individu tersebut. Oleh itu, penyelidik telah menggunakan model komitmen yang telah diperkenalkan oleh Mowday, Portes & Steers (1982) untuk mengukur tahap komitmen guru dalam kajian ini. Ringkasnya, komitmen merujuk kepada sikap seseorang terhadap kerja dalam organisasinya yang dipamerkan melalui usaha dan tindakan melakukan kerja secara bersungguh-sungguh dan penuh iltizam untuk mencapai matlamat organisasi yang menjadi sebahagian dirinya. 2.6 Dapatan Kajian Lepas Mengenai Hubungan Antara Kepimpinan Intruksional Guru Besar dan Komitmen Guru. Beberapa kajian telah menunjukkan hubungan antara kepimpinan instruksional Guru Besar dengan komitmen guru. Bagi Tyler & Kramer (1996) menyatakan dalam kajiannya, kepercayaan yang tinggi dalam kalangan ahli-ahli organisasi boleh menggalakkan kerjasama dan mampu mewujudkan peranan tambahan dalam kalangan ahli-ahli organisasi iaitu ahli dalam organisasi akan berkhidmat melebihi daripada jangkaan yang nantinya akan meningkatkan prestasi organisasi (Doney et al, 1998; Mishra, 1996; Rousseau et al.,1998). Pendapat ini juga telah disokong oleh kajian Rajnandini (2013) yang menyatakan bahawa kepercayaan pekerja adalah faktor penting untuk menentukan hubungan antara kepimpinan dengan komitmen kerja staf iaitu sebagai pemimpin organisasi, mereka perlu menggerakkan komitmen pengikut ke arah pencapaian visi. Sebaliknya, pemimpin yang tidak percaya oleh pengikut akan menyebabkan visi organisasi sukar untuk direalisasi (Tschannen-Moran, 2001; 2004 ; Hoy & Tschannen-Moran, 1999) Mohd Suhaimi et al (2012) turut mengkaji tahap kepimpinan instruksional Guru Besar di tiga buah sekolah menengah luar Bandar Negeri Perak. Beliau menggunakan kaedah persampelan bertujuan dan memilih tiga buah sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah cemerlang, sederhana dan lemah. Amalan kepimpinan instruksional yang dikaji adalah dalam aspek penyelarasan program pengajaran dan pembelajaran yang kemudiannya dibahagikan kepada tiga kategori iaitu merancang, melaksana dan memantau. Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa pada dasarnya semua pengetua di tiga buah sekolah kajian telah mengamalkan kepimpinan instruksional namun tahap pelaksanaan antara setiap pengetua adalah berbeza-beza. Pengetua cemerlang di luar Bandar lebih berjaya dalam mengamalkan kepimpinan instruksional berbanding dengan pengetua sekolah sederhana dan lemah. 2.7 Dapatan Kajian Lepas Mengenai Komitmen Zulkifli (2008) telah mendapati untuk menentukan tahap penglibatan guru dalam membuat keputusan pengurusan sekolah dan hubungannya dengan sokongan organisasi dan komitmen kerja guru. Maklum balas melalui soal selidik diperolehi daripada sampel seramai 652 orang guru yang mewakili 72 buah sekolah Menengah harian biasa yang dipilih secara rawak dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Keputusan kajian tersebut juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan guru dalam membuat keputusan dengan sokongan organisasi dan komitmen terhadap organisasi tetapi tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan keinginan guru untuk berpindah. Mohd. Sahandri (2012) telah membuat kajian tentang komitmen kerja guru pelatih. Responden kajian terdiri daripada 276 orang guru pelatih yang menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah seluruh negeri Kelantan. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya korelasi antara pembolehubah bersandar (komitmen kerja) dan keseluruhan kumpulan pembolehubah bebas adalah 0.6297 (R berganda). Jumlah varians pada pemboleh ubah bersandar yang bersekutu secara signifikan dengan semua pembolehubah bebas dapat dijelaskan melalui kuasa dua bagi menerangkan model regresi dengan nilai (R2) iaitu 39.65 peratus. Kajian oleh Lokman dan M.Al- Muzammil (2008) mendapati komitmen guru adalah bergantung kepada kepimpinan sekolah. Pengaruh utama pembentukkan tahap komitmen guru terhadap sekolah dan kepercayaan kepada sekolah bergantung kepada corak kepimpinan atau pengetua mengurus sekolah tersebut. Saraswathy (2008) telah menjalankan satu kajian tentang kepuasan dan tahap komitmen kerja dalam kalangan guru sekolah Tamil di Daerah Kulai, Johor. Hasil kajian menunjukkan guru-guru sekolah Tamil mencapai tahap kepuasan dan komitmen pada peringkat sederhana sahaja. Akhirnya, guru kurang berpengalaman kurang berpuas hati terhadap profesion sebagai guru berbanding dengan guru yang berpengalaman. Sementara Iskandar, Rohaty dan Zuria (2009) telah mengenalpasti profil kecerdasan emosi dan profil komitmen pekerjaan dalam kalangan 265 orang pensyarah universiti di Indonesia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dan komitmen pekerjaan pensyarah-pensyarah. Ujian regrasi mendapati dimensi kemahiran sosial dalam kecerdasan emosi menyumbang secara signifikan kepada komitmen pekerjaan dalam kalangan pensyarah-pensyarah. 2.8 Kerangka Konseptual Kajian Berdasarkan tinjauan literatur yang dikemukakan, maka pengkaji berpendapat untuk menggunakan kepimpinan instruksional Guru Besar sebagai variabel bebas dan komitmen guru sebagai variabel bersandar. Kajian berfokus kepada tiga dimensi dan yang diperkenalkan oleh Hallinger dan Murphy iaitu mendefinisikan misi sekolah mengurus program instruksional dan membentuk iklim sekolah yang positif. Komitmen guru terhadap sekolah diukur dengan menggunakan set soal selidik komitmen organisasi (Organization Commitmen Quesntionaire-OCQ) yang digunakan oleh Mowday et al (1982 dalam Asliza , 1999). Satu soal selidik ini terdiri dari 15 soalan yang berkait rapat dengan perasaan emosi, idea, falsafah dan nilai yang dipegang atau diinternalisasikan oleh guru ketika menjalankan tugas. Rajah 2.4 menunjukkan kerangka konsep kajian yang melibatkan perkaitan kepimpinan instruksional Guru Besar, komitmen guru dan faktor demografi. Variabel Bebas Variable Bersandar Kepimpinan In s truksional Guru Besar (Model Hallinger & Murphy ) 1. Menjelaskan Matlamat sekolah 2. Menguruskan program pengajaran 3. Membentuk iklim pembelajaran sekolah yang positif Komitmen guru-guru. (Model Mowday, Steers & Porter) Faktor Demografi Guru 1. Jantina 2. Umur 3. Pengalaman Mengajar Sumber : Disesuaikan daripada Model Hallinger & Murphy dan Model Mowday, Steers & Porter Rajah 2.4 : Kerangka Konsep Kajian Berkaitan Kepimpinan Instruksional Guru Besar dan Komitmen Guru Sekolah Tamil Daerah Petaling Perdana. Rumusan Sorotan kajian literatur yang dihuraikan jelas menunjukkan bahawa terdapat korelasi yang kuat antara dimensi instruksioanl Guru Besar dengan komitmen guru. Pengkaji ingin melihat sama ada korelasi itu wujud ataupun tidak dalam kalangan guru. Komitmen merupakan satu faktor penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu organisasi. Kajian-kajian oleh penyelidik sama ada di dalam atau di luar negeri menunjukkan komitmen seseorang guru banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor lain selain faktor kepimpinan instruksional. Kajian ini cuba melihat sejauh mana kepimpinan guru-guru terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Bab ini membincangkan kaedah digunakan oleh pengkaji dalam menjalankan kajian. Antara kandungan bab ini adalah aspek-aspek reka bentuk kajian, alat kajian, populasi, prosedur kajian, tatacara yang digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul data dan akhir ialah tatacara yang digunakan untuk menganalisis data. 3.2 Reka Bentuk Kajian Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk deskriptif melalui tinjauan (survey) yang bertujuan untuk mengumpul data daripada satu set populasi. Chua (2006a) menyatakan kajian tinjauan merupakan popular kerana ciri-cirinya iaitu penggunaan yang menyeluruh berkaitan isu dan masalah, cara pengendalian melibatkan soal-selidik atau temu bual, cara memungut data yang cepat, penggunaan saiz sampel yang besar, maklumat langsung dan keupayaan keputusan kajian digeneralisasikan. Menurut Mohd.Majid (2000), penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Manakala kaedah tinjauan menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Manakala kaedah tinjauan pula merupakan salah satu cara yang spesifik bagi mengumpul maklumat berkenaan sekumpulan populasi (Blake & Champian, 1976). Kaedah ini dipilih kerana data dapat dipungut dengan cepat dan menggunakan tiga bahagian iaitu bahagian A (demografi), bahagian B (kepimpinan instruksional Guru Besar) dan bahagian C (Komitmen guru). Soal selidik diubahsuai dengan kebenaran telah digunakan dalam proses pengumpulan data. Data kajian akan diproses melalui perisian SPSS. Persampelan rawak digunakan melibatkan pemilihan responden daripada populasi di sekolah kajian. Kajian ini melibatkan gaya kepimpinan instruksional Guru Besar sebagai pembolehubah tidak bersandar (variable bebas) dan komitmen guru sebagai pemboleh ubah bersandar (variabel bersandar). 3.3 Instrumen Kajian Dua Instrumen soal selidik digunakan berasaskan dua pembolehubah yang dinyatakan dalam kajian ini. Instrumen pertama dibina berdasarkan soal selidik tingkah laku kepimpinan instruksional Guru Besar iaitu âPrincipal Instruksional Management Rating Scaleâ yang direka bentuk oleh Hallinger dan Murphy (1985). Soal selidik ini telah dibuat terjemahan oleh Mohd Nor bin Jaafar seorang pensyarah di Maktab perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah dan diubahsuai mengikut keperluan kajian untuk mengumpul maklumat berkaitan kepimpinan instruksional soal-selidik tentang komitmen guru di sekolah. Instrumen kedua ialah soal-selidik tentang komitmen guru-guru di sekolah. Intrumen ini dibina oleh Model Mowday, Steers & Porter (1982) berkaitan Organizational Commitment Measure. Instrumen soal selidik ini juga diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu oleh pensyarah Bahasa Inggeris dan pensyarah sambilan Bahasa Inggeris Universiti Teknologi MARA (UiTM), cawangan Pahang dan diubah suai oleh pengkaji bagi memenuhi keperluan kajian berkaitan dimensi komitmen guru kepada organisasi. Bahagian A terdiri daripada lima item demografi iaitu jantina, umur, taraf pendidikan pengalaman mengajar dan pengalaman berkhidmat di bawah kepimpinan Guru besar sekarang. Latar belakang demografi ini tidak akan mendedahkan segala identiti reponden dan setiap responden akan dipastikan selesa untuk menjawabnya. Bahagian B terdiri daripada item-item yang bertujuan mengutip data berkaitan dengan kepimpinan instruksional Guru Besar terhadap guru-guru, yang telah dibina berdasarkan daripada Skala Penarafan Pengurusan Pengajaran Pengetua âPrincipal Instruction Management Rating Scaleâ (PIMRS). Item soal selidik ini diambil daripada kajian Abd. Naser (2009) & Juita (2012). Pengkaji telah melakukan sedikit perubahan terhadap item soal selidik bagi menjelaskan maksud yang ingin disampaikan. Kajian ini akan mengkaji kepimpinan instruksional Guru Besar dengan melihat dimensi mentakrif matlamat sekolah sebanyak 6 item mengurus program pengajaran sebanyak 8 item dan menggalakkan pembelajaran positif sebanyak 11 item. Jumlah keseluruhan item ialah 25 item. Jumlah item ini adalah selaras dengan pendapat Chua (2006) yang menyatakan bahawa bilangan item soal selidik yang paling sesuai adalah antara 10 item ke 30 item bagi kajian soal selidik yang menggunakan kertas pensel. Keadaan ini adalah untuk memastikan responden dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada soal selidik kerana penumpuan biasanya hanya 10 hingga 20 minit sahaja. Jadual 3.1 : Pecahan Item Soal selidik Kepimpinan Instruksional Guru Besar Dimensi Kepimpinan instruksional Guru Besar Nombor Item Mentakrif matlamat sekolah 1-6 Mengurus program pengajaran 7-14 Menggalakan iklim pembelajaran positif 15-25 Item-item yang telah dikumpulkan dalam sesuatu dimensi adalah bertujuan untuk mengukur tahap keberkesanan kepimpinan instruksional Guru Besar dalam dimensi yang berkenaan sahaja. Manakala, kesemua 25 item tersebut digunakan untuk mengukur keberkesanan kepimpinan instruksional Guru Besar secara keseluruhannya. Setiap responden dikehendaki menyatakan tahap keberkesanan kepimpinan instruksional Guru Besar mengikut persepsi mengikut masing-masing berdasarkan skala Likert 5 poin. Item-item dalam bahagian C ialah tentang komitmen guru-guru di sekolah. Terdapat 15 item terkandung dalam bahagian C ini digunakan untuk mengukur tahap komitmen tugas-tugas guru di sekolah kajian. Pengkaji menggunakan teori yang diadaptasi daripada Model Mowday, Steers & Porter (1982) bagi melihat komitmen dalam kalangan guru-guru di sekolah yang dikaji. Setiap item akan menggunakan skala ordinal iaitu skala Likert yang disusun secara teratur bermula angka yang kecil hingga ke angka yang besar iaitu 1,2,3,4 dan 5 untuk mewakili tahap persetujuan subjek mengenai sesuatu pernyataan. Setiap responden diminta membulatkan nombor di ruang pilihan untuk menunjukkan sejauh mana mereka bersetuju terhadap kepimpinan instruksional Guru Besar . Julat skala Likert ditunjukkan dalam Jadual 3.2. Jadual 3.2 : Julat Skala Likert Soal Selidik Bahagian B dan Bahagian C Skala Skor Ordinal Sangat Tidak Setuju 1 Tidak Setuju 2 Tidak pasti 3 Setuju 4 Sangat Setuju 5 keseluruhannya item ini dapat mengukur kesudian guru memberikan sumbangan yang gigih dan komited melalui emosi, idea, falsafah dan nilai yang dipegang atau diinternalisasikan oleh seorang guru semasa manjalankan tugas (Mowdy et al., 1982). Setiap item menggunakan skala Likert lima mata seperti dalam jadual atas. Responden diminta membulatkan nombor diruang pilihan berdasarkan persepsi komitmen diri mereka terhadap sekolah. 3.4 Kesahan Pengkaji telah meminta pandangan penyelia, pensyarah dan pelajar sarjana untuk menilai, menyemak dan mengubahsuai instrumen yang hendak ditadbirkan untuk mendapatkan kesahan (validaty) yang tinggi. Hal ini selaras dengan pendapat Chua (2006) yang menyatakan kesahan adalah merujuk kepada keupayaan suatu pengukuran yang dilakukan untuk mengukur nilai sebenar konsep. Pengkaji telah membuat perbincangan terlebih dahulu dengan pensyarah yang pakar dalam kepimpinan untuk menilai dan menyemak item yang dibina. Mana-mana item yang dirasakan tidak menepati definisi oprasional akan diubahsuai supaya ia menepati nilai konsep sebenar yang dinyatakan dengan nilai konsep sebenar yang diukur. Pengkaji sedia mentadbir semula item setelah berpuas hati bahawa definasi konsep-konsep di dalam konseptual selaras dengan definisi konsep-konsep. 3.5 Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan ialah merujuk kepada skor daripada instrumen kajian iaitu sama ada instrumen itu stabil, konsisten dan sebaliknya. Dalam sesuatu penyelidikan, kebolehpercayaan merujuk kepada keupayaan suatu kajian untuk memperolehi nilai yang serupa apabila pengukuran yang sama diulangi. Jika pengukuran pada kali yang kedua (ketiga dan seterusnya) memberi nilai yang serupa, maka kajian dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Bagi tujuan ini, satu kajian rintis telah dibuat terhadap 30 responden bagi menguji tahap ketekalan dalaman item-item dalam instrumen tersebut. Hasil kajian rintis yang diedarkan, pengkaji menggunakan program Statistical Package For Social Science versi 20 (SPSS) bagi menguji ketekalan dalaman instrumen dengan menggunakan pekali alpha cronbach. Kebolehpercayaan soal selidik adalah seperti berikut. Jadual 3.3 Nilai Cronbach Alpha Soal selidik PIMRS dan OCQ Item Bilangan responden Nilai Alpha Cronbach Skala Penarafan pengurusan pengajaran Guru (PIMRS) 30 .79 Komitmen Organisasi (OCQ) 30 .89 Mohd Majid Konting (2005) menyatakan tiada batasan khusus yang boleh digunakan bagi menentukan pekali kebolehpercayaan yang sesuai bagi sesuatu alat ukur, namun pekali kebolehpercayaan yang lebih daripada 0.60 sering digunakan. Pengkaji merujuk kepada kenyataan Chua (2006b) iaitu dalam statistik kebolehpercayaan instrumen kajian menggunakan Pekali Cronbach Alpha, nilai alpha 0.65 hingga 0.95 dianggap memuaskan kerana nilai yang terlalu rendah menunjukkan semua item adalah serupa atau bertindih antara satu sama lain dan menggunkan item-item yang bertindih antara satu sama lain adalah tidak diperlukan. Oleh itu, kajian ini menetapkan aras nilai Alpha dalam lingkungan 0.65 hingga 0.95 yang menunjukkan bahawa item-item instrumen kajian boleh diaplikasikan dalam kajian sebenar untuk memastikan kutipan data kajian ini memenuhi skopnya. Menurut Cohen & Swerdlik, (2002) kajian rintis adalah untuk memilih item yang baik. Kajian rintis telah dijalankan oleh pengkaji di sebuah sekolah rendah di Petaling Utama untuk mengukur kebolehpercayaan soal-selidik yang digunakan. Kebolehpercayaan di dalam kajian merujuk kepada keupayaan suatu kajian untuk memperolehi nilai yang serupa apabila pengukuran yang sama diulangi. Menurut Hair (2003), tahap penerimaan kebolehpercayaan sesuatu instrumen kajian menunjukkan responden telah menjawab soalan atau pernyataan dalam keadaan konsisten. Beliau telah memberi garis panduan mengenai nilai Cronbach Alpha yang menerangkan kekuatan hubungan seperti di dalam Jadual 3.4 di bawah Jadual 3.4 : Pekali Saiz Cronbachâs Alpha (Peraturan Umum) __________________________________________________________________ Alpha Coefficient Range Kekuatan Hubungan __________________________________________________________________________ < 0.6 lemah 0.6 < 0.7 Sederhana 0.7 < 0.8 Baik 0.8 < 0.9 Sangat baik 0.9 Terbaik ___________________________________________________________________________ 3.6 Populasi dan Sampel kajian Populasi adalah terdiri daripada guru-guru dari lima buah Sekolah Tamil di Daerah Petaling Perdana iaitu seramai 93 orang. Kajian ini dijalankan lima buah sekolah Tamil di Petaling Perdana. Pemilihan sekolah berdasarkan pemilihan sekolah berdasarkan pencapaian meningkat berterusan dalam peperiksaan awam iaitu UPSR bagi tempoh tiga tahun (2010-2013). Pemilihan sekolah berpandukan pencapaian adalah penting untuk mengenalpasti latar belakang sekolah kajian iaitu sama ada berpencapaian tinggi, sederhana atau rendah dalam peperiksaan awam dengan merujuk kepada keputusan gred purata sekolah (GPS). Sekolah kajian ini mencatatkan peningkatan GPS di peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah dalam tempoh tiga tahun berkenaan. Populasi Kajian ini ialah orang guru-guru Sekolah Rendah Tamil di Daerah Petaling Perdana 123. Sampel kajian terdiri daripada 93 orang guru yang ditetapkan mengikut jadual penentuan saiz sampel krejcie dan Morgan (1970, dalam Chua , 2006a). Berbeza dengan Cohen, Manion dan Morrison (2001, dalam Chua, 2006a) penulis-penulis tersebut berpendapat bahawa penentuan saiz sample seharusnya mengambil kira aras kesignifikanan dan ralat persampelan. Saiz sampel bagi aras signifikan pada p
Comments
Copyright © 2024 UPDOCS Inc.