1. Menulis merupakan keterampilan yang dimiliki oleh individu sama juga seperti kegiatan berbahasa yang lain. Setiap keterampilan hanya diperoleh melalui latihan Berlatih secara sistematik, terus-menerus, dan penuh disiplin merupakan resipi yang selalu disarankan oleh pakar jika ingin menguasai kemahiran menulis. 2. Menulis bukan sesuatu yang diperoleh secara spontan, tetapi memerlukan usaha secara sedar“menuliskan” kata dan mempertimbangkan cara mengkomunikasikan dan mengatur (Donn Byrne 1988). Semi (1990) mengatakan bahawa menulis pada hakikatnya merupakan pemindahan fikiran atau perasaan ke dalam bentuk lambang bahasa. 3. Secara keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa menulis merupakan komunikasi tidak langsung yang berupa pemindahan fikiran atau perasaan dengan memanfaatkan struktur bahasa, dan kosa kata serta menggunakan simbol- simbol sehingga dapat dibaca seperti yang diwakili oleh simbol tersebut. 4. Pratulisan - Kemahiran pratulisan ialah kemahiran yang menjadi asas kepada kemahiran tulisan mekanis. Aktiviti ini mengandungi aktiviti fizikal psikomotor. - Ia merupakan suatu kemahiran di mana murid- murid telah mempunyai keupayaan untuk menggunakan alat tulis dan mengetahui teknik serta cara gerakan tangan untuk membentuk huruf. 5. - Peringkat pratulisan ini adalah tempoh masa murid- murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. - Dalam kemahiran ini, murid-murid perlu menguasai pergerakan-pergerakan motor yang dapat membantu mereka dalam penguasaan kemahiran menulis. 6. Melatih pergerakan tangan dan jari Melatih pergerakan mata Melatih koordinasi mata dan tangan Menulis huruf dan perkataan Menjadikan pengajaran guru lebih menarik dan berkesan Membolehkan penerapan nilai murni dijalankan secara berterusan dan berkesan Menimbulkan motivasi yang tinggi dalam kalangan murid Mengenal bentuk huruf dan perkataan Meniru bentuk huruf dalam perkataan 7. Guna pendekatan yang mudah, dan menarik selaras dengan perkembangan emosi dan mental murid Penggunaan bahan yang tepat dan sesuai dengan proses koordinasi otot motor tangan dan mata murid untuk mengasah kemahiran menulis Carta suku kata yang pelbagai dan tersusun agar murid dapat menguasai kemahiran asas menulis dengan mudah Pelaksanaan aktiviti pengayaan bagi memantapkan perkembangan intelek murid Perkenalkan tulisan huruf kecil dahulu 8. Latihan Pergerakan Jari • Memainkan jari • Menggerakkan jari di atas garisan atau corak yang dilakarkan di atas kertas. • Menguntai manik • Menyurih • Melukis • Mengoyak Latihan bagi tangan • Menggenggam dan membuka tangan. Hendaklah dilakukan beberapa kali. • Menggenggam dan menghancurkan atau meronyokkan sehelai daun atau kertas. • Menggenggam dan merasa beg yang berisi kekacang. • Menggenggam dan merasa bola. Latihan bagi mata • Menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. • Menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. Lakukan latihan yang sama pada mata yang sebelah lagi. • Melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri. • Menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru seperti getah pemadam, pengasah pensel, mancis, dan seterusnya benda-benda sederhana besar dan benda-benda yang besar. 9. Latihan pergerakan jari, tangan dan mata merupakan fasa yang mesti dilalui oleh murid-murid sebelum kemahiran menulis dilakukan. Latihan ini meliputi: a) Aktiviti menggerakkan jari & tangan; pergerakan boleh dilakukan mengikut irama lagu, tepukan tangan atau pergerakan anggota badan lain secara ‘humming’. b) Menggerakkan tangan, pergelangan tangan, dan jari telunjuk di atas kertas, di atas meja, di udara, di belakang kawan, di atas tapak tangan kawan, di atas pasir, dan seumpamanya. 10. AKTIVITI 1 : PERGERAKAN JARI DAN TANGAN (Menulis di tapak tangan) • Guru mengarahkan murid-murid mengangkat jari telunjuk tangan kanan dan tapak tangan kiri masing-masing. • Guru menunjukkan cara menulis huruf menggunakan jari telunjuk tangan kanan di atas tapak tangan kiri. • murid-murid mengikut cara yang ditunjukkan oleh guru mereka. 11. AKTIVITI 2 : PERGERAKAN TANGAN (Menulis di belakang badan kawan) • Guru memanggil dua orang murid keluar ke depan kelas. • Guru menyuruh murid A membelakangi murid B. Murid B di arahkan menulis bentuk-bentuk huruf menggunakan jari di belakang badan murid A. kemudian murid A dikehendaki meneka huruf apakah yang ditulis tersebut • Guru membahagikan murid-murid yang lain kepada pasangan masing-masing • Murid-murid lain dikehendaki melakukan seperti mana yang telah ditunjukkan oleh rakan mereka di hadapan kelas tadi 12. AKTIVITI 3 : BLINK-BLINK HURUF Bahan-bahan yang diperlukan : kertas hitam, gam, kertas warna warni yang telah digunting halus Cara-cara : Sebelum memulakan kelas, guru menyuruh murid-murid membawa gam ke kelas Guru memberikan sehelai kertas berwarna hitam kepada murid-murid Guru menunjukkan cara menulis huruf di papan putih 13. Murid-murid dikehendaki menulis huruf yang ditunjukkan kepada murid-murid sebentar tadi di atas kertas hitam dengan menggunakan gam Murid-murid dikehendaki menampalkan kertas warni warni yang telah digunting halus di atas kertas warna hitam tadi 14. AKTIVITI 4 : MENCARI JALAN KELUAR (ABU PULANG KE RUMAH) o Guru menyediakan bahan bantu mengajar o Murid diberi penerangan mengenai cara permainan tersebut o Guru meminta seorang murid tampil ke hadapan untuk mencari jalan keluar dengan bantuan rakan- rakan sekelas o Murid dibekalkan dengan kapur untuk melukis jalan keluar tersebut Bahan-bahan yang diperlukan : ‘Bord’ hitam, kotak, tali, straw minuman, seletip, kapur.