Penilaian Kursus Kpr 3012

April 28, 2018 | Author: Anonymous | Category: Documents
Report this link


Description

PENILAIAN KURSUS PAGE KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 2 2.0 Hasil Pembelajaran Kursus 2 3.0 Penilaian Kursus: 3.1 Pemberatan penilaian kursus 2 3.2 Agihan pemberatan kerja kursus 2 4.0 Bentuk Kerja Kursus Individu: 3 5.0 Bentuk Kerja Kursus Kumpulan 4 6.0 Skala Pemarkahan Kerja Kursus 6.1 Skala pemarkahan esei 6 6.2 Skala pemarkahan pembentangan 6 7.0 Peringatan 7 LAMPIRAN: i. Cover tugasan kumpulan 8 1.0 PENGENALAN Kursus ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menilai dan membincangkan pengalaman mereka semasa menjalani praktikum. Pengetahuan yang diperoleh dapat dijadikan sebagai panduan di samping boleh dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Kerja kursus merupakan sebahagian dari proses pembelajaran para pelajar dalam kursus ini yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan intelektual, pemikiran kreatif & kritis dan pembinaan sahsiah profesional sebagai seorang guru yang berwibawa. Panduan kerja kursus ini diharapkan dapat membantu para pensyarah dan pelajar untuk melengkapkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus ini. 2.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS i. Menilai pengalaman praktikum (C6, CS3). ii. Mencadangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan situasi dalam bilik darjah (A4, CTPS2) iii. Menghasilkan semula aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan situasi bilik darjah (C5,) iv. Menilai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang baik (C6, TS2). 3.0 PENILAIAN KURSUS 3.1. Pemberatan Kategori Pemberatan Kerja kursus 100% JUMLAH 100% 3.2. Agihan Pemberatan Kerja Kursus Bentuk Kerja Kursus Jenis Tugasan Jumlah (%) Tugasan 1 Penulisan Ilmiah l (Individu ) 45% Tugasan 2 Seminar refleksi (Pembentangan Individu) 15% Tugasan 3 Penulisan Ilmiah ll (Kumpulan) 40% JUMLAH 100% 4.0 BENTUK KERJA KURSUS INDIVIDU Sila baca SEMUA perkara yang terdapat di bawah supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda. Tugasan Arahan Tarikh Akhir % Tugasan 1 TAJUK: Penulisan refleksi latihan mengajar. ** pensyarah boleh menentukan jenis A atau B bagi tugasan 1. **Tugasan jenis A: Bagi kumpulan yang tidak diarahkan untuk menjalankan kajian tindakan semasa latihan mengajar. **Tugasan jenis B: Bagi kumpulan yang telah diarahkan untuk menjalankan kajian tindakan semasa latihan mengajar. Jenis A. ARAHAN: 1. Pelajar dikehendaki menyenaraikan pengalaman penting yang mereka perolehi semasa latihan mengajar. 2. Pelajar dikehendaki mengumpul laporan penyeliaan daripada pensyarah penyelia dan guru pembimbing. 3. Berdasarkan pengalaman dan laporan penyeliaan tersebut, pelajar haruslah mengenal pasti isu atau masalah bagi menambahbaik proses pengajaran dan menentukan bentuk tindakan yang boleh diambil bagi mengatasi isu atau masalah yang timbul semasa proses pengajaran dijalankan. 4. Hasil tindakan tersebut perlulah dihantar secara bertulis kepada pensyarah kursus. Contoh aspek yang boleh dilaporkan dalam penulisan refleksi 1. Pencapaian objektif 2. Penguasaan isi kandungan 3. Permulaan pengajaran 4. Perkembangan pengajaran 5. Perlaksanaan strategi/kaedah dan kemahiran lain. 6. Penggunaan alat/bahan pengajaran 7. Penilaian/penyoalan 8. Penutup 9. Penerapan nilai dan kemahiran 10. Pengurusan bilik darjah 11. Komunikasi/pertuturan 12. Penyampaian 13. Penyertaan pelajar 14. Persatuan 15. Badan beruniform 16. Sukan Atau Jenis B. ARAHAN: 1. Pelajar dikehendaki menyediakan laporan hasil kajian tindakan yang telah dilaksanakan semasa latihan mengajar. 2. Penulisan laporan perlu mengikut format berikut i. Fokus kajian ii. Objektif dan soalan kajian iii. Sorotan lietarure iv. Pengimpulan data- instrumen yang digunakan v. Menganalisis dan mengintepertasi data vi. Merancang tindakan vii. Menjalankan tindakan viii. Memantau dan menilai tindakan ix. Refleksi profesional ( apakah yang anda pelajari melalui proses kajian? Bagaimanakah kajian tindakan memberi impak kepada pengajaran anda?) Tugasan MESTI dihantar secara bertulis, kepada pensyarah kursus mengikut tarikh yang ditetapkan. Penulisan ilmiah ini perlu di sediakan antara 20-25 muka surat. Penghantaran melewati tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan. Gunakan cover tugasan yang diberi (Rujuk Lampiran 1). Tarikh akhir serah tugasan: 29 April 2013 45% Tugasan 2 Seminar refleksi (Pembentangan Individu) Berdasarkan tugasan 1 pelajar perlu membuat pembentangan secara individu di dalam kelas, anggaran masa 10 minit termasuk sesi soal jawab. Pelajar bolehlah memilih mana-mana komponen yang terdapat dalam Rancangan Pengajaran Harian, contoh: objektif, set induksi, kaedah/strategi, penerapan nilai dan kemahiran, alat/ bahan pengajaran, teknik penyoalan dan penilaian dan penutup berdasarkan arahan pensyarah dan bimbingan pensyarah kursus. Bermula pada 4 Mac 2013 15% 5. BENTUK KERJA KURSUS KUMPULAN Sila baca SEMUA perkara yang terdapat di bawah supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda. Jenis Tugasan Arahan Tarikh % Tugasan 3 1. Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan seramai 4-5 orang. 2. Pensyarah akan memberikan tajuk yang berkaitan dengan komponen yang terdapat dalam proses pengajaran untuk dibuat satu penulisan ilmiah, antara 20-25 muka surat. Cadangan tajuk: a. Kepentingan perancangan dalam proses pengajaran b. Penentuan objektif dalam proses pengajaran. c. Bincangkan konsep kaedah/strategi dalam proses pengajaran. d. Bincangkan keperluan pengukuhan dan pengayaan dalam proses pengajaran. e. Bincangkan pengujian dan penilaian dalam proses pengajaran. f. Bincangkan keperluan alat bantu dalam proses pengajaran. g. Sikap dan sahsiah guru dalam proses pengajaran. Tugasan MESTI dihantar secara bertulis kepada pensyarah kursus mengikut tarikh yang ditetapkan. Penghantaran melewati tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan. Gunakan cover tugasan yang diberi (Rujuk Lampiran 1).berdasarkan pengalaman pelajar di sekolah. Tarikh akhir serah tugasan: 29 April 2013 40% JUMLAH 100% PERHATIAN · Segala perkara yang berkaitan kerja kursus MESTI merujuk dan mengikut arahan pensyarah kumpulan kuliah masing-masing. 6. SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS Skala Pemarkahan Esei Individu dan Kumpulan Gred Kriteria Esei A Menepati format penulisan esei ilmiah, mempunyai rujukan secara ilmiah, isi mantap dan mencukupi, isi diolah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas dan meyakinkan . Tiada kesalahan bahasa. A- Menepati format penulisan esei ilmiah, mempunyai rujukan secara ilmiah, isi mantap dan mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. B+ Menepati format penulisan esei ilmiah, mempunyai rujukan secara ilmiah, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan bahasa. B Menepati format penulisan esei ilmiah, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara). B- Menepati format penulisan esei ilmiah, kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara). C+ Ada penulisan esei ilmiah, kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkara). C Ada penulisan esei, kesalahan format tidak melebihi 4 perkara. isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa tidak melebihi 7 perkara. C- Kesalahan format melebihi 5 perkara. isi tidak mencukupi, isi tidak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa melebihi 8 perkara. D/E Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap. 6.2 Skala Pemarkahan Pembentangan Gred Kriteria Pembentangan A Tahap perbahasan ilmiah yang cemerlang, penyampaian yang jelas, lancar, cemerlang, kemas & meyakinkan, menarik & kreatif, mengandungi idea yang bernas, dan ada elemen interaksi yang baik. A- Tahap perbahasan ilmiah yang baik, penyampaian yang jelas dan baik, menarik & kreatif, mengandungi idea yang bernas, dan ada elemen interaksi yang baik. B+ Tahap perbahasan ilmiah yang sederhana, penyampaian yang baik, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi. B Tahap perbahasan ilmiah sederhana, penyampaian yang baik, menarik dan idea yang bernas. B- Ada perbahasan ilmiah, penyampaian yang baik & menarik dan ada idea yang kemas C+ Ada penjelasan, penyampaian yang sederhana, Ada idea sendiri yang baik. C Tahap perbincangan yang rendah, penyampaian sederhana dan sekadar ada, ada idea tetapi kurang kemas. C- Tidak ada penjelasan, penyampaian yang tidak berkesan, idea yang tidak jelas. D/E Gagal melengkapkan tugasan, Tidak menjawab soalan, serahan melewati tarikh akhir. 7. PERINGATAN!!!!!!! i. Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri. ii. Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib. iii. Sentiasa AWAS dengan tarikh-tarikh yang berkaitan. iv. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan. v. Kegagalan anda melengkapkan & menghantar tugasan adalah tanggungjawab anda sendiri. vi. Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif. vii. Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan pensyarah kumpulan masing-masing RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS KPR 3012: REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR TAJUK DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK PROGRAM PENSYARAH: _____________________________________________________________ Tarikh :____________________________________ PENILAIAN KURSUS KPR3012 Seminar Refleksi Latihan Mengajar Sem 2 2012/13 FAKULTI PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA � PEMARKAHAN� � � � LAMPIRAN 1 � PAGE 8


Comments

Copyright © 2024 UPDOCS Inc.