PENDAHULUAN KARANGAN.

April 4, 2018 | Author: Anonymous | Category: Documents
Report this link


Description

PENDAHULUAN KARANGAN PENDAHULUAN KARANGAN a) Gambaran awal tentang tahap pencapaian pelajar dalam penulisan. b) Memberikan gambaran tentang arah tuju karangan. c) Memberitahu pemeriksa lebih awal tentang perkara yang mahu disampaikan dalam sesebuah karangan. Para pelajar seharusnya sudah mengetahui bahawa karangan mereka akan diperiksa buat kali pertama oleh pemeriksa. Pelajar tidak seharusnya lupa bahawa di sekolah, karangan mereka diperiksa oleh guru yang sudah biasa dengan karangan dan keupayaan mereka. Hal demikian tidak berlaku dalam peperiksaan sebenar. Pelajar seharusnya memberikan gambaran yang baik dari segi pengolahan dan penggunaan bahasa yang digunakan dalam karangan sejak awal lagi iaitu bahagian pendahuluan. Kita akan membincangkan teknik-teknik menulis pendahuluan berdasarkan satu soalan sahaja. Teknik menulis pendahuluan Pendahuluan merupakan keterangan ringkas tentang perkara yang akan diketengahkan dalam karangan. Pendahuluan yang baik, lancar dan berkesan akan memberikan gambaran isi karangan yang mantap dan menarik. Pendahuluan yang baik dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang perbincangan dalam bahagian isi. Teliti perkara-perkara berikut yang perlu ada dalam perenggan pendahuluan. Perkara penting dalam pendahuluan Ringkasnya perenggan pendahuluan mengandungi ayat-ayat yang disusun seperti berikut : · Kehendak soalan yang dikemukakan · Isu atau perkara yang berkaitan dengan soalan · Keterangan isu atau perkara yang berkaitan dengan kehendak soalan · HALA TUJU SOALAN (sebab / langkah / kesan) Bahagian terpenting yang kerap ditinggalkan oleh pelajar ialah HALA TUJU SOALAN yang menjuruskan karangan kepada kehendak soalan. Contoh pendahuluan Soalan : Setiap orang mempunyai cita-cita dan keinginannya masing-masing. Jelaskan impian anda dan langkah yang akan anda ambil bagi memastikan impian tersebut dapat dicapai. Setiap orang tanpa mengira pangkat, kedudukan dan usia pasti mempunyai suatu matlamat dalam kehidupan yang dikenali sebagai impian.(ayat 1) Sebagai manusia biasa, saya juga mempunyai impian yang ingin saya capai pada suatu hari nanti (ayat 2) Saya mempunyai impian untuk menjadi seorang angkasawan yang menjelajah angkasa yang luas tidak bersempadan itu (ayat 3) Bagi memastikan impian itu tercapai, saya telah bersedia dengan langkah-langkah ke arah impian itu sejak di bangku sekolah lagi (ayat 4) Bentuk pendahuluan yang popular dan mudah Bentuk-bentuk pendahuluan ini sesuai digunakan dalam karangan sama ada karangan berformat rasmi ataupun tidak berformat rasmi. Sekiranya karangan berformat rasmi, pelajar hanya perlu menuliskan format rasmi berkenaan dan terus kepada bentuk pendahuluan yang dikehendaki. 1. Bentuk pendapat / pandangan tokoh Bentuk pendahuluan ini memerlukan pelajar menguasai nama-nama tokoh yang relevan dengan tajuk soalan yang dikemukakan. Misalnya : · Isu pendidikan - Menteri Pelajaran Malaysia. · Isu pendatang asing - Menteri Dalam Negeri · Tokoh-tokoh lain yang bersesuaian juga boleh digunakan tetapi pastikan tokoh berkenaan mempunyai kaitan dengan isu yang dibincangkan. Kandungan perkara dalam pendahuluan Ayat 1 Ayat 2 Tentukan isu yang dibincangkan Nyatakan pandangan tokoh berkenaan tentang isu tersebut Nyatakan ulasan tentang perkara yang dinyatakan oleh tokoh berkenaan Nyatakan hala tuju karangan mengikut kehendak soalan Ayat 3 Ayat 4 Soalan contoh : Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin bertambah sejak belakangan ini. Pada pendapat anda, siapakah yang bertanggungjawab menangani masalah ini. Kita semakin kerap didedahkan dengan kejadian jenayah membabitkan remaja pada masa kini (ayat 1) Demikian dinyatakan oleh Ketua Polis Negara dalam sidang akhbar baru-baru ini (ayat 2) Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian pembunuhan kejam yang dilakukan oleh seorang remaja terhadap seorang kanak-kanak baru-baru ini (ayat 3) Bagi menangani masalah ini daripada berterusan, pelbagai pihak perlu memainkan peranan aktif bagi mencegahnya (ayat 4) 2. Bentuk persoalan Bentuk persoalan merupakan bentuk pendahuluan yang agak mudah untuk dikuasai oleh pelajar dan agak menarik untuk digunakan bagi merangsang pembaca tentang isu yang akan dibincangkan. Pelajar hanya perlu mengemukakan beberapa persoalan yang berkaitan dengan isu yang mahu dihuraikan dalam karangan. Kandungan perkara dalam pendahuluan Ayat 1 Pernyataan isu yang dijadikan asas dalam soalan Persoalan-persoalan yang berkaitan dengan isu yang akan dibincangkan Ulasan persoalan yang telah dikemukakan Hala tuju soalan dalam bentuk persoalan Ayat 2 Ayat 3 Ayat 4 3. Bentuk definisi Pendahuluan jenis definisi agak mudah untuk dihasilkan. Pelajar perlu mengenal pasti perkara pokok dalam soalan. Berikan definisi yang tepat dan jelas tentang perkara tersebut. Kaitan antara definisi yang diberikan dan pokok persoalan dalam soalan perlu ketara. Pelajar tidak seharusnya memberikan definisi yang salah tentang perkara pokok yang ingin disampaikan. Misalnya soalan tentang “kesan kedatangan pendatang asing ke negara ini” seharusnya memberikan definisi yang ringkas, tepat dan jelas tentang “pendatang asing” . Tanpa definisi yang tepat, pendahuluai yang ditulis akan menjadi kabur. Kandungan perkara dalam pendahuluan Ayat 1 Definisi perkara pokok yang terkandung dalam soalan Ulasan tentang definisi yang diberikan dan kaitannya dengan isu yang akan dihuraikan Ulasan isu yang dinyatakan Ayat 2 Ayat 3 Ayat 4 Hala tuju karangan mengikut kehendak soalan Soalan contoh Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin bertambah sejak kebelakangan ini. Pada pendapat anda, siapakah yang bertanggungjawab menangani masalah ini. ‘Jenayah Remaja’ dapat ditakrifkan sebagai perbuatan jenayah yang dilakukan oleh remaja di bawah usia lapan belas tahun (ayat 1) Remaja yang melakukan jenayah ketika ‘di bawah umur’ akan dibicarakan di Mahkamah Juvana (ayat2) Hal ini semakin membimbangkan kerana kejadian jenayah yang membabitkan golongan remaja yang masih bersekolah semakin bertambah dari masa ke masa (ayat 3) Mahu ataupun tidak mahu kita perlu mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam usaha menangani masalah ini daripada berterusan (ayat4) 4. Bentuk isu semasa Bentuk pendahuluan ini memerlukan pelajar sentiasa mengikuti perkembangan semasa yang berlaku. Pelajar perlu mengaitkan peristiwa semasa dengan isu yang akan dibincangkan dalam karangan. Pendahuluan ini sekadar mengulas isu semasa yang berlaku dan membuat perkataan dengan kehendak soalan. Kandungan perkara dalam pendahuluan Ayat 1 Isu semasa yang relavan dengan kehendak soalan Ulasan isu yang dijadikan perkara pokok dalam pendahuluan Ulasan isu dan kaitannya dengan perkara yang berlaku pada masa kini Hala tuju karangan mengikut kehendak soalan Ayat 2 Ayat 3 Ayat 4 Soalan contoh Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin bertambah sejak kebelakangan ini. Pada pendapat anda, siapakah yang bertanggungjawab menangani masalah ini. Sejak akhir-akhir ini kita sering didedahkan dengan pelbagai cerita salah laku dalam kalangan remaja (ayat 1) Kebanyakan kes yang dilaporkan membabitkan kes jenayah kecil seperti memukul rakan sebaya sehingga kes jenayah berat seperti membunuh (ayat 2) Semakin banyak kes yang dilaporkan semakin kerap berlaku kejadian jenayah dalam kalangan remaja (ayat3) Pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti ibu bapa, masyarakat dan pihak berkuasa perlu memainkan peranan masing-masing bagi menangani masalah ini sebelum menular menjadi lebih serius (ayat 4) 5. Bentuk berita Setiap hari berita-berita dalam akhbar memaparkan pelbagai perkara. Sesetengah perkara tersebut boleh dieksploitasi untuk dijadikan pendahuluan dalam sesebuah karangan. Pelajar boleh menulis tajuktajuk berita sebagaimana yang sering dibaca di dalam akhbar bagi memulakan karangan dengan menggunakan tanda baca. Penggunaan tanda baca penting kerana ayat dalam tajuk berita biasanya tidak lengkap subjek dan predikatnya kerana ditulis secara ringkas sebagai kepala berita. Kandungan perkara dalam pendahuluan Ayat 1 Tajuk berita yang ditulis berdasarkan isu dalam soalan Kaitan berita yang ditulis atau dicipta dengan isu dalam soalan Ulasan isu dalam soalan Hala tuju karangan mengikut kehendak soalan Ayat 2 Ayat 3 Ayat 4 6. Bentuk perbandingan Bentuk pendahuluan ini mudah untuk dihasilkan kerana semua perkara atau isu dapat dibandingkan dengan mudah. Secara mudah perbandingan ini membandingkan dua perkara ataupun peristiwa yang berkaitan dengan isu dalam soalan. Kandungan perkara dalam pendahuluan Ayat 1 Pernyataan isu yang dijadikan persoalan dalam soalan Perbandingan isu berkenaan pada masa kini dan pada masa lalu Ulasan berdasarkan perbandingan yang telah ditulis Hala tuju karangan mengikut kehendak soalan Ayat 2 Ayat 3 Ayat 4 Soalan contoh Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin bertambah sejak kebelakangan ini. Pada pendapat anda, siapakah yang bertanggungjawab menangani masalah ini. Dahulu, kejadian jenayah dalam kalangan remaja merupakan sesuatu yang amat asing kepada masyarakat kita (ayat l) Kejadian salah laku yang sering dilakukan remaja pada masa itu hanya sekadar mencuri buah-buahan di dusun orang kampung (ayat 2) Namun kini, tiada lagi kes mencuri buah-buahan di dusun, sebaliknya kes mencuri motosikal dan kenderaan lain yang semakin banyak diperkatakan (ayat3) Malahan terdapat remaja yang lebih berat pelakuan jenayahnya seperti mengedarkan dadah dan membunuh. Dalam mencari jalan menangani masalah ini pihak berkenaan perlulah bertindak bagi membendung masalah ini (ayat4) Contoh 1 ‘Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.’ Isu ………………………..semakin kerap dipaparkan melalui media massa. Hal ini menggambarkan bahawa masyarakat pada hari ini peka terhadap isu semasa. Lantas mereka cuba mengenal pasti punca permasalahan serta mencari jalan penyelesaiannya. Hal ini bermakna masyarakat tidak akan membiarkan ……………………………………………………….. menjadi barah yang memusnahkan kehidupan. Justeru, apakah punca-punca yang menyebabkan ………………………………………………… berlaku? Contoh 2 Pada zaman ini, apabila memperkatakan isu ……………………………………, isu tersebut sering kita dengar dan baca daripada media massa. ………………………….sering berkaitan dengan masyarakat di negara kita. Oleh sebab itu, langkah-langkah/cara-caramengatasinya harus dilaksanakan @ Oleh sebab itu, faktorfaktor yang menyebabkannya perlu diteliti. Contoh 3 Isu …………………………………………………….. sering diperkatakan oleh semua pihak. Perkara ini perlu diberikan perhatian. Semua pihak perlu bekerjasama untuk mengatasi masalah …………………………………………. Sekiranya semua pihak bekerjasama, hal ini dapat diatasi untuk kesejahteraan dan kebaikan semua, bak kata pepatah ‘Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’. Contoh 4 Sejak belakangan ini, kita sering kali mendengar atau membaca berita tentang ………………………………………………… melalui dada-dada akhbar serta media elektronik. Isu ini hangat dan sering dibincangkan dalam kalangan masyarakat dan juga pada peringkat global. Pelbagai pihak telah mengambil …………………………………..yang semakin serius ini. Peribahasa ‘Sediakan paying sebelum hujan’ wajar dijadikan pedoman individu dalam mengatasi masalah ini. Contoh 5 Dalam menempuhi era modenisasi yang semakin mencabar ini, pelbagai isu telah timbul dan fenomena ini amat meresahkan pelbagai pihak. Isu …………………………..telah menjadi perbualan dalam kalangan masayarakat. Berbagai-bagai inisiatif telah diambil namun segala usaha ini bagai hujan jatuh ke pasir. Sikap tegar masyarakat menyebabkan masalah ini bukan sahaja semakin sukar untuk diatasi, malah kian parah. Situasi sedemikian boleh berlaku kerana tindakan sesetengah pihak yang bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Malah diburukkan lagi dengan pihak yang bersikap melepaskan batuk di tangga. Di bawah akan dijelaskan lagi tentang ………………………………………………..TEMA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 4 Unit 1 : SENARIO MASYARAKAT KITA Masyarakat Malaysia Alaf Baru Tradisi Kejiranan Dalam Masyarakat Unit 2 : AMBANG REMAJA Remaja dan Cabaran Remaja dan Keluarga Disiplin Remaja dan Kokurikulum Unit 3 : DUNIA SEMAKIN CANGGIH Kad Elektronik Budaya Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi E-mel dan anda Unit 4 : KERANAMU Malaysia Patriotisme Malaysia Alaf Baru Pengorbananku Unit 5 : MELESTARIKAN ALAM SEKITAR Pendidikan Alam Sekitar Kualiti Udara Pencemaran Sungai Kita Unit 6 : RIADAH Hobi, Sukan dan Rekreasi Cabaran di Puncak Kinabalu Hobi dan Cabarannya Unit 7 : GENERASI KITA Wawasan Generasi Kita Patriotisme Generasi Muda Generasi Pelapis Unit 8 : GAYA HIDUP SIHAT Amalan Gaya Hidup Sihat Remaja dan Kesihatan Obesiti dan Pencegahannya Unit 9 : KERJAYA Minggu Kerjaya Cita-cita dan Kerjaya Surat Permohonan Unit 10 : WARISAN BANGSA Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah Warisan Seni Bina MelayuTradisional Pemuliharaan Warisan Sejarah Unit 11 : INDUSTRI PELANCONGAN MALAYSIA Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia dan Destinasi Pelancongan Warna-warna Malaysia TEMA KARANGAN TINGKATAN 5 UNIT 1 : RUMAH TERBUKA RAKYAT MALAYSIA Rumah Terbuka Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia Kemanusiaan Sejagat UNIT 2 : PENDIDIKAN ALAF INI E-Pendidikan Pendidikan Maya Kepentingan Ilmu Dalam Era Globalisasi UNIT 3 : PENGANGKUTAN ALAF INI Tren ERL Kejayaan Negara dalam Perindustrian Tren Laju Harapan Masa Depan UNIT 4 : BANDAR PINTAR MALAYSIA Bandar dalam Taman Putrajaya Mercu Tanda Kemajuan Negara Perpaduan Menjamin Keamanan UNIT 5 : ALAM PEKERJAAN Kerjaya Masa Depan Kejayaan dalam kerjaya Impian, Usaha dan Kejayaan UNIT 6 : PENDIDIKAN INDUSTRI Pendidikan Industri di IPT Pendidikan Industri Teras Pembangunan Negara Cabaran Pendidikan Industri UNIT 7 : BIOLEMBANGAN Kejayaan Melalui Pertanian Bioteknologi dalam Pertanian Perkembangan Pertanian UNIT 8 : PELABURAN Pelaburan Mengubah Masa Depan Pelaburan Menerusi Saham Amanah Pelaburan Dalam Sektor Hartanah UNIT 9 : TELEPERUBATAN Kesihatan Sepanjang Hayat Amalan Pemakanan Seimbang Cegah Sebelum Parah UNIT 10 : SUKAN SEANTERO DUNIA Malaysia Jaguh Sukan SEA Sukan Mengharumkan Nama Negara Malaysia Penganjur Sukan Antarabangsa UNIT 11 : KOMUNIKASI GLOBAL Mykad Ciptaan Kita Internet dan Dunia Tanpa Sempadan Seni Sastera Khazanah Bangsa UNIT 12 : PELESTARIAN BUDAYA WARISAN Memelihara Budaya Bangsa Anugerah Seni Negara Adat Perkahwinan Masyarakat Malaysia Adakah anda sudah mengorak langkah untuk menempuh BMSPM? Masih awal lagi? Awas, sediakanlah payung sebelum hujan! Janganlah terhantuk baru tengadah! Hal ini demikian kerana banyak calon SPM yang jahil akan teknik menjawab aspek KAJIAN NOVEL. Jawapan calon tersasar jauh daripada skema pemarkahan. Dengan erti kata lain, jawapan calon langsung tidak menepati skema pemarkahan. Demi membantu anda mencapai A+ dalam BMSPM, petunjuk menjawab berpandukan skema pemarkahan telah cikgu paparkan. Terapkanlah strategi menjawab ini dalam ulang kaji anda. Usahlah bersikap laksana pohon kayu tidak berbuah! CONTOH:  Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan amalan nilai bertimbang rasa. [8 markah] SKEMA PEMARKAHAN  Markah isi ialah 6 (3 x 2), maka anda perlu menyatakan 3 peristiwa nilai bertimbangan rasa serta huriaan/contoh. Markah bahasa pula 2. TEKNIK MENJAWAB:  [Ayat pernyataan+ …………………………………………………………………… ……………………………………. *Ayat huraian/contoh+ ……………………………….. ………………………………………………………………………………………………………. [2 markah] CONTOH JAWAPAN BERPANDUKAN SKEMA PEMARKAHAN  Berdasarkan novel Perlumbaan Kedua, terdapat nilai bertambang rasa menawarkan bantuan dalam kalangan masyarakat. Tamsilnya, Sang Gajah yang kasihan melihat Tuk Kura lambat bergerak gara-gara usianya lanjut telah menawarkan bantuan kepada Tuk Kura demi menjinjingnya ke kemuncak bukit ketika meninjau kawasan perlumbaan kedua. [2 markah] KEPINCANGAN JAWAPAN PELAJAR  Ketika Tuk Kura mendaki bukit untuk meninjau tempat perlumbaan, Sang Gajah yang bertimbang rasa telah menawarkan diri untuk membantu Tuk Kura mendaki bukit. Tetapi, Tuk Kura menolak tawaran Sang Gajah itu. [0 markah] PERHATIAN: 1. Jika jawapan anda berbentuk huraian/contoh, markah isi tidak akan diberikan. 2. Jika pernyataan dan huraian/contoh bercampur aduk dalam satu ayat, markah tetap tidak akan diberikan.  Rata-rata calon SPM jahil tentang teknik menjawab seperti yang dikehendaki oleh pemeriksa (skema pemarkahan). Mereka mengamalkan ‘gaya bebas’; ada yang menggunakan gaya ramarama, gaya katak, dll. Dengan erti kata lain, didapati penguasaan terhadap cara mengorganisasikan idea masih tidak mencapai tahap yang dikehendaki. Pelajar cenderung untuk mencampuradukkan isi dengan huraian. Mengapakah senario ini berlaku? Pertama, sikap sambalewa; pelajar tidak berprakarsa untuk menguasai kemahiran menjawab. Kedua, sikap memandang enteng; pelajar lazimnya memandang remeh tentang teknik menjawab. Ketiga, kurangnya pendedahan; teknik menjawab yang menjurus kepada skema pemarkahan kurang didedahkan. Jadi, saya mengambil inisitif ini untuk memberikan petua/panduan menjawab yang sebaikbaiknya, yakni menepati skema pemarkahan, bukan mengikuti emosi kerana buruk padahnya; ikut hati mati, ikut rasa binasa.   Misalnya: ARAS SOALAN KBKK/KBSB: Kebijaksanaan menyelesaikan masalah merupakan salah satu persoalan yang sering dikemukakan oleh pengarang dalam sesebuah novel. Jelaskan dua persoalan kebijaksanaan dalam sebuah novel yang anda pelajari.  [7 markah] Pelajar perlu menyatakan terlebih dahulu isi atau idea umum sebelum diiringi dengan huraian peristiwa daripada novel. Isi yang dikemukakan mestilah dibataskan kepada tugasan soalan, iaitu “kebijaksanaan…” yang cuba dipaparkan oleh pengarang. Isi untuk “Perlumbaan Kedua” sebagai contoh:   Kebijaksanaan menyelesaikan masalah kekurangan fizikal Kebijaksanaan mengelirukan musuh / memperdayakan pihak lawan Isi untuk “Julia”, antara lain:    Kebijaksanaan menyelesaikan masalah keluarga Kebijaksanaan menyelesaikan masalah perniagaan Isi biarkan umum sahaja tanpa watak, tempat atau peristiwa yang khusus. Sebaik-baiknya penyataan isi dibuat dalam ayat yang tersendiri. Huraian isi hendaklah ditulis secara ringkas dengan memasukkan watak yang berkenaan, perlakuan dalam peristiwa yang menyokong isi yang dikemukakan. CONTOH JAWAPAN: Dalam novel Julia, persoalan kebijaksanaan menyelesaikan masalah perniagaan dikemukakan oleh pengarang. Julia telah berjaya menghadapi muslihat Encik Baharom yang berniat menjual BMPRO Transport kepada Dato’ Khor. Soalan-soalan Julia menyebabkan Encik Baharom terkedu. Sekian, selamat maju jaya … SUMBER: CIKGU AZHAR RBeberapa hari kebelakangan ini, orang ramai mula heboh memperkatakan mengenai fenomena ponteng sekolah di kalangan pelajar. Isu ini mula mendapat tempat di media massaapabila Pengarah Pelajaran sebuah negeri membuat kenyataan bahawa separuh daripada pelajar di sebuah sekolah ponteng pada hari Khamis dan Jumaat. Isu tersebut semakin mendapat perhatian apabila seorang Timbalan Menteri menyatakan bahawa guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca utama peningkatan peratusan pelajar yang ponteng sekolah ini ibaratmakan gaji buta. Persoalannya, benarkah guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca mengapa pelajar ponteng? Punca utama pelajar ponteng sekolah ialah kurangnya minat untuk bersekolah. Kebanyakan pelajar ini mempunyai pencapaian akademik yang rendah dan mereka juga malas untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru dan mereka bukannya ulat buku. Mereka beranggapan bahawa hadir di sekolah merupakan satu bebanan kerana terpaksa belajar dari pagi hingga tengahari di samping terpaksa membuat pelbagai latihan dan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Jalan penyelesaian yang dipilih oleh mereka adalah dengan ponteng sekolah. Pelajar dalam kategori ini lazimnya keluar rumah pada waktu pagi dengan memakai pakaian sekolah yang lengkap. Malangnya, destinasi pagi mereka bukan sekolah, sebaliknya mereka berkumpul di mana-mana tempat lain untuk berseronok-seronok. Di kawasan pekan atau bandar, tempat yang menjadi tumpuan utama pelajar seperti ini adalah pusat snuker atau pusat permainan video. Kurangnya pemantauan ibu bapa yang seperti melepaskan batuk di tangga juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan anak-anak berani untuk ponteng sekolah. Sebilangan ibu bapa sibuk bekerja untuk mencari nafkah tambahan bagi anak-anak mereka sehingga mereka tidak menyedari serta mengambil tahu tentang aktiviti anak-anak mereka di luar rumah. Keadaan menjadi semakin rumit apabila sesetengah ibu bapa enggan datang ke sekolah bagi membincangkan permasalahan anak mereka. Ini menyulitkan lagi proses untuk menangani pelajar-pelajar yang bermasalah seperti ini. Memang tidak dinafikan bahawa terdapat sesetengah guru yang tidak pandai mengajar atau tidak menunjukkan kesungguhan di bilik darjah sehingga membuatkan pelajar bosan lalu ponteng sekolah. Namun bilangan guru yang bersikap seperti ini sangat kecil. Hal ini dibuktikan oleh Dt. Amirah Latif dan Dr. Adillah Syazwani Khairi, dua orang pensyarah pendidikan di Universiti Malaya dalam kajian mereka tentang punca pelajar ponteng di beberapa buah sekolah di sekitar Lembah Klang. Dalam kajian yang melibatkan 125 orang pelajar yang pernah ponteng sekolah, hanya 10 orang pelajar yang menyatakan bahawa mereka bosan dengan cara pengajaran guru. Lain-lain menyatakan bahawa mereka ponteng kerana kurangnya minat untuk belajar, suka mengikut kawan-kawan dan tidak kurang juga yang melakukan kerja sambilan. Biar apa pun puncanya pelajar ponteng sekolah, perkara penting yang patut difikirkan adalah cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan, semakin ramai pelajar yang akan membuat keputusan untuk ponteng sekolah. Ibu bapa perlu memberikan kerjasama yang padu kepada pihak sekolah untuk mengatasi fenomena ini. Ibu bapa tidak seharusnya menyerahkan tanggungjawab untuk membentuk, mendidik serta mengawasi anak-anak mereka kepada pihak sekolah sepenuhnya, tetapi mereka juga harus memainkan peranan dalam mengawasi kegiatan anak mereka di luar sekolah. Jika tidak, anak-anak mereka akan menjadi tidak terkawal dan bebas untuk berkeliaran di luar sekolah. Kesimpulannya, fenomena ponteng sekolah bukanlah satu gejala yang tidak boleh ditangani. Dengan adanya kerjasama yang kukuh dan padu daripada semua pihak, sudah pasti gejala ini akan berkurangan ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Semua pihak khasnya ibu bapa, pihak sekolah, pihak PIBG, serta masyarakat sekeliling harus menggembleng tenaga dan bersatu padu untuk mengurangkan gejala ponteng sekolah ini. 1. PERENGGAN INTRODUKSI [Ayat Rangsangan] Tidak dapat dinafikan, warisan negara yang telah diabaikan dewasa ini ialah bangunan bersejarah yang banyak terdapat di seantero negara. [Ayat Hurain] Jika ditinjau secara umum, kebanyakan bangunan bersejarah yang dipulihara akan disuaigunakan semula sebagai muzium, pejabat, tempat kediaman, premis perniagaan, dan kegunaan awam. [Ayat Huraian]Sejak UNESCO mengiktirafkan bandar Melaka dan Geogetown sebagai bandar warisan bersejarah, baru timbullah kesedaran tentang kepentingan bangunan-bangunan bersejarah. [Ayat Arahan] Persoalannya, apakah kepentingan pemuliharaan bangunan-bangunan bersejarah dalam konteks Malaysia? PERIBAHASA DALAM KARANGAN MENGIKUT TEMA PERIBAHASA DAN TEMA 1.PERANAN ANAK-ANAK MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Tepuk dada tanya selera Air dalam terenang Yang muda disayangi yang tua dihormati Sudah terang lagi bersuluh 2.PERANAN PELBAGAI PIHAK UNTUK MEMBANTU ORANG KURANG UPAYA: di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Tepuk dada tanya selera Sudah terang lagi bersuluh Melukut di tepi gantang 3. KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM di mana ada kemahuan, di situ ada jalan melepaskan batuk di tangga Tepuk dada tanya selera Sudah terang lagi bersuluh 4.FAEDAH MEMBACA KARYA SASTERA menyelam sambil minum air”. “ tak kenal maka tak cinta. Tepuk dada tanya selera serampang dua mata Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain Sudah terang lagi bersuluh 5.JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT “ tak kenal maka tak cinta. melepaskan batuk di tangga Tepuk dada tanya selera hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”, ”seperti aur dengan tebing”, “ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing “ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni Sudah terang lagi bersuluh mulut biar manis, hati biar baik ‘bersatu teguh bercerai roboh’ Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga Buang yang keruh , ambil yang jernih Adat pulau limburan pasang Orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa Jiran sepakat membawa berkat Seikat bagai sirih serumpun bagai serai 6.FAEDAH SENI MEMPERTAHANKAN DIRI di mana ada kemahuan, di situ ada jalan menyelam sambil minum air”. “ tak kenal maka tak cinta. melepaskan batuk di tangga Tepuk dada tanya selera Sudah terang lagi bersuluh 7.KEPENTINGAN MEMBELI BARANGAN BUATAN TEMPATAN "Produk Malaysia, Kebanggaan Kita" di mana ada kemahuan, di situ ada jalan menyelam sambil minum air”. “ tak kenal maka tak cinta. melepaskan batuk di tangga Tepuk dada tanya selera serampang dua mata Sudah terang lagi bersuluh 8. USAHA-USAHA MENGGALAKKAN PEMBELIAN BARANGAN BUATAN MALAYSIA di mana ada kemahuan, di situ ada jalan menyelam sambil minum air”. “ tak kenal maka tak cinta. melepaskan batuk di tangga Tepuk dada tanya selera serampang dua mata Sudah terang lagi bersuluh Seikat bagai sirih serumpun bagai serai Alah membeli menang memakai 9.USAHA-USAHA MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN JALAN RAYA di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.” melepaskan batuk di tangga Tepuk dada tanya selera serampang dua mata seperti api dalam sekam Bagai duri dalam daging berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu sediakan payung sebelum hujan “ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak Biar lambat asalkan selamat Sudah terang lagi bersuluh Seikat bagai sirih serumpun bagai serai Sudah terantuk baru terngadah Mencurah air ke daun keladi Bagai enau dalam belukar melepaskan puicuk masing-masing Masuk telinga kiri keluar telinga kanan Pandu cermat jiwa selamat Berhati-hati di jalan raya Ingat orang tersayang 10.CIRI- CIRI PENULIS BERJAYA di mana ada kemahuan, di situ ada jalan “ tak kenal maka tak cinta. Tepuk dada tanya selera serampang dua mata Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya Angan-angan menerawang langit Asal ditugal, adalah benih Sudah terang lagi bersuluh 11.KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN KAUM Bagai duri dalam daging Sudah terang lagi bersuluh di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.” melepaskan batuk di tangga Tepuk dada tanya selera serampang dua mata berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu seperti api dalam sekam menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak sediakan payung sebelum hujan “ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah” ,”seperti aur dengan tebing”, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing ‘bersatu teguh bercerai roboh’ . Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat mulut biar manis, hati biar baik Agak-agak bertutur malam hari Asal ditugal, adalah benih Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut. 12. USAHA-USAHA MEMUPUK PERPADUAN. Bagai duri dalam daging di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.” melepaskan batuk di tangga Tepuk dada tanya selera serampang dua mata sediakan payung sebelum hujan berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu seperti api dalam sekam menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak “ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”, ”seperti aur dengan tebing”, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing ‘bersatu teguh bercerai roboh’ mulut biar manis, hati biar baik . Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat Adat pulau limburan pasang Agak-agak bertutur malam hari Asal ditugal, adalah benih Sudah terang lagi bersuluh Seikat bagai sirih serumpun bagai serai Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut. Alang-alang berminyak, biar licin Genggam bara api biar sampai jadi arang 13.KEPENTINGAN ILMU PENGETAHUAN di mana ada kemahuan, di situ ada jalan “ tak kenal maka tak cinta. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.” Tepuk dada tanya selera serampang dua mata Ke tengah boleh ke tepi boleh ketam mengajar anaknya berjalan betul Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya . Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang- senang kemudian Ilmu penyuluh hidup Ilmu itu pelita hati Ilmu pelita hidup Asal ditugal, adalah benih Sudah terang lagi bersuluh Sudah terantuk baru terngadah Mencurah air ke daun keladi Tanpa ilmu, seseorang itu diibaratkan seperti si buta kehilangan tongkat 14.PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.” melepaskan batuk di tangga Tepuk dada tanya selera Bagaiman acuan begitulah kuihnya serampang dua mata ketam mengajar anaknya berjalan betul melentur buluh biar dari rebungnya anak-anak ibarat kain putih Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak Sudah terang lagi bersuluh Mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu. Mendidik anak setelah dewasa umpama mengukir di atas air Bapa borek anak rintik Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, ‘‘When I have money, I buy books. If any is left, I buy food.’’. Hal ini bersesuaian dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud ”Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”, malah Nabi sendiri menggesa umatnya supaya menuntut ilmu walaupun hingga ke negeri China. surah al-Quran yang pertama sekali diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. berbunyi ”Bacalah, bacalah olehmu wahai Muhammad”. 15.PUNCA-PUNCA KEJADIAN TANAH RUNTUH Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.” Tepuk dada tanya selera berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu seperti api dalam sekam sediakan payung sebelum hujan Sudah terantuk baru terngadah Mencurah air ke daun keladi Sudah terang lagi bersuluh Ada tangga hendak memanjat tiang Tiada angin masakan pokok bergoyang Alang-alang berminyak, biar licin Genggam bara api biar sampai jadi arang 15. CARA-CARA MENGHARGAI WARGA TUA di mana ada kemahuan, di situ ada jalan melepaskan batuk di tangga Tepuk dada tanya selera Yang muda disayangi yang tua dihormati Sudah terang lagi bersuluh Air susu dibalas dengan air tuba Kacang lupakan kulit Melukut di tepi gantang Banyak makan garam Patah tumbuh hilang berganti 16. KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG menyelam sambil minum air Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.” Tepuk dada tanya selera serampang dua mata sediakan payung sebelum hujan Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak Sudah terang lagi bersuluh Badan yang sihat datangnya daripada badan yang sihat Mencegah lebih baik daripada mengubati Sabda Nabi Muhammad SAW, “Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara;muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati,” “Kesihatan melambangkan kekayaan” dan “Badan sihat, otak cerdas 17.PERANAN IBU BAPA MEWUJUDKAN MASYARAKAT PENYAYANG di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Tepuk dada tanya selera sediakan payung sebelum hujan 18.USAHA-USAHA UNTUK MERAPATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.” Tepuk dada tanya selera sediakan payung sebelum hujan. Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan. Sudah terang lagi bersuluh Air dicencang tidak akan putus Alang-alang berminyak, biar licin Genggam bara api biar sampai jadi arang 19.CARA-CARA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL. Tepuk dada tanya selera Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas di mana ada kemahuan, di situ ada jalan menyelam sambil minum air”. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. melepaskan batuk di tangga serampang dua mata berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak Sudah terang lagi bersuluh Hidup segan mati tak mahu Lain hulu lain parang lain dahulu lain sekarang Alang-alang berminyak, biar licin Genggam bara api biar sampai jadi arang 20. CARA BADAN PENGAWAS MENINGKATKAN DISIPLIN PELAJAR menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak Tepuk dada tanya selera seperti api dalam sekam Bagai duri dalam daging Ada tangga hendak memanjat tiang Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak Adat tua menahan ragam Sudah terang lagi bersuluh Ikut hati mati ikut rasa binasa Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih Alang-alang berminyak, biar licin Genggam bara api biar sampai jadi arang


Comments

Copyright © 2024 UPDOCS Inc.