PEMIMPIN KOIR

May 7, 2018 | Author: Anonymous | Category: Documents
Report this link


Description

PEMIMPIN KOIR Memimpin atau menjadi konduktor dalam sesuatu kumpulan muzik atau koir bukanlah semata-mata berdiri di depan ahli koir sambil menggoyangkan tangan sahaja. Ramai yang beranggapan memimpin koir hanya melatih ahlinya menyanyi sambil berdiri di depan kumpulan koir tersebut. Peranan pemimpin koir atau dikenali sebagai konduktor koir sebenarnya lebih daripada itu. Seorang yang berjaya dalam memimpin ensembel koir sebenarnya perlulah mempunyai ilmu yang formal dalam bidang muzik yang merangkumi: (a) Mempelajari Teori Muzik Adalah penting bagi seorang guru muzik untuk mempelajari teori muzik kerana ianya melibatkan pembacaan notasi. Dengan membaca notasi muzik, guru dapat melatih koir mengikut penulisan skor dan ianya menjadi tetap dan tidak berubah-ubah. Jika guru melatih berdasarkan pada hafalan dan cuba jaya semata-mata, penghasilannya menjadi tidak tetap dan akan berubah-ubah mengikut ingatan. (b) Mempelajari Teknik Vokal Selain daripada memahami teori muzik, guru juga perlu ada kemahiran teknik dalam mengajar vokal. Teknik vokal dipelajari secara formal di institusi daripada guru vokal yang berkemahiran. Teknik vokal merangkumi aspek pernafasan, penghasilan ton, sebutan, postur dan sebagainya. Dengan memahami dan mempraktikkan teknik yang betul, seseorang dapat menghasilkan mutu suara yang baik dan seterusnya menghasilkan kumpulan koir yang bermutu. (c) Mempelajari Teknik Memimpin Conducting Technique Memimpin koir yang dimaksudkan di sini ialah peranan konduktor berdiri di depan kumpulan koir. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, konduktor bukan setakat menghayunkan tangan mengikut rentak lagu semata-mata. Kefahaman tentang elemen-elemen asas dalam muzik seperti tempo, melodi, irama, dinamik dan artikulasi perlu ada. Pemimpin koir juga perlu ada kebolehan untuk menyampaikannya secara efektif kepada ensembel dalam bentuk melalui ekspresi tangan, muka dan gamit badan. (d) Mempelajari Gubahan dalam Vokal Mempelajari gubahan muzik dan vokal juga perlu dikuasai oleh guru. Aspek ini membolehkan guru membaca serta menganalisa skor lagu yang mana ianya penting bagi seseorang sebelum memulakan sesi latihan koir. Setiap lagu yang dicadangkan untuk dipersembahkan perlu dianalisa,dinilai dan disemak dari beberapa sudut untuk memastikan sama ada lagu tersebut sesuai atau tidak. Kesesuaian lagu bukan hanya pada tajuk atau isi teks lagu, malah merangkumi aspek-aspek lain seperti bentuk atau form lagu, melodi lagu termasuk julat not-not serta jeda dalam gubahan, tanda-tanda ekspresi dan dinamik dalam lagu dan sebagainya. (e) Boleh Bermain Alat Muzik terutamanya Piano Guru koir sebaiknya perlu ada kebolehan bermain piano. Ini kerana nyanyian melibatkan pic, julat notasi, jeda, harmoni, kord serta gubahan. Kemahiran bermain piano amat membantu terutamanya bagi sesi-sesi latihan. Kebolehan guru bermain piano dapat digunakan dalam latihan-latihan aural, latihan ketepatan pic, jeda, bunyi not-not secara harmoni dan juga untuk aktiviti pemanasan suara. Kebanyakan guru yang mempelajari vokal, mereka juga mempelajari asas piano kerana ini amat membantu mereka dalam mengendalikan latihan koir. Mempunyai seorang pelajar yang boleh bermain piano juga amat membantu dalam persembahan kerana guru boleh menumpukan kepada memimpin koir (conducting) tanpa risau tentang permainan piano. (f) Mempelajari Pentadbiran Ensembel Selain daripada tugas berada di depan kumpulan sambil menghayunkan tangan, seorang pemimpin koir juga perlu tahu terhadap tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan. Terdapat guru yang baik dalam melatih tetapi mengabaikan tentang kerja-kerja pengurusan yang melibatkan pemilihan lagu, pakaian, corak persembahan, penjadualan, kebajikan pelajar dan sebagainya. Sebenarnya aspek pengurusan juga perlu dikuasai oleh guru walaupun kadangkala tugas ini diberikan kepada rakan yang lain. Peranan Pemimpin Koir Memimpin bermakna satu komunikasi artistik antara pemimpin dan ensembel yang dipimpin ketika latihan serta ketika sesuatu persembahan berlangsung. Tugas utama seseorang pemimpin ensembel bukan hanya sebagai ketua yang memberi isyarat mula dan berhenti, malah adalah untuk menentukan tempo, memberikan pelbagai isyarat dari permulaan hingga akhir dengan jelas. Pemimpin juga seorang yang boleh menjadi pendengar yang kritis juga mampu membentuk bunyi yang dikehendaki dari ensembel yang dipimpin sama ada orkestra atau koir. Kefahaman tentang elemen-elemen asas dalam muzik seperti tempo, melodi, irama, dinamik dan artikulasi perlu ada dan juga kebolehan untuk menyampaikannya secara efektif kepada ensembel dalam melalui ekspresi tangan, muka dan gamit badan (gesture). (a) Perancangan Penubuhan Kumpulan Koir Seorang pemimpin koir perlu membuat perancangan terlebih dahulu. Perancangan ini dari dua aspek ! diri sendiri dan kumpulan. Kita harus ikut perancangan yang dibuat dan mempunyai tahap disiplin serta menghormati perancangan yang dibuat bagi kejayaan koir yang ditubuhkan. Disiplin bukan bermaksud mengikat atau menyusahkan diri sendiri. Disiplin yang guru perlu utamakan ialah berbentuk kebebasan dalam melaksanakan perancangan. Menurut Brinson, 1996, ‰Disiplin mental yang diperlukan daripada para pengarah untuk merancang butiran dan urutan acara bagi hari tersebut akan memberikan mereka kebebasan melaksanakan persembahan yang lebih efisien dan berkesan‰. (b) Membuat Pemilihan Ahli-ahli Koir Membuat uji bakat adalah perkara yang dicadangkan bagi memilih ahli-ahli kumpulan koir. Uji bakat adalah satu sesi penting bagi guru koir untuk memilih ahli-ahli koir bagi memenuhi kumpulan koir yang hendak ditubuhkan sama ada kumpulan koir tradisional, patriotik, show choir atau lain-lain. Perkataan uji bakat atau perkataan yang popular masa kini ialah audition boleh menjadi satu istilah yang menakutkan peserta kerana mengganggap ia satu sesi yang sukar dengan pelbagai ujian teknikal berkaitan dengan vokal yang mungkin pada jangkaan peserta ianya akan menjadi sukar atau di luar kemampuan peserta. Bagi mengelakkan rasa kurang berkeyakinan pelajar untuk turut mengambil bahagian dalam sesi uji bakat ini, guru boleh sertakan perkara-perkara yang akan dilakukan semasa sesi uji bakat dalam poster yang diedarkan dan nyatakan keperluan-keperluan bagi peserta. Guru boleh membuka peluang uji bakat seluas mungkin, agar ramai yang dapat hadir dan mencuba. (c) Pemilihan Repertoir Dalam memilih lagu atau repertoire beberapa kriteria perlu guru fikirkan. Antaranya ialah: (i) Memahami konsep persembahan yang akan diadakan. (ii) Berbincang dengan penganjur majlis. (iii) Memahami kemampuan kumpulan koir dari segi umur, jumlah ahli koir serta kebolehan menyanyi. (iv) Memahami kehendak pertandingan jika menyertai pertandingan. (v) Mengetahui siapa yang akan diraikan. (vi) Berbincang dengan rakan-rakan yang mempunyai pengalaman untuk mendapatkan idea. (d) Menganalisa Skor Lagu Menganalisa skor lagu juga menjadi perkara penting bagi seseorang guru koir sebelum memulakan sesi latihan koir. Setiap lagu yang dicadangkan untuk dipersembahkan perlu dianalisa, dinilai dan disemak dari beberapa sudut agar lagu tersebut sesuai. Kesesuaian lagu bukan hanya pada tajuk atau isi teks lagu, malah merangkumi aspek-aspek lain seperti: (i) Bentuk atau form lagu (ii) Melodi lagu termasuk julat not-not serta jeda dalam gubahan (iii) Harmoni lagu yang melibatkan lapisan suara dan juga tekstur suara (iv) Perubahan-perubahan irama atau rhythm (v) Tanda-tanda ekspresi dan dinamik dalam lagu (vi) Menentukan tempat yang bersesuaian bagi pernafasan Lain-lain kesukaran-kesukaran yang mungkin akan dihadapi semasa nyanyian seperti latar belakang kumpulan koir dari aspek umur, jantina dan kaum. (e) Membuat Latihan ! Merancang dan Melatih Guru boleh merancang sesi latihan mengikut disiplin-disiplin yang tertentu tetapi masih mempunyai kebebasan bagaimana ianya dapat dilaksanakan. Guru juga perlu peka terhadap umur kanak-kanak yang dilatih agar sesi latihan yang dirancang tidak begitu ketat dan terikat. Sesekali guru perlu membuat kejutan seperti mengadakan jamuan hari jadi rakan-rakan koir semasa latihan atau mengadakan latihan di bawah pokok. Jadikan sesi latihan sebagai tempat yang menyeronokkan dan menimbulkan rasa minat untuk pelajar hadir ke sesi ini Persediaan latihan perlu dipecahkan kepada enam aspek utama: (i) Pemilihan ahli koir, jurulatih pembantu dan pemuzik (ii) Pemilihan repertoire mengikut konsep persembahan (iii) Penjadualan latihan ! masa dan tempat (iv) Aplikasi latihan ! bagaimana latihan dijalankan (v) Pemurnian akhir sebelum persembahan (vi) Raptai persembahan (f) Membuat Persembahan Dalam membuat persembahan tiga segmen perlu dilaksanakan: (i) Sebelum Persembahan Segala persediaan akhir yang melibatkan mutu koir yang akan dipersembahkan seperti, raptai akhir, kostum dan hiasan. Pelajar juga perlu cukup rehat dari aspek fizikal dan mental tanpa sebarang tekanan. Mereka juga telah dimaklumkan giliran persembahan dan telah membuat latihan keluar dan masuk pentas. (ii) Semasa Persembahan Semasa membuat persembahan, ahli koir sudah selesa dengan posisi, mengetahui susunan lagu dan seterusnya dapat memberi tumpuan pada persembahan. Konduktor juga dapat memberi segala tanda isyarat dengan jelas dan dapat dilihat oleh semua ahli termasuk pemuzik. Muzik yang dimainkan juga perlu jelas dan dapat didengar oleh ahli koir. (iii) Selepas Persembahan Setelah selesai membuat persembahan, tidak perlulah pemimpin koir terus membuat ulasan atau memberi pandangan tentang persembahan tadi secara tergesa-gesa. Perlu diberi peluang kepada ahli koir untuk berehat dan menenangkan fikiran. Post-mortem boleh dibuat bila segalanya sudah selesai dan pada masa yang sesuai. Jika ada sebarang kesilapan tidak perlu diungkitkan sehingga menimbulkan rasa bersalah terhadap semua ahli. (g) Membuat Perancangan Peningkatan Kumpulan Koir Perancangan bagi meningkatkan mutu koir dari aspek persembahan, pengurusan dan sebagainya juga perlu difikirkan dan dirancang. Walaupun kumpulan koir anda sangat baik, anda masih perlu membuat perancangan peningkatan.


Comments

Copyright © 2024 UPDOCS Inc.