PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK .doc

April 29, 2018 | Author: Anonymous | Category: Documents
Report this link


Description

17 Pembelajaran Berasaskan Projek Pertandingan untuk Memupuk Minat Pelajar Terhadap Sains Mispuah Hassan, Lilia Halim, Norbaizura Haris, Farihah Mohd Jamel & Nor Mazliana Abdul Hashim Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi [email protected] Abstrak Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti masalah dalam pendidikan sains di sekolah dan membantu mengatasinya. Kurangnya minat pelajar terhadap mata pelajaran sains telah dikenal pasti sebagai masalah utama di sekolah yang dipilih. Dari itu, penyelidik telah mencadangkan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek Pertandingan (PBPP) sebagai langkah untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sains. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 35 orang murid tingkatan dua di sebuah sekolah di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Kajian ini dilaksanakan dengan menjalankan pertandingan projek berkumpulan menghasilkan penapis air dan buku skrap. Kaedah pengumpulan data adalah temubual separa berstruktur ke atas pelajar, soal selidik, serta melalui pemerhatian. Pandangan 7 orang guru/pakar mengenai PBPP diperolehi menggunakan borang penilaian pakar. Data dianalisis secara deskriptif. Dapatan menunjukkan kaedah PBPP telah memberi kesan positif dari segi peningkatan tahap minat dan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran sains. Penelitian ini memberi peluang kepada guru untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan projek (PBP). Pembelajaran berasaskan projek ini menekankan pembelajaran terbuka, pembelajaran kendiri dan pembelajaran kolaboratif dimana ia membenarkan pelajar untuk belajar secara berkumpulan dan berinteraksi dengan rakan untuk menghasilkan produk/artifak sebagai hasil pembelajaran mereka. Peranan guru adalah sebagai fasilitator. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan projek pertandingan ini dapat meningkatkan minat pelajar terhadap sains. Inovasi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran sains ini diharapkan dapat membentuk generasi akan datang yang berfikiran kreatif dan inovatif dalam bidang sains dan teknologi serta memiliki kemahiran abad ke-21. Kata Kunci : Pembelajaran Berasaskan Projek Pertandingan, Minat Pelajar, Produk/Artifak, Kolaboratif, Kemahiran Abad Ke-21. PENDAHULUAN Pembelajaran berasaskan projek (PBP) diasaskan oleh pendekatan teori pembelajaran konstruktivis oleh Piaget (1953), Vygotsky (1962) dan Bandura (1977), pembelajaran melalui pengalaman oleh Dewey (1938) dan teori constructionisme oleh Papert (1980). Kaedah pembelajaran yang diinspirasikan oleh Papert ini memerlukan pelajar membina model mental untuk memahami dunia persekitaran mereka. Walau bagaimanapun, pembelajaran yang efektif berlaku apabila pelajar menghasilkan produk/artifak sebagai hasil pembelajaran mereka. Teknologi yang diintegrasikan dengan pembelajaran bertindak sebagai alat untuk menghasilkan produk akhir proses pembelajaran hasil daripada perbincangan bersama rakan-rakan serta bimbingan daripada guru. PBP merupakan sejenis pembelajaran inkuiri yang bersifat terbuka dan dimotivasikan oleh perasaan ingin tahu pelajar (Stephanie 2010). Melalui PBP pelajar terdorong untuk mencari jawapan kepada persoalan mencabar yang melibatkan teori dan prinsip dalam sesuatu disiplin ilmu (Thomas 2000). PBP telah terbukti sebagai satu kaedah terbaik yang boleh digunakan oleh guru untuk meningkatkan impak pembelajaran. Terdapat pelbagai istilah yang digunakan oleh pengkaji untuk menerangkan ciri-ciri PBP. Antaranya PBP adalah suatu model instructional yang menggunakan kemahiran spesifik untuk menghasilkan produk yang autentik (Harel & Papert 1991; Blumenferd et al. 1991; Bransford & Stein 1993: Moursund 1999; Thomas 2000; Grant 2002; Clark 2006; Bell 2010). PBP menggunakan pendekatan dinamik yang menggalakkan pelajar untuk meneroka cabaran dan masalah dalam dunia yang sebenar (Moursund 1999; Gultekin 2005; Blumenfeld et al. 1991; The George Lucas Foundation 2012). Menurut Stephanie (2010), PBP merupakan suatu pendekatan yang boleh meningkatkan kemahiran abad ke-21 pelajar di mana kemahiran ini amat penting untuk menyediakan pelajar menghadapi dunia pekerjaan yang sangat mencabar dan bersifat global. Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) adalah sejenis pendekatan yang memerlukan pelajar menangani masalah secara penghasilan produk sebagai artifak pembelajaran. Menerusi penghasilan artifak ini, pelajar bertindak sebagai seorang penyelesai masalah, pembuat keputusan, perekacipta dan penyelidik. Ia merupakan sejenis pembelajaran inkuiri yang bersifat terbuka dan dimotivasikan oleh perasaan ingin tahu seseorang pelajar (Mioduser & Betzer 2003). Menerusi pembelajaran berasaskan projek, pelajar berusaha menjawab persoalan-persoalan yang melibatkan sesuatu prinsip atau teori sesuatu disiplin ilmu (Thomas 2000). Banyak kajian telah membuktikan kelebihan PBP berbanding kaedah pembelajaran konvensional, antaranya pelajar yang terlibat dengan PBP lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka (Penuel & Mean 2000; SRI 2000; Boaler 1997). PBP juga meningkatkan kehadiran pelajar ke sekolah (Thomas 2000) kerana aktiviti PBP memotivasikan mereka seterusnya dapat meningkatkan pencapaian pelajar (Thomas 2000; Geier et al. 2008; Gultekin 2005; Kurcharski et al. 2005). PBP boleh diaplikasikan oleh guru untuk menggalakkan penglibatan aktif pelajar kerana pendekatan PBP adalah berpusatkan pelajar di mana pelajar terlibat sepenuhnya untuk menjayakan tugasan projek. Menerusi PBP juga pelajar mendapat lebih pendedahan tentang pemikiran aras tinggi, kemahiran menyelesaikan masalah, kerjasama dan kemahiran berkomunikasi (Chan Lin & Lin Juan 2008; Mioduser & Betzer 2003; SRI 2000). Pendekatan pembelajaran berasaskan pertandingan pula merupakan satu pendekatan pembelajaran yang strategik untuk meningkatkan pencapaian pelajar (Biggs 1976). Shindler (2007), mendefinisikan pertandingan ‘sihat’ sebagai satu aktiviti pendek di mana hasil pembelajaran perlu dicapai dan fokus utama ialah proses pembelajaran berbanding hasil pembelajaran tersebut. Sekiranya objektif pembelajaran adalah jelas, ringkas dan tidak sukar dicapai, pembelajaran berasaskan pertandingan akan menunjukkan hasil yang lebih signifikan dan keseluruhan proses pembelajaran akan mengambil masa yang lebih pendek (Stipek 1992). Menurut Graham (1976) terdapat tiga jenis pertandingan iaitu pertandingan secara langsung, tidak langsung dan kooperatif yang menunjukkan komponen positif dan negatif. Dari sudut positif, pertandingan yang diatur dengan baik akan meningkatkan motivasi, menggalakkan pembelajaran aktif pelajar dan sesuai untuk pelajar-pelajar dalam kategori pandai (Verhoeff 1997; Lawrence 2004). Selain meningkatkan motivasi pelajar, Fulu (2007) turut menyatakan bahawa pertandingan memberikan pengiktirafan dan meningkatkan harga diri pelajar. Fasli & Michalakopoulos (2005) menegaskan yang elemen persaingan dalam pertandingan bertindak sebagai insentif kepada pelajar untuk lebih berusaha, malahan pelajar yang lemah turut terlibat dalam aktiviti berkenaan. Dari sudut negatif pula, kajian oleh Hamacheck (1985) mendapati, tekanan yang terhasil dalam pertandingan akan menurunkan kepercayaan di kalangan rakan sekumpulan, memberi kesan kepada perpaduan dan kreativiti kumpulan. Dapatan ini turut disokong oleh Vockell (2004). Walaubagaimanapun lebih banyak pengkaji bersetuju pertandingan mempunyai kebaikan dalam pendidikan. Thousand, Villa & Nevin (1994) menyatakan bahawa matlamat kooperatif menjadikan pelajar mengambil berat tentang tanggungjawab dan tugasan yang diberi demi kumpulan mereka. Selain elemen-elemen positif yang dilihat di dalam kajian-kajian sebelumnya, kajian oleh Cantador & Conde (2010) menambah satu lagi elemen iaitu atmosfera sosial. Pertandingan mewujudkan atmosfera sosial yang positif di kalangan ahli kumpulan dan juga dengan kumpulan yang lain. Pembelajaran berasaskan projek juga boleh menerapkan kemahiran abad ke-21 di kalangan pelajar. Kajian oleh Rukiah dan Kamisah (2014) mengenai persepsi pelajar terhadap sains serta hubungannya dengan kemahiran abad ke-21 menunjukkan bahawa tahap persepsi pelajar terhadap sains, persepsi pelajar terhadap proses PdP sains dan tahap persepsi pelajar terhadap kemahiran abad ke-21 adalah pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan komponen kemahiran literasi era digital, pemikiran inventif serta kemahiran norma dan nilai merupakan faktor penyumbang terbesar kepada persepsi pelajar terhadap sains. Berdasarkan dapatan kajian, pengaplikasian kemahiran abad ke-21 dalam PdP dapat membantu pelajar menghadapi kehidupan mencabar seterusnya mewujudkan daya saing yang positif pada masa akan datang. Selain itu, menurut Syarifah Alwiyah Alsagoff (1984) dan Boyle (1997) setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan guru seharusnya menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh menangani kepelbagaian pelajar ini. Dapatan kajian menunujukkan PBP mampu untuk memenuhi keperluan kepelbagaian stail pembelajaran ini kerana ciri PBP yang meluas memberi peluang serta kebebasan kepada pelajar memilih tajuk dan aktiviti berdasarkan minat dan bakat mereka (Solomon 2003; Newell 2003, Clark 2006; Bell 2010). Justeru berdasarkan kepada kelebihan-kelebihan tersebut, maka dapat disimpulkan bahawa kaedah pembelajaran bersaskan projek pertandingan sesuai digunakan untuk memupuk minat pelajar terhadap sains. PERNYATAAN MASALAH Kebelakangan ini, didapati minat pelajar terhadap sains semakin menurun. Penyertaan pelajar sekolah menengah dalam aliran sains masih belum berjaya mencapai nisbah yang telah ditetapkan pada tahun 1967. Menurut statistik yang diterbitkan oleh KPM dari tahun 1981 sehingga 2010, peratusan pelajar sekolah menengah yang menyertai aliran sains belum pernah mencapai nisbah sains sastera 60 : 40 (Ruhaiza 2012). Isu peminggiran mata pelajaran sains, khususnya dalam kalangan pelajar peringkat menengah rendah dan menengah atas merupakan satu masalah yang serius kepada negara. Hubungan yang nyata dan signifikan bagi permasalahan penurunan minat terhadap sains dan pengurangan mereka yang akan menceburkan diri dalam kerjaya yang berkaitan dengan bidang sains merupakan satu isu yang perlu ditangani segera. Ini adalah kerana dalam realiti dunia tanpa sempadan masa kini, keupayaan menghasilkan sumber tenaga manusia yang mampu menyumbang kepada negara serta berdaya saing sering kali digunakan sebagai petunjuk kemajuan dan kemandirian sesebuah negara atau bangsa. Justeru, dalam menyediakan sumber tenaga manusia yang mencukupi serta memiliki kemahiran yang diperlukan, kesediaan pelajar untuk menyertai bidang sains perlu ditingkatkan dan penguasaan kognitif pelajar dalam disiplin tersebut perlu diperbaiki agar kenyataan misi Wawasan 2020 dapat direalisasikan. Sesetengah pelajar beranggapan bahawa kerjaya sains tidak menjamin peluang pekerjaan serta tidak menawarkan pendapatan yang lumayan berbanding bidang-bidang yang lain. Ringkasnya, persepsi yang ditunjukkan oleh pelajar terhadap sains adalah terlalu negatif. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab terutamanya Kementerian Pendidikan untuk mengatasi dan mengubah persepsi serta sikap negatif pelajar terhadap sains. Pihak Kementerian Pendidikan berusaha sedaya upaya dengan pelbagai perubahan dan aktiviti bagi menambahkan bilangan pelajar dalam aliran sains antaranya, memperkenalkan mata pelajaran sains dari peringkat awal iaitu kepada pelajar Tahun Satu mulai 2002, mengadakan aktiviti pameran dengan kerjasama pelbagai pihak bagi memupuk kesedaran dan minat dalam sains dan lain-lain lagi. Pembelajaran sains seharusnya menjana pemikiran kritis dan kreatif pelajar yang amat diperlukan pada abad ke-21 ini. Masalah ini ditambahkan lagi oleh kurangnya pengamalan budaya empirikal dalam kalangan warga Malaysia (Hani 2001). Budaya pelajar di Malaysia menganggap bahawa bidang Sains hanya dipelopori oleh pelajar yang pandai (Akhbar 1997) turut menjadi faktor kemerosotan penyertaan pelajar dalam sains. Tidak dinafikan, pelajar yang masuk ke aliran sains terutamanya Sains Tulen di Tingkatan Empat terdiri daripada pelajar yang mendapat gred yang baik terutamanya bagi mata pelajaran sains dan matematik berdasarkan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Keadaan ini memberikan tekanan kepada pelajar dan menyekat peluang pelajar yang agak lemah untuk menceburi bidang sains walaupun mereka meminati bidang tersebut. Pembelajaran sains di sekolah pada hari ini telah menyumbang kepada pelajar kurang berminat untuk memilih aliran sains (Ismail 2005) apabila memasuki menengah atas . Penyertaan pelajar sekolah menengah dalam aliran sains masih belum berjaya mencapai nisbah yang telah ditetapkan pada tahun 1967. Menurut statistik yang diterbitkan oleh KPM dari tahun 1981 sehingga 2010, peratusan pelajar sekolah menengah yang menyertai aliran sains belum pernah mencapai nisbah sains sastera 60 : 40. Pelbagai pandangan telah diutarakan untuk menjelaskan fenomena penurunan minat pelajar terhadap sains, antaranya seperti yang dilaporkan oleh Razila (1998) iaitu pelajar menganggap bahawa mata pelajaran sains bukan sahaja membosankan tetapi terlalu abstrak, sukar difahami (Syed Zin 2003; Rojahan 2004), miskonsepsi dalam sains (Siow 1995), membebankan dan memerlukan pelajar menghafal fakta-fakta. Berdasarkan kajian, kebanyakan guru memilih untuk menggunakan kaedah konvensional yang berpusatkan guru dan berorientasikan peperiksaan (Salwa 2012; Chiel et al. 2010; Lim 2007) yang memberi fokus kepada lulus dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM sehingga mengorbankan aktiviti amali. Kajian oleh Subahan (2009) mendapati walau sebanyak mana inovasi dilakukan dalam pengajaran sains, guru sains masih lagi menggunakan kaedah pengajaran tradisional. Penglibatan pelajar kurang aktif menyebabkan mereka menghafal konsep-konsep tanpa memahaminya (Sharifah Maimunah & Lewin 1993), menyalin nota di papan hitam. Pencapaian pelajar dan penguasaan kemahiran proses sains berada pada tahap yang rendah. Pendekatan inkuiri penemuan yang kurang diimplimentasi semasa pengajaran dan pembelajaran (Khalidah 2002) mempengaruhi minat dan kebolehan pelajar untuk terlibat secara aktif dalam penyiasatan saintifik. Tinjauan umum di sekolah-sekolah menengah menunjukkan prestasi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains masih pada tahap yang rendah (Zaharah 2009). Sikap pelajar terhadap mata pelajaran sains (Lilia et al. 2002) dan pedagogi berkesan adalah aspek yang berkaitan dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains. Dari segi kaedah pengajaran sains, secara keseluruhannya guru-guru sains di Malaysia kurang bersedia mengajar topik-topik sains (Yazid 2008) berbanding di peringkat antarabangsa. Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan (Lim 2007) menyebabkan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru dan guru kurang memberi peluang kepada pelajar untuk membina dan meneroka sendiri pembelajaran mereka. Justeru, kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek merupakan suatu kaedah yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains pelajar masa kini. Bagaimanapun sesuatu projek memerlukan perancangan terperinci serta kaedah pelaksanaan yang sistematik di samping keperluan sumber serta kepakaran yang sesuai. Sehubungan itu kajian ini cuba untuk merungkai persoalan berkaitan keperluan serta cabaran dari aspek perancangan dan pelaksanaan projek bagi meneliti kesesuaiannya dalam membawa nilai tambah ilmu kepada pelajar serta sumbangannya kepada pembelajaran. Dalam usaha meningkatkan penglibatan pelajar dalam aliran sains, kajian ini direka bentuk sedemikian rupa untuk membina aktiviti yang dapat meningkatkan minat terhadap sains dan mengubah sikap pelajar terhadap sains di sebuah sekolah yang dipilih. Dapatan kajian akan dapat menyediakan maklumat sejauh manakah minat pelajar meningkat selepas menjalani aktiviti Pembelajaran Berasaskan Projek Pertandingan (PBPP) dan perubahan sikap pelajar-pelajar terhadap sains. PERSOALAN KAJIAN Persoalan kajian ini adalah seperti berikut : 1. Apakah pandangan guru/pakar terhadap pembelajaran sains berasaskan projek pertandingan? 2. Adakah terdapat perubahan minat pelajar terhadap sains menggunakan aktiviti pembelajaran berasaskan projek pertandingan? 3. Apakah penilaian pelajar terhadap aktiviti pembelajaran berasaskan projek pertandingan? METODOLOGI KAJIAN Kajian yang dijalankan ini melibatkan 35 orang pelajar tingkatan dua SMK Dato’ Lokman, Kuala Lumpur. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temubual separa berstruktur, soal selidik serta melalui pemerhatian. Kaedah temubual yang digunakan ialah temubual bersemuka individu. Selain itu pandangan 7 orang guru/pakar terhadap PBPP diperolehi menggunakan borang penilaian pakar. Dapatan kajian dianalisis secara deskriptif. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Transkripsi ini telah dianalisis secara manual dengan mencetak transkripsi dan membaca berulang kali dengan teliti bagi melihat aspek konteks secara lebih meluas. Melalui proses ini pengkaji berupaya melihat perubahan minat pelajar terhadap sains melalui aktiviti yang dijalankan. Kaedah yang digunakan dalam menganalisis data temubual adalah secara tipologi: analisis tematik. Menurut Chua (2012) melalui analisis domain, tema dan kod diperkembangkan daripada data kajian sendiri dan bukannya ditentukan sebelum analisis dilakukan yang mana proses pengkodan ini dikenali sebagai pengkodan induktif. Dapatan utama bagi kajian ini adalah berdasarkan objektif kajian serta menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dinyatakan di peringkat Pendahuluan. 1. Pandangan guru/pakar terhadap pembelajaran sains berasaskan projek pertandingan Penilaian guru/pakar yang dibuat di dalam kajian ini adalah berdasarkan borang penilaian pakar. Borang ini diedarkan kepada guru/pakar bagi menilai aktiviti pembelajaran berasaskan projek pertandingan yang telah dicadangkan. Pakar yang dipilih merupakan guru-guru yang mengajar sains dan guru yang terlibat sebagai pembina modul pengajaran di Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia. Jadual 1 menunjukkan analisis dapatan penilaian yang telah diberikan oleh tujuh orang guru/pakar. Penilaian yang dibuat berdasarkan skala yang berikut : Jadual 1 Analisis Penilaian Guru/Pakar KRITERIA Tahap penilaian SaSangat Tidak Setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat Setuju Kandungan aktiviti ini sesuai dengan tahap akademik pelajar 71.4% 28.6% Kandungan aktiviti ini boleh dilaksanakan dengan sempurna 14.3% 71.4% 14.3% Kandungan aktiviti ini sesuai dengan masa yang diperuntukkan 28.6% 42.9% 14.3% 14.3% Kandungan aktiviti ini dapat memupuk kemahiran proses sains 42.9% 57.1% Kandungan aktiviti ini boleh mencungkil kreativiti dan inovasi pelajar 71.4% 28.6% Kandungan aktiviti ini dapat memupuk sikap saintifik 85.7% 14.3% Kandungan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar 85.7% 14.3% Kandungan aktiviti ini dapat memberikan kefahaman tentang konsep sains kepada pelajar dengan lebih berkesan 100% Kandungan aktiviti ini boleh meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains 71.4% 28.6% Kandungan aktiviti ini boleh meningkatkan sikap positif pelajar terhadap mata pelajaran sains 85.7% 14.3% Dapatan menunjukkan 71.4% guru/pakar memberi penilaian setuju dan 28.6% memberikan penilaian sangat setuju bahawa kandungan aktiviti ini sesuai dengan tahap akademik pelajar. Seramai 14.3% menyatakan tidak pasti, 71.4% guru/pakar menyatakan setuju, dan 14.3% guru/pakar menyatakan sangat setuju bahawa kandungan aktiviti ini boleh dilaksanakan dengan sempurna. Antara ulasan yang diberikan adalah seperti berikut: Syabas! Aktiviti ini sangat menarik…………G/P 3 Secara keseluruhan, anda berjaya mencadangkan satu aktiviti PdP yang sesuai dengan tahap pengetahuan pelajar……………G/P 4 Bagi kriteria kesesuaian masa pula, 28.6% tidak bersetuju, 42.9% guru menyatakan tidak pasti,14.3% menyatakan setuju dan hanya 14.3% sahaja menyatakan sangat setuju bahawa kandungan aktiviti ini sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Pernyataan ini juga digambarkan melalui ayat-ayat yang ditulis pada bahagian ulasan dan cadangan penambah-baikan. Antara pernyataan yang diberikan adalah seperti berikut: Masa penstrukturan idea dikurangkan kerana masa yang terlalu lama akan membuatkan pelajar membuang masa seperti berbual kosong………….…. G/P 6 ..masa yang diberikan agak suntuk untuk pembinaan model…………………..…….…..…G/P 5 Sementara itu, seramai 42.9% guru/pakar setuju dan 57.1% menyatakan sangat setuju bahawa kandungan aktiviti ini dapat memupuk kemahiran proses sains. 71.4% guru menyatakan setuju dan 28.6% pakar sangat setuju bahawa kandungan aktiviti-aktiviti ini boleh mencungkil kreativiti dan inovasi pelajar. Antara ulasan yang diberikan adalah seperti berikut: ..aktiviti yang dijalankan menggalakkan pelajar untuk lebih aktif dalam kelas, dapat mendidik pelajar untuk lebih kreatif, paling penting pelajar tidak bosan di dalam kelas…………….G/P 7 Apabila diajukan soalan adakah kandungan aktiviti ini dapat memupuk sikap saintifik, 85.7% guru pakar menyatakan setuju dan bakinya 14.3% guru menyatakan sangat setuju. Kesemua guru/pakar 100% menyatakan setuju bahawa kandungan aktiviti ini dapat memberikan kefahaman tentang konsep sains kepada pelajar dengan lebih berkesan. Dalam aspek penerapan nilai pula, 85.7% guru menyatakan setuju dan 14.3% guru sangat setuju bahawa kandungan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Antara nilai yang dapat diterapkan adalah sikap bertolak ansur, bekerja sama, yakin dan berani untuk mengemukakan idea dan pendapat. Nilai-nilai ini sangat diperlukan sewaktu pelajar menjalankan dan membentangkan model/produk yang telah dihasilkan oleh kumpulan mereka. Dapatan ini menyokong hasil kajian-kajian terdahulu bahawa pelajar yang terlibat dengan projek didapati lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka berbanding ketika mengikuti pembelajaran tradisional (Penuel & Means 2000; SRI 2000; Boaler 1997). Selain itu, 71.4% guru menyatakan setuju dan 28.6% menyatakan sangat setuju bahawa kandungan aktiviti ini boleh meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains. Tambahan pula 85.7% guru bersetuju dan 14.3% sangat bersetuju bahawa kandungan aktiviti ini boleh meningkatkan sikap positif pelajar terhadap mata pelajaran sains seperti yang diharapkan oleh penyelidik. Secara kesimpulannya, dapatan menunjukkan bahawa kebanyakkan guru/pakar ini bersetuju bahawa aktiviti PBPP akan menarik minat pelajar untuk belajar sains dan seterusnya memberikan tumpuan yang lebih baik di dalam kelas nanti. Penyelidik telah membuat penambahbaikan berdasarkan komen dan ulasan yang telah diperoleh sebelum menjalankan aktiviti kepada pelajar yang dipilih. 2. Perubahan minat pelajar terhadap sains menggunakan aktiviti pembelajaran berasaskan projek pertandingan? “Bagaimana perasaan anda sebelum dan selepas terlibat dalam pertandingan projek sains?” Berikut jawapan pelajar tentang minat mereka terhadap sains Sebelum pertandingan rasa macam takut, teruja, bosan sikit… selepas pertandingan ini saya rasa gembira…( L1P1, L2P1, L4P1, P1P1, P2P1, P3P1 (L3-4)) Sebelum pertandingan saya memang berminat dengan sains..selepas pertandingan ini saya rasa lebih berminat... (L3P1, P4P1 P5P1 (L3-4)) Apakah minat anda tentang sains bertambah setelah terlibat dalam pertandingan projek sains?” bolehlaa... (L1P2, P5P2 (L6)) ya, bertambah sikit....( L2P2, L3P2 (L6)) ya..saya semakin bertambah minat dengan sains.. (L4P2, P1P2, P2P2, P3P2, P4P2 (L6)) Pendapat dan pandangan responden yang telah menyertai aktiviti ini digunakan sebagai satu kaedah membuat penilaian dan refleksi ke atas kaedah pembelajaran alternatif yang dicadangkan oleh penyelidik. Ia amat perlu supaya aktiviti yang dicadangkan bersesuaian dan boleh diaplikasikan oleh guru seterusnya. Sintesis daripada dapatan temubual pelajar ini mendapati tujuh orang responden memberikan penilaian “sangat sesuai” sementara dua responden memberikan penilaian “sesuai” aktiviti pembelajaran berasaskan projek pertandingan ini dijalankan bagi meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains. Dapat diperhatikan bahawa pelajar-pelajar sangat seronok menjalankan aktiviti ini, keceriaan jelas terpancar pada wajah mereka. 3. Penilaian pelajar terhadap aktiviti pembelajaran berasaskan projek pertandingan? 3.1 Sebelum ini pernahkah anda terlibat dalam pertandingan berkaitan sains? Boleh kongsi dengan saya pengalaman anda. tidak pernah... (L1P3, L4P3, P1P3, P3P3 (P9)) tidak pernah, ini kali pertama saya menyertai pertandingan dalam sains... (L2P3, P2P3 (P9)) pernah, pengalaman tersebut telah meningkatkan minat saya terhadap sains… L3P3(P9) ya..saya semakin bertambah minat dengan sains... P4P3(P9) ya, seronok masuk bertanding, dapat pengalaman baru... P5P3(P9) Dapatan daripada temubual menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar tidak pernah menyertai aktiviti pertandingan berkaitan dengan sains sebelum ini. Hanya dua orang pelajar pernah menyertai pertandingan dan mereka memang mengakui dengan menyertai aktiviti pertandingan sebegini, minat mereka terhadap sains telah bertambah. 3.2 Pada pandangan anda, adakah aktiviti ini sesuai digunakan dalam sesi pembelajaran sains di sekolah, rasanya apakah cara terbaik untuk menjalankan aktiviti seperti ini? saya rasa sangat sesuai, kalau boleh 2 kali seminggu, buat kat makmal. Aktiviti dijalankan dalam kumpulan... (L1P4 (L13-14)) saya rasa sesuai, kalau boleh kerap sikit, buat kat makmal sains pun ok juga.. Aktiviti ini seronok dijalankan dalam kumpulan... (L2P4 (L13-14)) saya rasa sangat sesuai, kalau boleh 1 kali sebulan, buat kat makmal. Aktiviti dijalankan dalam kumpulan, satu kumpulan 3 orang... (L3P4 (L13-14)) saya rasa sangat sesuai, kalau boleh 1 kali setahun, buat kat makmal. Aktiviti dijalankan secara individu lagi seronok. (L4P4 (L13-14)) saya rasa sangat sesuai, kalau boleh 2 kali setahun, buat kat makmal. Saya lagi suka aktiviti dijalankan secara individu lagi mencabar... (P1P4, P2P4 (L13-14)) saya rasa sangat sesuai, kalau boleh 4 kali setahun, buat kat Pusat Sains ok juga.. Saya lagi suka aktiviti dijalankan secara berkumpulan, lagi banyak idea... (P3P4 (L13-14)) saya rasa sangat sesuai, kalau boleh setiap minggu, buat kat Pusat Sains ok juga…Saya suka aktiviti dijalankan secara berkumpulan (P4P4, P5P4 (L13-14)) Apabila diajukan pandangan berkaitan kaedah berkumpulan atau individu lebih sesuai, seramai tujuh responden menyatakan aktiviti ini sesuai dijalankan secara berkumpulan dan hanya dua orang berpendapat bahawa aktiviti ini sekiranya dijalankan secara individu adalah lebih baik dan mencabar. Ini menunjukkan kecenderungan responden kajian ini adalah untuk menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Pembelajaran berkumpulan juga merupakan satu kaedah yang baik kerana ia dapat memupuk nilai-nilai yang baik seperti melatih pelajar untuk bekerjasama dan bertoleransi sesama ahli kumpulan. Dapatan ini disokong oleh kajian Roth et al. (1995) dan Massey et al. (2006) yang menyatakan bahawa pelajar perlu bekerjasama sebagai satu pasukan, menghormati pandangan rakan, memberi idea dan pandangan sendiri serta membuat persembahan laporan projek kumpulan masing-masing untuk mematikan mereka berjaya. Analisis cadangan kekerapan aktiviti pembelajaran ini menunjukkan responden lebih suka aktiviti sebegini dijalankan dengan lebih kerap seperti sekali dalam seminggu, sekali sebulan dan sekurang-kurangnya sekali setahun. Ini menunjukkan mereka teruja untuk terlibat dalam aktiviti sebegini kerana mereka kurang mendapat peluang sebelum ini. 3.3 Kenapa anda rasa aktiviti ini sesuai/seronok? Adakah seronok dapat hadiah? Apa perasaan anda sekiranya menang atau kalah? Seronok sebab saya boleh berbincang dengan kawan-kawan, mungkin sebab hadiah jugak, semangat.... (L1P5, P2P5 (L16)) saya boleh berbincang dengan kawan-kawan, boleh tunjuk skill..takde hadiah pun ok.... (L2P5, L3P5, P4P5 (L16)) saya boleh gunakan ilmu yang dipelajari sebelum ini, ya, hadiah jadi motivasi.... (L4P5, P1P5, P3P5 (L16)) saya boleh gunakan ilmu yang dipelajari sebelum ini, mestilah seronok dapat hadiah. Tapi takde hadiah pun takpe...( P5P5, P4P6, P5P6 (L16-17)) kalau menang, saya rasa gembira dan bangga, kalau tak berjaya tu gembira juga sebab dapat pengalaman.. (L1P6, L2P6 (L18-19)) kalau menang, saya rasa gembira, kalau tak berjaya tu saya akan berusaha lebih gigih.. (L3P6, L4P6, P1P6, P2P6, P3P6 (L18-19)) Melalui kajian ini juga, penyelidik mendapati aktiviti di luar kelas sebenarnya lebih menarik minat murid. Ini dibuktikan melalui perlaksanaan aktiviti “Pertandingan Membina Penapis Air” di mana mereka kelihatan gembira semasa menjalankan aktiviti. Walaupun aktiviti tersebut agak meletihkan, namun murid-murid lebih bersemangat untuk belajar. Aktiviti begini juga lebih menggalakkan murid menggunakan kelima-lima deria dan merasai sendiri pengalaman melihat, menyentuh dan menghidu seperti yang diperlukan dalam kemahiran proses sains (memerhati). Pengalaman itu juga lebih mengekalkan ingatan mereka berbanding dengan hanya melihat gambar model. Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) memenuhi ciri-ciri pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman. Pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar terbahagi kepada dua. Pertama ialah pembelajaran yang dilalui oleh pelajar dalam keadaan di mana mereka telah diberikan peluang untuk memperolehi dan mengaplikasikan ilmu serta kemahiran dalam satu situasi yang sebenar. Oleh itu pembelajaran berasaskan pengalaman adalah melibatkan “pengalaman sebenar dengan fenomena yang dikaji” dan bukannya hanya berfikir tentang fenomena tersebut atau memikirkan cara bagaimana hendak mengalaminya (Borzak 1981). Kedua ialah pembelajaran yang berlaku hasil daripada penglibatan terus dengan pengalaman kehidupan (primary experience, learning that occurs as a direct participation in the events of life) (Borzak 1981; Houle 1980). Pembelajaran terhasil akibat tindak balas atau refleksi terhadap pengalaman seharian dan inilah sebenarnya cara di mana kebanyakan daripada kita belajar. 3.4 Apa cadangan atau harapan anda berkaitan perlaksanaan pertandingan projek ini? pertandingan projek sains ini sangat bagus untuk menaikkan rasa suka pelajar terhadap mata pelajaran sains... (L1P7 (L22-23)) pertandingan projek sains ini amat bagus untuk memupuk minat terhadap mata pelajaran sains... (L2P7, L3P7 (L21-22)) saya berharap pertandingan projek sains ini dapat dijalankan dengan lebih banyak eksperimen.. (L4P7, P1P7, P2P7, P3P7, P4P7 (L21-22)) saya berharap pertandingan projek sains ini dapat dijalankan dengan lebih banyak. Pelajar sekarang malas, seronok belajar sambil main-main... (P5P7 (L21-22)) 3.5 Adakah terdapat perubahan minat pelajar terhadap sains menggunakan aktiviti pembelajaran berasaskan projek pertandingan? Hasil daripada analisis temubual dengan pelajar yang melibatkan diri dalam pertandingan projek membina penapis air, perubahan minat yang agak ketara dapat diperhatikan. Daripada analisis temu bual didapati bahawa berlaku perubahan terhadap minat pelajar. Dapat diperhatikan pelajar berasa kurang yakin dan tidak begitu berminat dengan sains di awal sesi sebelum aktiviti dijalankan. Ini dapat digambarkan dari ungkapan-ungkapan “rasa macam bosan sikit”., “biasa je” dan “ saya rasa takut juga..” Pernyataan-pernyataan ini dikategorikan sebagai pernyataan yang bersifat negatif. Hanya seorang responden yang menyatakan bahawa beliau sememangnya berminat dengan sains, tetapi juga menyatakan bahawa minatnya bertambah selepas aktiviti ini dijalankan. Sebaliknya, selepas menjalankan aktiviti yang disediakan, perasaan negatif ini telah berubah, antara dialog yang diberikan adalah “saya rasa seronok..”, “..saya rasa lebih berminat”dan “..saya rasa teruja dan gembira…”. Ungkapan-ungkapan ini menunjukkan perubahan yang positif. Semua responden, 100% bersetuju bahawa minat mereka bertambah dengan aktiviti ini. Contoh dialog bagi menggambarkan pernyataan ini adalah seperti berikut: ya..saya rasa semakin bertambah minat dengan sains…P1P2(L6) ya..minat saya semakin bertambah ..P2P2(L6) Oleh yang demikian, boleh disimpulkan bahawa aktiviti pembelajaran berasaskan projek pertandingan ini mampu untuk meningkatkan minat pelajar. Mereka juga memperoleh kemahiran belajar sains secara tidak langsung dan dapat menggunakan pendekatan kontekstual pada sesuatu konsep sains. Aktiviti ini dapat membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri, kefahaman terhadap apa yang dipelajari di samping menjadikan suasana PdP lebih ceria dan menyeronokkan. Dapatan ini disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik sebelum ini bahawa kaedah pengajaran berasaskan projek berjaya meningkatkan minat pelajar terhadap sains (Christidou 2011). Pelajar yang terlibat dengan projek didapati lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka berbanding ketika mengikuti pembelajaran tradisional (Penuel & Means 2000; SRI 2000; Boaler 1997). CADANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN Minat memainkan peranan yang penting bagi membantu seseorang pelajar mencapai kejayaan dalam dunia pendidikan. Minat yang wujud dalam diri seseorang pelajar akan mempengaruhi proses pembelajaran mereka. Kebimbangan melanda apabila situasi hari ini menunjukkan bahawa dasar 60:40 aliran sains sastera masih belum dicapai. Malahan kerisauan bertambah apabila peratusan pelajar yang memilih aliran sains ini dilihat semakin berkurangan dan semakin menjauhi nisbah 60% yang dihasratkan (Zanaton, Lilia & Kamisah 2006; Sapora 2010; Fatin et al. 2012). Peranan guru sangat penting dalam menarik minat pelajar terhadap sains. Dapatan kajian menunjukkan antara faktor pelajar tidak minat terhadap sains adalah kerana kaedah pengajaran guru yang bersifat rutin dan tidak menarik. Oleh yang demikian, kajian ini mencadangkan perlunya dilakukan penyegaran semula terhadap aktiviti PdP sains di sekolah supaya dapat meningkatkan kembali minat pelajar terhadap sains. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah menggunakan pelbagai pendekatan pembelajaran seperti pembelajaran berasaskan projek (Penuel & Means 2000; SRI 2000; Boaler 1997). Pembelajaran berasaskan projek adalah sejenis pendekatan yang memerlukan pelajar menangani masalah secara penghasilan produk sebagai artifak pembelajaran. Menerusi penghasilan artifak ini, pelajar bertindak sebagai seorang penyelesai masalah, pembuat keputusan, perekacipta dan penyelidik. Ia merupakan sejenis pembelajaran inkuiri yang bersifat terbuka dan dimotivasikan oleh perasaan ingin tahu seseorang pelajar. Pelajar yang terlibat dengan projek didapati lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka berbanding ketika mengikuti pembelajaran tradisional (Penuel & Means 2000; SRI 2000; Boaler 1997). Walaupun aktiviti sebegini dikatakan memerlukan masa yang agak panjang, namun dapatan kajian menunjukkan ia mampu meningkatkan minat pelajar. Oleh yang demikian, pihak guru perlu merancang aktiviti pengajaran mereka supaya aktiviti sebegini dapat dilaksanakan dengan berkesan. Selain itu, dalam perlaksanaan PBPP guru perlu mempunyai ciri-ciri sebagai fasilitator yang baik. Cropley (1997) telah menyenaraikan ciri-ciri tingkah laku guru yang memupuk kreativiti dalam bilik darjah: a) Menggalakkan pelajar untuk belajar secara bebas. b) Memiliki stail pengajaran yang saling bekerjasama dengan pelajar dan bersepadu secara sosial. c) Memotivasikan pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan sebagai asas kepada pemikiran divergen. d) Menangguhkan sebarang penilaian terhadap idea yang dikemukakan oleh pelajar kecuali setelah idea-idea tersebut telah diteliti dan diungkapkan dengan jelas. e) Menggalakkan pelajar berfikir secara fleksibel. f) Menggalakkan pelajar melakukan penilaian kendiri terhadap idea-idea yang mereka keluarkan. g) Mengambil segala cadangan dan soalan pelajar secara serius atau bersungguh-sungguh. h) Menawarkan kepada pelajar peluang-peluang untuk melakukan tugasan dengan menggunakan pelbagai bahan dalam berbagai keadaan. i) Membantu pelajar belajar bagaimana untuk menghadapi kekecewaan dan kegagalan supaya pelajar akan tabah untuk mencuba sesuatu yang baru dan luarbiasa. Ringkasnya, terdapat pelbagai gaya pengajaran yang telah disarankan oleh pakar-pakar. Terpulanglah kepada komitmen para guru untuk melaksanakannya di dalam bilik darjah. Selain itu, pihak sekolah juga berperanan untuk menganjurkan program yang dapat memberi pendedahan kepada guru-guru berkaitan teknik pengajaran yang lebih berkesan dan menarik supaya mereka dapat mengaplikasikannya di dalam bilik darjah. Pembelajaran berasaskan projek ini memerlukan kerjasama pihak-pihak swasta untuk memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan latihan kepakaran. Sesi perkongsian ilmu boleh dijalankan untuk menganjurkan program bagi meningkatkan minat pelajar terhadap sains seperti Petrosains, Pusat Sains Negara, Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI), badan korporat dan sebagainya. Program kerjasama juga boleh dijalankan bersama-sama dengan pelajar mahupun pensyarah-pensyarah institut pengajian tinggi yang sememangnya mempunyai kemahiran dan kepakaran yang luas dalam bidang ini. Memberi kursus berkaitan PBPP kepada bakal guru dan guru yang telah berada dalam perkhidmatan. Ini adalah kerana proses pembangunan guru yang berkualiti adalah satu proses yang panjang dan berterusan bermula dari mereka mula berkhidmat sehinggalah mereka bersara (Muzirah & Nurhana 2013). Satu bentuk program pembangunan profesional yang dapat menyokong proses memperkembangkan kemampuan guru secara terus menerus amat diperlukan bagi memastikan sikap dan minda guru berubah seiring dengan peredaran global. Dalam keadaan apabila seseorang guru perlu melakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran, mereka mungkin tidak mengetahui cara untuk menangani perubahan tersebut (Muzirah & Nurhana 2013). Bantuan dan sokongan perlu diberi kepada guru-guru untuk mengekalkan mereka supaya sentiasa berada dalam keadaan yang kemas kini (update) dengan iklim pendidikan abad ke-21. Dapatan penilaian guru/pakar menunjukkan bahawa aktiviti PBPP ini sesuai dengan kandungan pembelajaran dan dapat mengukur sikap saintifik pelajar. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan supaya guru-guru dapat menggunakan kaedah ini sewaktu menjalankan aktiviti pentaksiran penilaian berasaskan sekolah (PBS). Menurut Dokumen Standard Penilaian PBS, untuk mencapai tahap tertinggi, (band 6), pelajar dikehendaki untuk mempersembahkan aktiviti projek yang telah dibina dengan berkesan. Guru-guru dapat membuat penilaian yang lebih berkesan dengan memberi peluang kepada pelajar mempamerkan bakat dan kemahiran berkomunikasi yang tersendiri. Dapatan yang diperoleh daripada kajian ini memberikan implikasi secara langsung ke atas perlaksanaan pendidikan sains di Malaysia khususnya di peringkat menengah. KESIMPULAN Dapatan kajian menunjukkan terdapat perubahan yang positif dari segi minat pelajar dalam mata pelajaran sains. Pendedahan aktiviti ini diharapkan boleh menjadikan panduan kepada guru untuk melakukan inovasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran sains supaya ia lebih menyeronokkan dan meningkatkan minat pelajar. Kesimpulannya PBPP merupakan satu kaedah alternatif yang patut digunakan oleh guru masa kini. PBPP jika diimplementasikan secara terancang dan teratur akan membawa kepada peningkatan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains, meningkatkan tahap literasi sains di kalangan warga Malaysia serta menyumbang kepada peningkatan kualiti sains dan teknologi di negara ini. Pada masa hadapan warga Malaysia yang harus dilahirkan bukan hanya pengguna produk sains dan teknologi, malahan berkemampuan menghasilkan ciptaan-ciptaan baru, bersifat inventif dan memiliki kemahiran abad ke-21 supaya mereka mampu bersaing di peringkat global. . RUJUKAN Aimeur, E. & Frasson, C. (1996). Analyzing a new learning strategy according to different knowledge levels. Computers & Education 27: 115-127 Akhbar Ibrahim. (1997). Attrition to science and technology: The Malaysian case. Conference on Science and Technology Education. Kuala Lumpur Malaysia. Barringto ,B. L. dan B. Hendricks. Bandura, A. (1977). Social Learning Theory. New York: Prentice Hall. Bell, T., Urhahne, D., Schanze, S and Ploetzner, R. (2010). Collaborative inquiry learning: models, tools and challenges. International Journal of Science Education. 3(1): 349-377. Biggs, J. B. (1976). Dimensions of Study Behavior: Another Look at ATI. British Journal of Educational Psycology 46: 68-80. Blumenfeld, P. C., Soloway, E., Marx, R. W., Krajcik, J. S., Guzdial, M., & Palincsar, A. (1991). Motivating project-based learning: Sustaining the doing, supporting the learning. Educational Psychologist 26(3): 369-398. Boaler, J. (1997). Experiencing School Mathematics: Teaching Styles, Sex and Settings. Buckingham, UK: Open University Press. Borzak, L. (ed.) (1981). Field Study. A source book for experiential learning. Beverley Hills: Sage Publications. Boyle, T. (1997). Design for Multimedia Learning. London: Prentice Hall. Bransford, J.D. & Stein, B.S. (1993). The Ideal Problem Solver (2nd ed.). New York: Freeman. Cantador, I. & Conde, J.M. (2010). Effects of Competition in Education: A Case Study in an e-Learning Environment, Universidad Autonoma de Madrid. Chan Lin, Lin Juan. (2008). Technology Integration Applied to Project-based Learning in Science. Innovation in Education and Teaching International 45: 55-65. Chiel, H. J., McManus, J.M. & Shaw, K. M. (2010). From Biology to mathematical models and back: Teaching modeling to biology students, and biology to math and engineering students. CBE-Life Sciences Education 9: 248-265. Christidou, V. (2011). Interest, attitudes and images related to Science : Combining students’ voices with the voices of school Science. Teachers and Popular Science 6(2): 141-159. Clark, A. (2006). Changing classroom practice to include the project approach. Early Childhood Research & Practice 8(2): 37-46. Cropley, A.J. (1997). Creativity & cognition: producing effective novelty. Roeper Review 21: 253-263. Dewey, J. (1938). Experience and Education. New York: Macmillan. Fasli, M., Michalakopoulos, M. (2005) Supporting Active Learning through Game-like Exercises. Proceedings of the 5th IEEE International Conference of Advanced Learning Technologies (ICALT 2005), hlm. 730-734. Fatin Aliah Phang, Mohd Salleh Abu, Mohammad Bilal Ali & Salmiza Salleh. (2012). Faktor penyumbang kepada kemerosotan penyertaan pelajar dalam aliran sains: satu analisis sorotan tesis. Seminar Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012, The Zon Regency, Johor Bahru, Johor. Fulu, I. (2007). Enhancing Learning Through Competitions. School of InfoComm Technology, Ngee Ann Polytechnic. Geier, R., Blumenfeld, P.C., Marx, R.W., Krajcik, J.S., Fishman, B., Soloway, E. & Clay-Chambers, J. (2008). Standardized test outcomes for students engaged in inquiry-based science curricula in the context of urban reform. Journal of Research in Science Teaching 45(8): 922-939. Graham, P.J. (1976). The competitive emphasis of sport: A need for reflection. Paper presented at the International Congress of Physical Activity Sciences, Quebec City, Quebec, CA. Grant, M. M. (2002). Getting a grip on project-based learning: Theory, cases and recommendations. Meridian: A Middle School Computer Technologies Journal 5(1). Gültekin, M. (2005). The effect of project based learning on learning outcomes in the 5th grade social studies course in primary education. Educational Sciences: Theory & Practice 5(2): 548-556. Hamacheck, D.E., (1985). Psychology in Teaching, Learning and Growth. Massachusetts: Allyn & Bacon. Hani Ismail. (2001). Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar menengah rendah dalam mata pelajaran sains. Kertas projek Sarjana, Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Harel, J. R. & Papert, S. (1991). Constructionism. Norwood, NJ: Ablex. Houle, C. (1980). Continuing Learning in the Professions. San Francisco: Jossey-Bass. Ismail Md. Salleh. (2005). Strategi bagi Rancangan Malaysia Kesembilan untuk Meningkatkan Pembangunan Insan. Conferences on Challenges in Human Development in Malaysia: Ideas For The Ninth Malaysian Pelan. 11-12 Julai. Kamisah Osman & Neelavany Marimuthu. (2010). Setting new learning targets for the 21st century science education in Malaysia. Procedia Social and Behavioral Sciences 2 2010, hlm. 3737-3741. Khalijah Hj Ahmad (2002). Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan penerapan proses sains : Amalan di kalangan guru-guru sains di daerah Pontian. Tesis Sarjana, UTM. Kolodner, J. (2002). Learning by design TM: Iterations of Design Challenges for Better Learning of Science Skills. Cognitive Studies 9(3): 338-350. Kucharski, G., Rust, J., & Ring, T. (2005). Evaluation of the ecological, futures, and global (EFG) curriculum: A project based approach. Education 125(4): 652-670. Laporan Kementerian Pelajaran Malaysia 1993. Kemerosotan pelajar sains. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Lawrence, R. (2004). Teaching Data Structures Using Competitive Games. IEEE Transactions on Education 47(4): 459-466. Lilia Halim, Kamisah Osman & Zanaton Hj. Ikhsan. (2002). Perkaitan di antara sikap saintifik dan sikap terhadap sains di kalangan pelajar sekolah menengah. Laporan Penyelidikan Jangka Pendek. Fakulti Pendidikan : Universiti Kebangsaan Malaysia. Lim, T.C. (2007). Hubungan antara pendekatan pengajaran guru dengan pendekatan pembelajaran pelajar mata pelajaran kimia tingkatan empat. Tesis Sarjana, Universiti Teknologi Malaysia. Massey, A. P., Ramesh, V., & Khatri, V. (2006). Design, Development and Assessment of Mobile Applications: The Case for Problem-Based Learning. IEEE Transactions on Education 49(2): 183–192. Mioduser, D., & Betzer, N. (2003). The Contribution of Project-based Learning to High Achievers’ Acquisition of Technological Knowledge and Skills. International Journal of Technology and Design Education 18: 59-77. Moursund, D. (1999). Project-based learning using information technology. Eugene, OR: International Society for Technology in Education. Muzirah Ab Mokhti & Nurhana Mohamad Rafiuddin. (2013). Persepsi Guru Sains yang Mengamalkan Lesson Study sebagai Program Pembangunan Profesional Guru Terhadap Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran. Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net. Newell, R. J. (2003). Passion for learning: How project-based learning meets the needs of 21st-century students. Lanham, Md.: Scarecrow Press. Papert, S. (1980). Mindstorm : Children, Computers and Powerful Ideas. New York: Basic Books. Penuel, W. R., & Means, B. (2000). Designing a Performance Assessment to Measure Students’ Communication Skills in Multimedia-supported, Project-based Learning. Annual Meeting of the America Educational research Association, New Orleans. Piaget, J. (1953). The Origins of Intelligence in Children. New York, NY: Basic Books. Razila Abd. Kadir. (1998). Pemilihan aliran sains di kalangan pelajar Tingkatan Empat. Latihan Ilmiah: Fakulti Pendidikan, UKM. Roth, W.M. (1995). Authentic school science. Knowing and learning in open-inquiry science laboratories. Dordrecht : Kluwer. Rojahan Hj. Abdullah. (2004). Pencapaian dan kesalahan konsep dalam kerja, tenaga dan kuasa di kalangan pelajar tingkatan lima Aliran Teknikal. Tesis Sarjana, UM. Ruhaiza, R. (2012). Anggap Bidang Sains Tak Berbaloi. Retrieved from http://www.hmetro.com.my/. [16 April 2014]. Rukiah Mohamed Ibrahim & Kamisah Osman. (2014). Persepsi pelajar terhadap sains dan hubungannya dengan kemahiran abad ke-21. Proceeding International Seminar on Global Education II 2014, hlm. 2827-2845. Salwa Baba. (2012). Hubungan antara pendekatan pengajaran guru biologi dan pendekatan pembelajaran pelajar dengan pencapaian dalam mata pelajaran biologi. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Sapora Sipon. (2010). Peranan kaunselor sekolah mempertingkatkan kerjaya dalam bidang sains dan matematik di kalangan pelajar bumiputera. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Sharifah Maimunah Syed Zin & Lewin, K.M. (1993). Insight Into Science Education: Planning ang Policy Priorities in Malaysia. Laporan Kajian Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan International Institute for Educational Planning. ENESCO. Paris: IIPP’s Prinshop. Shindler, J. (2007). Transformative Classroom Managemen. Massachusetts: Pearson Allyn & Bacon Press. Siow Heng Loke. (1993). Pergerakan Konsepsi Alternatif: Pengaruh dan Implikasinya ke atas Pendidikan Sains di Malaysia. Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Solomon, G. (2003). Project Based Learning: A Primer. Technology and Learning 23(6). SRI International. (2000). Silicon Valley Challenge 2000: Year 4 Report. San Jose, CA: Joint Venture, Silicon Valley Network. Stephanie Bell. (2010). Project-based learning for the 21st century: Skills for the future, the clearing house. Journal of Educational Strategies, Issues and Ideas 83(2): 39-43. Stipek, D.J. (1992). Motivation to Learn: From Theory to Practice, 2 ed. Massachusetts: Allyn & Bacon. Subahan M. M. (2009). Teachers’ Profesional Knowledge in Science and Mathematics Educational: Views From Malaysia and Abroad, hlm. 1-33. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Syarifah Alwiah Alsagoff. (1981). Pengenalan pengajaran individu dengan tumpuan khas kepada modul pengajaran dan modul pembelajaran. Jurnal Pendidik dan Pendidikan 3(1): 54-62. Syarifah Alwiah Alsagoff. (1984). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Syed Zin, S.M, (2002). Malaysia. Retrieved from http://www.ibe.unesco.org/curriculum/China/Pdf/IIMalaysia.pdf [17 Ogos 2013]. The George Lucas Foundation (2011). What Works in Education. Retrieved from http://www.edutopia.org. [24 Mei 2014]. Thomas, J. W. (2000). A Review of research on Project-based Learning. Laporan Autodesk Foundation. Retrieved from http://www.bie.org/index.php/site/RE/pbl_research/29[25/5/2013]. Thousand, J., Villa, A. & Nevin, A. (1994). Creativity and Collaborative Learning. Brookes. Verhoeff, T. (1997). The role of competitions in education. Proceeding of the Future World Educating for the 21st Century Conference and Exhibition. Vockell, E. (2004). Educational Psycology: A practical Approach. Purdue University. Vygotsky, L.S. (1962). Thought and language. Cambridge, MA: MIT Press. Yazid Yusof. (2008). Profil pengajaran berkesan mata pelajaran sains di sekolah menengah harian di Seremban, Negeri Sembilan. Tesis Sarjana, UM. Zaharah Mohd Nadzir. (2009). Hubungan antara Persepsi Pelajar Tentang Persekitaran Sekolah, Motivasi Akademik dan Strategi Pembelajaran dengan Pencapaian dalam Mata Pelajaran Sains. Tesis Dr. Fal, Universiti Kebangsaan Malaysia. Zanaton Haji Iksan, Lilia Halim dan Kamisah Osman. (2006). Sikap terhadap sains dalam kalangan pelajar sains di peringkat menengah dan matrikulasi. Pertanika J. Soc. Sci & Hum 14(2): 131-147.


Comments

Copyright © 2024 UPDOCS Inc.