pembangunan lestari

April 5, 2018 | Author: Anonymous | Category: Documents
Report this link


Description

Pengajian Malaysia Nur Fadzihan binti Amir Soalan 1: Jelaskan prinsip utama dalam merancang pembangunan mapan. (sertakan contoh dan huraian) Pembangunan mapan merupakan pembangunan yang dijalankan tanpa merosakkan alam sekitar kita. Pembangunan mapan merujuk kepada definisi dari World Commission on Environment and Development iaitu pembangunan yang dapat memenuhi kehendak pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan generasi masa depan untuk memenuhi keperluan mereka sendiri (Owen, et.al, 1993:463; Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia, 1996:3; The World Comission on Environment and Development, 1987:8). Konsep ini mempunyai makna yang luas iaitu dari kitar semula dan pengurangan tenaga pengguna kepada pencegahan kesan manusia terhadap alam sekitar dan sumber kebudayaan dengan syarat bahawa pembangunan mapan mengambil kira langkah-langkah pemeliharaan alam semula jadi. Oleh itu, pembangunan mapan perlu dilakukan bagi menjamin persekitaran yang bermutu di samping dapat mengikuti perkembangan semasa dalam menuju sebuah negara yang moden tanpa merosakkan alam sekitar. Pembangunan mapan mempunyai prinsip utama yang dipertengahkan. Terdapat lapan prinsip utama dalam merancang pembangunan mapan. 1. Menjana dan menggalakkan semula pertumbuhan ekonomi. Kemerosotan alam sekitar sering dikaitkan dengan pembangunan ekonomi yang pesat. Terdapat ramai pemaju yang menaik taraf sesuatu kawasan tanpa mengira persekitaran dan keadaan setempat sehingga menyebabkan pelbagai masalah alam sekitar timbul. Mereka ini hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa cuba untuk tidak merosakkan struktur alam sekitar. Oleh itu, pembangunan mapan mementingkan pembanguanan tanpa merosak alam sekitarnya. Selain itu, kemerosotan alam sekitar juga dikaitkan dengan kemiskinan yang dialami oleh penduduk sekitarnya. Hal ini kerana masalah kemiskinan boleh membantutkan pembangunan berterusan yang ingin dijalankan oleh kerajaan di negara maju dan membangun seperti Malaysia. Oleh itu, pertumbuhan yang pegun dan merosot hendaklah diperbaiki, kerana di sinilah terdapatnya kaitan pertumbuhan ekonomi, pengurangan kemiskinan dan peningkatan kualiti alam sekitar yang paling jelas seperti yang dinyatakan dalam Deklarasi Langkawi (1989)(dipetik dalam judul Impak Pembanguan m/s 209). Bagi mencapai salah satu daripada konsep pembagunan mapan, pertumbuhan ekonomi 1 Pengajian Malaysia Nur Fadzihan binti Amir perlulah digalakkan terutama di negara membangun seperti Malaysia dan ini sekaligus akan mempertingkatkan asas sumber persekitaran. Kemiskinan di negara yang mundur dan sedang membangun masih wujud disebabkan kebanyakan masih lagi mempunyai asas pertanian yang mundur. Hal ini merupakan halangan yang dihadapi oleh kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Peningkatan kualiti hidup dan perkembangan sosiobudaya serta kestabilan politik berkait rapat dengan peningkatan pertumbuhan ekonomi. Justeru, peningkatan pertumbuhan ekonomi akan menjamin perkembangan sosiobudaya dan kestabilan politik. Hal ini kerana apabila wujudnya pertumbuhan ekonomi, ramai pelabur asing akan datang ke negara kita. Dengan itu, dapat mempertingkatkan taraf hidup penduduk tempatan. Kestabilan politik dan sosial merupakan suatu asas penting bagi menjamin pembangunan berterusan. 2. Mengubah kualiti pertumbuhan ekonomi bagi menjamin kesejahteraan hidup. Pertumbuhan ekonomi hendaklah dalam bentuk baru, iaitu keberterusan, ekuiti, keadilan sosial dan keselamatan ditekankan sebagai matlamat sosial yang utama. Oleh sebab itu, perancangan pembangunan mesti mengambil kira kemakmuran negara bukan hanya sebagai petunjuk ekonomi standard tetapi juga keadaan stok sumber semula jadi. Dengan itu, negara disarankan untuk mempunyai suatu sistem perakaunan yang mantap bagi setiap sumber yang terdapat di dalam negara. Misalnya, Malaysia menjalankan banci penduduk bagi mengetahui sumber tenaga yang wujud di dalam negara. Banci amat penting bagi Malaysia untuk mengenal pasti stok sumber seperti isi rumah dalam sesuatu kawasan yang pada satu-satu peringkat pembanguanan negara serta dapat melicinkan perancangan dan perlaksanaan pembangunan.(dipetik dalam judul Impak Pembangunan m/s 210) Kualiti pertumbuhan dapat ditingkatkan melalui taburan pendapatan yang baik, pengurangan keterdedahan kepada bencana alam dan teknologi, peningkatan kesihatan dan pengekalan warisan budaya. Melalui sistem banci yang dijalankan ini dapat menjamin pertumbuhan ekonomi yang baik supaya wujudnya kestabilan politik yang seterusnya membolehkan konsep pembangunan berterusan dilaksanakan dengan jayanya. Selain itu, pertumbuhan ekonomi hendaklah berbentuk kurang intensi tetapi lebih sama rata dari segi impak sosialnya. Dalam kes ini pembangunan ekonomi dan sosial boleh diperkukuhi. 2 Pengajian Malaysia Nur Fadzihan binti Amir 3. Memulihara dan mempertingkatkan asas sumber. Pembangunan berterusan memerlukan pemuliharaan sumber alam seperti udara, air, hutan dan tanih. Hal ini memerlukan pengekalan kepelbagaian genetik dan penggunaan kuasa air dan bahan mentah yang berkesan serta cekap kerana kini wujudnya peningkatan asas penggunaan dlam negara. Oleh itu, kemerosotan kualiti alam sekitar perlu dibendung bagi menjamin asas penggunaan serta pertambahan penduduk dapat diuruska berlandaskan prinsip pembangunan berterusan. Isu yang utama berkaitan kepelbagaian biologi ialah kehilangan spesies tumbuhan, haiwan dan mikro organisma pada kadar yang cepat tanpa kita menyedari tentang keroskan dan kepupusan flora dan fauna tersebut. Spesies ini menjalankan proses seperti menstabilkan iklim, melindungi kawasan tadahan dan tanih mengekalkan kawasn pertumbuhan serta pembiakan. Proses ini amat penting dalam kehidupan kita sebagai pengguna sumber dan alam semula jadi ini. Bagi negara membangun seperti Malaysia memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak untuk membantu dalam memelihara dan memulihara asas sumber ini. Pemuliharaan spesies serta ekosistemnya mestilah dijadikan menarik dari segi ekonomi bagi sesebuah negara yang berkepentingan dan juga dari segi pembangunan berterusan. Manakala dalam sektor tenaga pula, isunya ialah risiko alam sekitar pada masa depan yang menggunakan banyak tenaga, perubahan iklim yang disebabkan oleh µkesan rumah hijau¶, pertambahan pencemaran udara di bandar perindustrian, alam sekitar yang berasid, risiko kemalangan nuklear dan masalah pelupusan bahan buangan nukluer. Disebabkan matlamat pembangunan berterussan ialah penggunaan tenaga yang lebih rendah tetapi dengan kecekapan penggunaan yang lebih. Justeru itu, dalam melaksanakan program tenaga, Malaysia mestilah bertindak ke arah meminimumkan pembaziran tenaga, mengurangkan pergantungan terhadap bahan fosil, jalankan penilaian risiko bukan hanya dalam pengeluaran tetapi juga pada pengangkutan dan penggunaan tenaga. Antara langkah kerajaan untuk mengurangkan penggunaan tenaga ialah mengadakan kemnpen menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Seterusnya, peningkatan dalam kecekapan pengeluaran mestilah dipercepatkan untuk mengurangkan penggunaan sumber alam per kapita dan membolehkan perubahan kepada bahan yang tidak mencemarkan dan menggunakan teknologi yang bersih. Hal ini kerana semua negara di dunia telah diminta untuk menghalang 3 Pengajian Malaysia Nur Fadzihan binti Amir pencemaran daripada terus berlaku. Sehubungan itu, pihak antarabangsa juga telah menguatkuasakan undand-undang mengenai alam sekitar supaya langkah percegahan dapat diatasi dengan lebih berkesan. Penguatkuasaan perundangan adalah salah satu strategi pengurusan alam sekitar yang penting yang membolehkan kemerosotan alam sekitar dikawal atau di sekat. 4. Memastikan aras penduduk yang boleh ditampung. Polisi kependudukan hendaklah digubal dan diintegrasikan dengan program pembangunan ekonomi dan sosial melalui pendidikan, kesihatan, dan peluasan asas ekonomi golongan miskin. Kemudahan perkhidmatan perancangan keluarga adalah suatu bentuk pembangunan sosial yang membolehkan pasangan dan wanita khususnya membuat pilihan tentang berapa orang anak yang dapat ditanggung oleh mereka. Misalnya, kerajaan telah menubuhkan sistem banci penduduk yang dijalankan setiap 10 tahun. Manusia tidak dilihat bukan hanya sebagai pengguna sahaja. Matlamat pembangunan mapan mengambil kira jaminan hidup masa tua, pengurangan kadar kematian bayi, jaminan kesihatan dan sebagainya. Hampir kesemua aktiviti yang meningkatkan kesejahteraan dan keselamatan sosial akan mengurangkan kehendak manusia untuk mempunyai lebih ramai anak daripada yang dapat mereka tang gung ataupun yang dapat ditampung oleh ekosistem negara. 5. Meorientasikan semula teknologi dan kaedah pengurusan risiko. Keupayaan inovasi teknologi hendaklah dipertingkatkan di negara membangun seperti Malaysia. Orientasi pembangunan teknologi di seluruh negara hendaklah diubah untuk memberikan lebih tumpuan kepada faktor persekitaran. Masalah pencemaran seperti discas bahan kimia ke dalam jalan air, kualiti air yang semakin tercemar dalam sungai-sungai utama, pencemaran udara dan tanih serta pelupusan bahan buangan toksik perlu dititikberatkan. Malaysia hendakalah mengelakkan pendekatan µkemajuan industri dulu dan kebersihan kemudian¶. Sepatutnya, Malaysia harus terus mensyaratkan perlunya penilaian impak alam sekitar dalam melaksankan Pelan Induk Perindustrian dan projek industri individu dan terus menguatkuasakan peraturan kawalan pencemarannya yang terkandung dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling. Pembangunan teknologi dalam sektor industri hendaklah mengambil kira teknologi kawalan pencemaran yang sesuai bagi membantu industri kecil dan sederhana dan keperluan 4 Pengajian Malaysia Nur Fadzihan binti Amir untuk menggalakkan penggunaan teknologi yang bersih dan selamat bagi pembanguan industri. Kaedah yang serupa diperlukan bagi gangguan utama terhadap sistem semula jadi seperti pengalihan sungai dan pembersihan hutan. Bayaran ganti rugi akibat kecelakaan yang tidak disengajakan hendaklah diwujidkan dan dikuatkuasakan. Penglibatan awam yang lebih dan kebolehan mendapatkan maklumat yang berkaitan hendaklah dipertingkatkan lagi dalam proses membuat keputusan yang melibatkan isu alam sekitar dan pembangunan. Dengan itu, polisi awam sepatutnya menghendaki pengeluar dan mereka yang meraih keuntungan mengambil kira impak alam sekita bagi teknologi yang mereka cipta. 6. Menginterasikan alam sekitar dan ekonomi dalam membuat keputusan. Matlamat alam sekitar dan ekonomi boleh serta semestinya salang bantumembantu. Keberterusan memerlukan penekanan tanggungjawab yang lebih bagi impak keputusan polisi. Mereka yang membuat keputusan mestilah bertanggungjawab terhadap impak keputusan tersebut yang mempengaruhi modal dan sumber semula jadi negara. Mereka mestilah menumpukan kepada punca kerosakan alam sekitar dan bukannya kepada tanda-tandanya sahaja. Kebolehan untuk menganggarkan dan menyekat kerosakan alam sekitar memerlukan dimensi polisi ekologi diambil kira bersama-sama ekonomi, perdagangan, tenaga, pertanian dan dimensi-dimensi yang lain. Dimensi alam sekitar mestilah diambil kira pada suatu agenda yang sama ada dalam satu institusi yang sama. 7. Memperbaharui hubungan ekonomi antarabangsa. Pertumbuhan berterusan jangka panjang memerlukan perubahan jangka panjang untuk menghasilkan perdagangan, modal dan aliran teknologi yang lebih bermakna dan bersesuai dengan keperluan alam sekitar. Peningkatan penting dalam kemasuakan pasaran, pemindahan teknologi dan bantuan kewangan antarabangsa adalah penting untuk membantu negara membangun meluaskan peluang mereka dengan mempelbagaikan asas ekonomi dan perdagangan serta membina pergantungan diri sendiri. Sekatan terhadap barangan keluaran negara membangun sepatutnya dilonggarkan bagi membolehkan negara berkenaan bersaing dengan barangan keluaran negara maju. 5 Pengajian Malaysia Nur Fadzihan binti Amir 8. Memperkukuhkan kerjasama antarabangsa. Pengenalan dimensi alam sekitar menambahkan suatu unsur yang lebih mendesak dan melibatkan kepentingan bersama kerana kegagalan mengatasi interaksi antara kemerosotan sumber dengan mewujudkan peningkatan kadar kemiskinan seterusnya akan melimpah dan menjadi suatu masalah ekologi dunia. Keutamaan yang sepatutnya diberikan kepada pemonitoran alam sekitar, penilaian, penyelidikan dan pembangunan serta pengurusan sumber dalam semua bidang pembangunan antarabangsa. Hal ini memerlukan komitmen yang tinggi oleh semua negara untuk memulihkan kemerosotan kerjasama multilateral dalam perdagangan dan pelaburan, pemindahan teknologi, penetapan harga barangan dan sebagainya. Isu berkaitan pembangunan berterusan bukanlah perkara baru malahan telah menjadi pokok perbincangan oleh pihak tertentu dan para pencinta alam lama sebelum diketengahkan dalam forum Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam setekad yang lalu. 6 Pengajian Malaysia Nur Fadzihan binti Amir Soalan 2 : Jelaskan apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia terhadap konsep pembangunan berterusan. Pada era ini, pembangunan berterusan telah mengambil alih sebagai strategi pembangunan ekonomi dan akan menjadi konsep utama dalam penggubalan polisi pembangunan negara. Bagaimanapun, matlamat utama pembangunan berterusan ialah meningkatkan pendapatan per kapita, tetapi hal ini telah berubah apabila kini terdapat penekanan yang lebih kepada kualiti hidup. Pembangunan berterusan ialah pembangunan secara berterusan tanpa tempoh masa yang tertentu dan nikmat pembangunan itu bukan untuk satu-satu generasi sahaja tetapi boleh dirasai dan berterusan sampai ke generasi-generasi akan datang. Malaysia seperti negara lain di dunia telah pun mempunyai polisi alam sekitarnya sendiri dan sedang dilaksanakan peraturan yang berlandaskan strategi pengurusan secara perundangan dan juga bukan perundangan. Antara peraturan yang telah dilaksanakan ialah Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974) yang menjadi alat asas bagi mencapai objektif alam sekitar negara. Melalui akta ini telah diwujudkan sebuah Majlis Kualiti Alam Sekeliling yang bertindak menasihati Menteri yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar khususnya berhubung perkara yang berkaitan Akta tersebut dan dirujukkan oleh menteri berkenaan. Pengurusan alam sekitar dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar melalui serampang tiga mata, iaitu kawalan dan pencegahan pencemaran, perancang guna tanah dan perancangan an projek bersepadu. Malaysia telah mula meneliti persoalan pembangunan berterusan dengan lebih giat lagi pada Oktober 1985, apabila sebuah jawatankuasa pemandu ditubuhkan bagi menyediakan laporan negara mengenai perspektif alam sekitar sehingga tahun 2000 dan selepasnya. Beberapa seminar kebangsaan telah dianjurkan untuk meneliti dan membincang Laporan UNEP mengenai Perspektif Alam Sekitar sehingga tahun 2000 dan selepasnya, di samping laporan Suruhanjaya Dunia mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan. Sebuah dokumen mengenai respon Malaysia terhadap pembangunan berterusan telah disusun dan menjadi dokumen penting bagi memandu negeri dalam menerapkan konsep pembangunan berterusan dalam perancangan projek mereka. Malaysia terlibat secara aktif dalam pengurusan alam sekitar terserlah melalui bahagian yang dimainkan dalam forum alam sekitar di peringkat wilayah dan antarabangsa. Polisi alam sekitar di peringkat wilayah mula ditonjilkan melalui Deklarasi Manila 1981, dan 7 Pengajian Malaysia Nur Fadzihan binti Amir diperkemaskan melalui beberapa persetujuan sama ad di peringkat wilayah ataupun antarabangsa seperti Deklarasi Bangkok,1984, Resolusi Jakarta, 1987, Deklarasi Kemuncak Manila, 1987, dan beberapa deklarasi lagi yang melibatkan Malaysia. Selain itu, Malaysia terpilih sebagai salah satu daripada 40 Timbalan Pengerusi bagi Jawatankuasa Persediaan Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (UNCED) yamg diadakan di Rio de Janeiro, Brazil pada bulan Jun 1992 serta terpilih menganggotai Jawatankuasa Kerja II sebagai jurulapor. Selain itu, Malaysia juga terlibat secara langsung dan dengan aktifnya dalam program Bangsa -bangsa Bersatu termasuk usaha menyelamatkan lapisan ozon, pengawalan pergerakan bahan buangan toksik yang berbahaya, kesan rumah hijau dan perubahan iklim. Dalam Rancangan Malaysia Keenam, telah diwujudkan satu polisi iaitu Polisi Pembangunan Kebangsaan merangkumi aspek kritikal berikut dan sekali gus merupakan langkah bagi memperkukuhkan strategi yang sedia ada : 1. Mencapai suatu keseimbangan optimum antara matlamat pertumbuhan ekonomi dan ekuiti. 2. Memastikan suatu pembangunan seimbang dalam sektor utama ekonomi untuk meningkatkan keadaan saling memperlengkapi bagi mengoptimumkan pertumbuhan. 3. Mengurangkan dan akhirnya meluputkan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam negara bagi tujuan menggalakkan perkongsian yang adil dan sama rata faedah pertumbuhan ekonomi di kalangan rakyat Malaysia. 4. Menggalakkan dan memperkukuhkan pengintegrasian nasional dengan mengurangkan jurang perbezaan dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar di negara ini. 5. Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif dengan setiap warga negara menikmati kemewahan material yang lebih, sementara pada masa yang s ama menghayati nilai sosial dan kerohanian yang positif serta mempunyai suatu kesedaran dan perasaan banggakan negara yang tinggi. 6. Menggalakkan pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan suatu kumpulan tenaga buruh yang produktif serta berdisiplin dan menyediakan kemahiran yang diperlukan bagi memenuhi cabaran dalam pembangunan perindustrian melaui suatu budaya yang mementingkan keutamaan dan kecemerlangan tanpa mengganggu objektif penyusunan semula. 8 Pengajian Malaysia Nur Fadzihan binti Amir 7. Menjadikan sains dan teknologi suatu kompenan penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi yang melibatkan pembinaan kemahiran dalam teknologi strategik dan berdasarkan pengetahuan dan menggalakkan budaya sains dan teknologi dalam proses membina sebuah ekonomi industri moden. 8. Memastikan bahawa dalam mengejar pembangunan ekonomi perhatian yang cukup diberikan kepada penjagaan alam sekitar dan ekologi bagi mengekalkan keberterusan pembangunan negara dalam jangka panjang. Kini Malaysia mempunyai sebuah jawatankuasa antara agensi yang diselaraskan oleh Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri. Jawatankuasa ini dianggotai oleh Jabatan Alam Sekitar dan hampir kesemua agensi kerajaan di peringkat persekutuan. Jawatankuasa ini mempunyai tugas membincangkan isu berkaitan dengan alam sekitar dan memperincikan matlamat Pembangunan Berterusan serta langkah yang perlu diam,bil dalam menggubal rancangan pembangunan ekonomi negara. Seterusnya, tujuan umum Strategi Pemuliharaan Negara adalah mencapai pembangunan berterusan. Bagaimanapun, terdapat beberapa tujuan khusus iaitu untuk memastikan penggunaan berterusan sumber jaya negara, untuk mengekalkan kepelbagaian biologi; untuk mengekalkan proses ekologi sepadan dengan pembangunan ekonomi dan untuk memenuhi keperluan asas kebendaan, rohani dan budaya penduduk Malaysia masa kini dan masa depan. 9 Pengajian Malaysia Nur Fadzihan binti Amir Soalan 3 : Pilih satu isu, berkaitan alam sekitar beserta langkah pengurusan dan huraikan. Kesan daripada ekopelancongan di Comeron Highland : Pemanasan global dan tanah runtuh. Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang kaya dengan flora dan fauna serta mempunyai cuaca yang sejuk dan dingin. Pelancongan adalah aktiviti ekonomi yang utama di Cameron Highlands. Cameron Highlands telah mengalami fenomena perubahan akibat daripada arus pembangunan. Pembangunan yang tidak terkawal di Cameron Highlands bukan sahaja mendatangkan kesan malah juga menjejaskan pelancongan di Cameron Highlands. Pembangunan telah menyebabkan kawasan hutan semakin berkurangan. Data yang menunjukkan bahawa pada tahun 1993, terdapat 77.5% kawasan di Cameron Highlands adalah kawasan hutan. Namun, pada tahun 2002, hanya 54.2% kawasan di Cameron Highlands adalah kawasan hutan (Pejabat Tanah Cameron Highlands, 2002). Penebangan dan pembukaan tanah banyak memusnahkan spesies flora dan fauna. Di Cameron Highlands, paku-pakis, periuk kera dan orkid liar semakin berkurangan (Majlis Daerah Cameron Highlands, 1996:14-5). Kehijauan alam semula jadi dan keunikan biodiversiti merupakan sumber tarikan utama yang menarik pelancong berkunjung ke Cameron Highlands. Dalam jangka masa yang panjang, kehilangan liputan hutan dan biodiversiti akan menjejaskan pelancongan di mana situasi ini menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan pelancong dengan pemandangan hutan yang semakin berkurangan. Pembukaan tanah di Cameron Highlands untuk aktiviti pertanian dan pembangunan secara tidak terkawal telah mendedahkan kawasan ini kepada agen hakisan. Hakisan tanah akan menyebabkan kejadian tanah runtuh. Cameron Highlands sering berlaku kejadian tanah runtuh. Masalah tanah runtuh turut dibangkitkan oleh pihak perhotelan. Pelancong akan membatalkan penginapan hotel apabila didapati berlakunya kejadian tanah di Cameron Highlands. Keadaan ini ditakuti akan megurangkan jumlah pengunjung ke Cameron Highlands. Terdapat data yang menunjukkan bahawa perubahan iklim telah berlaku di Cameron Highlands akibat kehilangan kawasan semula jadi dan kawasan tadahan air. Leong pada tahun 1992 menerangkan bahawa pembangunan yang meluas di Cameron Highlands yang menggantikan hutan dengan jalan raya berturap, bangunan dan bahan yang menyerap haba akan meningkatkan min suhu di Cameron Highlands (Chan et.al, 2003:244; Chan, 2006:18). Penduduk sekitar yang telah lama menetap di kawasan Cameron Highlands merungut terhadap perubahan iklim yang semakin panas. Dalam jangka masa yang panjang, 10 Pengajian Malaysia Nur Fadzihan binti Amir keadaan ini ditakuti akan mengurangkan jumlah pelancong yang berkunjung ke Cameron Highlands. Banyak aktiviti pembangunan yang melibatkan kawasan tanah tinggi dijalankan.Di antaranya,penarahan kawasan bukit untuk petempatan,pembukaan kawasan pertanian baru.Namun,implikasi daripada aktiviti pembangunan di kawasan tanah tinggi telah memusnahkan alam sekitar. Kita telah membaca rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang satu dekad ini yang melibatkan kemusnahan alam sekitar.Bahkan ia telah meragut segelintir nyawa manusia di sekitarnya.Implikasi yang berlaku akibat pembangunan tanah tinggi adalah hakisan tanah,tanah runtuh,banjir kilat dan kepupusan habitat dan spesies .Contohnya, pada tahun 1996 terdapat lebih 100 kejadian banjir, 20 kejadian tanah runtuh, lapan kejadian mendapan dan tujuh kes tebing sungai dihakis, yang dilaporkan di Lembah Klang sahaja.Selain itu,aktiviti pertanian di Cameron Highlands mungkin terjejas pada masa akan datang sekiranya masalah hakisan dan pencemaran di kawasan tersebut tidak diatasi segera.Meskipun penggunaan tanah untuk aktiviti pertanian hanyalah 7.4 peratus daripada keseluruhan kawasan pusat peranginan tanah tinggi itu, tetapi bentuk muka bumi yang bercerun menjadikan ia sensitif kepada sebarang bentuk gangguan hakisan tanah.Masalah ini menjadi serius kerana hujan purata yang agak tinggi di kawasan itu iaitu mencapai 3,000 milimeter setahun, dan ia bertambah buruk pada musim hujan lebat pada Mei dan Oktober. Akibat dari kejadian hakisan tanah ini, ia akan menyebabkan terjadinya beberapa masalah sampingan, seperti pencemaran sumber air yang dikenal pasti boleh menjejaskan persekitaran di kawasan berkenaan.Mengikut rekod, kadar hakisan tanah di kebun sayur di kawasan terbuka di Cameron Highlands kini mencecah 84 tan sehektar setahun, satu angka yang jauh melebihi daripada angka yang dibenarkan iaitu 12 tan sehektar setahun. Antara implikasi lain yang turut berlaku adalah kejadian tanah runtuh.Tanah runtuh merupakan salah satu daripada fenomena geobencana yang sering berlaku samada secara semulajadi atau akibat aktiviti manusia. Proses kejadian tanah runtuh melibatkan gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu kedudukan yang tidak stabil dan ianya berlaku se cara pantas atau perlahan oleh tarikan graviti. Sekiranya ia berlaku secara kecilan dan perlahan, ia mungkin kurang membahayakan alam. Tetapi jika ia berubah kepada skala yang lebih besar dan pantas, ia boleh memberi kesan buruk dan mengakibatkan kemusnahan dan kematian pada sesuatu 11 Pengajian Malaysia Nur Fadzihan binti Amir kawasan. Kejadian tanah runtuh merupakan salah satu daripada proses susutan darat yang disebabkan oleh ketakstabilan jisim tanah. Rajah ini menunjukkan kejadian tanah runtuh. Bagi mengatasi masalah ini pelbagai pihak telah berganding bahu untuk mengatasi masalah ini. Pemanasan di Comeron Highland telah mengurangkan kadar kedatangan pelancong ke sana. Oleh sebab itu, kerajaan sebagai tampuk pemerintahan perlu melaksanakan serta menguatkuasa undang-undang bagi menghalang penerbangan pokok dan penarahan bukit. Dengan penguatkuasaan ini, dapat menakutkan para pemaju yang giat menaiktaraf kawasan serta hanya mementingkan keuntungan semata -mata. Misalanya, bagi menjamin pengurusan hutan tidak dipandang remeh dan terabai, Dasar Hutan Kebangsaan diwujudkan pada 1978, disusuli dengan Akta Perhutanan Negara 1984.Dengan itu,penerokaan hutan tidak dijalankan sewenang ± wenangnya tanpa batasan tertentu. Seterusnya, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 yang menjadikan alat asas bagi mencapai objektif alam sekitar negara. Dalam pengurusan seumpama itu, pembalakan di kawasan yang dibenarkan perlu menepati syarat tertentu iaitu hanya antara tujuh hingga 12 pokok yang ditebang daripada 500 pokok dalam setiap kawasan satu hektar. Pokok yang ditebang pula perlu melebihi diameter 45 sentimeter dan pemilihan pokok dibuat supaya anak-anak pokok baru berpeluang mendapat cahaya yang mencukupi untuk membesar selain mewajibkan penanaman semula. 12 Pengajian Malaysia Nur Fadzihan binti Amir Pengurusan teratur itu membolehkan 1.65 hektar hutan balak yang d itebang kini ditanam semula, termasuk 64 kawasan sebagai hutan rekreasi dan 90,000 hektar penanaman balak komersil.Berdasarkan carta yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia,jumlah eksport produk kayu kayan utama bernilai hampir RM 3600 juta pada tahun 2000. Seterusnya, pendidikan di sokolah dan universiti juga menjdi salah satu cara pengurusan untuk menghalang berlakunya masalah alam sekitar ini. Penerapan nilai-nilai cintai alam ini perlu diterapkan pada usia kanak-kanak lagi. Oleh itu, pendidikan di sekolah juga amatlah penting. Hal ini kerana pelajar lebih menghabiskan masa di sekolah berbanding di rumah. Pendidikan di rumah juga perlu kerana nilai-nilai ini perlu diterapkan oleh ibubapa. Selain itu, di universiti juga ada membuat penyelidikan untuk memulihara alam sekitar. Contohya, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membuat beberapa kajian untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Selain itu, penglibatan daripada pihak swasta juga penting. Pihak swasta seperti media-media masa amatlah diperlukan. Media adalah mereka yang paling rapat dengan pengguna. Oleh itu, media mempunyai peranan penting dalam menyebarkan keadaan sebenar Comeron Highland. Misalnya, dilakukan oleh Karam Sign Walia merupakan wartawan TV3 serta seorang pencinta alam telah mendedahkan menyelewengan pemberian lesen penerbangan kepada pembalak yang berlaku di Comeron Highland. Justeru, bagi menguruskan masalah yang timbul di Comeron Highland ini, pelbagai pihak perlu berganding bahu untuk membendung masalah ini. Tanpa penglibatan masyarakat, kerajaan, institusi-institusi pendidikan dan pihak swasta isu di Comeron Highland ini tidak diuruskan secara strategik. 13 Pengajian Malaysia Nur Fadzihan binti Amir BIBLIOGRAFI Amir Hasan Dawi, 2002. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjung Malim: Thinker's Library Sdn. Bhd. Dewan Masyarakat, Jun 2001. Sekolah Satu Aliran Wajar Dilaksanakan. Hairy Ibrahim, Nasir Nayan, Fauziah Che Leh dll, 2008, Isu-isu dan Pengurusan Persekitaran Semasa. Perak : Penerbitan Profesional Baharu. Chamburi Siwar dan Mohd. Haflah Piei (1988). Dasar dan Strategi Kemiskinan : Kumpulan Rencana Tentang Kemiskinan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Khadijah Hashim dan Khalil Mohd. Zain (1987). Catatan Ilmu. Kuala Lumpur : µK¶ Publishing and Distributors Sdn. Bhd.. Nik Hashim Nik Mustapha (1996). Perancangan Pembangunan Pertanian di Malaysia. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Mohd Said (1999). Pengurusan Sumber dan Alam Sekitar. UiTM Shah Alam : Biroteks. Norkhanizan Manaf Hartini Hashim (2006). Malaysia 2006: Jabatan Penerangan Malaysia, Buku Rasmi Tahunan 2006. Selangor: Abdullah Morsed. Pahang Rugi RM2.48 Bilion Tutup DARA. (2008, Julai 22). Akhbar Utusan Malaysia. Lembaga Pembangunan Dipertimbang Di Pahang Tenggara. (2009, Ogos 17). Akhbar Utusan Malaysia. 14


Comments

Copyright © 2024 UPDOCS Inc.