Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional

April 6, 2018 | Author: Anonymous | Category: Documents
Report this link


Description

PELAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL Mata pelajaran vokasional tidak diarusperdanakan di Malaysia. Persepsi menyebabkan bilangan pelajar yang masuk ke aliran vokasional sangat sedikit. Sekolah Vokasional dan teknik ada 88 buah tetapi hanya 5% sahaja yang masuk. Ini menyebabkan keperluan industri tidak dapat dipenuhi sedangkan kita menuju negara maju dan peluang-peluang ini seharusnya dipenuhi oleh anak bangsa kita. Syarat untuk menjadi negara maju, penduduknya hendaklah mempunyai kemahiran tinggi maka bilangan pelajar mengikuti latihan teknik dan vokasional mestilah dipertingkatkan. Hasrat BPTV ialah penambahan bilangan pelajar mengikuti aliran ini d Malaysia pada 2020 ialah peningkatan sebanyak 40%. Di negara China dan Singapura, pengajaran PAV telah diajar pada peringkat menengah rendah lagi. Ia merupakan model kepada negara kita. Di Austria, 78% pelajar mengikuti aliran teknik dan vokasional. Pelan transformasi pendidikan vokasional telah diwujudkan bagi menangani masalah kekurangan tenaga mahir. Seperti yang diperkatakan oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menggulung perbahasan pada Persidangan Agung UMNO “Untuk memastikan sistem pendidikan negara terus mengalami transformasi dan membawa kebaikan kepada anak bangsa, kerajaan turut memberikan penekanan untuk memberi imej baru kepada pendidikan vokasional di mana transformasi akan dilaksanakan melalui pelan strategik dalam tiga fasa 2011-2013, peningkatan 2014 -2016 pemerkasaan 2017-2020. Strategi tersebut bertujuan untuk mengarusperdanakan pendidikan vokasional yang turut membabitkan sekolah rendah yang bakal dilaksanakan pada 2013 di mana tujuannya adalah untuk melahirkan tenaga mahir. Sehubungan itu langkah menaikkan taraf Sekolah Menengah Vokasional ke Kolej Vokasional juga akan dilaksanakan bagi membolehkan penganugerahan diploma dan sebanyak 15 buah sekolah telah dipilih sebagai projek rintis untuk dinaik taraf pada 2012 ”. Pendidikan vokasional di peringkat sekolah terbahagi kepada dua iaitu Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan Kolej Vokasional (KV). PAV ialah pendidikan dan latihan vokasioanl yang dikendalikan sebagai satu aliran pendidikan dalam sistem persekolahan peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. PAV melaksanakan Kurikulum Program Pendidikan Asas Vokasional yang menjurus kepada pembinaan jati diri, pengembangan kompetensi keusahawanan dan pembangunan kompetensi kemahiran vokasional pada aras Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 dan 2. Pelaksanaan projekrintis PAV akan bermula tahun 2012 yang akan melibatkan 15 buah SMK yang terpilih bagi setiap negeri. Objektif PAV adalah untuk menghasilkan remaja berkompetensi vokasional dengan kelayakan bekerja SKM1 dan SKM 2, menghasilkan remaja berkompetensi keusahawanan serta menghasilkan remaja yang bersedia untuk meneruskan pengajian ke peringkat pendidikan dan latihan yang lebih tinggi. Program PAV ini ialah pendidikan untuk semua (Education For All) dan mengurangkan kadar keciciran murid. Program ini juga memberi pilihan kepada murid yang cenderung kepada bidang vokasional, memberi pendedahan awal latihan vokasional kepada murid serta merupakan laluan kerjaya yang pantas. Selain itu, mempunyai sijil yang diperakui oleh kerajaan dan industri pada usia yang lebih awal, berpeluang menimba kemahiran dan pengalaman sebelum ke alam pekerjaan serta menyokong pembelajaran sepanjang hayat. Program ini berhasrat untuk menghasilkan lebih ramai tenaga mahir bagi merapatkan jurang pekerjaan untuk keperluan negara dan menambah nilai kepada sistem pendidikan sedia ada. Bil 1 SMK Terpilih untuk PAV SMK Arau, Arau, Perlis SMK Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah SMK Datuk Haji Mohd Nor Ahmad Gelugor, Pulau Pinang SMK Trolak Selatan , Trolak SMK Sungai Rawang,Sepang, Selangor Cadangan Kursus SKM Pembuat Pakaian Wanita Bil. Kelas Bil.Murid 1 30 2 Pembuat Perabot 1 30 3 Juruteknik Motosikal 1 30 4 Juruteknik Automatif 1 30 5 Pekerja Ladang Pertanian 1 30 6 SMK Dato’ Sedia Raja, Rembau, NS Mekanik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Domestik Pembuat Pakaian Wanita 1 30 7 SMK Seri Pengkalan,Alor Gajah SMK Datok Menteri ,Batu Pahat, Johor SMK Bukit Goh, Kuantan, Pahang SMK Saujana, Setiu, Terengganu SMK Kubang Kerian 2,Kota Bharu SMK Beaufort,Beaufort, Sabah SMK Belaga, Belaga, Sarawak SMK Setiawangsa,Kuala Lumpur SMK Taman Perumahan Bedaun Wilayah Persekutuan Labuan 1 30 8 Pembuat Perabot 1 30 9 10 11 12 13 14 Penyediaan Makanan Juruteknik Rendah Akuakultur Penyediaan Makanan Penyediaan Makanan Juruteknik Elektrik Rendah Pereka Dalaman Rendah 1 1 1 1 1 1 30 30 30 30 30 30 15 Artis Multimedia 1 30 Objektif KV pula ialah bagi melahirkan pelajar berkompetensi pekerjaan aras tinggi dan menepati kehendak industri. Seterusnya memupuk watak profesional, melahirkan pelajar berkompetensi usahawan dalam bidang vokasional pilihannya, membekalkan ilmu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi serta memupuk kecintaan kepada pembelajaran sepanjang hayat. Jadi dengan dasar baru ini, sebanyak 78 sekolah menengah vokasional akan dinaik taraf menjadi kolej vokasional menjelang 2013 :  Kolej Vokasional : kurikulum vokasional dirombak secara komprehensif supaya mencapai standard yang memenuhi keperluan pasaran kerja dan pasaran semasa  Kolej Vokasional : 15 sekolah menengah vokasional dijadikan program rintis mulai tahun 2012  Kolej Vokasional : Semua pelajar di kolej vokasional ini akan mengikuti pengajian selama empat tahun  Kolej Vokasional : Meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus akademik Kolej Vokasional : Pelajar akan perolehi diploma kolej vokasional kerana mengikuti kursus selama lapan semester (empat tahun)  Pakej yang ditawarkan ialah Teknologi Automotif, Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara, Pemesinan Industri, Teknologi Kimpalan, Teknologi Binaan, Teknologi Elektrik, Teknologi Elektronik, Fesyen & Membuat Pakaian, Seni Kulinari, Kosmetologi, Hortikultur Hiasan, Landskap, Mekanisasi Agro, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan Ruminan dan Agroindustri Ternakan Poltri. Melalui pelan transformasi tersebut, pendidikan vokasional di negara ini tidak lagi dianggap sebagai kelas kedua, sebaliknya ia menuju ke arah konsep pendidikan untuk semua dengan berasaskan program bercorak pekerjaan sebagaimana dilaksana negara maju. Rujukan : 1. http://www.akademikpahang.edu.my/v3/berita-semasa/taklimatpendidikan-asas-vokasional.html 2. http://www.cikgublog.com/pendidikan-asas-vokasional-pav/ 3. http://bptv.edu.my/web/index.php?option=com_content&view=article&i d=877%3Apelancaran-transformasi-pendidikan-vokasionalkpm&lang=bm 4. http://malaysiaaktif.my/v2/index.php/News/State/TransformasiPendidikan-Vokasional-Lahir-Tenaga-Mahir.html 5. http://www.hmetro.com.my/articles/Transformasivokasional/Article/ 6. http://myadha.blogspot.com/2012/01/projek-rintis-program-asasvokasional.html 7. http://bptv.edu.my/web/index.php?option=com_content&view=article&i d=811&Itemid=533&lang=bm 8. http://beritasemasa.com/kolej-vokasional-2013-sekolah-vokasional 9. Buku Majlis Konsolidasi Transformasi Pendidikan Vokasional.


Comments

Copyright © 2024 UPDOCS Inc.