nota isu dan trenda

April 5, 2018 | Author: Anonymous | Category: Documents
Report this link


Description

isu dan trenda dalam Pendidikan Pemulihan.. Ini sebenarnya 8semen untuk isu dan trenda dalam pendidikan pemulihan. Lect kami bagi peluang kami buat berdasarkan apa yang kami peroleh semasa di sekolah. means isu2 yang terdapat atau yang saya bincangkan dalam ni semua yang berkaitan. namun ada juga tambahan daripada rakan2. Just want to syer n hope dapat membantu sapa2 yang memerlukan. ;-) Laporan berkaitan isu-isu dan trenda dalam perkembangan pendidikan pemulihan Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan imbuhan. Ianya juga disebut sebagai ‘Remedial education’ di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja. Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak ‘menjadikan pulih’. Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat. Namun hari ini setelah memasuki alam pemulihan untuk beberapa ketika, kami disuruh mendalami dan mengkaji isu dan trenda dalam pendidikan pemulihan di sekolah. Isu dan trenda dalam pendidikan pemulihan di sekolah boleh dibahagikan dengan beberapa bahagian seperti, guru pemulihan, murid pemulihan, pihak pengurusan, peruntukan yang diberikan, bahan bantu mengajar yang digunakan, penglibatan ibu bapa dan akhir sekali kemudahan fizikal. Apabila melibatkan faktor guru isu yang paling popular pada masa ini adalah Sekolah tidak mempunyai guru pemulihan khas. Sekalipun di sekolah mempunyai guru pendidikan khas, namun guru yang dilantik bukanlah guru yang mempunyai kepakaran dalam pendidikan pemulihan. Namun sedikit bernasib baik apabila guru tersebut sentiasa menghadiri kursuskursus berkaitan hingga membuatkan guru itu faham dunia pemulihan sebenar. Satu lagi isu yang sering menjadi masalah dalam kalangan guru itu sendiri adalah Kekurangan guru di sekolah menyebabkan GPK tidak dapat dilantik atau GPK diminta mengajar murid-murid di kelas-kelas biasa. GPK dibebankan dengan tugas-tugas menggantikan guru-guru lain (relief) dan terpaksa menjalankan tugas-tugas bukan mengajar. Sikap negatif sesetengah guru yang tidak berminat dan tidak komited untuk mengajar murid-murid pemulihan khas juga menjadi satu isu dan permasalahan yang dihadapi oleh individu yang terlibat dalam pendidikan pemulihan. Isu yang melibatkan murid jua menjadi satu masalah yang harus menemui jalan penyelesaian secepatnya supaya dengan itu, contohnya Murid kerap ponteng sekolah. Sekiranya murid kerap ponteng sekolah, secara tidak langsung mereka akan ketinggalan beberapa unit pembelajaran didalam kelas mereka. Contohnya sepanjang pratikum 1 yang lepas seorang murid yang berpotensi untuk maju lebih kehadapan telah ponteng selama seminggu. Hal ini memaksa kami menggurkan dia dari kumpulan A (kumpulan paling pandai) dan memasukkannya dalam kumpulan sederhana kerana dia telah tertinggal beberapa unit pembelajaran sepanjang dia tidak bersekolah. Paling serius, terdapat murid yang langsung tidak turun ke sekoalh sehingga mencatatkan sifar hadir sepanjang sebulan kami berpraktikum. Hal ini jelas menggambarkan murid yang terlibat akan ketinggalan berbanding rakannya yang lain. Hal ini bukan sahaja menyukarkan pihak guru pemulihan itu sendiri, malah pelajar itu juga pada masa hadapannya. Selain itu, murid pemulihan tidak kurang yang memiliki sikap negatif terhadap pelajaran. Terdapat murid yang malas, malah ramai yang tidak berminat untuk belajar . Mereka adalah individu yang mempunyai motivasi yang kurang, kurang berusaha, tidak aktif dan tidak berani mencuba. Satu lagi masalah yang sering ditimbulkan oleh murid pemulihan adalah terdapat murid yang terlalu lemah untuk menguasai pelajaran. Tahap pengusaan yang kurang baik, malah boleh dikatakan sangat lemah ini memaksa guru mengasingkannya daripada kumpulan pelajar yang lain. Meskipun kasihan melihat pelajar yang diasingkan namun harus diakui apa yang dilakukan ini adalah untuk kebaikan mereka sendiri kerana hanya pelajaran yang akan membantu mereka suatu hari nanti. Pemerolehan bahan bantu mengajar yang sesuai juga menjadi isu dalam pendidikan pemulihan pada hari ini. Secara keseluruhannya hampir semua sekolah sukar untuk mendapatkan bahan bantu mengajar yang sesuai dan terkini. Bagi Guru pelatih pendidikan pemulihan pula, bahan rujukan sukar untuk didapati dan kurang di pasaran pada hari ini. Pendidikan pemulihan bukan satu topic yang baru malah pemulihan telah diperkenalkan sejak 1960-an lagi. Namun isu rujukan masih menjadi isu dalam pendidikan ini ekoran majoriti rujukan yang adalah adalah dalam bentuk jurnal dan buku-buku bahasa inggeris dan hanya dipasarkan dalam pasaran maya sehingga menelan belanja berates ringgit untuk satu buku. Murid pemulihan sepertimana murid di kelas perdana juga sukar akan bahan bantu mengajar berbentuk elektronik. Mereka bersemangat untuk belajar apabila guru mengeluarkan computer riba. Meskipun computer riba itu sangat membantu, namun saya yakin dan percaya dengan adanya bekalan ‘LCD’ maka pembelajaran akan lebih telus dan berkesan. Selain isu berkaitan guru, murid dan bahan bantu mengajar, isu peruntukan kewangan daripada kementerian untuk pendidikan pemulihan juga seringkali dijadikan isu. Berdasarkan temubual dengan hampir 10 orang guru, rata-rata menyatakan mereka menggunakan duit sendiri untuk menyediakan segala bahan bantu mengajar malah segala keperluan murid di dlaam kelas mengggunakan duit sendiri. Kementerian tidak menyediakan peruntukkan yang spesfik untuk pendidikan pemulihan sebaliknya hanya bergantung kepada panitia bahasa melayu dan matematik memberikan sumbangan. Jelas nilai yang diperlukan jauh lebih tinggi dari nilai yang diberikan. Kemudahan fizikal untuk kelas pemulihan juga sering diabaikan. Ketiadaan bilik yang sesuai dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran pemulihan khas sedikit sebanyak akan menganggu kosentrasi pelajar untuk belajar. Meskipun mereka sekadar murid pemulihan dan tidak memiliki apa-apa keistimewaan pada mata guru biasa malah orang lain, namun mereka juga pelajar yang tidak dipedulikan. Dalam hati kecil mereka tetap menyematsatu harapan ingin berjaya pada masa hadapan. Bermaksud, mereka juga perlukan kelas yang kondusif dan menyelesakan. Paling mengasihankan ada kelas pemulihan diadakan di bilik stor, kantin dan tempat-tempat lain yang tidak sesuai. Isu yang seterusnya adalah penglibatan ibu bapa. Ibu bapa seharusnya mengambil bahagian yang penting dalam usaha memajukan anak-anak mereka. Membiarkan mereka dirumah tanpa hadir kesekolah bukan satu cara yang harus diberikan pujian. Malah membiarkan anak kesekolah kemudian balik ke rumah tanpa menelaah juga bukan satu cara yang baik. Anak harus diberikan pendidikan yang baik dari rumah. Sekiranya ibu bapa yang kurang pandai dijadikan satu alasan untuk mereka tidak mengajar anak-anak mereka, maka berilah perhatian serius ke atas kerja sekolah yang telah dibekalkan. Murid boleh belajar bersama kawan-kawan mereka untuk menyiapkan kerja rumah mereka. Paling penting mereka siapkan kerja rumah kerana melalui kerja rumah itu, guru berusaha untuk membina kemantapan konsep dan isi pembelajaran yang telah diajarkan disekolah pada sesi pembelajaran disekolah. Selain pelajaran, kemudahan dan makanan anak-anak juga harus diambilkira. Kesimpulannya pendidikan pemulihan tidak sepertimana yang disangkakan. Memerlukan kesabaran dan paling penting pengorbanan untuk mendidik murid-murid menjadi sebahagian daripada rakan-rakan yang berada di kelas perdana. Pendidikan pemulihan juga bukan satu cabang profesion perguruan yang lengang tanpa isu-isu yang membimbangkan, malah jika diambilkira, pendidikan pemulihan ini memberi satu cabaran secara tidak langsung kepada guru pemulihan untuk membentuk murid-murid supaya mereka boleh menjadi insan yang membanggakan suatu hari nanti. Belakang pasang diasah lagikan tajam. Tegur biar jujur, ajar biar sabar, didik jangan diherdik disediakan oleh , Normasheeda binti Salleh PISMP Pemulihan Jan 2009 IPG Kampus Batu Lintang ISU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS IKUTI pandangan Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Dr Saedah Siraj, mengenai keperluan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbeza bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah seperti disampaikan kepada wartawan pendidikan Berita Harian, Khairina Yasin. KEGAGALAN atau ketidakupayaan sebahagian murid sekolah rendah menguasai kemahiran asas 3M adalah antara cabaran getir dunia pendidikan hari ini. Biarpun sukar mengenal pasti angka sebenar murid dikategorikan bermasalah itu setakat ini, ramai pakar pendidikan bimbang implikasinya yang mungkin boleh menyebabkan mereka hilang minat ke sekolah. Jika kelemahan murid menguasai 3M ini tidak diatasi sejak Tahun Satu, masalah itu akan berlarutan apabila mereka memasuki Tahun Dua dan seterusnya. Di manakah silap atau apakah kekurangannya? Dalam memperbetulkan keadaan, tidak dinafikan banyak usaha dilaksanakan Kementerian Pelajaran bagi menangani masalah penguasaan 3M ini di kalangan murid. Kaedah P&P berbeza perlu meningkatkan penguasaan 3M di kalangan murid. Antaranya mengadakan kelas pemulihan, kelas khas untuk kanak-kanak istimewa, latihan guru berpendidikan khas, perluasan kempen membaca dan penempatan kaunselor di setiap sekolah. Namun, keberkesanan pelaksanaannya tidak menyeluruh dan belum mampu memberi perubahan besar terhadap perkembangan penguasaan kemahiran 3M di kalangan murid terbabit. Dalam sesetengah keadaan, kurangnya komitmen pengurusan sekolah antara penyebab pendidikan murid tergolong dalam kategori ini, gagal mencapai matlamatnya. Menyisihkan murid terbabit daripada mengikuti pendidikan seperti rakan lain hanya akan menyulitkan langkah mengatasi masalah mereka kemudian hari. Ada juga yang menegaskan kepentingan peranan ibu bapa dalam membantu anak menguasai kemahiran asas berkenaan, namun ia tetap tidak membebaskan guru daripada membantu murid yang lemah itu. Berdasarkan kajian sebelum ini, keperluan langkah penyaringan dan pengesanan awal murid yang belum menguasai 3M penting bagi mengenal pasti pelaksanaan program pemulihan bersesuaian dengan mereka. Langkah awal itu membolehkan murid dikelompokkan berdasarkan punca sebenar kelemahan mereka menguasai 3M sama ada akibat persekitaran, pemakanan atau kesihatan. Pemerhatian mendapati murid lemah 3M boleh dikelompokkan lima kategori, iaitu anak Orang Asli, kanak-kanak istimewa atau pendidikan khas, murid menghadapi masalah psikologi, kanak-kanak terbiar dan mereka yang sememangnya berketurunan tidak boleh membaca atau dungu. Setiap kelompok murid terbabit memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) berbeza bagi memastikan kelemahan pembelajaran mereka dapat diatasi secara berperingkat. Pencarian kaedah P&P mengikut kelompok perlu ditekankan Kementerian Pelajaran kerana jika dilaksanakan secara tunggal, ia tidak boleh diguna atau diaplikasikan kepada semua murid yang gagal menguasai 3M. Keadaan ini wajar dikaji semula di peringkat akar umbi dengan merujuk faktor mempengaruhi masalah penguasaan 3M dalam setiap kelompok murid terbabit sebelum menentukan kaedah P&P yang tepat dan bersesuaian. Dalam kes anak Orang Asli contohnya, kesukaran memberi fokus kepada apa yang diajar menyebabkan mereka gagal menguasai 3M. Hubungan antara pemikiran dengan pergerakan mata agak lambat berikutan wujudnya gangguan yang menjejaskan fokus mereka terhadap pembelajaran. Bagi menanganinya, penggunaan alat muzik dalam proses P&P disifatkan antara kaedah sesuai untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas itu di kalangan anak Orang Asli. Ini kerana mereka amat peka terhadap deria pendengaran. Oleh itu, alat muzik adalah perantara sesuai diguna pakai guru bagi menarik tumpuan kelompok murid masyarakat minoriti itu terhadap pengajaran guru. Malah, banyak kajian luar negara membuktikan penggunaan alat muzik mengikut etnik atau budaya berjaya membangunkan kemahiran 3M di kalangan murid sekolah. PENGAJARAN menerusi lagu atau alat muzik sesuai untuk murid Orang Asli. Bagi kes murid istimewa atau pendidikan khas, kepekaan ibu bapa terhadap proses pengembangan anak dituntut bagi membolehkan kelemahan mereka dikesan sejak awal. Murid disleksia antara kelompok murid yang gagal menguasai 3M, namun disebabkan pengetahuan ibu bapa yang rendah mengenai penyakit itu menyebabkan masalah berkenaan tidak dipandang serius. Malah, ramai ibu bapa termasuk golongan profesional cuba menafikan anak mereka berdepan masalah berkenaan hingga merasakan tidak perlu dibantu. Murid disleksia melihat sesuatu dengan pandangan yang berbeza terutama berkaitan pembelajaran. Sebagai contoh, mereka tidak dapat diajar abjad dengan cepat kerana ada huruf yang akan ditinggalkan disebabkan pemikiran tidak dapat 'membaca' huruf berkenaan. Dalam usaha menangani masalah ini, kaedah P&P haruslah lebih khusus dan perlu dipraktikkan guru yang mahir mengenainya. Selain guru dan murid, keberkesanan program pemulihan ini memerlukan kerjasama dan penggemblengan tenaga semua pihak, termasuk sekolah dan ibu bapa. Apa yang penting, pelaksanaan tindakan progresif menangani masalah penguasaan 3M di kalangan murid ini sepatutnya sejak awal lagi, bukan pada peringkat mereka sudah terlalu jauh tercicir.


Comments

Copyright © 2024 UPDOCS Inc.