Mikroekonomi

May 4, 2018 | Author: Anonymous | Category: Documents
Report this link


Description

Angka Giliran:____________________ -1- [JTW107] UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2006/2007 April 2007 JTW 107 - MIKROEKONOMI Masa : 3 jam Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi SEBELAS muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan. Kertas soalan ini mengandungi 2 Bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Anda dikehendaki menjawab SEMUA SOALAN 1 dalam Bahagian A dan DUA soalan dalam Bahagian B. Jangan ceraikan mana-mana muka surat soalan ini kerana anda WAJIB menyerahkan kembali keseluruhan kertas soalan ini setelah tamat peperiksaan ini. Jawapan soalan Bahagian A hendaklah ditulis pada ruang-ruang kosong yang disediakan di dalam kertas soalan ini. Bahagian ini menyumbangkan 60 markah. Jawapan soalan Bahagian B hendaklah ditulis pada kertas jawapan peperiksaan yang disediakan. Bahagian ini menyumbangkan 40 markah. Ikatkan jawapan anda di Bahagian A kepada jawapan anda di Bahagian B. Kalkulator elektronik yang tidak boleh diprogram boleh digunakan untuk peperiksaan ini. Sila pastikan bahawa anda telah menulis angka giliran dengan betul. Tuliskan angka giliran di setiap kertas jawapan anda. Baca arahan dengan teliti sebelum anda menjawab soalan. …2/- Angka Giliran:____________________ -2BAHAGIAN A (60 markah) SOALAN 1 (Jawab SEMUA soalan dalam bahagian ini.) (a) [JTW107] Fungsi permintaan dan penawaran baju kurung berjenama Selesa ditunjukkan oleh: P = Y – 150 – Q Di mana Y adalah pendapatan pengguna. (i) Jelaskan yang mana keluk permintaan dan yang mana keluk penawaran. Nyatakan sebab-sebabnya. (2 markah) P = 3Q + 20 (ii) Andaikan pendapatan pengguna ialah RM250. Hitungkan kuantiti dan harga keseimbangan pasaran baju kurung ini. (3 markah) ...3/- Angka Giliran:____________________ -3- [JTW107] (iii) Lukiskan secara kasar keluk-keluk permintaan dan penawaran pasaran baju kurung ini dalam Rajah 1. Tandakan titik keseimbangan pasaran baju kurung ini. (4 markah) P Q Rajah 1 (iv) Tandakan lebihan pengguna dan lebihan pengeluar dalam Rajah 1. Hitungkan lebihan pengguna dan lebihan pengeluar pada titik keseimbangan pasaran ini. (3 markah) …4/- Angka Giliran:____________________ -4(b) [JTW107] Fungsi permintaan dan penawaran kasut berjenama Bagus ditunjukkan oleh persamaan-persamaan berikut: 5P = 220 – Q (i) 3P = 20 + Q Hitungkan kuantiti dan harga keseimbangan pasaran bagi kasut ini. (3 markah) Atas sebab-sebab yang tertentu, pihak kerajaan telah memutuskan untuk mengenakan cukai sebanyak RM20 sepasang ke atas kasut Bagus. Cukai ini dikenakan terhadap penjual. (ii) Hitungkan kuantiti dan harga keseimbangan pasaran kasut Bagus selepas cukai dikenakan. (3 markah) …5/- Angka Giliran:____________________ -5- [JTW107] (iii) Lukiskan secara kasar fungsi-fungsi penawaran dan permintaan selepas cukai serta tandakan kuantiti, harga dan titik keseimbangan dalam Rajah 2. (4 markah) P Q Rajah 2 (iv) Hitungkan jumlah hasil cukai yang dipungut oleh kerajaan. (2 markah) …6/- Angka Giliran:____________________ -6(c) Fungsi pengeluaran sebuah firma diberikan seperti berikut: Q = 20L + 65K – 0.5L2 – 0.5K2 [JTW107] Seandainya jumlah kos firma adalah RM2,200, kadar upah buruh RM20 seunit dan sewa modal pula adalah RM40 seunit; (i) Terbitkan persamaan pengeluaran sut buruh (MPL) dan pengeluaran sut modal (MPK). (2 markah) (ii) Hitungkan kuantiti modal dan buruh yang optimum bagi firma ini. (4 markah) (iii) Hitungkan nilai kadar penggantian sut teknik buruh untuk modal. (3 markah) …7/- Angka Giliran:____________________ -7(d) [JTW107] Rajah di bawah menunjukkan keluk garisan belanjawan dan keluk puas sama untuk Encik Johan. Harga seunit barang X diberikan sebagai RM30. Maklumat-maklumat lain diberikan di dalam Rajah 3. Barang Y (unit) 60 E U1 0 40 80 Barang X (unit) Rajah 3 (i) Berapakah jumlah pendapatan Encik Johan? (1 markah) (ii) Berapakah harga seunit barang Y? (1 markah) (iii) Berapakah kuantiti barang Y yang digunakan oleh Encik Johan? (2 markah) …8/- Angka Giliran:____________________ -8(iv) Hitungkan Kadar Penggantian Sut (MRSXY) Encik Johan. [JTW107] (3 markah) (e) Syarikat Albab adalah sebuah firma pengeluar pembaris. Fungsi hasil dan fungsi kos firma ini diberikan oleh persamaan: Q3 TC = 3 – 3Q2 + 12Q TR = 12Q – 2Q2 ; Firma tersebut meminta bantuan anda untuk menentukan fungsi-fungsi berikut: (i) Fungsi hasil purata dan hasil sutnya. (2 markah) (ii) Fungsi kos purata dan kos sutnya. (2 markah) (iii) Fungsi keuntungannya. (1 markah) (iv) Kuantiti output yang akan memaksimumkan keuntungannya. (2 markah) ...9/- Angka Giliran:____________________ -9(f) [JTW107] Syarikat Untung adalah satu-satunya firma pengeluar motorsikal berjenama Laju dengan fungsi kosnya diberikan sebagai: TC = 2Q3 – 3Q2 + 400Q + 5000 Fungsi harga pula diwakili oleh persamaan: P = 4000 – 33Q Sekiranya Syarikat ini ingin memaksimumkan keuntungannya; (i) Hitungkan jumlah output yang mesti dikeluarkannya. (3 markah) (ii) Hitungkan jumlah hasil dan keuntungan syarikat ini pada output tersebut. (4 markah) ...10/- Angka Giliran:____________________ - 10 (g) [JTW107] Syarikat Al-Untung adalah sebuah firma pengeluar baju batik. Firma ini telah mengupah seorang akauntan untuk menghitung kos pengeluarannya. Atas sebabsebab yang tidak dapat dielakkan, akauntan ini terpaksa meletak jawatan. Jadual kos pengeluaran firma ini diberikan dalam Jadual 1. Jadual 1 Output 0 1 2 3 4 TC 24 16 50 108 52 FC VC ATC AVC MC Anda dikehendaki membantu firma Al-Untung menjawab soalan-soalan berikut: (i) Berapakah jumlah kos firma ini bagi mengeluarkan outputnya yang pertama? (2 markah) (ii) Berapakah kos berubahnya bagi mengeluarkan unit output yang ke-3? (2 markah) (iii) Hitungkan kos sutnya bagi mengeluarkan unit output yang ke-2. (2 markah) …11/- Angka Giliran:____________________ - 11 BAHAGIAN B (40 markah) Jawab DUA soalan sahaja. SOALAN 2 (20 markah) [JTW107] Campur tangan daripada mana-mana pihak ke dalam pasaran sesuatu barangan akan menimbulkan herotan pasaran yang akan menggugat kebajikan pengguna dan penjual. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan pasaran? (7 markah) (b) Dengan menggunakan rajah yang sesuai, huraikan secara ringkas maksud lebihan pengguna dan lebihan pengeluar. (7 markah) Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi keanjalan harga. (6 markah) SOALAN 3 (20 markah) Pemaksimuman keuntungan adalah merupakan objektif utama setiap firma. Untuk mencapai objektif ini firma harus menguruskan input-inputnya dengan bijak. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan isokuan? Dengan menggunakan rajah-rajah yang sesuai, beri contoh bentuk-bentuk isokuan yang anda tahu. (7 markah) Jelaskan bagaimana firma menentukan kombinasi inputnya yang optimum dengan meminimumkan kos. Gunakan rajah untuk menyokong jawapan anda di mana perlu. (7 markah) Dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai, tunjukkan perbezaan di antara pulangan berkurangan mengikut skala dan pulangan bertambahan mengikut skala. (6 markah) (c) (b) (c) SOALAN 4 (20 markah) Ahli-ahli ekonomi sependapat bahawa struktur pasaran amat penting kerana ia mempengaruhi gelagat firma. (a) Jelaskan secara ringkas bagaimana ahli-ahli ekonomi mengklasifikasikan struktur pasaran (7 markah) Bincangkan ciri-ciri penting pasaran monopoli. (b) (6 markah) (c) Huraikan secara ringkas kesan terhadap kebajikan sosial sekiranya firma beralih daripada persaingan sempurna kepada monopoli. Gunakan rajah yang berkaitan untuk menyokong jawapan anda. (7 markah) - oooOooo -


Comments

Copyright © 2024 UPDOCS Inc.