Kump 6-Laras Bahasa - Copy

May 3, 2018 | Author: Anonymous | Category: Documents
Report this link


Description

LARAS BAHASA WAJ 3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1 TAJUK: LARAS BAHASA Definisi Kamus Dewan variasi bahasa mengikut penggunaannya; ragam bahasa yang digunakan dalam satu-satu masa. Asmah Hj.Omar (1984 khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Nur Azemah Shahedan (Pelita Bahasa, 1991): suatu konvensi sosial yang tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Rajiee Hadi (Jurnal Dewan Bahasa, 1994) wahana yang membuktikan kemampuan sesuatu bahasa untuk mengungkapkan makna dan maksud dalam pelbagai bidang khusus. Satu variasi bahasa berdasarkan penggunaannya mengikut situasi dan konteks dan menentukan makna dan pengertian yang mengkhusus kepada jurusan, bidang yang tertentu. Jenis-jenis Laras Bahasa Laras Bahasa Biasa Laras Bahasa Iklan / Perniagaan Laras Bahasa Sains Laras Bahasa Media Massa Laras Bahasa Undang-Undang Laras Bahasa Agama Laras Bahasa Sukan Laras Bahasa Sastera / Kreatif Laras Bahasa Ekonomi Laras Bahasa Akademik Laras Bahasa Klasik Laras Bahasa Kanak-kanak Laras Bahasa Biasa Penggunaan dalam perbualan harian Tiada istilah khusus Struktur ayat: mudah, ringkas dan padat Kata pinjaman tidak banyak digunakan Tiada istilah teknikal 8 Potong gaji jika salah guna kenderaan rasmi: KSN PUTRA JAYA: Ketua atau pegawai jabatan yang menggunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk majlis bukan rasmi atau yang tidak diiktiraf kerajaan akan dikenakan tindakan tatatertib, termasuk boleh dipotong gaji. Sehubungan itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman mengarahkan semua ketua jabatan supaya memantau bagi memastikan kenderaan rasmi kerajaan tidak disalah guna oleh mana-mana pihak. (Berita Harian, 1 Julai 2005) Laras Bahasa Iklan / Perniagaan Untuk menyampaikan maklumat berkesan Pemberitahuan fakta yang jelas amat dipentingkan Ayat ringkas dan pendek (kata sifat) Sifat bahasa: imaginatif dan kreatif Tidak mementingkan tatabahasa 10 Kediaman ekslusif gaya hidup moden Sungguh enak dimakan begitu saja! Laras Bahasa Sains Laras ilmiah, berbahasa moden, bersifat formal dan menidakkan bahasa basahan Mempunyai sifat intelektual, saintifik, formal dan objektif berdasarkan kajian dan fakta Istilah sains dan teknikal Ada istilah pinjaman Dibahagikan kepada subbidang seperti laras fizik, biologi, kimia dan teknologi Laras Bahasa Media Massa Peranan media massa adalah untuk melapor atau menyampaikan berita dengan bahasa yang paling mudah diterima pendengar dan pembaca Laras media massa tidak mementingkan tatabahasa, seperti imbuhan dan kata hubung Tiada istilah teknikal dan khusus Laras Bahasa Rencana Bersifat umum Menampilkan berbagai-bagai idea tentang sesuatu isu Gaya bahasa mudah difahami Melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum ataupun terperinci Laras Bahasa Undang-Undang Tidak mengandungi gambar, gambar rajah, graf, jadual, dan sebagainya. Struktur ayatnya terdiri daripada prinsip undang-undang, diikuti oleh syarat, dan diakhiri dengan keputusan undang-undang. Terdapat bentuk frasa sendi nama yang tidak digunakan dalam teks teknikal yang lain. 15 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA AKTA UNVERSITI PERTANIAN MALAYSIA (PEPERIKSAAN) 1980 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA (RAYUAN 1987) Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh perenggan 12 Akta Universiti Pertanian Malaysia (Peperiksaan) 1980, Senat Universiti Pertanian Malaysia membuat peraturan yang berikut: Nama dan Mula Berkuatkuasa: 1. Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan Universiti Pertanian Malaysia(Rayuan) 1987dan hendaklah disifatkan sebagai mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Senat. Laras Bahasa Agama Membincangkan isu agama Ada istilah pinjaman Terdapat petikan Terdapat tamsil ibarat atau kias ibarat untuk pengajaran 17 Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Seseorang muslim yang menanam pohon atau tanam-tanaman , lalu sebahagian hasilnya dimakan burung, manusia, atau binatang, maka orang yang menanam itu mendapat pahala. Laras Bahasa Sukan Menyampaikan maklumat kegiatan sukan Bahasa adalah ringkas, bersahaja dan jelas Ada istilah aktiviti sukan Kosa kata mudah difahami Laras Bahasa Sastera / Kreatif Laras bahasa terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman Ada istilah khusus tentang sastera Bersifat figuratif (penyimpangan makna daripada bahasa biasa) Mementingkan pemilihan diksi berkesan, bahasa tersirat Ada unsur seperti metafora, kiasan, imejan, personifikasi dan hiperbola Bernada puitis dan bersifat komunikatif “…gema itu tending-menendang, berpuing-puing mencetuskan bahana-bahana yang lain. Bahana-bahana itu terus beranak dan bercucu…seribu garis bahana menyirat dinding-dinding tengkoraknya yang besar.” (Petikan daripada novel Daerah Zeni, karya A.Samad Said) Laras Bahasa Ekonomi Berbentuk ilmiah tentang isu ekonomi Ada istilah teknikal ekonomi Tidak mengutamakan struktur ayat Gaya bahasa formal Maklumat jelas dan eksplisit Fakta berdasarkan bukti data dan statistik Laras Bahasa Klasik Teks asal ditulis dalam tulisan Jawi. Tiada tanda bacaan dan perenggan. Banyak menggunakan struktur ayat pasif. Terdapat penggunaan kata praklausa atau kata pembuka ayat, seperti arakian, hatta, kalakian, dll. Mengandungi kosa kata bahasa istana. Tidak terdapat imbuhan asing seperti dalam penggubalan istilah sains dan teknikal. 23 Kata sahibul hikayat, ada beberapa lama antaranya maka datanglah todak menyerang Singapura, berlompatan lalu ke darat; dan segala orang di pantai itu banyak mati, dilompati oleh todak itu. Jika kena dada, terus ke belakang; jika kena leher dan pinggang, terus ke sebelah. Maka tidaklah dapat orang berdiri di pantai itu, lagi banyak mati. Maka gemparlah orang berlarian ke sana-sini, semuanya menyatakan , “Todak menyerang kita. Banyaklah sudah mati orang kita dibunuhnya”. Sejarah Melayu Edisi Shellabear, 1977, hlm. 51. Laras Bahasa Kanak-kanak Kosa katanya terdiri daripada kata akar, kata nama konkrit, kata kerja, dan kata adjektif. Bilangan kosa katanya kurang. Bilangan imbuhan yang digunakan agak terhad. Struktur ayat yang banyak digunakan ialah struktur ayat aktif bentuk tunggal. Bahasa perlambangan tidak digunakan, begitu juga bentuk-bentuk bunga bahasa. 25 Sebelum tidur, nenek menghidangkan susu panas. “Kamu berdua mahu dengar cerita tak? Nenek ada suatu cerita bagus, “kata nenek Kiti. “Cerita apa, nenek? tanya Kiti. “Kamu pernah dengar cerita Semut dan Belalang?” tanya nenek pula. “Tidak pernah,” jawab Kiti dan Bani. Che An Abd.Ghani (1994) Cerita Kiti dan Bani Pulang Kampung, hlm. 16.


Comments

Copyright © 2025 UPDOCS Inc.