UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL DTT5224 KAEDAH MENGAJAR SEMESTER 2 SESI 2012/2013 Tajuk Kerja Kursus: ULASAN JURNAL 2 : KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS BAHASA MELAYU Pengakuan Pelajar: Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri. Saya sedar bahawa tindakan sewajarnya mengikut Peraturan Peperiksaan UMS akan dikenakan sekiranya saya bersalah mengikut peraturan berkenaan. NAMA PELAJAR ROSMAYANTI ANAK BAYANG (PT122314CT) NAMA PENSYARAH DR. KHALID JOHARI KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS BAHASA MELAYU ( The Impact Of Needham Five Phase Constructivisme Model Towards Teaching Literature Component of Malay Language) Oleh Zurainu Mat Jasin & Abdull Sukor Shaari. (2012). Keberkesanan model konstruktivisme lima fasa Needham dalam pengajaran Komsas bahasa melayu . Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 2 (1): 79-92 1.0 PENGENALAN Jurnal yang dpilih untuk dikaji dan diulas bagi melihat kepada pengaplikasian kaedah mengajar ialah “Keberkesanan model konstruktivisme lima fasa Needham dalam pengajaran Komsas bahasa melayu”. Jurnal ini telah ditulis oleh Zurainu Mat Jasin bersama Abdull Sukor Shaari yang dibukukan dalam Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 2(1), pada tahun 2012 dengan jumlah muka surat sebanyak 14 muka surat. Jurnal ini mengandungi enam bahagian utama yang memuatkan bahagian Pengenalan, Sorotan Literatur, Metodologi Kajian, Dapatan, Perbincangan dan Kesimpulan. 2.0 ULASAN JURNAL Pengkaji dalam jurnal ini menerangkan bahawa kajian dijalankan bertujuan mengenal pasti sama ada pengajaran komponen sastera (Komsas) Bahasa Melayu menggunakan Model Lima Fasa Needham (1987) dapat meningkatkan pencapaian murid bukan Melayu. Kajian kuasi eksperimen telah digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini ke atas 80 orang murid Cina di sebuah sekolah meengah di negeri Kedah. Dalam melaksanakan kajian dengan menggunakan Model Lima Fasa Needham tersebut, pengkaji telah membahagikan 80 orang murid itu kepada dua kumpulan , iaitu kumpulan eksperimen diajar menggunakan Model Konstruktivisme, manakala kumpulan kawalan diajar menggunakan pendekatan konvensional. Data yang diperolehi oleh pengkaji telah dianalisis dengan menggunakan Ujian-t. Daripada analisis yang dijalankan oleh pengkaji menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian Pos. Min skor Komsas bagi murid kumpulan eksperimen menunjukkan lebih tinggi berbanding min skor kumpulan kawalan dalam ujian Pasca. 2 Dalam bahagian ini akan membincangkan dan mengulas tentang permasalahan kaedah mengajar dengan memberi fokus kepada objektif kajian, kaedah pengajaran yang diterapkan, kandungan subjek dan aras kelas. 2.1 OBJEKTIF KAJIAN/TUJUAN Kajian ini dijalankan oleh pengkaji bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (Needham,1987) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, kajian yang dijalankan oleh pengkaji juga bertujuan mengenal pasti sama ada minat terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina meningkat secara signifikan atau tidak selepas pengajaran dan pembelajaran menggunakan model yang sama. Berdasarkan kepada objektif atau tujuan kajian ini dijalankan, pengkaji berharap kajian ini dapat memberikan kesan kepada tingkah laku yang positif dalam kalangan pelajar untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu. 2.2 KAEDAH PENGAJARAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM Proses pengajaran merupakan proses bekerja bersama pelajar untuk membantu mereka berkebolehan dan berkemungkinan untuk belajar. Jadi guru mesti merealisasikan proses kerjasama ini supaya kaedah penyampaian ilmiah sampai pembelajaran konstruktivisme kepada murid. Pengkaji telah yang fokus kepada model menggunakan konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987) dalam kajian ini. Mengikut Konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya. Seterusnya model konstruktivisme Lima Fasa Needham merupakan model pengajaran yang telah dicadangkan oleh Richard Needham (1987) dalam kerjanya “Children Learning in Science Project”. Model ini mengandungi lima fasa iaitu orientasi, mencungkil idea, penstrukturan semula idea, aplikasi idea dan refleksi. Dalam kajian ini 3 pengkaji model ini kepada kumpulan sasaran yang merangkumi lima fasa berikut: • Orientasi Guru menyediakan suasana pembelajaran untuk merangsang dan menimbulkan minat murid terhadap pelajaran. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan perhatian murid. Antaranya ialah dengan menunjukkan tayangan video, keratan akhbar, teka-teki, lakonan dan simulasi. • kaedah Pencetusan idea Guru merancang pelbagai bentuk aktiviti seperti perbincangan kumpulan, menggunakan peta konsep serta dengan membuat laporan baharu dengan menghubungkaitkan yang akan mereka pelajari. pengetahuan sedia ada Murid akan berbincang dengan membekalkan pengetahuan dalam kumpulan dan berkongsi pengalaman yang sama serta bahan pembelajaran dan membimbing murid untuk membuat interaksi yang rapat sesama mereka. Guru perlu memainkan peranan sebagai fasilitator pembelajaran inkuri atau pembelajaran berasaskan masalah yang diberi. • Penstrukturan semula idea Guru menyediakan aktiviti atau memberi tugasan berstruktur untuk membolehkan murid mencabar idea asal mereka atau idea rakan, dan membina struktur pengetahuan sendiri yang lebih bermakna dan berkesan. Dalam fasa ini, kemahiran berbahasa akan membantu murid membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula idea mengikut turutan dan setiap satu idea mempunyai kesinambungan idea yang kelihatan tersusun dan terancang. Peranan guru pula ialah mengukuhkan konsep atau idea yang tepat kepada muridnya. • Aplikasi idea Murid akan mengaplikasikan pengetahuan baru dengan menyelesaikan masalah dalam situasi baharu. Situasi ini dapat mewujudkan pemahaman yang baharu dan menggalakkan proses inkuiri di dalam diri murid. • kembali telah Refleksi merenung mereka proses pembelajaran Guru boleh yang menyebabkan perubahan kepada idea mereka. idea asal Murid membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baharu dan Murid juga boleh membuat refleksi untuk melihat sejauh manakah berubah. menggunakan kaedah penulisan kendiri, perbincangan 4 kumpulan dan catatan peribadi murid untuk meneliti atau memantau tahap pemahaman murid-muridnya. Menurut Noor Azliza & Lilia (2002) berlaku peningkatan markah selepas menggunakan prototaip model ini. Malah pelajar lebih memahami tajuk dan berminat belajar di samping pelajar mendapat pengalaman baru dan lebih seronok belajar serta aktif melibatkan diri. 2.3 PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME Pendekatan konstruktivis dalam pendidikan merupakan satu inovasi tentang gaya pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Konstruktivisme menekankan kepada peranan murid dan guru sebagai pembimbing sahaja. Kelebihan pendekatan ini ialah murid berpeluang membina pengetahuan pembelajaran terdahulu dengan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terbaharu. Pembelajaran terdahulu dikaitkan dengan pembelajaran terbaharu. Perkaitan ini dibina sendiri oleh murid. Hal ini kerana menurut teori kontruktivisme ini, konsep-konsep yang dibina pada struktur kognitif seseorang akan berkembang dan berubah apabila ia mendapat pengetahuan atau pengalaman baru. Menurut McBrien & Brandt (1997) konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud (Briner M., 1999). Pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme mempunyai beberapa ciriciri antaranya, memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar serta menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen. Ciri seterusnya mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea, mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid dan menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran. 5 Ciri-ciri lain pembelajaran secara konstruktivisme adalah seperti menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru, menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran, menyokong pembelajaran secara koperatif dan menggalakkan serta menerima daya usaha dan autonomi murid. Terdapat beberapa kelebihan dalam pengaplikasian pembelajaran secara konstruktivisme melalui aspek yang berikut: • Berfikir Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan. • Kefahaman Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang murid yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru. • Mengingat Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. • Keyakinan Murid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. • Kemahiran sosial Murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka. 6 • Seronok Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. 2.4 KANDUNGAN SUBJEK Pengkaji telah memilih Komponen Sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merangkumi Komsas Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 . Perincian topik tersebut adalah seperti berikut; Komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu meliputi karya sastera yang berbentuk cerpen, novel, drama, prosa tradisional, sajak, dan puisi tradisional iaitu pantun, syair, gurindam, seloka dan bahasa berirama. Novel dan antologi sastera yang terpilih dan diperakukan oleh Kementerian Pendidikan turut digunakan. 2.5 SAMPEL : ARAS KELAS Pengkaji telah menggunakan sampel kajian seramai 80 orang pelajar Cina Tingkatan 5 di sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan di negeri Kedah iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Keat Hwa. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen diajar menggunakan model konstruktivisme, manakala kumpulan kawalan diajar menggunakan pendekatan konvensional. setara dari segi pencapaian Komsas Kedua- dua kelas yang dipilih adalah ujian pencapaian Bahasa Melayu mengikut pertengahan tahun. Pengajaran konstruktivisme berdasarkan Model Lima Fasa Needham (1987) dijalankan mengikut langkah berikut: (1) orientasi, (2) Pencetusan idea, (3) Penstrukturan semula idea, (4) Aplikasi idea dan (5) Refleksi. 3.0 3.1 PERBINCANGAN METODOLOGI Pengkaji melaksanakan kajian ini dengan menggunakan kaedah kuasi eksperimental. Kaedah eksperimental ini dipilih oleh pengkaji kerana kaedah ini boleh menghasilkan paling berstruktur kerana kawalan dan prosedur yang hubungan sebab dan akibat. Menurut Noraini (2010), daripada semua jenis penyelidikan, penyelidikan eksperimen dikawal. Penyelidikan ini dijalankan dalam satu persekitaran yang terkawal. Manakala semua 7 data yang diperlukan bagi kajian ini akan diperoleh oleh pengkaji melalui kaedah ujian pra dan ujian pos serta soalan soal selidik. Reka bentuk kajian pula, pengkaji menggunakan reka bentuk Nonequivalent control group of pretest / post-test design. 3.2 INSTRUMEN KAJIAN Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian dengan menggunakan Ujian Komsas Pra dan Ujian Komsas Pasca yang diberikan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Ujian Komsas Pra diberikan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan sebelum pengajaran menggunakan model konstruktivisme Lima Fasa Needham digunakan oleh pengkaji. Selepas mengadakan ujian pra, kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan enam kawalan akan didedahkan kepada pengajaran selama minggu. Kumpulan eksperimen diajar menggunakan model konstruktivisme manakala kumpulan kawalan pula diajar menggunakan model konvensional. Kemudian pengkaji memberikan kepada kedua- dua kumpulan ujian pasca. Ujian kedua bertujuan untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan sesi pembelajaran secara konstruktivisme mahupun secara konvensional. Ujian ini mengandungi satu soalan penulisan yang sama seperti praujian. Soalan ujian yang digunakan ialah soalan standard Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebenar. Pengkaji dalam kajian yang dijalankan turut menggunakan analisis inferensi yang memberikan fokus kepada Ujian-t bagi menjawab persoalan dan menguji hipotesis yang telah dikemukakan oleh pengkaji. Ujian-t digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan nilai min yang signifikan antara Ujian Pra dan Ujian Pasca tersebut. 3.3 DAPATAN Dapatan kajian diperolehi melalui hasil dua ujian iaitu ujian Komsas pra dan ujian Komsas pasca. Pengkaji telah menggunakan data yang diperolehi daripada hasil kedua-dua ujian itu dengan menjalankan analisis inferensi. Hasil kajian tersebut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan H01 adalah diterima kerana tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min skor ujian Komsas pra. 8 Manakala dapatan kajian selepas ujian Komsas pasca dijalankan agak berbeza kerana terdapatnya perbezaan yang signifikan dalam min skor antara pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan setelah model konstruktivisme Lima Fasa Needham diaplikasikan ke atas kumpulan Eksperimen dengan erti kata yang lain H02 ditolak. 3.4 PERBINCANGAN Hasil dapatan kajian terhadap 80 orang murid eksperimen yang terdiri daripada murid Cina dalam dua buah kelas di sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan telah berjaya mengenal pasti bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan yang didedahkan dengan pengajaran konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987) dengan kumpulan yang didedahkan dengan pengajaran konvensional dalam Komsas Bahasa Melayu. Hasil kajian ini bertepatan dengan kajian yang telah dilakukan oleh Noor Azliza dan Lilia (2002), yang mendapati penggunaan Model Lima Fasa Needham (1987), telah memberi kesan yang positif dalam hasil pembelajaran sains. Dalam masa yang sama terdapatnya peningkatan markah yang signifikan terhadap murid yang dikaji selepas menggunakan prototaip dan murid juga didapati lebih memahami tajuk. Dapatan kajian ini juga selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh Subadrah Nair dan Malar Muthiah (2005), mendapati murid lebih mudah memahami mata pelajaran Sejarah dan lebih berminat belajar subjek ini. Abdul Jalil dan Bahtiar (2005), mendapati pembelajaran secara konstruktivisme dalam membimbing murid menulis karangan berpandu telah memberi kesan yang sangat efektif dan signifikan kepada murid-murid kerana belajar bahasa adalah proses yang berterusan dan memerlukan pemerhatian guru kerana penguasaan bahasa juga adalah satu proses sosial yang utama. Situasi ini amat selari dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji kerana didapati pendekatan konstruktivisme telah memberi peluang kepada murid untuk belajar secara berkumpulan dalam melakukan setiap aktiviti. Selain itu, dapatan kajian oleh Fahriye, Zehra dan Aytekin (2008), dalam kajian mereka yang menggunakan Pendekatan Konstruktivisme mendapati bahawa murid dapat mempelbagaikan aktiviti seperti portfolio, kerja kumpulan dan sebagainya. Mereka yang mempunyai masalah bertutur dalam Bahasa Inggeris telah melibatkan diri secara aktif 9 dalam perbincangan kumpulan. Kajian ini juga menyokong dapatan kajian Affendi dan Mohamed Amin (2010), yang menggunakan pendekatan konstruktivisme dalam merangka kemudahan belajar secara atas talian. Kajian mereka mendapati bahawa murid lebih mudah memberi maklum balas sekiranya murid didedahkan dengan pembelajaran konstruktivisme kerana murid dapat membuat pencarian maklumat sendiri mengikut kehendak dan kesediaan masing-masing. 4.0 KRITIKAN Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 menggariskan beberapa pendekatan yang perlu diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2000) telah menyarankan beberapa kaedah dan teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa teknik yang disarankan seperti Pendekatan Berpusatkan Pelajar, Kepelbagaian Teknik, Kepelbagaian Sumber Bahan, Penggunaan Tatabahasa yang Tepat, Pengajaran dan Pembelajaran Bertema, Bacaan Luas, Penggabungjalinan, Penyerapan, Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan. Menurut Abdul Rahim (1998), faktor kegagalan guru dalam penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai menyebabkan pelajar berasa bosan, mengantuk dan berasa jemu. Melalui konstruktivisme, guru akan mengenal pasti tahap pengetahuan murid dan dapat merancang kaedah pengajarannya berdasarkan tahap pengetahuan tersebut. Ilmu pengetahuan yang dimilki murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh minat tersebut dan bukannya pengajaran yang diterima secara pasif. Penggunaan teori konstruktivisme sangat penting kerana ia merupakan satu perubahan paradigma daripada pendekatan behaviourisme kepada pendekatan yang berasaskan teori Kognitif. Kaedah pengajaran konstruktivisme adalah cara terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid lebih mudah memahami subjek pengajaran kerana mempunyai pengalaman sendiri. Manakala bagi mereka yang tiada pengalaman pula, mereka boleh berkongsi bersama rakan-rakan sebaya dan menghubung kaitkan dengan pengalaman yang hampir serupa. Walau bagaimanapun, pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme juga seperti pendekatan pembelajaran yang lain turut mempunyai kelemahan iaitu; 10 Pendekatan ini akan menjadi penghalang kepada kefahaman konsep dalam pembelajaran kerana tidak selaras dengan pandangan saintifik. Oleh yang demikian pendekatan ini boleh menimbulkan kesusahan kepada murid untuk mengasimilasikan dan menyusun idea saintifik baru yang diperolehinya. Ketidaksediaan murid untuk merancang strategi, berfikir, menilai sendiri teori pengajaran berdasarkan pengalaman sendiri. Tidak semua murid mempunyai pengalaman yang sama atau menepati apa yang akan diajar oleh guru. Hal ini secara langsung akan menimbulkan masalah yang menyebabkan sesuatu aktiviti atau proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi tidak berkesan atau mencapai objektif seperti yang diharapkan oleh guru. Setelah meneliti kelemahan pembelajaran pendekatan konstruktivisme, penambahbaikan perlu diambil seperti meningkatkan lagi peranan guru apabila aktiviti dalam kelas diadakan. Selain itu teknik pembahagian kumpulan dalam kalangan murid mestilah berpandukan kepada guru, supaya kumpulan menjadi lebih teratur dan aktiviti dapat dijalankan dengan cepat. Guru juga mesti memberi pengukuhan dan peneguhan kepada murid-murid semasa proses pembelajaran dan pengajaran diadakan di samping memberikan penjelasan yang ringkas dan tepat beserta pujian akan menambahkan minat untuk belajar di kalangan murid. 5.0 KESIMPULAN Selaras dengan perkembangan pendidikan di abad ke 21 ini, didapati corak pembelajaran perlu memberi ruang dan peluang kepada murid untuk mendapatkan sendiri ilmu sementara guru menjadi fasilitator sahaja. Oleh itu, guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan pembelajaran yang sesuai dengan gaya pembelajaran murid bagi mencapai anjakan paradigma pedagogi dunia pendidikan. Kajian ini telah membuktikan bahawa pembelajaran menggunakan model konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987) mampu memberi kesan yang positif dan signifikan bagi meningkatkan prestasi pencapaian murid bukan Melayu dalam Komsas Bahasa Melayu. Jelasnya pendekatan pembelajaran dan pengajaran secara konstruktivisme lebih efektif berbanding pendekatan pengajaran tradisional. Kesimpulannya, pendekatan konstruktivisme wajar dilaksanakan oleh guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan mata pelajaran yang agak membosankan seperti Bahasa Melayu, Sejarah dan sebagainya agar dapat menarik minat murid. 11 RUJUKAN Abdul Jalil Othman & Bahtiar Omar. (2005). Apilikasi pembelajaran secara konstruktivisme dalam pengajaran karangan berpandu. Makalah Pendidikan, 4:6-8. Abdul Rahim Rashid.(1998). Ilmu Sejarah: Teori dan amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Afendi Hamat & Mohamed Amin Embi. (2010). Constructivism in the design of online learnings tools. European Journal of Educational Studies, 2:3-13. Briner,M.(1999).[Online] Dicapai pada 17/12/2012 melalui http://carbon.cudenver.edu/~mryder/itc_data/constructivism.html Fahriye Altinay Aksal, Zehra Altinay Gazi & Aytekin Isman. (2008). A comprehensive look into the learners’ transferable skills related to constructivist approach. World Applied Sciences Journal, 4 (4): 558-567. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu edisi penyesuaian. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Konstruktivisme sebagai perspektif kontemporari yang dominan dalam pembelajaran Sains. Dicapai pada 10/12/2012 melalui http://azman.ipgmksm.edu.my/sce3102/topik9.pdf Mad Rosli Saraamu (2009).Teori Konstruktivisme Model Needham. Dicapai pada 13/12/2012 melalui: http://mrosli79family.blogspot.com/ Mc Brien, J.L. & Brandt, R.S. (1997). The language of learning: A guide to education terms. Alexandria VA: Association for Supervision and Curriculum Development. 12 Needham, R. (1987). Teaching strategies for developing understanding in Science. The University Leeds: Centre for Studies in Science and Mathematics Education. Noor Azliza Che Mat & Lilia Halim. (2002). Reka bentuk dan keberkesanan pembelajaran berbantukan multimedia pendekatan konstruktivisme bagi Sains KBSM. Jurnal Teknologi, 36, 1-38. Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill (M) Sdn Bhd. Penggunaan teori konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran fizik. Dicapai pada 10/12/2012 melalui http://burhan-cikgubob.blogspot.com/2009/02/penggunaanteori-konstruktivisme-dalam.html Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pembelajaran secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Subadrah Nair & Malar Muthiah. (2005). Penggunaan model konstruktivisme lima fasa Needham dalam pembelajaran sejarah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 20:21-41. 13