Kerja berpasukan 2

April 5, 2018 | Author: Anonymous | Category: Documents
Report this link


Description

Pengenalan Kerja diamalkan di sekolah pada masa kini untuk membantu meningkatkan keupayaan individu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pihak pengurusan telah lama mengamalkan kerja berpasukan di sekolah tetapi masih tidak begitu ketara dan terdapat memahami konsepnya. Dekad ke-21 ini menampakkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amat menggalakkan amalan pengurusan yang organisasi di bawahnya. . Antara penekanan yang diberikan adalah kerja berpasukan. Melalui kerja berpasukan dalam semua sektor akan dapat meningkatkan produktiviti, interaksi antara ahli dalam pasukan, memberi kepuasan kerja serta dapat bersama menyelesaikan sesuatu masalah yang kompleks. Definisi Kerja Berpasukan Menurut Yeop Hussin Bidin (2006), kerja berpasukan bermaksud kerjasama antara pengurus ataupun ketua jabatan yang bertanggungjawab merancang, dan kakitangan yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik. Ini kerana segala masalah dapat diselesaikan dengan tolak ansur dan muafakat. Justeru, pengurus dan ketua jabatan perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengurus kerja berpasukan. Mereka perlu didedahkan dengan ciri-ciri kerja berpasukan dan faedah yang bakal diperoleh. Sumbangan besar kerja berpasukan adalah muafakat dalam melaksanakan tugas ataupun projek. Firman Allah S.W.T: berkualiti dalam sebahagian guru masih kurang berpasukan merupakan satu cara kerjasama yang perlu -1- Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan dan bertakwa serta janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan pencerobohan. ( Surah al-Maa’idah 5:2) Menurut Abd. Aziz (2003) pula, kerja berpasukan sama ada dari segi keupayaan, kepakaran, Mereka masing-masing adalah gabungan dan dan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung kemahiran pengetahuan. yang mencabar. Merujuk Zainal Ariffin (1998), pasukan kadangkala dikenali sebagai kelompok atau kumpulan yang bekerjasama untuk mencapai matlamat spesifik jabatan atau organisasi. Merujuk Saari (1991), kerja kumpulan yang melaksanakan pasukan dan berusaha untuk mewujudkan keadaan kerjasama. Kerja berpasukan ini sangat penting di laksanakan di peringkat sekolah. Guru-guru tidak boleh bekerja secara individu, terutamanya bagi menyelesaikan kerja-kerja yang rumit. Melalui kerja berpasukan dapat menggalakkan penyataan perasaan, inovasi dan perkembangan fikiran ke arah penciptaan yang lebih kreatif. Malahan, kerja berpasukan juga merupakan salah satu dimensi yang boleh menyumbang ke arah peningkatan kualiti pendidikan. Menurut Hadyn dan Mc Donnel (1996), pasukan yang efektif adalah terdiri daripada dua atau lebih individu yang mempunyai matlamat khusus untuk dicapai dan semua ahli terlibat secara aktif untuk merealisasikan matlamat secara usahasama. Kerja tugas bersama-sama, ia berfungsi sebagai sebuah berpasukan ialah sesuatu mempunyai akauntabiliti komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugas -2- berpasukan merupakan suatu unit dalam organisasi yang berinteraksi untuk berkongsi maklumat dan keputusan bagi membantu ahli-ahli pasukan menjalankan tugas dalam ruang sempadan tanggungjawab yang ditetapkan. Ia juga merupakan gabungan usaha, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dilakukan secara sinergi untuk menghasilkan prestasi kerja melebihi input yang dilakukan secara bersendirian. Melalui kerja berpasukan akan membolehkan organisasi meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber. Kerja berpasukan juga akan dapat menyatupadukan seluruh kakitangan jabatan atau panitia dalam menjayakan peningkatan kualiti kerja. Kerja berpasukan di sekolah terutamanya di kalangan Ketua Bidang dan Ketua Panitia akan menentukan keberkesanan jabatan berkenaan dan seterusnya menyumbang ke arah peningkatan kualiti kerja dan kualiti pendidikan di kalangan guru serta memberi kepuasan kerja kepada mereka. Kerja berpasukan akan memudahkan pertukaran maklumat dan idea di kalangan Guru Kanan dan Ketua Panitia, mewujudkan perasaan saling mempercayai, mengukuhkan komunikasi dalam jabatan serta menuju ke arah peningkatan kualiti yang berterusan dalam organisasi sekolah. Kajian-kajian yang berpasukan boleh memberi berasaskan input visi dan kepada misi organisasi sekolah. sekolah untuk mencapai (1998) kejayaan sekolah Contohnya, kajian Weller membuktikan peranan kerja berpasukan adalah menuju ke arah kejayaan dalam organisasi sekolah. Manusia mengharapkan adanya kerjanya, kerana kepuasan kerja dapat pekerja. Menurut Whether dan Davis dalam Safrizal (2004), kepuasan akan dapat ditingkatkan melalui kerja berpasukan yang berkesan. Salah satu faktor yang dapat mempengaruhi kepuasan kerja guru adalah kepimpinan yang efektif dalam kerja berpasukan, tetapi kualiti seseorang pemimpin tidak kepuasan dalam memberikan kesan yang positif lepas telah membuktikan bahawa kerja kepada produktiviti, perlakuan koperatif, kepuasan hidup, dan kesihatan -3- menjamin memberi kepuasan kerja kepada orang bawahannya kerana ia amat bergantung pada persepsi dan penerimaan gaya kepimpinan daripada orang bawahannya. Bagi membentuk pasukan kerja yang efektif merupakan satu agenda yang menjadi keutamaan pihak pengurusan sekolah. Isu-isu pendidikan tidak lagi hanya berkaitan dengan sistem pendidikan dan persekolahan, tetapi juga melibatkan pelbagai faktor lain yang mempengaruhi kualiti pendidikan. Oleh itu, pendekatan pengurusan sekolah haruslah bersifat holistik, iaitu melibatkan semua pihak dan dibuat secara berterusan. Oleh yang demikian, kerja secara berpasukan amat penting diamalkan di sekolah untuk menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Keberkesanan kerja berpasukan bergantung kepada ahli pasukan bersemangat untuk bekerjasama, menerima dan menggunakan kekuatan yang ada pada setiap ahli dalam pasukan, dan sentiasa memberikan galakan antara sesama mereka dalam menjalankan tugas masing-masing. Setiap ahli perlu memberi perhatian yang sepenuhnya kepada matlamat yang telah ditetapkan dan mereka perlu juga mengambil berat dan prihatin terhadap sesama ahli dalam pasukan mereka. Selain daripada itu, aspek yang perlu diberi perhatian ialah kepuasan kerja yang merupakan kesan daripada keberkesanan kerja berpasukan. Kepentingan Kerja Berpasukan Maddux (1993), membuktikan dalam kajian beliau bahawa peningkatan produktiviti semakin bertambah jika kerja dilakukan secara berpasukan berbanding kerja secara individu. Kepentingan kerja berpasukan dalam jabatan adalah jelas dan tidak boleh disangkal lagi dengan meningkatnya tugas dan tanggungjawab Ketua Jabatan, Panitia serta guru di sekolah akibat pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan dalam sistem pendidikan sekolah. -4- Menurut Ahmad Fadzli Yusof (2004), seseorang itu dianggap benarbenar cemerlang jika dia boleh mencipta situasi ‘saling kebergantungan’ antara satu sama lain. Dalam buku beliau juga memperkatakan kemahiran kerja berpasukan yang mana menjadi salah satu jenis ‘kerja dengan orang lain’ yang paling popular dan berkesan. Sudah banyak organisasi-organisasi besar dan pakar-pakar pengurusan menekankan kepentingan kerja berpasukan kerana ia adalah penyumbang terbesar kepada kejayaan gergasi korporat dan prestasi mengagumkan pertubuhan-pertubuhan induk dunia. Antara kemahiran kerja berpasukan yang perlu di terokai seperti komunikasi dalam pasukan, membuat kreativiti, keputusan beramai-ramai, mengendalikan membuat konflik, membina kepemimpinan, memotivasikan, penilaian,memberi ganjaran, dan sebagainya. Kerja berpasukan yang berkesan penting dalam sesebuah organisasi sekolah kerana ia menjadi panduan kepada setiap anggota tentang cara bekerja yang paling baik. Contohnya, Jika jabatan atau panitia itu sentiasa memberi perhatian kepada keperluan dan perasaan ahli, tiba-tiba ada seorang ahli yang marah seorang ahli lain,setiap ahli dalam jabatan atau panitia tidak akan dapat menerima kelakuan ini kerana kemarahan itu tidak disebabkan oleh sesuatu perkara yang munasabah. Dalam kerja berpasukan, setiap anggota tidak akan melambatkan kerjanya. Jika ada seseorang ahli tidak menghabiskan kerjanya walaupun masa yang secukupnya sudah diberi, tentulah ia tidak akan senang duduk, kerana semua ahli dalam jabatan pasti akan melihatnya dengan pandangan yang sinis. Selain itu, dalam kerja berpasukan, jika sifat tolong-menolong itu sudah menjadi tradisi dalam jabatan, maka setiap ahli tidak akan segan untuk bertanya sesuatu kepada siapa pun apabila ia ada masalah. Sebaliknya, jika amalan tidak pernah dilaksanakan, sudah tentu masingmasing akan bekerja bersendirian. Merujuk Jean (2002) dalam kajian beliau menghujahkan bahawa kepentingan kerja berpasukan melibatkan sekumpulan manusia yang -5- mempunyai komitmen tinggi terhadap tujuan umum, berkemahiran tinggi dan bersetuju kepada matlamat pencapaian yang khusus di mana semua ahli pasukan saling bertanggungjawab dalam suatu organisasi. Maka, kerja berpasukan yang berkesan perlukan visi, misi, wawasan dan matlamat yang jelas dan ringkas. Matlamat ini mesti diketahui oleh semua ahli pasukan supaya masing-masing faham dan ketahui tanggungjawab mereka. Semua ahli perlu tahu apa yang hendak dicapainya. Chand et.al (1998) pula, dalam kajian mengenai kepentingan pasukan kerja dan keberkesananya telah menyatakan bahawa cara yang paling berkesan untuk menyelaraskan usaha dan kepakaran bagi mencapai keputusan yang dihasratkan ialah kerja berpasukan. Banyak pendapat tentang pentingnya kerja berpasukan kepada organisasi sekolah dalam mengendalikan urusannya. Satu pendekatan yang praktis untuk mendapatkan kerjasama tenaga ahli pasukan ialah dengan melibatkan mereka dalam pengendalian urusan-urusan sekolah. Faedah-faedah yang diperolehi ahli pasukan termasuklah perkembangan kefahaman yang lebih baik tentang matlamat organisasi, penyelesaian masalah yang lebih efektif, galakan untuk menjadi kreatif, motivasi dan moral yang meningkat, peluang untuk mengenal pasti dan mengembangkan kepimpinan dan komunikasi yang lebih baik (Zaidatol, 1990). Kerja berpasukan adalah penting kerana ia dapat membina semangat kerja dalam kalangan Ketua Panitia yang akan menentukan keberkesanan jabatan berkenaan dan seterusnya menyumbang ke arah peningkatan kualiti pendidikan dan kualiti pembelajaran di kalangan ahli pasukan serta memberi kepuasan kerja kepada mereka. Semangat kerja berpasukan ialah unsur yang menyatupadukan seluruh ahli jabatan dalam menjayakan peningkatan kualiti. Semangat kerja berpasukan ini boleh dipraktikkan melalui kerjasama, komitmen di dalam -6- program-program peningkatan kualiti yang diperkenalkan oleh jabatan. Semangat berpasukan di kalangan ahli pasukan boleh diperkukuhkan melalui usaha yang bersungguh-sungguh oleh pihak pengurusan. Tindakan-tindakan pasukan, memberi yang sesuai diambil bagi tujuan ini ialah menjalankan kempen kesedaran, mengadakan latihan, mewujudkan struktur pengiktirafan dan memberi lebih kuasa bertindak (empowerment) kepada pasukan kerja. Semangat berpasukan adalah unsur yang menyatupadukan seluruh kakitangan jabatan atau panitia dalam menjayakan peningkatan kualiti. Semangat kerja berpasukan akan memudahkan pertukaran maklumat dan idea dalam kalangan ahli pasukan, mewujudkan perasaan saling mempercayai di kalangan ahli, mengukuhkan komunikasi di dalam jabatan atau panitia ke arah peningkatan kualiti yang berterusan dalam organisasi sekolah. Menurut organisasi, dan Fields kualiti (1993), tidak kualiti wujud amat dengan penting dalam sesebuah adalah sendirian, kualiti perubahan budaya yang mengutamakan proses menambahbaik dan prinsipprinsip yang berkualiti akan berkekalan. Semangat pembangunan kerja berpasukan dapat dapat membendung dengan seseorang itu daripada terbabit dalam salah laku dan gejala negatif kerana segala urusan ekonomi diimbangkan pembangunan kemanusiaan seperti integriti, akauntabiliti dan ketelusan. Menurut beliau, integriti yang kukuh dalam pasukan berupaya membendung kelemahan dalam pentadbiran, perkhidmatan dan pengurusan kewangan serta menjauhkan individu daripada perlakuan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Beliau mahu nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bekerjasama dibentuk. Kajian-kajian lepas telah membuktikan bahawa kerja berpasukan boleh memberi input kepada mereka dan kejayaan sekolah berasaskan visi dan serta sentiasa bermusyawarah diterapkan di kalangan kakitangan supaya satu pasukan bekerja yang lebih berkesan dapat -7- misi sekolah serta matlamat sekolah. Recardo et.al, (1996), menyatakan bahawa high involvement high performance dan penglibatan serta komitmen akan memberi hasil yang memberangsangkan. Kerja berpasukan akan dapat memberi peluang kepada ahli dan ketua bekerja secara bersama dan berkesan demi kebaikan pelanggan. Pasukan yang efektif adalah yang terdiri daripada dua atau lebih individu yang mempunyai matlamat khusus untuk dicapai dan semua ahli terlibat secara aktif untuk merealisasikan matlamat secara usahasama. McDonnel, 1996). (Hadyn and Keberkesanan Kerja Berpasukan Francis dan Young (1992) menyatakan bahawa, keberkesanan kerja berpasukan mempunyai enam kekuatan iaitu: i. kelemahan seseorang individu dalam pasukan akan dineutralkan oleh anggota pasukan lain. ii. kerja pasukan membina persetujuan dan komitmen kepada matlamat organisasi. iii. perhubungan pasukan merupakan motivasi yang paling kuat. iv. v. ahli pasukan dapat bekerja bersama dengan berkesan, berjaya dan pasukan dapat mendisiplinkan ahli-ahlinya iaitu pemikiran negatif seolahwujud di kalangan ahli. vi. kemahiran pasukan membolehkan ahlinya menyertai pasukan baru dan mencapai gembira. olah tidak kekuatan -8- keberkesanan berpasukan dengan cepat. Sehubungan dengan itu, Kazemark (1991) telah membangunkan Model Komprehensif dengan menyenaraikan 10 kriteria kerja pasukan yang berkesan iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. matlamat yang difahami dan dipersetujui konflik yang berlaku dapat ditangani dengan baik ahli berkongsi peranan kepimpinan keupayaan ahli digunakan sepenuhnya komunikasi terbuka dan penglibatan di mana ahli tahu apa yang berlaku dalam pasukan ahli menyokong kawalan dan prosedur pasukan penglibatan dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan pengujian dan kreativiti digalakkan menilai fungsi dan proses dengan kerap setiap ahli memahami peranan dan tanggungjawab dan had kuasa masing-masing. Manakala, Archer (1996) juga telah menyenaraikan ciri-ciri kerja berpasukan yang berkesan iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. diri. 8. berkomunikasi secara terbuka dan berkongsi sumber yang sedia ada kepimpinan yang dinamik serta mendapat sokongan daripada organisasi ahli pasukan yang mempunyai wawasan bersama matlamat kerja berpasukan adalah jelas latihan yang mencukupi dan bersesuaian autoriti dan peluang membuat keputusan menghargai nilai konflik yang wujud. menghormati perbezaan individu dan menggunakannya sebagai refleksi -9- 9 . kesanggupan menikmati kejayaan dan memikul beban bersama. Keberkesanan kerja berpasukan akan memperlihatkan sembilan komponen yang disebut sebagai ‘peta’ oleh McGregor, Likert dan Blake & Mouton (1964) dalam Tengku Abd. Aziz (1999) iaitu nilai yang jelas dan dikongsikan, tugas yang jelas, kepimpinan mengikut keadaan, bangga dengan pasukan, maklum balas dan kaji semula, sikap terus terang dan ikhlas, membuat keputusan bersama dan penekanan pada tindakan. Kajian Weller (1998) telah membuktikan peranan TQM dan kerja berpasukan membawa kejayaan di peringkat sekolah dan organisasi sekolah. Menurut beliau lagi, perkongsian maklumat, idea, inovasi dan bekerja secara komited memberi tranformasi kepada sekolah ke arah sekolah berkualiti. Peningkatan kualiti bukanlah usaha yang boleh diserahkan kepada seseorang secara individu. Ini kerana masalah-masalah dalam proses kerja adalah bersifat kompleks, melibatkan berbagai bahagian dan sistem. Oleh itu , lazimnya penyelesaian masalah tersebut adalah di luar kemampuan individu. Dalam keadaan yang demikian setiap pihak dalam jabatan perlu bertindak secara berpasukan supaya segala kekuatan dan sumber yang ada dalam jabatan dapat digemblengkan sepenuhnya. Sekolah yang berkesan melahirkan murid, pekerja dan organisasi yang berkualiti. Keberkesanan kerja berpasukan dalam jabatan menjadi salah satu elemen kualiti menyeluruh yang dapat membantu pihak pengurusan mencapai visi dan misi sekolah dengan cemerlang. Konsep Pengurusan Kualiti Menyeluruh atau TQM (Total Quality Management) telah diperkenalkan sejak tahun-tahun 1920an dan terus mendapat sambutan selepas dipelopori semula oleh Edward Demings, 1950an dan tahun 1980an telah bangkit sebagai suatu cara peningkatan kualiti dan kaedah pengurusan yang bersistematik dan berstrategi di seluruh dunia. Salah satu daripada prinsip-prinsip yang menyokong pengurusan kualiti menyeluruh ialah mengukuhkan semangat berpasukan. - 10 - Kerja berpasukan dalam konteks pendidikan ialah usaha meningkatkan kualiti pendidikan. Dalam sektor pentadbiran semangat berpasukan bermula dengan perkembangan budaya kerja kualiti dalam awal tahun 1990an (Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Bilangan 7 tahun 1991). Kualiti menyeluruh (TQM) adalah di mana semua ahli kerja berpasukan berusaha ke arah meningkatkan hasil atau perkhidmatan kepada pelanggan dalaman dan luaran organisasi (Lussier, 1998), manakala TQM atau kualiti menyeluruh pendidikan menurut Fields (1993) merangkumi komitmen semua pihak dalam sistem pendidikan iaitu ibu bapa, guru, pelajar, masyarakat, pemimpin dan kerajaan. Bila wujud semangat kerja berpasukan, maka jabatan akan mencapai matlamat dalam jangka masa yang singkat dan seterusnya mencapai kualiti. Kerja berpasukan dapat mengenal pasti masalah kualiti, dapat mengkaji masalah dan membuat cadangan serta boleh digantikan dengan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK). Matlamat KMK adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti kerja melalui kebolehan menyelesaikan masalah di kalangan ahli kerja berpasukan,mewujudkan semangat bekerja secara berpasukan, penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja yang positif. Dengan melalui penglibatan dan minat terhadap kerja akan memberi dorongan kerja yang tinggi kepada ahli pasukan dan mewujudkan kesedaran tanggungjawab terhadap diri sendiri, pasukan, jabatan dan sekolah. Terdapat banyak faedah yang boleh diperolehi dari pelaksanaan KMK. Di antaranya ialah mengeratkan perhubungan di antara pekerja dan pengurusan,memupuk kerjasama di kalangan pekerja dan memberi kepuasan bekerja. Begitu juga,dengan dorongan diri untuk bekerja akan memberi bakat keyakinan mengenai kebolehan ahli pasukan, mengasah kepimpinan dan menggalakkan daya kreativiti dalam kalangan ahli pasukan, memperbaiki sistem dan cara bekerja serta membina semangat kerja berpasukan. - 11 - Kelebihan Kerja Berpasukan Menurut Spiegel Cresencio Torres (1994) kerja berpasukan memberikan banyak faedah kepada pasukan mahupun ahli dalam pasukan tersebut. Dari segi faedah pasukan, ia akan meningkatkan produktiviti kerja, meningkatkan kualiti kerja dan meningkatkan moral pekerja. Dari segi faedah individu pula, ia dapat mengurangkan tekanan kerja dengan tanggungjawab dikongsi bersama, mereka akan merasakan diri dihargai oleh ahli dalam pasukan, kebolehan individu boleh dikongsi bersama dengan ahli pasukan dan pengalaman setiap ahli pasukan boleh dijadikan panduan kejayaan. Dengan itu, kejayaan akan dikongsi bersama ahli pasukan. Selain ini, kerja berpasukan mempunyai kelebihan seperti meningkatkan ransangan, mengeratkan tali persaudaraan dan setia kawan antara pekerja, mengurangkan sebarang pergeseran, atau berpuak-puak yang selalunya merupakan angkara yang tidak sihat dan mewujudkan perasaan seronok bekerja. Ahli pasukan akan sentiasa suka menghasilkan kerja yang paling baik dan mampu mewujudkan suasana yang intim. Mereka juga akan meningkatkan perasaan bangga kepada pasukan dan organisasi. Pasukan kerja yang berjaya akan memiliki ciri-ciri tersendiri dengan hasil yang menguntungkan semua pihak. Ciri-ciri am kerja berpasukan adalah sempadan yang jelas, manfaat daripada kemahiran yang pelbagai, tugasan yang jelas untuk dipersembahan, mempunyai sasaran tarikh, bergantung pada kerjasama, bilangan ahli yang tidak terlalu ramai, akauntabiliti individu dan saling bergantung, kerja secara kolektif, aktif dalam penyelesaian masalah, perbincangan secara terbuka, saling bergantung dan kepimpinan berkongsi (Berk & Lintern, 2000). Pasukan kerja yang efektif dianggap sebagai pemangkin yang terkuat untuk melaksanakan perubahan organisasi (Katzenbeg dan Smith dalam Tengku Abd Aziz, 1999). Pasukan kerja yang berkesan tidak akan wujud secara kebetulan. Pasukan berkesan perlu dilahirkan dengan sengaja dan diurus secara sistematik. Maka dalam konteks organisasi sekolah, pasukan - 12 - kerja yang diwujudkan adalah bertujuan dan memiliki matlamat yang jelas (Tengku Abd. Aziz, 1999). Sebelum ditinjau lagi adalah wajar meninjau teoriteori pengurusan yang membicara kerja berpasukan. Manfaat yang akan diperolehi oleh Jabatan Bahasa ( Panitia ) dengan bertindak sebagai kerja berpasukan ialah berbagai bidang kepakaran, pengetahuan dan kemahiran dapat digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini akan melahirkan penyelesaian yang berkesan. Mereka bertindak secara berpasukan boleh membantu meningkatkan moral kakitangan dan kepuasan bekerja kerana mereka sama-sama diberi peluang menyelesaikan masalah-masalah kualiti jabatan. Masalah-masalah yang dikongsi bersama oleh berbagai fungsi dan bahagian boleh diselesaikan dengan cepat dan berkesan kerana cadangan yang dibuat oleh kakitangan secara berpasukan akan lebih mudah untuk dilaksanakan berbanding dengan cadangan yang dibuat oleh individu. Apabila kakitangan mengamalkan semangat berpasukan, mereka akan secara langsung boleh mengukuhkan tiga aspek yang penting kepada proses peningkatan kualiti iaitu pertukaran maklumat dan idea-idea dan lebih meluas, semangat saling percaya-mempercayai dalam kalangan kakitangan dan komunikasi yang lancar di dalam organisasi. Ahli kerja pasukan akan mempunyai peluang yang luas untuk bertukar pengetahuan, pengalaman, maklumat dan idea dengan rakan sekerja melalui kerja berpasukan. Pekerja ini akan meningkatkan kebolehan seseorang ahli dalam pasukan mencetuskan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif bagi mempertingkatkan kualiti kerja yang dijalankan. Dalam suasana kerja berpasukan, ahli pasukan mudah menjalankan perasaaan percayamempercayai sesama mereka. Dengan perasaan ini individu akan merasa bebas dan lebih yakin untuk bertindak dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Dengan itu mereka akan dapat membuat keputusankeputusan dengan cepat, menggunakan budi bicara dengan sempurna dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada di dalam diri masing-masing bagi mengerakkan proses peningkatan kualiti. - 13 - Perasaan percaya-mempercayai yang ada di kalangan ahli pasukan itu seterusnya akan memudahkan proses komunikasi di dalam jabatan. Dengan ini, di dalam jabatan bebas berhubung antara satu sama lain untuk berkongsi data dan maklumat serta sumber-sumber lain. Ini seterusnya memupuk kerjasama dan keadaan saling bergantungan di antara jabatan, yang mana akhirnya boleh membantu memantapkan prestasi jabatan. Penutup Keberkesanan kerja berpasukan dalam jabatan di sesebuah sekolah amat penting. Ini disebabkan kerja berpasukan yang berkesan mengutamakan kualiti kerja dan produktiviti seterusnya membina kepuasan kerja lalu dapat membina inovasi dan kreatif di kalangan Ketua Panitia dalam jabatan. Kerja berpasukan yang berkesan juga akan mengurangkan masalah pembaziran tenaga dan meningkatkan semangat dan daya motivasi di kalangan ahli pasukan dalam jabatan. RUJUKAN Abd. Aziz Yusof,(2000). Pengurus dan Gelagat Organisasi di Abad ke-21. Kuala Lumpur: - 14 - Prentice Hall. Ab. Aziz Yusof (2003). Mengurus Pasukan Kerja Prestasi Tinggi. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Ab. Aziz Yusof (2004). Kepemimpinan Dalam Mengurus Perubahan. Dari Dimensi Kemanusiaan. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Ahmad Fadzli Yusof (2004). Mengurus Kerja Berpasukan. PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd. Berk, M.&Lintern,S. (2000). What Is Team Work. University of South Austrralia: Flexible Learning Centre. Chand, Sunil; Holm, Maudie, L. (1998). Managing for Result Through Teams. Community College Journal of Research & Practise: 22.4. 363-380. Fields.J.C.(1993). Total Quality For Schools: A Suggestion for American Schools. Wisconsin: ASQC Quality Press. Hadyn.Ingram and McDonnel.B. (1996). Effective Performance ManagemantThe Teamwork Approach Consider. Managing Service Quality.6(6). 38-42. Kazemark, E. (1991). Ten Criteria for Effective Team Building. Health Care Financial Managemant. Maddux Robert. B.(1993). Membina Semangat Berpasukan: Latihan Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. - 15 - Recardo R.J., David., Mention III, A.Charles, Jennifer.J(1996). Teams Who Needs Houston. Texas: Gulf Publishing Company. Spiegel, J. and Torres, C (1994). Manager's Official Guide to Team Working. California: Pfeiffer & Co. Weller.D.L.(1998). Unlocking the Culture for Quality Schools:Reengineering. International Journal of Education Management.12/6. 250-259. Zainal Ariffin Ahmad (1998). Perlakuan Organisasi. Shah Alam: Fajar Bakti. - 16 -


Comments

Copyright © 2024 UPDOCS Inc.