GWP 1092 Wacana Penulisan GWP 1092 Wacana Penulisan Oleh: Muhammad Zahrul Lail Bin Rabaei Nama pensyarah: Mohd Sarifuddin Bin Mat Salleh Keutuhan semantik. A. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana. i. Hubungan Sebab dan Akibat . Contoh : -Amir tidak bersungguh-sungguh semasa belajar. Dia gagal dalam peperiksaan. -Dia sangat mengantuk. Dia tertidur. ii. Hubungan Sebab Dan Tujuan. Contoh : - Nabila sangat rajin belajar. Dia ingin berjaya dalam pelajaran. - Murid ini rajin. Ia mahukan kejayaan yang cemerlang. iii. Hubungan Sebab Dan Hasil Contoh : -Aisyah sangat rajin belajar. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. -Dia seorang pekerja yang amat rajin bekerja. Pendapatannya melebihi pendapatan seorang menteri. iv. Hubungan latar dan kesimpulan Contoh : Lagu itu sungguh enak didengar. Sebenarnya M.Nasir yang menciptanya. v. Hubungan memperkuatkan isi. Contoh : Sungguh cantik gadis itu. Rambut ikal mayang, berlesung pipit dan hidung mancung. B. Hubungan semantik dari segi konteks atau latar wacana i. Kesatuan tajuk atau topik Contoh : Wajahnya berseri-seri. Dia amat gembira sekarang. Perubahannya sungguh-sungguh di luar dugaan. (Orang yang dimaksudkan itu dahulunya muram dan sering bersedih.) ii. Hubungan Sosial Antara Penutur Dan Pendengar. Contoh : A: Sudah siap? B: Belum. Bekalan tidak mencukupi. (Kedua-dua penutur memahami apa yang dimaksudkan walaupun orang lain mungkin tidak memahaminya) iii. Laras Bahasa yang bersesuaian. Contoh: Laras bahasa dalam iklan. Walaupun ayat-ayatnya diucapkan secara terputus-putus tetapi kita dapat memahaminya dan dapat menganggapnya sebagai wacana kerana itu adalah cara penyampaiannya. Keutuhan leksikal. Berdasarkan pemilihan dan penggunaan perkataan yang sesuai dengan makna yang ingin disampaikan. a. Antonim Contoh: Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negara b. Sinonim Contoh: Ali seorang yang rajin. Kegigihannya belajar membolehkan dia melanjutkan pelajaran ke universiti c. Hiponim Kata yang maknanya terangkum dalam makna kata lain. Contoh: Dia menanam pokok melur, cempaka, bunga raya dan bunga kertas di halaman rumahnya. Jadi halaman rumahnya nampak indah dengan pokok-pokok bunga tersebut. d. Homonim Kata yang bunyinya sama,tetapi mempunyai erti yang berlainan Contoh: Bukit yang aku daki sebentar tadi sangat tinggi . Aku berasa letih kerana mengeluarkan banyak peluh sehingga badan ku dipenuhi daki e. Pengulangan kata yang sama Contoh : Aminah memang mudah menangis . Disebabkan perkara kecil pun dia menangis. Semasa gembira pun dia menangis . f. Kolokasi Dua perkataan atau lebih yang masing-masing merupakan perkataan tersendiri , tetapi kebiasaannya dikaitkan antara satu sama lain. Contoh : Pembalakan haram itu menggugat habitat flora dan fauna. Banyak haiwan liar seperti harimau, gajah, badak sumbu, dan lain-lain kehilangan tempat tinggal. g. Unsur bersambut Contoh : Pihak kerajaan mengemukakan hujah manakala pihak pembangkang membidas hujah tersebut.