Geografi Stpm Set 1 - Penggal 1

May 5, 2018 | Author: Anonymous | Category: Documents
Report this link


Description

1 BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL Jawab semua soalan. 1a) Huraikan dua jenis pergerakan bumi [4] i. Putaran bumi iaitu bumi berputar mengelilingi matahari di atas paksinya yang condong 23 ½ darjah dan mengambil masa 24 jam untuk membuat satu putaran yang lengkap. ii. Peredaran bumi iaitu pergerakan bumi mengelilingi matahari di atas orbit elipsnya dan mengambil masa 365 ¼ hari untuk satu putaran yang lengkap. Gambar Rjarah 1 b) Berdasarkan gambar rajah 1 di atas merujuk kepada pergerakan bumi, i. Nyatakan kesan kejadian di atas. [1] Kejadian siang dan malam ii. Jelaskan kesan terhadap batuan akibat pergerakan tersebut terhadap permukaan bumi. [2] Batuan mengalami luluhawa mekanikal kesan perubahan suhu yang berulang iaitu waktu siang suhu mencecah 40 darjah dan waktu malam 2 darjah seperti di kawasan gurun yang menghadap matahari. 2 c) Jelaskan dua jenis pembentukan batuan akibat letusan gunung berapi. [4] i. Pembentukan batuan igneus rejahan/ jalar dalam kesan penyejukan dan pembekuan magma di dalam lapisan kerak atau di permukaan bumi.Contohnya,silica dan magnesium. ii. Batu igneus terobosan/ jalar luar terbentuk apabila lava dari gunung berapi mengalami proses penyejukan dan pembekuan dgn cepat di permukaan bumi. Contoh, batuan Basalt, pumis dan riolit. d) Huraikan dua kepentingan batuan kepada aktiviti manusia [4] i. Aktiviti pertanian seperti penanaman getah dapat dilakukan menggunakan batuan riolit setelah diuraikan melalui luluhawa kimia menjadi tanih yang subur. ii. Batuan lempung terutamanya kaolin digunakan dalam kegiatan industri tembikar,pasu bunga dan batu-bata. 2. Bumi merupakan salah satu planet yang terdapat dalam sistem suria. a) I) Berdasarkan pernyataan di atas, sebut tiga jasad lain yang terdapat dalam sistem tersebut (3M) Tiga Jasad lain yang terdapat dalam sistem suria ialah asteroid, meteorit dan komet. II) Nyatakan dua jenis tenaga yang berpunca daripada tenaga suria (2M) Dua jenis tenaga yang berpunca daripada tenaga suria ialah tenaga kimia dan tenaga solar, T.kinetik, T. keupayaan. b) Sejauhmanakah tenaga suria mempengaruhi proses luluhawa (13M) Tenaga suria mempengaruhi proses luluhawa batuan secara fizikal melalui cara pengembangan dan pengecutan batuan akibat perubahan suhu ekstrem. Sinaran matahari yang tinggi di kawasan gurun menyebabkan suhu menjadi tinggi pada waktu siang. Keadaan ini menyebabkan, mineral batuan mengalami pengembangan sehingga menyebabkan jasad batu menjadi besar dan mengecut pada waktu malam akibat suhu yang rendah.Proses ini berlaku secara bersilih ganti dalam tempoh masa panjang. 3 Namun demikian, terdapat faktor lain selain tenaga suria yang mempengaruhi proses luluhawa. Antara faktor lain yang mempengaruhi proses luluhawa ialah faktor batuan iaitu warna batuan yang lebih gelap lebih cepat menyerap haba berbanding dengan batuan yang berwarna cerah. Sebagai contoh, batuan seperti basalt dan gabro yang gelap warnanya akan lebih cepat panas dan mewujudkan ketegangan yang kuat. Hal ini memyebabkan, batuan gelap tersebut lebih cepat terluluhawa berbanding dengan batu kapur yang berwarna cerah. Selain itu, rekahan batuan merupakan salah satu faktor lain yang mempengaruhi proses luluhawa. Batuan yang mempunyai rekahan lebih senang terdedah kepada luluhawa, Sebagai contoh, di kawasan pergunungan, air mula memasuki rekahan dan jurang ais akan membeku pada waktu malam ketika suhunya di bawah takat beku. Air yang membeku dalam rekahan akan menambah isi padu sebanyak 10 peratus serta menghasilkan tekanan yang tinggi pada batuan. Tekanan yang kuat ini menyebabkan batuan menjadi retak dan hancur lalu membentuk batu runtuh di kawasan kaki gunung. Seterusnya, factor bentuk muka bumi juga merupakan salah satu faktor lain yang mempengaruhi proses luluhawa. Di kawasan tanah tinggi yang bercerun curam akan mengalakkan pergerakan menurun bahan regolit melalui pergerakan jisim dan proses hakisan. Dengan ini, bahan terluluhawa akan jatuh ke bawah dan mendedahkan permukaan baharu untuk tindakan luluhawa seterusnya. Di samping itu, faktor lain yang mempengaruhi proses luluhawa ialah tindakan biotik atau mikrorganisma. Contoh mikrorganisma seperti bakteria atau fungi yang boleh mengeluarkan asid humik, dapat membantu proses penguraian batuan secara kimia. Sementara itu, tindakan manusia merupakan faktor lain yang menpengaruhi proses luluhawa. Aktiviti penyahutanan melalui pembalakan, pembakaran hutan untuk tujuan pembinaan, atau perlombongan membantu batuan yang terdapat di tanah terdedah kepada luluhawa mekanikal atau fizikal. c) Bagaimanakah tenaga suria boleh mempengaruhi aktiviti pertanian di kawasan tropika lembab (8M) Tenaga suria mempengaruhi suhu di kawasan tropika lembap menyebabkan aktiviti pertanian sesuai dilakukan di kawasan tersebut. Kawasan tropika lembap mempunyai suhu melebihi 27˚C disebabkan oleh sinaran matahari tinggi dan hujan tahunan 2030mm membolehkan pertanian dilakukan sepanjang tahun. Seterusnya, jumlah tenaga suria yang banyak mempengaruhi dan mengalakkan kepelbagaian jenis tanaman di kawasan tropika lembap. Sebagai contoh, kelapa sawit, getah, 4 koko, atau kopi. Hasil tanaman tersebut dapat menghasilkan produktiviti sepanjang tahun kerana dapat dikomersialkan. Selain itu, jumlah tenaga suria yang tinggi di kawasan tropika lembap mempengaruhi kitaran air, nutrien, serta proses fizikal. Proses luluhawa terhadap batuan di kawasan tropika lembap menghasilkan bahan regolit dan tanih yang subur. Keadaan ini adalah sangat sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian. Bukan itu sahaja, pengaruh tenaga suria di kawasan tropika lembap sangat sesuai untuk aktiviti pertanian kerana hasil pertanian dapat bertumbuh dengan baik. Hasil pertanian seperti padi dapat bertumbuh dengan disebabkan oleh keamatan cahaya matahari melalui proses fotosintesis. Hal ini secara tidak langsung, membekalkan sumber makanan kepada manusia dan juga haiwan. 3. a) Berdasarkan peta 1 yang berskala 1:50000 pada halaman 3, a) i) Takrifkan tasik ladam (5M) Tasik ladam ditakrifkan sebagai likuan sungai berbentuk seperti ladam tapak kaki kuda yang terpenggal akibat hakisan. Peringkat awal pembentukannya bermula dengan proses pembesaran likuan sungai oleh hakisan air sungai. Likuan sungai yang semakin mendalam dan melebar akhirnya terpenggal apabila aliran sungai menghakis dan memotong daratan antara lengkungan likuan tersebut. Likuan yang terpenggal itu semakin terpisah dari alur sungai akibat mendapan yang menutup laluan air ke likuan tersebut. iii) Jelaskan bagaimana bentuk muka bumi di kawasan itu mempengaruhi aktiviti manusia ( 12M) Bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan tersebut iaitu dataran banjir di timur dan barat membolehkan kegiatan pertanian dilakukan. Hal ini kerana dataran banjir kaya dengan tanah aluvium yang subur untuk penanaman padi dan bentuknya yang rata memudahkan air untuk bertakung untuk menghasilkan buah padi yang banyak dan berkualiti. Selain itu, bentuk muka bumi tasik ladam memudahkan penternakan air ikan tawar. Tasik ladam yang dalam dan tenang menarik minat dan memudahkan pengusaha ikan tawar untuk menternak ikan di tasik tersebut. 5 Di samping itu, kawasan berpaya di bahagian barat daya tasik ladam membantu dalam menghalang hakisan air dari tasik ladam ke kawasan penanaman getah dan padi. Sementalahan itu, bentuk muka bumi tanah tinggi memudahkan penanaman getah. Hal ini kerana tanah tinggi mempunyai tanah laterit yang subur untuk penanaman getah. Kekurangan tanah pamah menyebakan kekurangan kawasan petempatan dibuat atau kawasan tersebut mempunyai kependudukan yang jarang. Kebanyakan petempatan dibuat di tepi sungai biru, kawasan pokok bakau di timur laut dan tenggara, di kawasan padi di tenggara dan di barat laut berhampiran jalan raya. Bentuk muka bumi berpasir mengiatkan aktiviti perlombongan pasir. Pasir tersebut digunakan dalam sektor pembinaan seperti pembuatan simen konkrit. 3. (b)(I) Faktor fizikal akan mempengaruhi proses hakisan sungai melalui isi padu air sungai. Jumlah(isipadu) air sungai di dalam sesuatu alur pada masa-masa tertentu boleh bertambah dan meningkatkan kelajuan air sungai serta menambah keupayaan sungai menghakis alurnya. Kecerunan alur sungai turut memain peranan penting dalam mempengaruhi proses hakisan sungai. Laluan alur sungai yang curam( hulu sg) akan meningkatkan kelajuan aliran sungai dan akan menambah tenaga sungai. Proses hakisan akan berlaku dengan lebih berkesan. Seterusnya,jenis batuan yg terdapat di dasar sungai juga merupakan proses fizikal yang mempengaruhi proses hakisan sungai. Batuan lembut seperti syal dan batu kapur daripada kumpulan batuan enapan lebih mudah dihakis berbanding batuan keras seperti granit daripada kumpulan batu igneus yang sukar dihakis oleh aliran sungai. Tambahan pula, faktor fizikal yang seterusnya ialah bahan muatan sungai. Bahan muatan seperti pasir,kelikir,batu tongkol, dan kelodak akan membantu mempergiatkan kadar hakisan lelasan air sungai. Bahan muatan ini akan melelaskan batuan tebing dan dasar sungai lebih berkesan. Selain itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi proses hakisan sungai. Faktor lain yang mempengaruhi proses hakisan sungai ialah faktor kemanusiaan. Faktor tindakan manusia yang mempengaruhi proses hakisan sungai ialah pembalakan. Pembalakan dan penebangan hutan di tebing sungai akan menyebabkan hakisan tanah kerana tiada akar tumbuhan yang akan mencengkam tanih pada tebing sungai dan menyebabkan tanih tersebut longgar. Hakisan sungai akan lebih berkesan dengan ketiadaan akar tumbuhan mengcengkam tanih. Di samping itu, faktor aktiviti ekonomi manusia yang mempengaruhi proses hakisan sungai yang seterusnya ialah perlombongan. Perlombongan pasir pada dasar sungai akan 6 menggalakkan hakisan sungai kerana lama kelamaan dasar sungai menjadi semakin dalam dan kelebaran sungai turut bertambah lalu menyebabkan tebing runtuh dan terus terhakis. (b)(II) Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan hakisan sungai ialah menanam tanaman tutup bumi. Ini akan memberi cengkaman kepada tanih tebing sungai apabila tanaman tutup bumi ini ditanam. Hakisan sungai dapat dikurangkan dengan adanya cengkaman akar daripada tanaman tutup bumi seperti rumput atau pokok bakau. Seterusnya,langkah yang boleh diambil ialah pembinaan benteng penghalang hakisan (rock bed). Benteng ini dibina d tebing sungai utk memperlahankan arus sungai yang deras. Hakisan dapat dikurangkan jika arus sungai menjadi perlahan. Selain itu,pembinaan gabion juga merupakan langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan hakisan sungai. Gabion ialah teknik memasukkan batu-batu sederhana besar ke dalam sangkar besi lalu disusun di tebing sungai. Gabion akan membantu mengukuhkan struktur tebing di tepi sungai daripada hakisan titisan hujan dan aliran permukaan. Di samping itu,langkah penguatkuasaan undang-undang juga boleh dilakukan untuk mengurangkan hakisan sungai. Pihak-pihak yang bertanggungjawab harus meningkatkan denda ataupun hukuman agar pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan aktiviti yang menghakis sungai dapat dikawal seperti perlombongan pasir sungai di kawasan muara sungai. Tambahan pula, langkah melalui pendidikan juga boleh dilaksanakan. Masyarakat terutama golongan muda boleh dididik tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan sungai. Misalnya, pembelajaran tentang kepentingan sungai melalui mata pelajaran Geografi dan Pendidikan Moral. Tidak lupa juga langkah langkah seperti kempen-kempen kesedaran. Kempen- kempen kesedaran yang dilaksanakan seperti “Hargailah Sungai Kita” sedikit sebanyak membantu masyarakat kita sedar akan kepentingan sungai. BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA Jawab semua soalan. 4. a) Nyatakan komposisi aliran migrasi. [3] 7 Jantina,umur dan taraf pendidikan. b) Namakan empat jenis aliran migrasi dalaman yang berlaku di Malaysia. [4] Migrasi luar bandar ke bandar,migrasi bandar ke bandar,migrasi luar bandar ke luar bandar dan migrasi bandar ke luar bandar, c) Huraikan dua faktor yang mempengaruhi aliran migrasi dalaman utama di Malaysia pada masa kini. [4] Kemudahan institusi-institusi pengajian seperti kolej dan university di sesuatu kawasan akan mmeningkatkan lagi migrasi dalaman ke kawasan itu, Seterusnya, penyediaan kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti hospital dan pejabat pos juga akan mempengaruhi migrasi dalaman di sesebuah kawasan. d) Jelaskan dua kesan negatif aliran migrasi dalaman utama pada masa kini terhadap kawasan destinasi. [4] Kewujudan masalah setinggan berlaku di kawasan destinasi akibat kekurangan perumahan untuk menampung penduduk yang ramai. Seterusnya,masalah pengangguran juga wujud akibat kekurangan peluang pekerjaan . 5 (a) Faktor yang mempengaruhi kepadatan penduduk di pantai barat Semenanjung Malaysia ialah kepelbagaian sektor ekonomi. Tumpuan penduduk di kawasan bandar yang mempunyai sektor ekonomi sekunder dan tertier yang banyak. Contohnya bandar ibu negeri, bandar industri dan bandar pelancongan. Faktor kedua mempengaruhi kepadatan penduduk di pantai barat Semenanjung Malaysia ialah peluang pekerjaan. Tumpuan penduduk di lokasi yang menawarkan peluang pekerjaan seperti kawasan perindustrian Bayan Lepas, Pulau Pinang. Selain itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi kepadatan penduduk di Pantai Barat Semenanjung Malaysia selain daripada faktor ekonomi. 8 Faktor lain yang mempengaruhi kepadatan penduduk di pantai barat Semenanjung Malaysia ialah bentuk muka bumi/ faktor fizikal. Kawasan tumpuan penduduk adalah kawasan tanah pamah manakala kawasan berpenduduk jarang adalah kawasan tanah tinggi dan kawasan berpaya. Contohnya kawasan tanah pamah di pantai barat Semenanjung Malaysia berpenduduk padat manakala kawasan Banjaran Titiwangsa berpenduduk jarang. Faktor lain yang mempengaruhi kepadatan penduduk di pantai barat Semenanjung Malaysia ialah sejarah pembangunan. Negeri-negeri yang terawal dibuka dan dibangunkan oleh bekas penjajah , khususnya pembangunan sumber alam seperti sektor perlombongan dan perindustrian. Faktor lain yang mempengaruhi kepadatan penduduk di pantai barat Semenanjung Malaysia ialah dasar kerajaan. Pembinaan bandar baharu seperti Nilai dan Putrajaya untuk memberi alternatif kepada bandar-bandar sedia ada yang terlalu pesat dan padat. Faktor lain yang mempengaruhi kepadatan penduduk di pantai barat Semenanjung Malaysia ialah kemudahan sosial. Kawasan yang lengkap dengan kemudahan sosial seperti kemudahan pembandaran ,pendidikan, perkhimatan serta pengangkutan dan perhubungan akan mempunyai taburan penduduk padat berbanding dengan kawasan yang tiada kemudahan tersebut. (b) Kesan ketidakseimbangan taburan penduduk terhadap pembangunan ekonomi antara kawasan di Semenanjung Malaysia ialah ketidakseimbangan pendapatan perkapita. Kawasan berpenduduk padat lazimnya memiliki pendapatan perkapita yang tinggi berbanding dengan kawasan berpenduduk jarang. Kesan ketidakseimbangan taburan penduduk terhadap pembangunan ekonomi antara kawasan di Semenanjung Malaysia ialah ketidakseimbangan saiz dan kuasa beli pasaran antara kawasan. Kawasan berpenduduk padat seperti Bandar biasanya memiliki saiz pasaran yang luas dan kuasa beli yang tinggi berbanding dengan kawasan berpenduduk jarang khususnya luar Bandar. Kesan ketidakseimbangan taburan penduduk terhadap pembangunan sosial antara kawasan di Semenanjung Malaysia ialah ketidakseimbangan darjah ketersampaian pengangkutan. Di kawasan berpenduduk padat seperti Bandar mempunyai rangkaian pengangkutan moden dan darjah ketersampaiannya yang tinggi berbanding dengan kawasan luar bandar. Contohnya system LRT, Komuter dan Monorel. Kesan ketidakseimbangan taburan penduduk terhadap pembangunan sosial antara kawasan di Semenanjung Malaysia ialah ketidakseimbangan pembangunan telekomunikasi. Kawasan berpenduduk padat seperti bandar mempunyai akses kepada jalur lebar lebih laju berbanding dengan kawasan berpenduduk jarang seperti luar bandar. 9 Kesan ketidakseimbangan taburan penduduk terhadap pembangunan sosial antara kawasan di Semenanjung Malaysia ialah ketidakseimbangan kualiti taraf hidup. Di kawasan berpenduduk padat seperti bandar, indeks keselesaan dan keselamatan lebih rendah berbanding dengan kawasan luar bandar. Kesan ketidakseimbangan taburan penduduk terhadap pembangunan ekonomi antara kawasan di Semenanjung Malaysia ialah ketidakseimbangan kemajuan kawasan. Kawasan berpenduduk padat menyediakan tenaga kerja yang ramai dan siaz pasaran besar untuk memajukan ekonomi setempat berbanding dengan kawasan berpenduduk jarang. Soalan 6 a) 6)a)ii) Antara ciri demografi penduduk Malaysia pada tahun 2000 ialah kadar kelahiran tinggi.. Hal ini disebabkan oleh kegagalan program perancangan keluarga, amalan perkahwinan pada usia yang muda dan peningkatan taraf kesihatan. Kadar kematian rendah disebabkan adanya kemajuan teknologi perubatan yang canggih dapat mengurangkan kadar penyakit berjangkit dan seterusnya mengelakkan kadar kematian meningkat. Selain itu, jangka hayat penduduk yang meningkat. Kadar kematian tua rendah. Ini disebabkan adanya amalan penjagaan kesihatan yang baik dan taraf kesihatan juga meningkat. Seterusnya, nisbah tanggungan yang besar. Golongan dewasa yang produktif adalah sedikit berbanding golongan muda. Saiz keluarga besar akan menyebabkan taraf hidup menjadi rendah. Namun jumlah penduduk muda yang ramai akan menjadi aset untuk tenaga buruh pada masa akan datang. Di samping itu, komposisi umur/struktur umur yang tidak seimbang. Golongan muda adalah lebih tinggi jumlahnya berbanding dengan golongan dewasa dan tua. Ini menunjukkan nisbah tanggungan terhadap golongan muda masih besar, terutamanya dalam bidang kesihatan dan pendidikan. 10 Tambahan pula, nisbah jantina yang hampir seimbang antara lelaki dan perempuan bagi setiap kumpulan umur. Bilangan penduduk lelaki mengatasi perempuan bagi setiap kumpulan umur kecuali pada kumpulan umur tua. Ini menunjukkan warga tua perempuan lebih banyak berbanding warga tua lelaki. 6)a)iii) Antara ciri kualiti sunber manusia yang mempengaruhi pembangunan sosio-ekonomi di sebuah negara ialah kebolehkerjaan dari segi fizikal dan mental iaitu tahap mobility penduduk yang tinggi. Darjah ketersampaian penduduk untuk bekerja atau melanjutkan pelajaran ke luar negara bagi mendapatkan ilmu yang diperlukan dalam sesuatu kerjaya dan juga budaya kerja positif diamalkan dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberi. Selain itu, tahap pendidikan yang tinggi. Hal ini dapat melahirkan golongan tenaga kerja mahir dan mampu meningkatkan produktiviti. Tahap pendidikan yang tinggi dapat mengurangkan golongan dewasa yang buta huruf serta meningkatkan pembangunan sector R&D. Seterusnya, taraf kesihatan yang tinggi. Kesihatan dapat diukur dari segi kecergasan dan kekuatan fizikal. Taraf kesihatan yang tinggi dapat meningkatkan kadar kelahiran hidup, meningkatkan jangka hayat dan menurunkan kadar kematian. Di samping itu, sikap keterbukaan/ sikap positif penduduk yang mudah menerima pembaharuan, teknologi baharu serta inovasi kerana berpendidikan tinggi. 6)b)i) Apakah yang dimaksudkan dengan proses pembandaran? (5) Proses pembandaran ialah proses perkembangan dan penumpuan penduduk di kawasan bandar.perkembangan ini meliputi aspek perluasan sempadan(saiz kawasan),pertambahan jumlah penduduk (demogra f i ) dan perubahan fungs i bandar yang semak in p e l b a g a i . P e r k e m b a n g a n i n i menyebabkan sesebuah kawasan menjadi semakin moden,kompleks dan naik taraf.Proses pembandaran juga melibatkan perubahan cara hidup dan nilai penduduk daripada tradisional k e p a d a gaya hidup bandar yang lebih moden.Contohnya,Kuala Lumpur pada tahun 1980 berpenduduk kira-kira 919610 telah meningkat menjadi 1.6 juta orang penduduk pada masa ini. 11 ii)Berdasarkan kepada negara Malaysia,jelaskan mengapakah bandar baru perlu ditubuhkan? (10) Berdasarkan kepada negara Malaysia,bandar baru perlu ditubuhkan untuk mengurangkan kesesakan penduduk.Bandar baru dibina untuk mengalihkan kesesakan penduduk di sesuatu bandar besar yang sudah tepu bina dan pesat dengan penduduk. Selain itu,bandar baru perlu berfungsi sebagai pusat pertumbuhan ekonomi. Bandar baru akan menjadi pusat pertumbuhan ekonomi dan menyediakan kemudahan bandar kepada penduduk di sekitarnya. Di samping itu,bandar baru perlu ditubuhkan untuk menjadi pemangkin pembangunan industri. Pembukaan bandar baru akan menarik banyak penduduk yang menjadi sumber tenaga dalam pembangunan industri. Seterusnya,bandar baru perlu ditubuhkan untuk mengalihkan fungsi bandar utama.Pembinaan bandar baru akan mengalihkan fungsi tertentu bandar utama yang semakin tepu . Akhir sekali,bandar baru perlu ditubuhkan untuk mengurangkan masalah Pencemaran alam sekitar di bandar utama.kewujudan Bandar-bandar baharu akan dapatm e m b a n t u mengurangkan masalah pencemaran udara,air dan bunyi akibat kepesatan penduduk dan bilangan kenderaan yang banyak. iii)Huraikan kesan yang dialami oleh penduduk di kawasan yang mengalami proses pembangunan yang pesat. (10) Ke s a n ya n g d i a l am i o l e h pe n d u d u k d i kawa s a n ya n g me ng a l am i p r o s e s pembangunan yang pesat ialah masalah pengangguran meningkat.Penduduk banyak dan peluang pekerjaan yang terhad menyebabkan pengangguran meningkat. Selain itu,masalah perumahan.Banyak penduduk tidak mampu memiliki rumah sendiri lalu menetap di kawasan setinggan. Di samping itu,masalah sosial.Banyak penduduk tidak bekerja kerana tiada 12 kemahiran dan pendidikan yang tinggi lalu menyebabkan berlaku pengangguran dan seterusnya membawa kepada peningkatan kadar jenayah di bandar. Seterusnya,kesesakan lalu lintas.Pertambahan jumlah penduduk yang menggunakan kenderaan di bandar menyebabkan kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak. Akhir sekali, persaingan gunatanah.Kekurangan tanah untuk pembangunan menyebabkan kawasan pertanian diambil untuk dijadikan sebagai guna tanah bandar. Hasil kerja pelajar K1P1: Anisah Amran, Chak Tze Hui, Chia Chuong Shing, Fatimah Binti Jakaria,Jacky Wong, Jacky Yehezkiel, Jason Cornelius, Lau Vui Leng, Liew TSze Min, Nur Afidah Binti Jakariah, Radiana Binti Arazd, Sulistiwianti.


Comments

Copyright © 2025 UPDOCS Inc.