Dasar Pandang Ke Timur (DPT) telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 8 Februari 1982. DPT merupakan satu dasar untuk mencontohi negara-negara Timur yang telah membangun dengan pesat seperti negara Jepun dan Korea Selatan. Dasar ini menekankan tentang pentingnya unsur-unsur ketekunan dan disiplin dalam kerja, perasaan taat setia pada negara, semangat kumpulan, keinginan menambah daya pengeluaran negara, meningkatkan kecekapan, mengurangkan pembaziran dan merapatkan hubungan di antara golongan majikan dan pekerja. Strategi dasar ini adalah ditujukan kepada pembentukan sumber tenaga manusia menerusi penerapan nilai-nilai dan etika kerja yang terdapat di Jepun dan Korea Selatan dengan cara-cara bagaimana untuk meninggikan daya pengeluaran dan mutu kerja, mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi, membangunkan masyarakat Malaysia yang tekun, rajin, berdisiplin dan bekerja mengikut nilai-nilai dan etika kerja yang baik. DPT telah dilaksanakan melalui program-program penghantaran pegawai-pegawai awam dan swasta serta pelajar-pelajar ke negara Jepun dan Korea Selatan untuk mengikuti latihan sama ada dalam bentuk akademik di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) atau âon-job trainingâ di syarikat-syarikat dan institusi awam di dua negara berkenaan. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Unit Dasar Pandang Ke Timur, Bahagian Pembangunan Modal Insan telah dipertanggungjawabkan untuk mengatur, menyusun dan menjalankan program-program selaras dengan matlamat DPT.  LATAR BELAKANG Pada tahun 1980an, kerajaan Malaysia berhasrat menukarkan Malaysia dari negara pertanian kepada negara perindustian moden. Oleh itu, pergantungan sumber kewangan dari Bank Dunia telah tercetusnya projek-projek seperti FELDA, MADA, dan KADA. Kerajaan Malaysia pada waktu tersebut berhasrat menukarkan visi kepada sebuah negara yang membangun dari segi ekonomi dalam perindustiran moden. Oleh itu, Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad telah melihat negara sebelah timur seperti Jepun, Korea dan Taiwan sebagai contoh yang boleh diambil untuk mempelajari teknologi, budaya, ekonomi dan diplomatik sesama mereka. Hubungan perdagangan di antara negara tersebut telah terjalin sejak 1960an lagi dengan menyediakan bahan mentah untuk dieksport ke Jepun. Semasa perang dunia kedua (1942-1945) hubungan dengan Jepun telah terputus akibat peperangan ini. Hubungan diplomatik telah dipulihkan pada tahun 1960an setelah peningkatan ekonomi  globar. Melalui dasar âPandangan Ke Timurâ ini setelah dicetuskan oleh Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad ini merupakan salah satu era yang baru dalam hala tuju Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berteknologi tinggi seperti negara tersebut. DPT dianggap menjadi asas kepada pembentukan dua strategi utama berikutnya). iaitu DASAR PENGSWASTAAN dan DASAR PENGKORPORATAN yang selepas itu akan menjadi ideologi utama pemerintah dalam konteks ekonomi. Ringkasnya, DPT adalah salah satu unsur integral dalam pelan pembangunan negara pada ketika itu. Dalam artikel ringkas ini, saya akan melakukan previeu keatas DPT dengan memfokuskan kepada impak pembangunan ekonomi Malaysia berasaskan salah satu model yang cuba diambilpakai oleh dasar ini iaitu model pembangunan ekonomi Jepun Dalam dasar âPandangan Ke Timurâ Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri pada masa tersebut mempunyai pelbagai matlamat yang hendak dicapai melalui dasar ini. Matlamat ini amat penting bagi kerajaan Malaysia memperbaiki sosial ekonomi pada masa tersebut. Ini menunjukan Kerajaan Malaysia pada tahun 1982 amat serius untuk memajukan negara melalui dasar âPandangan Ke Timur. Matlatamat utama yang hendak diserapkan adalah mengambil contoh nilai-nilai baik dari negara Jepun, di samping itu memelihara nilai-nilai ketimuran kebanyakan masyarakat Jepun mempunyai sikap yang positif dalam nilai-nilai yang baik seperti rajin, tekun, gigih serta kuat berkerja untuk kepentingan negara mereka. Amalan ini secara tidak langsung jika diterapkan ke dalan penjawat awam atau masyarakat Malaysia secara tidak langsung akan memberi impak yang positif dari segi ekonomi dan juga sahsiah masyarakat dalam membangunkan negara ini. Selain itu juga, nilai-nilai baik yang diterapkan melalui adat ketimuran ini juga disebabkan keruntuhan moral di barat dari segi moral, ini menyebabkan dasar âPandang Ke Timurâ ini di rangka untuk dilaksanakan sebagai salah satu dasar di Malaysia. Dasar âPandang Ke Timurâ juga menghapuskan pemikiran rakyat Malaysia pada masa tersebut memandang tinggi kepada dunia Barat. Rakyat Malaysia pada masa tersebut rasa rendah diri kerana dunia barat lebih maju dari segi ekonomi,  pendidikan dan pengusaan teknologi. Ini menyebabkan rakyat Malaysia mempunyai pemikiran bahasa mereka masih di bawah penguasaan Barat walaupun sudah Merdeka atau bebas dari penjajah. Ini secara tidak langsung dasar ini dirangka untuk mengambil contoh negara di timur yang mempunyai potensi yang amat besar dalam membangun negara mereka setaraf dengan barat. Negara Jepun adalah salah satu contoh yang ditunjukan kepada rakyat Malaysia melalui dasar âPandang Ke Timurâ dalam membangkitkan semangat bahawa Malaysia juga boleh berdiri bersama negara gergasi seperti Jepun. Dasar ini juga secara tidak langsung akan mengurangkan pergantungan terhadap negara barat dari segi semua aspek seperti teknologi, pendidikan serta pergantungan ekonomi negara. Melalui âDasar Pandangan Ke Timurâ juga secara tidak langsung mempercepatkan mencapai matlamat âDasar Ekonomi Baruâ (DEB) yang telah di lancarkan pada 1971 oleh Tun Abdul Razak Datoâ Hussen. Melalui perpindahan teknologi, pendidikan serta ekonomi dari Timur akan membantu negara membasmi kemiskinan penduduk Malaysia disebabkan kemajuan ekonomi yang dicapai melalui dasar ini. Melalui pertumbuhan ekonomi ini juga secara tidak langsung akan memberi kesan kurangnya jurang kemiskinan antara penduduk disebabkan faktor peluang perkerjaan kepada penduduk. Contohnya Syarika Honda, Pasaraya Yawata, Syarika Toshiba adalah salah satu pelabur telah memberi peluang perkerjaan kepada penduduk tempatan.   KUNJUNGI KE KOREA Melalui lawatan kerja oleh Datuk Sri Dr Mahahathir Mohamad ke Jepun pada 23 hingga 29 Januari 1983, dan 8 hingga 14 Ogos di Korea Selatan, Kerajaan Malaysia telah menggariskan beberapa strategi pelaksanannya mewujudkan kerjasama diantara negara timur dalam bidang ekonomi, perindustiran, latihan-latihan teknikal, akedemik, program kemajuan eksekutif, penyelidikan dan pengurusan dalam pentadbiran. Oleh itu kerajaan merangka program-program seperti perubahan struktur, perubahan sikap serta latihan dan kursus bagi menjayakan dasar pandang ke timur ini. Dalam perubahan struktur yang hendak diubah dalam struktur pentadbiran ini, kerajaan Malaysia mengariskan beberapa pembaharuan yang akan diadakan seperti kad perakam waktu kerja (punch card), kad perakam waktu kerja ini diperkenalkan bertujuan untuk mengesan kakitangan kerajaan ponteng kerja atau pulang awal sebelum masa yang ditetapkan. Penggunaan tanda nama (name tag) bertujuan adalah pengenalan diri sesorang penjawat awam bagi sesuatu aduan yang hendak dibuat atau memudahkan orang awam berurusan dengan seseorang pegawai kerajaan bagi memudahkan urusan. Penubuhan pasukan meningkat mutu kerja (QCC) ditubuhkan adalah bagi mengalakan pegawai kerajaan selalu mengadakan mesyuarat bagi menukar pendapat, mencari buah fikiran dan sebagainya bertujuan kepentingan sesuatu jabatan. Konsep pejabat terbuka diperkenalkan bertujuan untuk memisahkan jurang antara pegawai dengan kakitangan bawahan, Perkhidmatan kaunter atau perkhidmatan pembayaran bil setempat diperkenalkan adalah bertujuan memudahkan rakyat setempat. Bagi fail meja dan manual prosedur kerja di jabatan-jabatan kerajaan diperkenalkan kepada penjawatan awam untuk memberi panduan kerja yang perlu diambil tindakan atau proses-proses yang perlu dibuat dalam kerja yang dilakukan. Bagi langkah kedua adalah melalui perubahan sikap diperkenalkan. Program ini rangka seperti melalui perkhidmatan cemerlang, perkhidmatan cemerlang ini akan dinilai oleh ketua jabatan dan diberi ganjaran melalui pengiktirafan sijil dan wang tunai bagi meningkatkan motivasi perkerja. Konsep bersih, cekap, dan amanah (BCA) diperkenalkan kepada jabatan-jabatan kerajaan bagi meningkatkan sikap positif dikalangan penjawat awam dalam perkerjaan di buat. Kepimpinan melalui taladan diperkenalkan kepada sektor awam bertujuan kepada perkerja bawahan mengambil contoh pegawai-pegawai yang mempunyai displin, pretasi dan gigih dalam pekerjaan turut diperkenalkan. Bagi langkah tiga adalah melalui latihan dan kursus diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia. Kursus ini dibuat usahasama dengan kerajaan Jepun dan Korea Selatan. Melalui kursus-kursus ini secara tidak langsung akan melibatkan pertukaran teknologi serta kepakaran dari negara timur tersebut. Latihan perindustrian dan teknikal adalah salah satu cara kerajaan Malaysia memperkenalkan program ini. Melalui program ini kerajaan telah membina institusi Malaysia Jepun (MAJU) di Selangor. Bagi program pengajian akademik, bertujuan diperkenalkan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar Malaysia menimba ilmu sains dan teknikal di Jepun dan Korea Selatan. Program pengajian teknikal memberi peluang kepada pelajar lepasan SPMV dan Politeknik melanjutkan pelajaran bahagian teknikal. Bagi kursus kemajuan eksekutif ditawarkan latihan kepada peringkat eksekutif dalam kaedah pengurusan dan pentabiran, mereka akan ditempatkan di firma-firma Jepun dan Korea untuk mendalami pengurusan negara itu. Melalui usaha sama melalui institusi-institusi juga adalah salah satu strategi dalam Dasar Pandang Ke Timur, Kerajaan Malaysia akan menyediakan permohonan-pemohonan kepada pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di negara Jepun. Contohnya usahasama antara kerajaan Malaysia dengan Universiti Tokai dan Universiti Kyoto di Jepun. Program terkahir ditawarkan kepada pelajar-pelajar adalah skim latihan pembangunan usahasama, program ini di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) memberi peluang kepada usahawan bumiputra untuk meluaskan perniagaan ke negara timur ini, perniagaan ini dibuat berdasarkan âbusiness contactâ diantara rakan perniagan kedua-dua buah negara. SAMBUTAN Bersempena sambutan 30 tahun Dasar Pandang ke Timur (DPT 30), pihak Universiti Malaya, dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), Persatuan Alumni Dasar Pandang ke Timur (ALEPS), Kedutaan Jepun, Kedutaan Korea (cadangan), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Selangor (UNISEL), Institut Bahasa TEIKYO, Japan Foundation Kuala Lumpur dan Koperasi Alumni Asuhan Jepun (KOOPAAJ) telah menubuhkan satu jawatankuasa penganjuran Bengkel dan Seminar DPT 30. Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya telah diberi penghormatan untuk menjadi penganjur utama acara Bengkel dan Seminar tersebut. Acara ini diharapkan dapat memberi ruang kepada pelbagai pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Dasar Pandang ke Timur untuk berkumpul, bertemu, bertukar pendapat serta menjalinkan kerjasama.  Penggunaan DPT Pemerintah era Mahathir telah merangka satu dasar unik yang bertujuan untuk merangsang serta melincahkan pembangunan ekonomi negara yang nampaknya agak lembab pada akhir tahun 1970an. Tindakan ini bersifat incermentalism lantaran ia adalah pengukuhan kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang matlamatnya masih gagal dicapai. Ini mungkin kerana pemerintah (pada ketika itu) tidak mempunyai dana, cukup masa ataupun tenaga untuk menyemak dan menganalisis semula dasar yang ada (Ahmad Atory Hussain, 1992). Dari perspektif pentadbiran, DPT adalah suatu strategi pembangunan ekonomi yang mempunyai matlamat jangka panjang yang positif (Loc cit.,).dan dengan ini Malaysia dijangka boleh berjaya didalam bidang ekonomi dan seterusnya membangunkan negara. Dalam konteks ini, Dr Mahathir menjelaskan: "Amalan terlalu bergantung kepada barat hendaklah diperseimbangkan dengan tumpuan ke timur pula. Ertinya bukan putus hubungan sama sekali dengan barat atau bergantung sepenuhnya pada Jepun." (Takeo Arita, Dewan Masyarakat, 5 Jan 1983) JEPUN SEBAGAI MODEL PEMBANGUNAN EKONOMI Ini amat menarik. Benarkah Jepun cukup ideal untuk dijadikan model pembangunan ekonomi bagi Malaysia? Jepun memiliki pengalaman pembangunan yang unik. Keadaan ini telah mengizinkan Jepun menumpukan sejumlah besar belanjawan negara kearah memperkembang dan mempertingkatkan penyelidikan saintifik, inovasi teknologi dan pengembangan sektor pengkorporatannya. Menurut Chandra (1989), "its comparatively low military spending have all contributed to its illustrious economic boom." Dalam konteks ini, kejayaan sogososha-sogososha Jepun telah mempersonakan pemimpin-pemimpin Malaysia untuk menirunya tanpa mengambil-kira faktor atau suasana perniagaan tempatan (Jomo, 1989) walhal peranan sogososha dalam menguruskan segala aspek perniagaan Jepun tidak dipisahkan dari aspek lain seperti kewangan dan industri. Ini tidak terjadi di Malaysia. Jepun juga telah dijadikan pusat sumber rujukan ilmu sains dan teknologi. Menurut Ahmad Atory Hussain (1992) para pelajar Malaysia telah dihantar ke universiti-universiti di Jepun untuk mempelajari pelbagai bidang profesional. Para belia kita juga telah dihantar ke beberapa buah kilang perindustrian disana untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran teknologi perindustrian. Di bidang pengurusan awam, pegawai-pegawai kerajaan juga dihantar kesana untuk meninjau serta menimba pengetahuan tentang pengurusan pentadbiran ekonomi (Ibid.,). Ini dilaksanakan dengan harapan agar negara dapat mencontohi Jepun dipelbagai bidang pembangunan. Jepun juga akan menjadi pusat rujukan bagi Malaysia mendapatkan nasihat, pengetahuan dan wang untuk membolehkan kita mencipta suatu masyarakat pekerja yang berdisplin, berdikari dan taat setia kepada tugas dan tanggungjawab (A.F.Yasin, 1982). DPT SEBAGAI SUATU ISU PERBAHASAN Sewaktu DPT diumumkan, ia telah memeranjatkan banyak negara (Ibid.,) kerana dasar ini dianggap satu perubahan kepada dasar luar Malaysia supaya jangan terlalu merujuk kepada barat. Barat tidak lagi dianggap sebagai model bagi pembangunan negara. Ini diburukkan lagi dengan konfliks pendapat antara Malaysia dengan beberapa negara Barat khususnya Britain dalam isu imbangan pembayaran (Ibid.,) serta sikap barat yang sangat kedekut terhadap teknologi mereka. Sementara itu Jepun telah muncul sebagai kuasa ekonomi yang terkuat di rantau sebelah timur. Persoalannya, sejauhmanakah Jepun sanggup menggantikan barat serta memberi sokongan padu kearah kita merealisasikan aspirasi DPT? Dan, sejauhmanakah pula kita telah memahami sejarah serta pengalaman pembangunan Jepun? Adakah ia sesuai untuk diaplikasikan di Malaysia? Dalam meninjau isu ini, Wendy A. Smith (dalam A.F.Yasin, 1982) telah memberi komen: "Apa yang digembar-gemburkan orang mengenai kejayaan Jepun itu adalah indah kabar daripada rupa sahaja. Dengan mempersoalkan, apakah benar masyarakat pekerja di Jepun memberikan kesetiaan dan dedikasi kepada perusahaan dan majikannya atas kesedaran nasionalisme yang kuat?" Jepun pula pernah membayangkan ketidakyakinannya untuk membantu negara memenuhi cita-cita DPT sebagaimana yang diakui oleh dutanya Takeo Arita (dalam Dewan Masyarakat, 1983): "Jepun sebenarnya masih belum mempunyai pengetahuan mengajar negara lain. Itulah sebabnya kami beringat-ingat dan berjaga-jaga kerana kami sentiasa memikirkan sekiranya kami gagal untuk membantu menjayakan DPT ini, apakah nanti akibatnya?" Ini bercanggah dengan idea awal DPT iaitu Jepun sebagai sumber perolehan teknologi, pelaburan serta pelancaran sogososha di negara ini. Menurut Jomo (1989), ia diburukkan lagi oleh perilaku syarikat-syarikat Jepun yang terus menimbulkan kegelisahan dikalangan rakyat ASEAN umumnya dan Malaysia khususnya. Selain itu, korporat-korporat serta perusahaan-perusahaan Jepun sudah terkenal sebagai syarikat-syarikat yang paling kedekut dari segi pemindahan teknologi (Jomo, 1989). Soalnya, apakah kita mahu teknologi-teknologi usang mereka atau teknologi-teknologi yang mencemarkan alam sekitar dipindahkan ke Malaysia? Atau, kita mahu kilang-kilang di negara ini diterajui sepenuhnya oleh teknologi digital dan robotik tercanggih (high end technologies) hinggakan khidmat operator-operator pengeluaran sudah tidak diperlukan lagi.  Implikasi DPT Hubungan erat dengan Jepun adalah unsur utama DPT. Tetapi prestasi perniagaan Jepun yang amat memberangsangkan di negara ini (samaada secara langsung atau tidak) telah mengancam sektor perindustrian serta pemburuhan tempatan. Menurut wendy Smith (1983), sumbangan syarikat-syarikat Jepun kepada aspek sosial DPT adalah tidak memuaskan. Terdapat banyak bukti bahawa syarikat-syarikat Jepun tidak mempedulikan golongan buruh di Malaysia (op cit.,). DPT juga telah menyebabkan cengkaman dagangan Jepun di negara ini bertambah kukuh dan mengakibatkan aspirasi sosioekonomi DPT terancam. Jepun tidak melaksanakan prinsip " company welfarism" serta jaminan dan ciri pekerjaan seperti di negara Jepun (Johan Saravanamuttu dalam Jomo, 1989). Lantas impian yang diidam-idamkan oleh kerajaan seperti kebajikan syarikat, jaminan pekerjaan sepanjang hayat, kemudahan-kemudahan seperti pencen, perubatan dan persekolahan bagi kanak-kanak tidak akan dilaksanakan oleh syarikat-syarikat Jepun di Malaysia (Ibid.,). Menurut Johan, kajian juga membuktikan bahawa syarikat-syarikat Jepun yang beroperasi dinegara ini mirip kepada sistem pengurusan dari pusat. Dalam ertikata lain, syarikat-syarikat Jepun dikawal rapi oleh pihak pengurusan atasan termasuk majikan-majikan di Jepun sendiri. Penyertaan eksekutif-eksekutif tempatan adalah kurang memuaskan (Ibid.,). Harapan bahawa syarikat-syarikat Jepun akan membentuk kerajinan dan kesetiaan dikalangan pekerja-pekerja tempatan merupakan suatu ilusi. Layanan mereka lebih dipengaruhi oleh keadaan tempatan dan tidak boleh diharapkan untuk mengujudkan suasana kerja yang terdapat di Jepun. Selain dari itu, peniruan sogososha ala Jepun secara tergesa-gesa hanya sekadar merugikan negara. Menurut Jomo (1989), sogososha-sogososha Malaysia masih belum beruntung sejak cadangan sogososha diutarakan dinegara ini. Masa hadapan sogososha-sogososha Malaysia adalah muram. Kajian juga telah membuktikan bahawa syarikat-syarikat Jepun tidak melaksanakan usaha mendalam dan menyeluruh untuk menyokong inspirasi DPT seperti pemindahan teknologi dan latihan untuk usahawan tempatan (Jomo, 1989). Dalam hal ini, latihan dan pemindahan teknologi yang berlaku adalah sekadar pada tahap yang boleh memaksimumkan keuntungan mereka semata-mata. DPT telah mengakibatkan haluan pembangunan negara banyak ditentukan oleh para kapitalis Jepun. Menurut Jomo, syarikat-syarikat serta pemerintah Jepun (melalui dasar dan bantuan pinjaman) terus menghindarkan Malaysia dari usaha-usaha pembangunan berdikari. Selain itu, DPT juga telah mendorong penyerapan ekonomi ala Jepun kerana pelaburan Jepun adalah suatu ciri penting dasar tersebut (Ibid.,). Padahnya, penyerapan demikian akan dan telah memesongkan perindustrian Malaysia ke arah yang lebih menguntungkan Jepun dan mengakibatkan imperialisme Jepun keatas ekonomi Malaysia. Kritikan terhadap Dasar Pandangan Ke Timur Tidak dapat dinafikan bahawa pelaburan Jepun akan membawa faedah tertentu kepada Malaysia (Johan dalam Jomo, 1989) tetapi haruskah faedah yang begitu terbatas untuk Malaysia menjadi landasan kepada Jepun menjadi "penaung" ekonomi Malaysia? Dalam bahasa mudah, haruskah kita membiarkan Jepun menjajah ekonomi negara ini? DPT juga telah memperlihatkan bahawa demokrasi langsung (direct democracy) telah tidak diamalkan dalam konteks masyarakat moden (Ahmad Atory Hussain, 1992) dan kita terpaksa berpuashati dengan keadaan yang amat tidak demokratik ini. Sebagai seorang Perdana Menteri, Dr Mahathir telah memonopoli pembuatan dasar pembangunan negara sekaligus dasar luar Malaysia tanpa cabaran dari golongan-golongan lain (Ibid.,). Dalam ertikata lain, pembuatan DPT adalah terlalu otoritatif sifatnya dan tidak pernah diperbahaskan dalam Parlimen. DPT telah mendedahkan betapa kurangnya usaha-usaha untuk merujuk kepada institusi-institusi formal dalam merumuskan sesuatu dasar. Ia mencerminkan bagaimana dasar atau keputusan-keputusan awam dibuat secara "ad hoc" (Jomo, 1989) dan tidak diformalisasikan dengan betul dan mengikut prinsip-prinsip demokrasi yang diwarwarkan oleh Perlembagaan. Walhal ini boleh mencetuskan implikasi negatif kepada negara. Dalam konteks ini, DPT bukan lahir dari legitimasi yang diberikan oleh Parlimen. Dalam premis perbincangan ini, patutkah pandangan masyarakat awam (civil society) diketepikan dan dianggap "apatheic" (menyerah nasib kepada keadaan)? Wajarkah rakyat dipinggirkan, dianggap daif (naive), tidak memperduli dan tidak berkemampuan unutk memahami selok-belok membuat dasar atau keputusan awam? DPT telah membuktikan bagaimana golongan elit yang kecil dapat menguasai dan memonopoli pembuatan dasar-dasar negara (Ibid.,) walaupun ia merugikan masyarakat Cabaran DPT Dalam merealisasikan dasar ini, beberapa perkara telah dikenalkan pasti sebagai cabaran yang akan dihadapi oleh kerajaan Malaysia.  Antaranya ialah, kehadiran syarikat-syarikat besar dari negara barat yang melabur di negara ini.  Kehadiran syarikat â syarikat besar dari barat ini sudah pastinya membawa budaya kerja mereka untuk diterapkan dan diamalkan oleh pekerja-pekerja tempatan.  Contohnya seperti Philip Morris (M) Sdn Bhd, Coca-Cola Company, dan lain-lain lagi.  Budaya kerja dari barat ini akan menyebabkan pertembungan budaya kerja antara timur dan barat.  Bagi menghadapi cabaran ini, pihak kerajaan Malaysia harus memainkan peranan melalui Jabatan Sumber Manusia untuk meletakkan syarat-syarat tertentu kepada pengurusan syarikat-syarikat besar dari barat ini agar budaya kerja tempatan dikekalkan. Salah satu cabaran lain ialah, penerimaan masyarakat dan penjawat-penjawat awam dalam melaksanakan dasar ini. Budaya kerja masyarakat Jepun dan Korea adalah berkaitan komitmen, disiplin dan tanggungjawab.  Inilah perkara yang amat rumit untuk kerajaan Malaysia atasi.  Latihan yang disediakan hanyalah bersifat latihan kemahiran dan kepakaran.  Sedangkan masyarakt Jepun dan Korea telah menjadikan komitmen, disiplin dan tanggungjawab ini sebagai satu budaya yang mesti dipertahankan.  Kerajaan Malaysia melalui jabatan tertentu harus melaksanakan pembudayaan kerja dari peringkat akar umbi.  Masyarakat Malaysia harus dididik dari peringkat persekolahan untuk membudayakan kerajinan agar kita seiring dengan masyarakt Jepun dan Korea yang dianggap rajin dan berani untuk bergerak maju kehadapan. Selain itu, terdapat kritikan dari penganalisis ekonomi seperti John Saravanamutu menyatakan bahawa melalui dasar pandang ke timur ini lebih menguntungkan negara Jepun dan Korea sebaliknya akan merugikan negara Malaysia sebagai negara membangun. Kritikan ini dilemparkan atas dasar penjajahan ekonomi Jepun dan Korea terhadap ekonomi Malaysia selepas perang dunia kedua, contohnya dapat dilihat melalui pengeluaran kereta nasional, walaupun kereta nasional keluaran Proton dibuat di Malaysia akan tetapi kompenen-komponen barang dalaman terpaksa di import dari negara Jepun. Secara tidak langsung Malaysia telah kerugian dari nilai mata wang disebabkan kereta nasional ini tidak dapat menembusi pasaran di Jepun.  Menurut Dr. Jomo K Sundram dari Univerisiti Malaya menyatakan dasar pandang ke timur ini juga tidak sesuai dilaksanakan kerana Malaysia mempunyai masyarakat pelbagai kaum, melalui pelbagai bangsa ini akan menyebabkan pelbagai rintangan dan halangan untuk melaksanakan dasar pandang ke timur yang di catuskan oleh Datuk Sri Dr Mahahathir Mohamad, perbandingan ini dibuat kerana di negara Jepun adalah negara yang homogen yang mempunyai satu bangsa sahaja. Ini secara tidak langsung Jepun dapat membina negara lebih baik berbanding Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum. Walaupun terdapat pelbagai kritikan dan cabaran dalam dasar pandang ke timur ini, melalui sektor awam terdapat kemajuan sedikit sebanyak melalui dasar pandang ke timur ini. Contohnya penjawat awam perlu datang ke pejabat sebelum pukul 8.00 pagi dan pulang kerja seperti yang ditetapkan oleh pihak atasan. Sedikit sebanyak fenomena waktu pekerja dapat diselaraskan dan mendisplinkan penjawat awam semasa bertugas. Implikasi DPT Walaupun DPT kini mungkin tinggal sebagai bahan kajian para pengkaji dasar-dasar pembangunan pasca Mahathir, tetapi perbincangan keatasnya adalah relevan dan wajar dilanjutkan. Ini kerana dokumen-dokumen yang membabitkan dasar-dasar sosial yang terdahulu (termasuk DPT) adalah merupakan sumber rujukan yang penting bagi pembuat-pembuat dasar semasa serta kader-kader (bakal-bakal) pembuat dasar di masa hadapan. Dalam ertikata lain, dasar-dasar atau keputusan-keputusan awam yang lampau wajar dijadikan asas kepada pembentukan dasar-dasar awam masakini dan dimasa akan datang. Ini ialah untuk memastikan bahawa kelemahan-kelemahan yang lampau tidak diulangi (apabila membuat sesuatu dasar awam). Menyorot kembali DPT, pembangunan sosial haruslah merupakan suatu proses yang holistik. Sebagai permulaan atau penambahbaikan, liberalisasi ekonomi dan pendidikan hendaklah dijadikan satu dasar ulung dalam membangunkan negara. Dalam hal ini, liberalisasi ekonomi bermaksud pertumbuhan ekonomi berasaskan eksport, dasar lebih berjimat, lebih berusaha dan berdaya saing. Ia juga bermaksud sektor swasta tidak begitu bergantung pada keuntungan-keuntungan palsu serta perlindungan yang mendatangkan munafaat hanya kepada segelintir pengusaha tetapi merugikan masyarakat pengguna dan pengusaha-pengusaha yang lain. Dalam pada itu, amalan terlalu bergantung kepada pengimportan luaran (contohnya bahan makanan seperti beras, susu, daging, gula dan lain-lain) yang keterlaluan pada hari ini hendaklah direndahkan seminimum mungkin jika tidak mampu dihentikan. Ekonomi agraria (asas tani) hendaklah dirangsangkan kembali Dalam konteks yang sama, pemerintah perlu menggubal dasar deregulasi dengan mengambilkira kepentingan umum. Langkah Bank Negara yang menghapuskan peraturan bagi Kadar Pinjaman Asas (Basic Landing Rate atau BLR) pada tahun 1996 contohnya merupakan salah satu langkah yang bijak dan membantu. Tetapi jika sekadar ini sahaja, ia tidak memadai. Pemerintah perlu juga mengkaji tentang penggubalan skim-skim bantuan serta rangsangan yang holistik untuk industri-industri kecil sederhana (IKS) lantaran IKS merupakan tunggak kepada perindustrian luarbandar (rural industrialization).  Alternatif DPT Di samping itu, sektor industri perlu disokong oleh prasarana-prasarana yang baik seperti tapak perindustrian yang strategik, cukup bekalan tenaga, sistem pengangkutan yang rapi, skim pembuangan bahan-bahan terkawal yang cekap, program pengawalan alam sekitar yang mantap dan lain-lain. Selain itu, skim latihan pengurusan, pekerja-pekerja mahir, khidmat perundingan pakar serta modal untuk pelaburan perlu disediakan. Institut-institut penyelidikan dan inovasi perlu diperluaskan bagi membantu pengusaha-pengusaha mendapatkan khidmat kepakaran serta melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam meningkatkan daya pengeluaran serta jenis-jenis produk. Antara rahsia-rahsia kejayaan Jepun ialah kemahirannya mengolah hasil-hasil penyelidikan untuk dijadikan barangan-barangan yang dapat dipasarkan (Mahathir, 1991). Sektor swasta mempunyai tanggungjawab yang besar dalam pembangunan ekonomi negara. Menurut Mahathir, Malaysia tidaklah dapat mengharapkan sektor swasta menjadi penggerak pertumbuhan sekiranya sektor itu tidak cekap dan bermaya. Oleh itu kerajaan perlu merangka kod etika korporat yang antara lain mewajibkan sektor swasta bekerja keras, dinamis, kreatif, inovatif serta berdikari. Mereka perlu dirangsang untuk menghasilkan produk-produk yang "bernilai-tambah" (value added) supaya lebih berdaya saing dalam perdagangan antarabangsa. Bukan sekadar mengharapkan dokongan pemerintah semata-mata! Selain itu, pendidikan merupakan alat utama pembangunan sumbar manusia. Sikap negatif terhadap kecemerlangan (excel) boleh membantutkan pembangunan. Kerajaan perlu menggubal dasar yang mewajibkan sektor awam dan swasta menggalakkkan kakitangan masing-masing mempertingkatkan kemahiran, kompetensi, pengetahuan serta kemajuan diri melalui konsep Pengurusan Berkualiti Menyeluruh (TQM) yang matlamat utamanya ialah peningkatan kualiti output. Hari ini TQM diberi berbagai gelaran. Gejala rasuah yang mulai menjadi-jadi dipelbagai sektor dalam amalan pengurusan negara adalah "counterproductive" kepada konsep tersebut. Disamping itu, kursus-kursus kepakaran untuk semua kategori kakitangan perlu dirancang mencakupi aspek pembangunan dan pengstrukturan semula organisasi, sistem kewangan, perancangan, tadbiran serta reformasi hal-ehwal organisasi. Ini demi memperkukuh serta mempertajam pemikiran pengurusan atasan serta kakitangan selain meningkatkan kecekapan bekerja. Ilmu yang diperlajari harus merupakan integrasi bidang sains, teknologi, sosiologi dan spiritual demi membentuk sikap yang profesional dan beretika. Pergantungan kepada pelaburan serta teknologi Jepun (atau mana-mana negara di timur atau di barat) hanya akan mengakibatkan negara gagal untuk berdikari. Oleh itu pemerintah perlu merangka dasar tabungan dalam negeri yang mantap serta memberi rangsangan-rangsangan khas kepada pelabur-pelabur tempatan melalui pakej "pioneer status" yang bijak. Pemindahan teknologi pula boleh dicapai melalui program penghantaran staf atau pelajar-pelajar terbaik tempatan ke institusi-institusi luar negara yang terpilih dengan maksud membentuk mereka menjadi pakar-pakar teknologi dan saintis. Mereka nantinya akan dilantik menjadi instruktur-instruktur yang bakal memimpin penyelidikan serta melatih saintis-saintis muda. Selain dari itu, Pemerintah hendaklah lebih demokratik dengan menggalakkan rakyat berpartisipasi dalam proses pembuatan dasar-dasar utama negara. Pandangan masyarakat awam terutamanya golongan profesional hendaklah dihargai. Ini amat penting lantaran setiap dasar awam yang tidak rasional atau tidak mengambilkira aspirasi rakyat lazimnya cenderung kearah menindas dan menzalimi rakyat.                                                                       Kesimpulan Tanggungjawab pemerintah ialah mengekalkan harapan serta impian rakyat melalui pembangunan yang mapan, holistik dan bersepadu (intergrated). Dalam proses ini, kuasa tidak sepatutnya dijadikan alat (oleh pemerintah) untuk sewenang-wenangnya mencipta pelbagai peraturan atau dasar lantaran ia mungkin bercanggah dengan aspirasi rakyat. Sebagaimana dalam kes DPT (atau DEB, ISA dan banyak lagi dasar-dasar lain), ia mengandungi banyak kelemahan dan ketempangan walaupun secara luarannya dilihat sebagai ideal untuk negara ini. Ternyata dasar tersebut telah gagal mencapai matlamat yang direncanakan dan masih terus menjadi "suatu khayalan" Dr Mahathir Mohamad. DPT tidak dapat disesuaikan dengan situasi negara yang masih bergelut dengan kelembapan teknologi, kemahiran perindustrian yang masih gerhana, jumlah tabungan dalam negeri yang masih rendah serta krisis hutang negara yang terus genting. Sekadar mengambil contoh terbaru, rizab antarabangsa Bank Negara setakat pada 14 Februari 2011 (sumber: Bernama, 22 February 2011) ialah RM338 bilion berbanding hutang negara yang mencecah RM362.39 (Ambrin Buang, 2010). Dalam satu kenyataan (dikeluarkan pada 22 Februari 2011), bank pusat itu berkata paras rizab ini hanya memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertanggung dan membayar 4.3 kali hutang luar negara jangka pendek. (Nota: Rizab antarabangsa ini terdiri daripada rizab mata wang asing (US$99 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa IMF (US$600 juta), Pengeluaran Khas (SDR) US$2.1 bilion, emas (US$1.6 bilion) dan aset-aset rizab lain (US$6.3 bilion). Aset bank pusat termasuk rizab antarabangsa hanya berjumlah RM407.706 bilion.) Negara juga terus menghadapi dilema hutang negara yang semakin meningkat. Fakta terbaru (oleh Ketua Odit Negara, Ambri Buang), hutang negara berada pada paras tertinggi pada tahun 2010 iaitu sebanyak RM362.39 bilion dan jumlah ini akan terus meningkat. Menurut pandangan seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala, Malaysia bakal menanggung hutang berjumlah RM1 trillion sembilan tahun daripada sekarang iaitu tahun 2019. Pada masa itu, Malaysia bolehlah diistiharkan sebagai muflis dan bangkrap. Padahnya, Idris Jala menegaskan rakyat Malaysia perlu bersedia menerima sebarang kenaikan harga di masa akan datang. Demikianlah mudahnya seorang menteri merangka suatu keputusan awam! Dengan mengenepikan Parlimen? Sebagai sebuah negara yang tidak pernah terjajah, Jepun sebaliknya telahpun menikmati era pembangunan seawal tahun 1896. Sedangkan Malaysia pada ketika itu masih lagi bergelumang dibawah tindasan penjajahan British. Malaysia hanya mula dibangunkan selepas Ogos 1957 dan terpaksa pula bergelut dengan cengkaman imperialisme ekonomi Britain hingga pertengahan tahun 1970an (Nota: Jepun juga sempat menjajah dan menyedut kekayaan negara ini dari tahun 1941 hingga 1945. Laporan terbaru oleh FOREX Jepun menunjukkan jumlah rizeb negara itu pada tahun 2010 ialah AS$1.096 trilion atau RM 3.836 trilion). Akibat dari DPT, Jepun telah membolot faedah yang maksimum. Apa yang patut dipelajari dari negara itu ialah nasionalisme ekonominya, BUKAN peniruan, penyaduran atau pergantungan ekonomi yang boleh menghalang pembangunan berdikari! Oleh itu, DPT (walaupun kini hanya disebut sebagai salah-satu dasar tinggalan Mahathir dan semakin dibenamkan oleh dasar-dasar terbaru Pemerintah) tidak harus dilupakan begitu sahaja. Sebaliknya ia wajar dijadikan panduan dalam kita merangka sesuatu dasar sosial dan dasar-dasar luar. Hari ini dasar-dasar sosial (mahupun ekonomi) hendaklah menekankan aspek fundamental, disamping cuba bersikap "robust" dan lestari (sustainable) dalam menghadapi era globalisasi yang kian mencabar dan genting. Sekiranya kita bersikap sambil-lewa (take-for-granted), tidak berilmu serta enggan menggunakan kepakaran-kepakaran yang ada (serta lebih mempercayai khidmat-nasihat perunding-perunding asing termasuk si yahudi), nescaya kita tidak akan mampu bertahan dan menentukan kelangsungan hidup bangsa dan negara ini 1