14.0 Keputusan Perniagaan 14.1 Cadangan meningkatkan prestasi semasa Pertama sekali,saya akan mengubah strategi jualan.Saya akan meningkatkan jualan tunai dan mengurangkan jualan kredit.Hal ini demikan kerana risiko hutang lapuk dapat dikurangkan.Aliran tunai perniagaan juga akan meningkat. Selain itu ,saya akan mengadakan promosi secara besar â besaran. Contohnya,saya akan mempromosikan kedai saya melalui iklan dalam majalah , televisyen dan sebagainya.Dengan ini , saya dapat menarik lebih banyak pelanggan untuk mengunjungi kedai saya. Seterusnya , saya akan memperkenalkan kad diskaun untuk para pelanggan. Para pelanggan boleh menggunakan kad tersebut untuk mendapat diskaun apabila mereka melakukan pembelian secara tunai. Di samping itu , saya turut akan melakukan jualan secara online.Dengan ini , saya dapat menjual barangan saya pada peringkat global.Saya turut akan menyediakan perkhidmatan penghantaran barang ke rumah pelanggan sekiranya mereka membeli secara online.Sesungguhnya , kaedah ini ialah mesra pelanggan kerana belian barang dapat dilakukan dengan mudah dan pantas. 14.2 Cadangan meningkatkan prestasi jangka panjang Pertama sekali , saya akan membesarkan perniagaan saya.Saya akan membuka beberapa cawangan baru di kawasan yang baru dimajukan.Ini dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk datang mengunjungi kedai saya.Di samping itu , potensi perniagaan untuk mendapat lebih banyak keutungan turut meningkat. Seterusnya,saya akan membuka sebuah kilang percetakan buku.Jadi , kos perbelanjaan akan menurun.Saya dapat menjual buku dengan harga yang lebih murah dan berpatutan. Secara tidak langsung,saya dapat menarik lebih banyak pelanggan. 43