Ayat perintah

May 4, 2018 | Author: Anonymous | Category: Documents
Report this link


Description

PowerPoint Presentation Ayat Perintah. Ayat Perintah Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada 4 jenis berikut: i)    Ayat suruhan ii)   Ayat larangan iii)  Ayat silaan iv)  Ayat permintaan i)    Ayat Suruhan       Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan  dengan tujuan memberi perintah atau arahan. ii)   Ayat Larangan       Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.  iii)  Ayat Silaan       Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. iv)  Ayat Permintaan       Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan atau pertolongan.


Comments

Copyright © 2024 UPDOCS Inc.