PEMIKIRAN KRITIS PENGENALAN SOALAN DAN PENYOALAN PETA MINDA PENGURUSAN GRAFIK CoRT Kemahiran Berfikir menggunakan Alat CoRT 1 diperkenalkan oleh Edward De Bono. Beliau dilahirkan di Malta, sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean. Beliau berkelulusan D.Phill. Perubatan dari Universiti Oxford serta Ph.D dari Universiti Cambridge. Program CoRT juga dikenali sebagai Cognitive Research Trust mengandungi 6 bahagian CoRT, iaitu; 1. CoRT 1 : keluasan persepsi. 2. CoRT 2 : organisasi proses berfikir. 3. CoRT 3 : interaksi, argumen, pemikiran kritis. 4. CoRT 4 : pemikiran kreatif. 5. CoRT 5 : maklumat dan perasaan. 6. CoRT 6 : tindakan. Panduan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan alat kemahiran berfikir ini telah disediakan dengan menggunakan CoRT 1. Terdapat tujuh teknik asas dan teknik panduan bagi CoRT 1. Penerangan di bawah memberikan sedikit gambaran. Terdapat tujuh teknik asas dan teknik panduan bagi CoRT 1. Penerangan di bawah memberikan sedikit gambaran. 1 PEMIKIRAN KRITIS HURAIAN ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR (Tujuh Teknik Asas CoRT 1) Bil. Komponen CoRT 1 01. PMI Plus, Minus, Interesting. (Baik, Buruk, Menarik.) Tujuan Berfikir : Meluaskan fikiran tentang sesuatu situasi. Elakkan reaksi beremosi. Mengembangkan idea. Kaedah & Langkah : P : senaraikan semua yang baik. M : senaraikan semua yang buruk. I : senaraikan semua yang menarik. Apakah keputusan atau penilaian tentang tajuk yang dikaji? Contoh Tajuk Perbincangan : 1. Komputer menggantikan guru dalam sekolah. 2. Arak boleh digunakan untuk tujuan perubatan. 3. Perceraian mengelakkan perbalahan dalam rumahtangga. Bil. Komponen CoRT 1 02. CAF Consider All Factors (Ambil kira semua faktor) Tujuan Berfikir : Meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh. Elakkan terlupa faktor yang penting. Kaedah & Langkah : Senaraikan semua faktor yang berkaitan. Pertimbangkan setiap faktor. Apakah keputusan selepas pertimbangan sewajar dibuat? Contoh Tajuk Perbincangan : 1. Apakah hadiah yang sesuai untuk hari guru anda? 2. Apakah kegiatan dakwah yang anda ingin ikuti? Bil. Komponen CoRT 1 03. C&S Consequence and sequel (Kesan dan akibat dari kesan) Tujuan Berfikir : 2 PEMIKIRAN KRITIS Menjangka apa yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan dijalankan. Meramal kesan dan akibat bagi keputusan tersebut. Kaedah & Langkah : - Apakah cadangan berkenaan boleh berjaya? - Apakah risiko yang mungkin dihadapi? - Apakah kesan serta merta, jangka panjang dan pendek? - Adakah cadangan berkenaan baik? Contoh Tajuk Perbincangan : 1. Belajar al-Quran dengan tulisan rumi. 2. Melakukan solat dengan meninggalkan semua perkara sunat. 3. Menceraikan terus isteri yang nusyuz. Bil. Komponen CoRT 1 04. AGO (Aims,Goals, Objectives.)(Tujuan, matlamat, objektif) Tujuan Berfikir : Sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat tercapai. Elakkan perkara yang tidak berkenaan. Kaedah & Langkah : Apakah AGO rancangan? Adakah tindakan terkeluar daripada AGO? Bagaimana pastikan AGO dapat dicapai? Contoh Tajuk Perbincangan : 1. Apakah AGO hidup anda? 2. Apakah AGO perkahwinan dalam Islam? 3. Apakah AGO diharamkan meminum arak? Bil. Komponen CoRT 1 05. FIP (First important prioriti) Tujuan Berfikir : Perkara paling penting diutamakan Mengambil kira perkara-perkara yang penting. 3 PEMIKIRAN KRITIS Menentukan prioriti. Elakkan perkara yang tidak patut diutamakan Kaedah & Langkah : Apakah perkara-perkara yang penting? Antara perkara-perkara ini yang mana paling penting? Apakah prioriti yang diperlukan tindakan segera? Contoh Tajuk Perbincangan : 1. FIP semasa memilih pasangan hidup. 2. Apakah strategi pembelajaran Pendidikan Islam yang paling baik? 3. Apakah kaedah menghafaz ayat hafazan yang paling mudah? Bil. Komponen CoRT 1 06. APC (Alternatives, Possibilities, Choices.) Tujuan Berfikir : Memikirkan beberapa perkara dengan serentak. Menentukan pilihan yang terbaik. Elakkan pemikiran sehala sahaja. Kaedah & Langkah : Apakah cara-cara yang berlainan untuk menyelesaikan masalah ini? Apakah baik buruk cadangan tadi? Manakah cadangan yang paling baik. Contoh Tajuk Perbincangan : 1. Bagaimana memilih pemimpin sedangkan calonnya ramai. 2. Peperiksaan dihapuskan. Cari APC. Bil. Komponen CoRT 1 07. OPV (Other People’s Views) Tujuan Berfikir Mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat keputusan. Elakkan membuat keputusan yang terlalu memfokuskan diri. Kaedah & Langkah 4 PEMIKIRAN KRITIS Apakah idea diri sendiri akan mempengaruhi orang lain? Bagaimana orang lain memandang idea anda? Adakah idea anda bernas dan harus dijadikan tindakan? Contoh Tajuk Perbincangan 1. Ibu bapa wajib menghalang anak remajanya keluar rumah selepas jam 9 malam. 2. Mat Rempit wajib dikenakan hukuman penjara 20 tahun mandotari. 3. Penjualan rokok wajib diharamkan di Malaysia ALAT BERFIKIR Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun,luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu. Di sini dikemukakan empat alat yang boleh digunakan untuk meningkatkan ketrampilan berfikir iaitu: Alat-alat berfikir ialah instrumen yang boleh membantu kita membuat pengurusan lisan , mengurus pemikiran secara visual dan terkawal. SOALAN DAN PENYOALAN Soalan mengikut aras taksonomi Bloom Soalan bertumpu dan bercapah Lingkaran soalan PETA MINDA Definisi Panduan membina peta minda Contoh PENGURUSAN GRAFIK 5 PEMIKIRAN KRITIS Definisi Jenis-jenis ALAT ALAT BERFIKIR 1) AGO ( Alms, Goals and abjectivis): tujuan matlamat objektif. 2) CAP ( Consider all kactors): pertimbangkan semua factor. 3) PMI ( Plus, minus, interesting): apa yang baik, apa yang buruk, apa yang menarik. 4) C&S ( Consequence and sequel): kesan dan akibat daripada kesan. 5) FIPC ( Kirst important prioritles): perkara perkara penting yang menjadi keutamaan. 6) APC ( Alternatives, possibilities and choices): Alternatif kemungkinan, pilihan. 7) OPV (Other people`s views): pandangan orang lain. 8) Planning: perancangan. 9) Rules: peraturan. 10) Decisions: keputusan TUJUAN PENGGUNAAN ALAT BERFIKIR 1) Memperluaskan serta mempertajamkan tanggapan persepsi. 2) Mempertingkatkan pemikiran kreatif, konstruktif dan juga kritikal. 3) Membantu dalam penyelesaian masalah. ALAT ALAT BERFIKIR Salah satu daripada program coRT ( cognitive Research trust) yang diperkenalkan oleh Edward de Bono i.e coRT 1: keluasan persepsi program pemikiran yang mudah dan efektif. 6 PEMIKIRAN KRITIS Berupaya membantu menangani sebarang masalah dalam sebarang situasi, baik dari sudut akademik, pekerjaan, keagamaan mahupun social. DEFINISI Definisiyang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakantokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Walaupun tafsiran tentang pemikiranitu berbeza-beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawapemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuatkeputusan dan menyelesaikan masalah. Dapatlahdirumuskan bahawa: Pemikiranialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadapsesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuatpertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah danseterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami TUJUAN Antaratujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untukmembolehkan pelajar: mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka 7 PEMIKIRAN KRITIS bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik. APAKAHKESILAPAN KITA? Kita sentiasa berfikir untuk melakukansesuatu atau tbertindak balas terhadap sesuatu ransangan. Namun kita seringmelakukan kesilapan ketika berfikir. Mengikut Perkins dan Swarts (1990),kesilapan-kesilapan utama yang sering kita lakukan adalah berfikir secaraterburu-buru, sempit, kabur dan beercelaru. Kesilapan-kesilapan tersebut dapatdihuraikan seperti berikut; 1. Berfikir Secara Terburu-buru Berlaku apabilakita bertindak secara tergesa-gesa membuat keputusan atau menyelesaikan sesuatumasalah. Kita tidak menggunakan masa yang mencukupi sebelum membuat keputusan. 2. Fikiran Yang Sempit Berlaku apabilakita cuba membendung fikiran kita daripada melihat sesuatu itu dengan lebihluas. Kita tidak berusaha memberi pertimbangan yang wajar, mencari makna yangtersirat, menerokai bukti-bukti nyata, meninjau pandangan-pandangan orang lain. 3. Fikiran Yang Kabur Berlaku apabilaidea yang hendak kita sampaikan itu tidak jelas dan tidak menepati objektifyang dikehendaki. 4. Fikiran Yang Bercelaru Berlaku apabila kitatidak merancang dan menyusun idea yang hendak kita sampaikan itu dengan carayang sistematis, disampakan secara rawak dan tidak disusun mengikut urutantertentu. 8 PEMIKIRAN KRITIS ADAKAH OTAK DAN MINDAITU SAMA? Sebenarnya otak merupakan organ yangterletak pada bahagian kepala kita yang mempunyai sistem-sistem tertentu,manakala minda pula merupakan kualiti pemikiran yang dihasilkan oleh otakberkenaan. Sebagai analogi, otak dapat diibaratkanseperti sebilah pisau, manakala minda diibaratkan seperti ketajaman yangterdapat pada mata pisau tersebut. Pisau tidak dapat digunakan dengan sempurnajika matanya tidak diasah untuk mendapatkan ketajaman yang maksimum. Begituhalnya dengan otak kita yang perlu dilatih dan dikembangkan untuk menghasilkanminda atau pemikiran yang berkualiti. Otak harus diasah dan digilapkan sepertimata pisau. Jika usaha ini berterusan, maka sudah tentu potensi minda kita akanmeningkat dari semsa ke semasa. Namun demikian kita haruslah berwaspada supayapisau yang kita asah itu dapat digunakan untuk perkara-perkara yang bermanfaatdan berfaedah. JENIS-JENIS KEMAHIRAN BERFIKIR Apakah komponen utama kemahiran berfikir(KB)? Komponen utama KBKK: Berfikir secara kritis, Berfikir secara kreatif. Apakah kemahiran berfikir secara kritis? KB secara kritis ialah kecekapan dankeupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, menelitikebernasan dan kelemahan sesuatuhujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. 9 PEMIKIRAN KRITIS Apakah kemahiran berfikir secara kreatif? Kecekapan menggunakan minda untuk: menjanadan menghasilkan idea, mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai,dan bernilai sama ada bersifatmaujud, abstrak, idea atau gagasan. menerokai dan mencari makna ,pemahaman dan penyelesaian masalahseacara inovatif. Apakah contoh-contoh kemahiran berfikir bagi setiap komponen itu? Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis: membanding dan membeza membuat kategori meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. membuat sekuen / urutan menerangkan sebab membuat ramalan mengusul periksa andaian membuat inferens mengesahkan sumber maklumat Contoh kemahiran berfikir secarakreatif: mencipta analogi menjana dan menghasilkan idea baru mencipta metafora 10 PEMIKIRAN KRITIS modul pemikiran kritis kod etd 1242 oleh said bin darkasi DIP PEND (UNISEL) B.A HONS (UPM) M.Ed (UNISEL) http://jtp.ipgkti.edu.my/ppy/resosbestari/IKG/KBKK/kbkk.htm#alat_bfikir http://guabama.wordpress.com/2009/05/29/alat-kemahiran-berfikir-cort-1/ http://mahirkbkk.tripod.com/alat.htm http://www.ppsk.usm.my/lecturers/naz/htv201/Main.htm 11 PEMIKIRAN KRITIS 12 PEMIKIRAN KRITIS 13 PEMIKIRAN KRITIS 14 PEMIKIRAN KRITIS 15 PEMIKIRAN KRITIS 16 PEMIKIRAN KRITIS 17 PEMIKIRAN KRITIS 18 PEMIKIRAN KRITIS 19 PEMIKIRAN KRITIS 20 PEMIKIRAN KRITIS 21 PEMIKIRAN KRITIS 22 PEMIKIRAN KRITIS 23