1. 1.0 TINGKAHLAKU YANG PERLU DITONJOLKAN SUPAYA PENAMPILAN ANDA SESUAI DENGAN CIRI-CIRI GURU-GURU YANG PROFESIONAL. 1.1 CIRI-CIRI GURU-GURU YANG PROFESIONAL Menurut Mok Song Sang (2003), guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa depan. Kanak-kanak berhadapan dengan guru sejak dari 6 tahun pada peringkat prasekolah sehingga zaman remaja. Segala perbuatan, gerak laku serta tingkah laku seorang guru akan diperhati oleh murid. Oleh itu, seorang guru perlu mempunyai sifat peribadi yang murni agar dapat melahirkan generasi yang berakhlak. Hanya guru yang bertatasusila akan menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Ciri-ciri Guru Profesional yang harus diterapkan dalam diri seseorang guru boleh dibahagikan kepada tiga aspek iaitu sifat peribadi, tingkah laku dan contoh teladan serta sifat kualiti profesional. Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat peribadi yang baik. Antara sifat peribadi yang baik ialah baik hati, jenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin dan bertanggungjawab. Sikap seorang guru yang baik hati dan bertimbang rasa terhadap muridnya akan dihargai dan disukai oleh muridnya. Murid-murid akan berasa senang hati jika seseorang guru tersebut dapat memahami mereka. Sifat jenaka seseorang guru akan membawa keriangan dalam kelas dan akan lebih suka didekati oleh muridnya. Seseorang guru yang mempunyai sifat ini akan selalu membawa unsur kelucuan dan akan membuatkan sesuatu pembelajaran menjadi lebih menarik dan tidak bosan. Pengajaran secara efektif akan berlaku secara tidak langsung. Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal emosi diri. Guru ini tidak mudah marah ataupun geram dalam apa jua keadaan pun. Seseorang guru yang mempunyai kesabaran diri yang tinggi dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Sifat bertanggungjawab dalam diri seorang guru akan mendorongkan guru untuk menyiapkan tugas yang diamanahkan. Seseorang guru yang bertanggungjawab akan memastikan tugas yang diamanah dilaksanakan dengan sempurna. Seorang guru yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat membantu seorang guru untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Kebanyakan masalah disiplin yang timbul di 1 2. dalam bilik darjah adalah disebabkan sifat kurang yakin guru sendiri. Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu keputusan. Guru merupakan pemimpin kepada murid. Oleh itu, seseorang guru haruslah mewarisi sifat kepimpinan supaya murid-muridnya mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru. Dengan sifat kepimpinan ini, segala pembelajaran akan berjalan dengan berkesan dan efektif. Tingkah laku guru adalah contoh teladan kepadamurid-murid. Oleh itu, guru haruslah mempunyai sifat- sifat yang terpuji yang boleh menjadi teladan kepada murid-murid untuk dicontohi. Antara tingkah laku guru yang boleh menjadi contoh teladan muridnya ialah menepati masa, berpakaian kemas, bersopan santun dan mempunyai sikap positif.Budaya dan amalan menepati masa adalah budaya mulia. Masa itu lebih berharga dari emas. Jika seseorang guru sentiasa menepati masa untuk memasuki ke kelas, murid akan berasa senang hati kerana guru tersebut merupakan seorang guru yang tidak membazirkan masa. Dengan ini, murid akan mencontohi teladan guru tersebut dan dapatlah memupuk nilai yang baik dalam kalangan murid. Segala perlakuan seseorang guru akan diperhatikan oleh muridnya. Oleh itu, guru haruslah sentiasa berpakaian kemas. Dengan kata erti lain, seorang guru haruslah berpakaian seperti seorang guru, bertutur seperti seorang guru dan berjalan seperti seorang guru. Seseorang guru yang bersopan santun dapat mengeratkan hubungannya dengan murid. Ini kerana murid akan suka mendampingi mereka kerana sifat mereka yang peramah. Tiada jurang antara murid dengan guru akan menyebabkan proses pengajaran dijalankan dengan berkesan. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Guru yang memiliki sikap- sikap positif ini akan membuatkan murid rasa hormat kepadanya dan akan taat dengan arahan guru tersebut. Seseorang guru yang mempunyai sifat dan kualiti profesional akan dapat menjalankan tugas dengan berkesan. Seseorang guru yang memiliki ijazah tidak semestinya dapat menjadi seorang guru yang berkesan. Untuk menyampaikan pelajaran dengan cekap dan berkesan, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti profesional seperti berikut: Sikap ingin tahu akan mendorong seseorang guru supaya sentiasa berusaha menambahkan pengetahuannya. Guru ini akan selalu mempelajari dan menyesuaikan diri dalam arena pendidikan yang sering berubah, demi kepentingan pekerjaannya sebagai seorang guru yang bersifat profesional. 2 3. Untuk menyampaikan pelajaran dengan yakin dan menyebarkan ilmu yang lengkap, guru harus sentiasa memperoleh ilmu dengan mendalam lagi. Objektif ini hanya boleh tercapai apabila guru sentiasa membaca bku ilmiah. Justeru, sifat suka membaca merupakan kriteria yang penting untuk meningkatkan kualiti profesional seseorang guru. Keberkesanan penyampaian pelajaran bergantung kepada kemahiran bertutur. Guru yang menguasai pelbagai bahasa dapat menyampaikan pelajaran dengan menggunakan bahasa yang difahami oleh muridnya. Dengan menggunakan sebutan dan tatabahasa yang betul, murid- murid tidak akan tersilap. Oleh yang demikian, kemahiran bertutur merupakan salah satu kualiti profesional yang penting bagi seseorang guru. Seseorang guru yang mempunyai kualiti daya usaha tidak akan terperangkap dengan rutin yang membosankan murid untuk belajar. Guru yang mempunyai kualiti profesional ini akan sentiasa memikir dan mencuba pendekatan atau kaedah mengajar yang baru supaya pengajarannya sentiasa menjadi menarik dan berkesan. 1.2 ANALISIS ISU-ISU ETIKA YANG MENJEJASKAN INTEGRITI GURU Pada masa sekarang kebanyakan guru melibatkan diri dalam perniagaan sehingga menjejaskan integriti guru yang sering menjadi bualan masyarakat. Kebanyakkan guru-guru berniaga di Sekolah.Guru sepatutnya melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik dalam bilik darjah dan bukannya menjalankan perniagaan di sekolah. Guru yang berniaga di sekolah melanggar etika perkhidmatan awam dan guru terikat dengan Perintah Am yang bertujuan mengawal tingkah laku dan etika pekerja dalam perkhidmatan awam. Sekiranya guru terlibat dalam perniagaan di sekolah sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka perlu diberi teguran oleh pihak pentadbir dan mengambil tindakan sewajarnya agar tidak menjejaskan profesion perguruan Segelintir guru pecah amanah di sekolah. Sebagai seorang guru yang memegang jawatan sebagai bendahari guru perlu menguruskan kewangan semasa bertugas. Guru juga berperanan sebagai mengutip kutipan wang SUWA (Sumber Wang Awam) seperti yuran pelajar, derma, sumbangan orang ramai, sewa harta sekolah spt kantin, bas dan pelbagai hasil jualan daripada projek-projek sekolah. Guru perlu mempunyai akauntibiliti terhadap wang yang dikutip. Guru perlu pandai menguruskan kewangan diri sendiri dan keluarga. Guru dikhendaki mengamalkan sifat kesederhanaan dan berhemat. Hendaklah berwaspada ketika berbelanja, tidak mengamalkan gaya hidup yang boros dan suka bermegah. Guru harus tahu 3 4. membezakan antara keperluan dan kemewahan. Segelintir guru tidak bertanggungjawab. Mereka ponteng sekolah melibatkan diri dalam aktiviti yang lain. Mereka ponteng sekolah, menjual petai,durian dan sebagainya. Mereka melibatkan diri mereka dalam aktiviti perniagaan. Mereka sentiasa menggunakan waktu sekolah untuk melibatkan diri dalam perniagaan. Selain itu mereka ingin larikan diri daripada tanggungjawab yang diberikan. Mengambil sijil cuti sakit yang palsu. Sebagai seorang guru,guru perlulah bertanngungjawab. 1.3 CADANGAN MEMULIHKAN IMEJ INTEGRITI GURU YANG TERJEJAS Guru mesti mengutamakan tugas mengajar yang mana tugas tersebut adalah tugas utama seorang guru. Jika guru terbabit mengutamakan kepentingan peribadi dengan membelakangkan tugas utamanya, maka guru tersebut telah melanggar peraturan ini. Contohnya , seorang guru berniaga di sekolah. Beliau menggunakan waktu pengajaran untuk urusan jual beli dengan tidak masuk ke kelas dan membiarkan murid tanpa pengawasan. Fenomena ini sering kedengaran dan menjadi rungutan masyarakat, kerana guru tidak lagi menganggap profesion perguruan sebagai profesion utama malah menjadikan kerja sampingan sebagai kerja utama. Malahan ada yang terlibat dengan “direct selling” sehingga tidak hadir ke sekolah untuk menjalankan perniagaan dan mengabaikan tugas untuk mengajar. Tidak menjadi kesalahan jika guru ingin menjalankan asalkan ia diluar waktu persekolahan yang tidak melibatkan waktu kerja guru. Guru perlulah mengutamakan tugas utama iaitu mengajar dan tanggungjawab terlebih dahulu. Guru Besar perlu menegur sesiapa yang berniaga di sekolah supaya mereka berwaspada dengan tingkahlakunya. Guru tidak amanah ini ialah salah guna kuasa. Berdasarkan petikan akhbar dari Berita Harian Online,seorang guru besar dari Sekolah Kebangsaan Tandop Besar Kuala Nerang Kedah telah menyalahgunakan kuasa beliau dengan membekalkan pakaian seragam kokurikulum sekolah pada tahun 2008 dan 2009.Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara dua tahun.Kes diatas merupakan pelanggara Peraturan- peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib) 1993 oleh guru dalam perkhidmatannya. Dengan mengetatkan lagi peraturan- peraturan sebegini dapatlah mengatasi masalah pecah amanah dikalangan guru sebelum menjadi duri dalam daging.Melaului ini dapatlah melahirkan guru yang beramanah. 4 5. Seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab.Banyak orang mengelak untuk bertanggungjawab, kerana memang lebih mudah melarikan diri dari tanggungjawab daripada berdiri dengan berani dan menyatakan dengan tegas bahawa, “Ini tanggungjawab saya!”. Guru yang tidak bertanggungjawab dengan tugasnya akan memberi alasan untuk mengelak dari tanggungjawab tersebut perlu diambil tindakan oleh Guru Besar supaya mereka tidak mengulangi perkara tersebut. Menyekat kenaikan pangkat juga membolehkan mereka tidak akan mengulangi perkara tersebut pada masa akan datang.Contohnya, seorang guru yang memalsukan sijil cuti sakit dan tidak hadir ke sekolah tanpa kebenaran. Memalsukan sijil cuti sakit adalah satu kesalahan yang serius kerana guru telah melanggar peraturan-peraturan penjawat awam. Untuk mengelak masalah ini pihak KPM dan kerjaan perlu mengambil tindakan keatas Klinik-klinik dan hospital yang mengeluarkan sijil cuti sakit yang palsu. 2.0 PERANAN GURU PAKAR DALAM MEMBANTU GURU PERMULAAN Setelah berpenat lelah mengikuti kursus perguruan di institut perguruan selama hampir 5 hingga 6 tahun,akhirnya pasti anda akan merasai kepuasannya kerana akan ditempatkan ke sekolah-sekolah di seluruh negara. Kita sering mendengar teguran dan pandangan mengenai kualiti guru yang dihasilkan oleh institut perguruan. Kebanyakan dari pandangan dan teguran itu adalah mengenai kualiti guru yang tidak mencapai tahap yang diharapkan. Rasa tidak puas hati telah didedahkan melalui media massa. Guru sibuk mengajar tetapi pembelajaran tidak berlaku. Pencapaian pelajar dalam peperiksaan tidak memuaskan di samping gejala sosial remaja yang berleluasa semuanya diletakkan pada pihak guru. Guru dikatakan tidak cekap. Ini memberi imej yang kurang baik kepada institut perguruan sebagai institusi yang ditugaskan melatih guru. Pelatih yang cemerlang di institut perguruan tidak pula cemerlang di sekolah. Oleh itu,guru pakar perlu membantu guru permulaan dalam proses p&p. Dengan bimbingan guru pakar guru permulaan akan mendapat info-info yang berguna supaya dapat menghasilkan suatu p&p yang berkualiti dan berkesan. Kebanyakan guru permulaan dikatakan pasif, tidak kreatif, membosankan, tidak inovatif, tidak imaginatif dan tidak dapat merangsang pembelajaran murid. Mereka dikatakan tidak dapat menggunakan ilmu dan idea yang dipelajari di institut perguruan di dalam situasi bilik darjah yang sebenarnya. Mereka juga tidak boleh menyesuaikan ilmu dan kemahiran yang didapati sertan menggunakannya di dalam pengurusan bilik darjah secara berkesan. Guru permulaan ini boleh dikatakan hilang punca terutamanya di tahun pertama mula 5 6. mengajar. Guru Pakar perlu memberikan pendedahan dan mengalakkan guru permulaan duduk di belakang bilik darjah supaya dapat mengetahui cara-cara mengurus bilik darjah dengan efektif.Guru pakar boleh membantu guru permulaan dari pelbagai segi. Guru pakar merupakan guru yang cemerlang dan gemilang akan membantu dapat menangani masalah guru permulaan dengan mudah sekiranya diberi tumpuan khususnya. 3.0 ULASAN KRITIS 6 7. Sebagai seorang guru yang merupakan satu profesion, kita sering lupa dengan kod dan etika sebagai seorang guru. Etika dan kod etika ini merupakan peraturan dan landasan yang perlu dituruti oleh seseorang yang bergelar profesional. Malangnya, kebanyakan guru hanya melihat profesion keguruan ini hanya kepada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sahaja dan tidak melihat pada aspek lain menyebabkan ketirisan dalam dunia pendidikan dewasa ini. Sebagai warga pendidik, kita haruslah sedar bahawa masalah yang kita hadapi sekarang dan membawa profesion ini kembali ke landasan yang sebenar supaya tidak lari dari garis sempadan yang ditetapkan. Etika merupakan satu sistem dasar akhlak, adat dan tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka) yang merupakan prinsip moral atau set prinsip moral. Etika juga boleh dikatakan sebagai tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang terhadap masyarakat. Isu yang saya pilih ialah guru yang didapati bersalah melakukan gangguan seksual dengan melakukan seks oral ke atas dua orang murid lelakinya yang berusia 11 tahun dilaporkan oleh akhbar Berita Harian yang bertarikh 20 Julai 2011 telah menjadikan isu ini semakin hangat diperkatakan di segenap lapisan masyarakat. Berdasarkan isu gangguan seksual yang dilakukan oleh guru yang berumur 30 tahun yang tergamak melakukan perbuatan tersebut menunjukkan bahawa guru tersebut telah melanggar kod etika perguruan. Isu gangguan seksual yang dilakukan oleh guru ini semakin berleluasa hari demi ke hari. Persoalannya, mengapakah isu gangguan seksual ini berlaku? Sebenarnya, gangguan seksual boleh berlaku di mana-mana sahaja seperti di rumah, kawasan awam atau tempat kerja. Risiko tersebut juga boleh berlaku di sekolah. Mangsanya boleh jadi dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah atau remaja sekolah menengah. Mereka ini pastinya belum cukup dewasa untuk membuat pertimbangan bagi mengelakkan tragedi yang tidak diingini. Mereka ini pastinya belum cukup dewasa untuk membuat pertimbangan bagi mengelakkan tragedi yang tidak diingini. Seharusnya, sekolah perlu menyediakan tempat yang selamat untuk belajar. Malangnya terdapat segelintir pelajar, guru, kakitangan dan ibu bapa yang masih tidak tahu bagaimana 7 8. gangguan seksual ini boleh berlaku di sekolah dan apa yang perlu dlaksanakan untuk menanganinya. Sekiranya masalah ini tidak dibendung dengan baik, berkemungkinan besar masalah ini akan menular dengan lebih teruk lagi. Kesan dan akibat dari perbuatan tingkah laku guru yang negatif ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada diri guru tersebut sahaja, namun kesannya akan turut dirasai oleh mangsa gangguan seksual, guru-guru lain, sekolah, masyarakat dan imej negara Malaysia. Guru Antara kesan jangka pendek yang akan menimpa guru yang melakukan perbuatan terlampau tersebut ialah dari segi hubungan dengan murid. Hubungan guru dan murid menjadi semakin renggang. Tambahan itu juga, semua murid membenci dan takut untuk menuntut ilmu dengan beliau. Dalam situasi berkenaan, murid berasa tidak selamat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu, hubungan guru dan rakan sejawatnya juga akan musnah kerana mereka hilang kepercayaan terhadap guru tersebut. Secara tidak langsung, beliau akan mengalami tekanan emosi dan mengalami konflik jiwa yang serius akibat daripada perbuatan keji itu. Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi contohnya masalah ketidakfungsian otak, pemakanan dan masalah keluarga. Di samping itu juga, keluarga guru yang terbabit dalam tingkah laku negatif ini mungkin akan mendapat kesan yang buruk. Contohnya, keluarga beliau akan dibenci dan dicemuh oleh masyarakat. Perkara tersebut menyebabkan keluarga beliau akan hidup dalam suasana yang tidak tenteram. Tambahan lagi, kesan jangka pendek yang akan menimpa guru tersebut ialah kehilangan pekerjaan dan mata pencarian akibat daripada perbuatannya yang tidak senonoh itu. Kesan jangka panjang yang terpaksa ditempuhi oleh guru tersebut pula ialah wujudnya persepsi yang buruk daripada masyarakat terhadap beliau. Guru tersebut tidak lagi diterima oleh masyarakat kerana masyarakat akan memandang serong akibat daripada perbuatan tersebut. Selain itu, guru tersebut akan dipindahkan ke sekolah yang lain bagi menjaga nama baik sekolah tersebut. Di samping itu juga, guru tersebut tiada tempat dalam masyarakat dan beliau bukan lagi menjadi guru yang boleh dipercayai oleh masyarakat. Kesan jangka pendek kepada guru lain ialah masyarakat tidak akan mempercayai bahawa guru dapat mendidik dan mengajar anak mereka dengan baik sehingga menyebabkan peranan guru tidak lagi dipandang sebagai satu tugas yang mulia oleh masyarakat. Kesan daripada itu, guru-guru lain yang tidak bersalah akan diselubungi dengan perasaan malu terhadap masyarakat dengan tindakan yang dilakukan oleh rakan guru lain yang berkelakuan negatif. Manakala, kesan 8 9. jangka panjang kepada guru yang lain ialah menyebabkan mereka sendiri tidak lagi berminat untuk meneruskan profesion perguruan. Bidang perguruan akan mengalami kemerosotan, sekaligus pendidikan dan ilmu pengetahuan tidak lagi menjadi keutamaan. Selain itu, guru- guru yang lain pastinya tidak lagi mempunyai perasaan selaku seorang pendidik jika masalah ini terus berleluasa. Profesion Perguruan Kesan jangka pendek dari tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru terbabit menyebabkan profesion perguruan dipandang rendah oleh masyarakat. Masyarakat tidak lagi mempercayai kepada profesion perguruan sehingga profesion ini tidak lagi diperlukan oleh masyarakat. Selain itu, profesion perguruan tidak lagi dianggap mulia oleh masyarakat kerana mereka tidak lagi mempercayai bahawa profesion ini dapat membantu anak mereka untuk mendapatkan pendidikan yang selamat dan berkesan. Tambahan pula, profesion ini tidak lagi dihormati oleh masyarakat terutama ibu bapa dan murid-murid itu sendiri. Manakala kesan jangka panjang kepada profesion perguruan akibat daripada perbuatan negatif tersebut ialah kepada generasi muda. Mereka pasti tidak lagi berminat untuk menjadi guru. Kesannya, profesion perguruan mengalami kekurangan generasi muda yang berbakat untuk mendidik anak bangsa. Di samping itu juga, kerajaan tidak lagi dapat melahirkan guru-guru yang berkemahiran dalam pelbagai aspek kerana kekurangan generasi muda yang ingin menceburi bidang perguruan. Mengikut Lilia dan Norlena (1998), penyusutan kuasa untuk menjalankan tugas secara profesional menyebabkan profesion perguruan menurun di kaca mata masyarakat. Sekolah Kesan jangka pendek yang menimpa sekolah ialah reputasi sekolah atau nama baik sekolah akan menurun menyebabkan masyarakat terutamanya ibu bapa tidak lagi menghantar anak mereka ke sekolah tersebut. Selain itu, sekolah tidak lagi dianggap sebagai sebuah institusi pendidikan yang memberi pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid. Manakala, kesan jangka panjang yang menimpa sekolah pula ialah dilabel sebagai tempat yang tidak bermoral kerana membiarkan masalah gangguan seksual berleluasa secara tidak terkawal. Ibu bapa dan Masyarakat 9 10. Kesan pendek dari kes seks oral yang berlaku menyebabkan hubungan ibu bapa dan guru menjadi renggang kerana sudah tidak wujud kepercayaan dan kredibiliti guru sebagai pendidik kepada anak mereka dpertikaikan. Di samping itu juga, masyarakat akan memandang serong kepada semua pihak termasuklah guru dan pentadbir sekolah. Manakala kesan jangka panjang yang menimpa ibu bapa dan masyarakat pula ialah guru dipersalahkan secara total sehinggakan beliau dibenci dan dicaci oleh masyarakat yang lain. Selain itu, isu gangguan seksual ini dibawa terus kepada pihak atasan seperti polis dan peguam bagi mendapat keadilan bagi pihak anak mereka. Sekaligus, berita-berita yang memalukan tentang salah laku guru seperti kes oral seks terhadap pelajar terpampang di muka hadapan surat- surat khabar sehingga menjadi berita sensasi yang menjatuhkan maruah diri sendiri, ibu bapa dan masyarakat. KESIMPULAN Berdasarkan kepada ulasan dan huraian yang telah dikupaskan berdasarkan artikel tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa setiap guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik, terpuji, dihormati dan dapat dicontohi oleh murid. Pembentukan sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, peribadi yang unggul dan daya kepimpinan yang berkesan. Kebanyakan kualiti sahsiah seorang guru adalah hasil daripada latihan yang diikuti semasa menjalani kursus di institut perguruan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran yang berkesan. Walau bagaimanapun, sama ada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mestilah mempunyai sahsiah diri yang bagus terutamanya terhadap murid-murid. Guru yang mengamalkan budaya pembelajaran pasti tidak akan lari dari tugasnya untuk mendidik murid-muridnya dengan betul. Selain tugas dalam bilik darjah, guru perlu mengetahui peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Di samping itu juga, guru seharusnya berjaya mempamerkan penampilan diri sebagai pendidik yang berkesan. Guru perlulah mempunyai kefahaman terhadap dasar dan aspirasi pendidikan negara yang jelas dan mantap. Guru yang bersahsiah tinggi akan menunjukkan etika cemerlang dalam perkhidmatan mereka. Guru dengan etiket sosial tidak dapat dipisahkan. Etiket sosial merupakan perilaku, budi bahasa, kebijaksanaan, imej, gerak-geri yang elok yang meyakinkan mengikut kesesuaian semasa berinteraksi terutamanya dalam perbualan 10 11. sehariannya. Guru haruslah berupaya menjadi agen pembangunan dan pembaharuan dalam masyarakat dengan menampilkan etiket sosial yang disenangi semua. 11